| Cumbu asmara dengan suami tercinta, selain mengeratkan kasih dan rumahtangga yang bahagia sebenarnya turut menyimpan faedah kecantikan yang bernilai. | 
Menurut kajian, hubungan ranjang sekurang-kurangnya tiga  kali seminggu mampu memudakan wajah anda empat tahun daripada usia  sebenar, meningkatkan keimunan tubuh serta mengurangkan risiko penyakit  jantung.
ANDA LEBIH CANTIK
Kajian mendapati bahawa hubungan intim yang sihat berkesan untuk  memperlahankan penuaan. Malah selain perubahan fizikal, minda juga  kembali tenang dan bebas daripada tekanan.
"Orgasma sewaktu berasmara akan membebaskan betaendorfin iaitu sejenis  painkillers semulajadi tubuh. Begitu juga dengan prolactin untuk  merehatkan diri serta oxytocin yang membuat anda rasa ingin selalu  dicintai. Saat klimaks, hormon-hormon ini akan mengalir ke seluruh tubuh  lantas memulihkan kerosakan sel kulit akibat lembayung ungu atau  pencemaran." Terang Pakar dermatologi, Dr Amy Wechsler. Jelasnya lagi,  seks akan membantu memulihkan struktur kolagen yang lemah selain merawat  molekul-molekul inflamasi pada kulit matang.
KULIT LEMBUT
Bayangkan betapa cantiknya wajah Anda selepas berasmara dengan  suami...pipi gebu kemerahan, bibir ranum bak kelopak mawar serta  renungan bulat bercahaya sehingga kekal berhari-hari lamanya. Bahkan,  ketika tubuh berpeluh, kulit akan membebaskan minyak semulajadi iaitu  asid linoleic, sejenis pembap yang ditemui dalam safflower dan minyak  zaitun untuk kesegaran sel serta pelembut kulit.
ATASI KELESUAN
Tidur ialah rawatan kosmetik yang paling mudah dan percuma, manakala  seks pula ialah perangsang tidur yang terbaik. Segala bahan kimia yang  terbebas sewaktu memadu asmara dapat membantu untuk mencapai tidur yang  lena. Tidur selepas berasmara juga dapat mengembalikan stamina,  sekaligus membuat anda terjaga dengan segar tanpa lingkaran gelap bawah  mata atau sembab. Disamping itu, hubungan seks sebelum tidur juga  membantu menangani masalah sukar tidur yang dialami.
NIKMAT KEHANGATAN
Meskipun tanpa klimaks, ciuman dan hubungan seks boleh meningkatkan  denyutan jantung serta melancarkan perjalanan darah ke seluruh organ  tubuh. Helaan nafas yang dalam dan panjang akan membantu mengawal  tekanan sambil membekalkan oksigen secukupnya ke dalam sistem badan.  Ketika berkucupan, lebih 30 otot wajah yang terlibat akan diaktifkan  selain boleh membakar sebanyak 8-12 kalori seminit. Angka ini lebih  banyak daripada aktiviti berjalan kaki selama seminit!
Ternyata seks semata-mata bukan sekadar untuk memuaskan nafsu malah  terbukti baik untuk mengawal tahap kolesterol serta menebarkan mood  bahagia buat anda. Samada merasa klimaks atau tidak, Anda tetap bisa  menikmati faedah kecantikan sewaktu hormon endorfin dibebaskan. Malah  ada diantara gerakan-gerakan tertentu yang dapat menguatkan tubuh dan  kulit khasnya tanpa perlu penggunaan alat kosmetik seperti pemerah pipi,  pemulas bibir dan maskara.
 
 
 
 
emm sebenarnya tak perlu kosmetik berharga ratusan untuk kekal awek muda ya :P
ReplyDeleteyg orgasma bleh memperlahankan penuaan tuh bg isteri ke suami?
ReplyDelete