Translate in your language

Sunday 23 October 2011

KENAPA NAK MALU DENGAN SUAMI ?


Tidak dinafikan, rata-rata isteri di luar sana berhadapan masalah untuk mengajak suami melakukan hubungan intim. Biarpun dah berbelas tahun usia perkahwinan, tetapi masih ada yang segan untuk membuat permintaan.

Mungkin sudah banyak cara dipraktikkan tetapi belum bertemu jalan penyelesaian. Sudahnya tunggu sahajalah 'pelawaan' suami daripada 'meminta' sendiri. Buntu dengan situasi begini, cuba ikuti tips ini:


















BUTANG BAJU BUAT SUAMI BERDEBAR
Suami lebih tertarik melihat isterinya membuka butang baju satu-persatu secara perlahan-lahan. Bermula dengan butang yang paling atas, susuli pula dengan gaya yang menarik perhatiannya. Pasti mendebarkan. Kemudian rapatkan dada anda ke dadanya serta dakaplah suami dengan penuh rasa cinta. Pasti membangkitkan nafsu untuk bersama.

CICIRKAN PAKAIAN DALAM BILIK TIDUR
Isteri sukar membuat 'permintaan' itu malah untuk melafazkannya terasa bagai ada sesuatu tersekat di kerongkong. Apa kata anda cuba buat-buat tertinggalkan pakaian dalam di tempat tidur. Mungkin dengan cara tersebut suami akan beri perhatian sekaligus membangkitkan rasa ghairah melihat 'khazanah peribadi' peninggalan anda itu. Secara tidak langsung dia menerima isyarat bahawa isterinya inginkan sesuatu.

KENAKAN PAKAIAN JARANG DAN SEKSI
Tidak salah jika sesekali anda memakai baju yang seksi bagi menarik perhatian suami. Lebih elok kalau kainnya jarang dan menampakkan bentuk tubuh. Pasti menggiurkan. Jangan lupa, semburkan sedikit wangian bagi membangkitkan keghairahan sensual di waktu itu. Jangan terlalu 'membuka' sebaliknya simpan 'bahagian-bahagian' tertentu untuk aktiviti selanjutnya.

BIJAK GUNAKAN BAHASA TUBUH
Selepas mandi atau sebelum mengadakan hubungan intim, sebaik-baiknya pakailah pakaian di hadapan suami. Daripada pakaian dalam hinggalah ke 'uniform rasmi', sarungkan di hadapannya agar bangkit keinginan untuk bersama. Sambil-sambil itu usaplah bahagian 'panas' di tubuh anda perlahan-lahan bagi menaikkan nafsu syahwatnya kerana ada segelintir suami yang gemar melihat isteri beraksi demikian.

BELAI SUAMI DENGAN USAPAN CINTA
Hampiri suami di atas katil perlahan-lahan dan belailah wajah, telinga dan dada suami dengan lembut. Biarkan rambut anda mengurai ke tubuhnya agar suami berasa lebih seronok untuk melakukan hubungan 'bersama'. Setelah itu buat gigitan cinta di leher atau di bahagian yang dirasakan sesuai. Ini kerana gigitan yang anda lakukan itu mampu merangsang nafsu pasangan untuk beraksi lebih panas.

WUJUDKAN SUASANA ROMANTIK
Bagi membangkitkan lagi suasana, alunkan irama romantik penuh klasik sewaktu berduaan di kamar peraduan. Disirami cahaya suram serta haruman yang mempesonakan, 'aktiviti' malam itu pasti lebih menyeronokkan. Usah terburu-buru, sebaliknya godalah suami anda dengan ciuman atau hembusan nafas ke telinganya bagi merangsang keinginan 'berhubungan'. Dalam pada itu, jangan lupa untuk menatap mata suami anda dengan pandangan yang paling menggoda.


1 comment:

  1. dah kawen berbelas tahun pn malu lg nk ajak suami? ade jgk eh isteri cmtu..

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.

ANDA MUNGKIN SUKA NAK BACA.. TERSERAH PADA SELERA MASING-MASING..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...