Ratu Elizabeth II buat kali pertama berlakon sebagai ‘Gadis Bond’ dan ia dilakukan dengan satu kali rakaman saja.
Elizabeth, 86, mempamerkan bakatnya apabila muncul untuk melakonkan
wataknya sendiri dalam filem pendek untuk majlis perasmian Olimpik
London bersama-sama dengan aktor James Bond, Daniel Craig. Dalam
filem berkenaan, Craig tiba di pejabat Elizabeth di Istana Buckingham
dengan ratu itu mengucapkan ‘Selamat sejahtera Encik Bond’ sebelum
kedua-duanya menaiki helikopter.
Tidak berapa lama selepas filem itu berakhir, pelakon aksi berani pasangan itu terjun dengan payung terjun di Stadium Olimpik. Akhbar The Telegraph memetik Pengarah Penerbitan Drama BBC, Nicholas Brown sebagai berkata, ratu itu memberi persembahan profesional. Elizabeth kemudian merasmikan Olimpik London.
Persembahan pembukaan sukan itu yang diatur oleh penerbit filem
Britain, Danny Boyle dengan kos RM135 juta itu mendapat pujian dari
dalam dan luar negara.
sumber: myMetro
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.