Walaupun cuaca yg panas terik ZZ sempat jugak meredah ke MAHA
di maeps Serdang. Saja ronda2 dgn anak2 supaya diorang ni kenal dgn lembu, biri2, tanaman2 keluaran negara kita. Sambil tu tengok pulak produk2 komersial drpd hasil bumi Malaysia.
Pastu jgn lupa singgah makan semua jenis citarasa terbaik dari seluruh malaysia di Hall makan. ZZ try Nasi Ayam Gemas yg fofuler tu, harga RM5 dan memang sedap!
MAHA bermula semalam dan akan berakhir 2 Disember ni.
Lihatlah bagaimana ibu yang parah akibat terkena serpihan bom Israel sempat mendodoikan anaknya di katil hospital walaupun dirinya sendiri berada dalam kesakitan yang amat sangat.
Lebih sayu lagi, kedua-dua anaknya itu juga mengalami kecederaan akibat kezaliman rejim zionis itu.
Difahamkan kesedihan tiga beranak itu tidak berakhir di situ saja, bapa wanita itu, yang juga datuk kepada anak-anaknya, telah terlebih dahulu menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat daripada kejadian yang sama.
ZZ dijemput ke pelancaran TV Wanita yg pertama di msia iaitu FEMINA CHANNEL hari ni. Perasmiannya oleh YABhg Datin Paduka Sri Rosmah Mansor.
ZZ enjoy dengar speech spontan DS Rosmah berkongsi kisah bagaimana sebuah negara yg dilawati bersama PM begitu mendiskriminasi kaum wanita. Sehingga beliau sebagai isteri pemimpin negara pun tidak dibenar makan semeja dgn suami dan diletak pula di meja orang biasa. Syukur kita wanita di Malaysia diiktiraf dan dihormati.
ZZ nk share gambar-gambar sekitar pelancaran Femina Channel.
Satu persatu fitnah dilemparkan ke atas isteri Perdana Menteri, Datin
Seri Rosmah Mansor oleh golongan-golongan tertentu yang begitu tidak
senang dengan keperibadian beliau.
Walaupun pelbagai kebaikan melalui amalan kebajikan yang telah
dilakukan oleh Rosmah namun ia sering kali disalah ertikan oleh
pihak-pihak terbabit.
Terbaru, kedatangan Rosmah ke Majlis Perkahwinan Pemain Badminton
Negara, Datuk Lee Chong Wei dikontroversikan hanya kerana kedudukan
kerusi beliau berada di tengah antara kedua-dua pengantin.
Ada dikalangan pencetus fitnah menyatakan bahawa kedudukan tempat
duduk Rosmah di majlis itu adalah atas permintaan isteri pemimpin nombor
negara itu sendiri.
Ada juga cerita lain yang menyatakan bahawa Rosmah telah memaksa Chong Wei untuk menempatkan beliau di kedudukan tersebut.
Lontaran fitnah sebegini ternyata dilihat sebagai sesuatu yang remeh
dimana ia seolah-olah sengaja dicetuskan bagi memberi gambaran imej
negatif terhadap Rosmah.
Bagaimanapun, PerakToday.com merasakan persoalan mengenai sejauhmana
dakwaan yang menyatakan Rosmah memaksa Chong Wei untuk meletakkan tempat
beliau di tengah-tengah hanya boleh dijawab oleh atlit negara itu
sendiri.
“Saya yang mahu Datin Seri Rosmah Mansor duduk di tengah-tengah antara saya dan isteri”. Demikian jawapan pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei ketika
ditanya mengenai kebenaran yang menyatakan beliau dipaksa untuk
menempatkan Rosmah di tengah-tengah antara kedua-dua pengantin.
Namun, mampukah jawapan Chong Wei ini menutup mulut golongan-golongan yang mencetuskan fitnah ke atas Rosmah. Menurut Chong Wei, keputusan untuk meletakkan tempat duduk Rosmah
pada majlis perkahwinannya adalah dibuat setelah berbincang termasuk
keluarga kedua-dua belah pihak.
Katanya, Rosmah langsung tidak membuat apa-apa permintaan apatah lagi
memaksa beliau meletakkkan kedudukannya di tengah-tengah sebelum datang
ke majlis itu. “Dia (Ds Rosmah) pun tak ada cakap dia mahu duduk mana masa itu, so
kita punya orang pun bincang bersama dengan saya lah dan kita ambil
keputusan untuk buat dia duduk di tengah.
“Kita ada jemput dan dia kata akan datang tapi hari Jumaat dia cakap
tak berapa sihat dan hanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
saja datang hari Jumaat. “Lepas Datin Seri kata tak dapat datang hari Jumaat… saya ada telefon
dan ‘SMS’ dia dan jemput sendiri lagi sekali untuk majlis hari Sabtu.
Selepas membuat panggilan telefon berkenaan kata Chong Wei, akhirnya
Rosmah setuju untuk datang sekejap ke majlis perkahwinannya pada hari
Sabtu. Susulan persetujuan Rosmah untuk mengunjungi majlis perkahwinannya
pada hari Sabtu, maka Chong Wei serta pihak keluarga membuat keputusan
untuk meletakkan kedudukan kerusinya sama dengan kedudukan Perdana
Menteri pada majlis di hari Jumaat.
“PM (Perdana Menteri) datang pada hari Jumaat kita bagi duduk tengah
juga so bila Datin Seri cakap nak datang maka saya buat keputusan untuk
bagi duduk tempat yang sama. “Ini bukan masalah kita bagi dia duduk tengah bermaksud ada apa-apa yang terjadi.
Menurut Chong Wei lagi, beliau tidak menyangka dengan keputusannya
meletakkan kedudukan Rosmah di tengaj telah membuatkan ada segelintir
pihak yang marah atau cuba membuat kontroversi.
Bagaimanapun katanya, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana
keputusan itu dibuat oleh Chong Wei sendiri serta turut mengambil kira
pandangan isteri dan keluarganya.
“Tindakan kita ini atau keputusan saya ini sebenarnya atas dasar
hormat kepada Datin Seri kerana beliau ada isteri kepada pemimpin nombor
satu negara. “Untuk saya… saya kena hormat dia sebab bukan senang dia mahu datang majlis perkahwinan saya. “Saya tau dia sangat sibuk tapi last minit dia setuju juga untuk datang ke majlis perkahwinan saya dan saya sangat gembira.
“Datin Seri adalah antara individu yang saya hormat… memang dia pun
selalu bagi sokongan dan semangat setiap kali saya ada perlawanan, jadi
tak salah kalau saya nak letak dia di tengah-tengah,” katanya kepada
PerakToday.com.
Terdahulu, kehadiran Rosmah ke majlis resepsi perkahwinan Chong Wei
dilihat sebagai sesuatu yang mengejutkan oleh pihak pembangkang. Tanpa mengetahui perkara sebenar, terdapat dikalangan pemimpin
Pakatan Rakyat yang menabur fitnah keatas Rosmah dengan mengambil
kesempatan ke atas majlis perkahwinan jaguh badminton negara itu.
Fitnah yang menyatakan, Rosmah seolah-olah mengganggu kedudukan
kerusi Lee Chong Wei dan isterinya Wong Mew Choo hinggakan beberapa
ketika sebelum ketibaan Rosmah, pasangan mempelai ini terpaksa berbual
secara menunduk selang satu kerusi jaraknya!
Lebih teruk, ada diantara pemimpin Pakatan Rakyat mempertikaikan
kedudukan kerusi Rosmah dimana mereka mengatakan sepatutnya Rosmah duduk
di sebelah pengantin, sama ada di sebelah Chong Wei atau Mew Choo bagi
menghormati hari bahagia mereka.
Bagaimanapun perkara itu kini telah dijawab oleh pihak Chong Wei
sendiri dimana beliau turut mengharap kenyataannya itu mampu menutup
mulut pihak-pihak yang membuat fitnah ke atas Rosmah.
Chong Wei menambah, sepatutnya kedudukan Rosmah bukanlah satu isu
yang besar kerana pihaknya sendiri yang membuat keputusan sedemikian.
Perangkaan
Kementerian Kesihatan pada tahun 2011, 48.1% atau 3.32 juta daripada jumlah
wanita Malaysia berusia antara 15 hingga 64 tahun mengalami berat badan
berlebihan atau obese.
Malah
Malaysia menduduki tempat pertama (nombor 1) dalam kalangan negara-negara di
Asia Tenggara yang paling ramai wanitanya dikategorikan sebagai “PLUS SIZE”.
Ini laporan Dewan Rakyat pada tahun lepas.
Dalam sudut pandang lain, saya
kira di negara ini, tidak ada diskriminasi kepada wanita bersaiz XL atau
Double XL. Itu sebabnya wanita Malaysia bebas untuk tampil dalam apa saiz
sekali pun tanpa prejudis!
IKUTI APA KATA WANITA, SABTU (17 NOV), PUKUL 11 PAGI DI TV1, DENGAN TOPIK: BERBADAN BESAR, BERKEYAKINAN BESAR!!
Semoga hari ini menjadi titik tolak kepada usaha mencapai kesejahteraan kehidupan kita yang harusnya bermula dalam hati, rumah dan kalangan ahli keluarga kita. InsyaAllah..
ZZ SEDANG MENCARI RAKAN-NIAGA SEBAGAI OPERATOR HARMONY MYSPA SATU JENAMA SPA BERGERAK (MOBILE SPA) ALA 'FRANCAIS' MILIK PENUH SYARIKAT ZZ.
SASARAN HANYA KEPADA WANITA YANG BETUL-BETUL MEMPUNYAI
'PASSION' DALAM BIDANG KECANTIAKN & SPA. TIADA PENGALAMAN & KEMAHIRAN TAK MENGAPA KERANA KAMI AKAN BERI
ANDA KEMAHIRAN TERSEBUT.
MODAL & YURAN UNTUK MENYERTAI HARMONY MYSPA HANYA RM4,888. SATU MODAL
PERNIAGAAN YANG SANGAT MURAH KERANA ANDA BOLEH MEMBUAT PINJAMAN DENGAN TEKUN,
AMANAH IKHTIAR MALAYSIA ATAU PINJAMAN PERIBADI BANK RAKYAT DENGAN JUMLAH YANG
RENDAH INI.
APA YANG BAKAL OPERATOR HARMONY MYSPA DAPAT DENGAN PELABURAN RM4,888 ITU??? INI DIA..
1. Satu Operator, Satu Lokasi. Buat masa ini pembahagian lokasi adalah mengikut
Bahagian Parlimen di seluruh negara.
2. Setiap Operator diberi peralatan/kelengkapan/bahan dan produk bagi memulakan
perniagaan 'mobile spa'.
3. Latihan kemahiran skil kecantikan diberikan selama 3 hari seperti berikut:
Hari 1: Basic Facial & Treatment Facial (guna machine
treatment)
Hari 2: Waxing (underam & legs) & Threading
Hari 3: Manicure & Padicure
Bagaimanapun peserta akan terus dipastikan betul2 mahir dan perlu diuji oleh kami sebelum boleh memberi khidmat kecantikan kepada pelanggan.
4. Setiap Operator dilantik secara automatik sebagai Pengedar Produk di bawah
jenama HARMONY (Harmony myBeauty &
Harmony myIntimacy) dengan margin keuntungan 35%. Untuk maklumat produk HARMONY
boleh lihat di www.harmony.com.my dan www.harmonymall.com.my.
5. Setiap nombor telefon Operator akan diiklankan dalam semua bentuk iklan yang
dibeli oleh Ibupejabat seperti di Majalah Mingguan Wanita,
Majalah Wanita, Akhbar Metro, website, dll.
6. Semua data pelanggan setiap Operator akan disimpan dan dikemaskini oleh
Ibupejabat bagi tujuan appointments, bookings, promosi dan customers services.
Kami menggunakan sistem SMS blast kepada semua pelanggan & juga Operators.
7. Setiap Operator yang menunjukkan prestasi yang baik berpeluang untuk
mengembangkan kerjaya sebagai trainers kami.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di HOTLINE: 1-300-22-7622 atau SMS
012-622 9970.
Pengasas dan Pengerusi Festival
Fesyen Islam (IFF), Datuk Raja Rezza Shah menafikan bahawa isteri
Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dengan isu gambar
yang disebarkan oleh beberapa blog pembangkang berhubung seorang model
yang mengenakan pakaian yang tidak menutup aurat.
Menurut Raja Rezza, Datin Seri Rosmah merupakan penaung kepada IFF,
namun beliau tidak tahu mengenai aktiviti yang dilakukan olehnya sebagai
pengasas dan pengerusi IFF.
"Beliau hanya penaung..tetapi bukan dia yang tetapkan A to Z...dia tidak tahu apa yang saya buat dan bukan semua 'function' yang diadakan dia hadir," ujarnya.
Tambahnya, Rosmah sering mengingatkan beliau agar pelaksanaan IFF ini memberikan kebaikan kepada masyarakat.
"Beliau sering tekankan...make sure it can help people, make sure it can give benefit to people..and please be carefull," katanya kepada KLPOS ketika di temui di kediamannya di Ulu Klang, semalam.
Beliau berkata demikian ketika menjawab mengenai spekulasi blog
pembangkang yang menyebarkan gambar dari sebuah akhbar tabloid yang
memaparkan salah seorang daripada sebahagian model IFF tidak mengenakan
pakaian yang sesuai dengan tema festival tersebut pada sidang media
diadakan.
"Mengenai gambar itu, hanya seorang saja yang memakai busana tidak
berlengan dan mereka (pembangkang) seharusnya bertanya kepada saya
terlebih dahulu.
Andaikan, wanita itu adalah model saya, dan saya jadikan sebagai konsep
untuk menunjukkan perubahan daripada individu yang memakai pakaian
terdedah kepada yang menutup aurat. Tetapi malangnya, dia bukan model
saya," katanya.
Raja Rezza turut berkata bahawa wanita itu bukanlah tetamu undangannya
pada sidang media tersebut tetapi dia datang bersama Persatuan Bencana
Negeri Kedah untuk memperagakan selendang pada hari persembahan nanti.
"Pada sidang media tersebut, terdapat beberapa badan bukan kerajaan
(NGO) yang hadir bagi memperjelaskan mengenai kutipan amal yang akan
mereka lakukan melalui IFF, dan wanita tersebut hadir bersama salah satu
NGO itu. Saya memang tidak tahu menahu mengenai kehadirannya," ujarnya.
Selain itu, Raja Rezza turut difahamkan bahawa wanita tersebut
berpakaian begitu (tidak menutup aurat) kerana dia akan melalui proses
'transform' ada hari persembahan fesyen nanti.
"Inilah, mudah sangat orang kita membuat kesimpulan. Umpama filem yang
belum siap, tetapi kita dah cerita mengenai pengakhirannya," katanya.
Namun begitu, spekulasi yang dimainkan oleh pihak pembangkang itu,
bukan perkara yang serius bagi Raja Rezza yang juga merupakan seorang
pereka fesyen itu.
"Saya bersyukur kerana agama kita, Islam ada akhirat menanti. Apa saja
fitnah, tuduhan dan sebagainya yang dilemparkan, kita tahu dimana
penyudahnya," ujarnya lagi.
Memiliki kelebihan untuk menarik perhatian negara luar merupakan salah
satu faktor Datin Seri Rosmah Mansor dipilih sebagai penaung kepada
IFF.
Di Jepun, kita akan jumpa macam-macam perangai pelik di kalangan rakyatnya.Salah satu yang penulis temui hari ini ialah coli atau bra untuk lelaki. Dalam pelbagai bentuk dan warna OK!
Mulanya penulis ingat ia hanyalah lawak bodoh, namun rupanya ada
banyak laman web yang menjual bra lelaki secara tersusun dan
profesional.
Ia mula dijual oleh syarikat Wishroom mulai tahun 2008 dan dikatakan
mendapat permintaan luar biasa banyak. Ia dijual di laman Rakuten.
Satu persoalan….apa perlunya benda ini dipakai lelaki? Apa yang hendak disokong itu?
Ada yang berkata, ia kononnya membawa sifat wanita dari dalam diri lelaki…apa sajalah labu!
Jangan cepat buat kesimpulan sebelum tonton sehingga habis...
ZZ ~ Moral: periksa dan kaji sesuatu perkara terlebih dahulu sebelum buat kesimpulan... jangan sebar dakyah atau fitnah tanpa tau cerita sebenar... kelak mengundang dosa free... adiosss...
Berdasarkan mimik mukanya, dia seolah-olah bimbang dia akan menjadi satu daripada bahan masakan untuk sup labu. Cole Thornton yang berusia 9 bulan hari ini meraikan perayaan Halloween.
Bapanya,
Chris merakam gambar Cole dalam puluhan aksi untuk kalendar keluarga
mereka dan untuk bulan lalu, dia memutuskan labu menepati konsep itu.
Kaki Cole terjulur keluar dari dua lubang dalam sayuran itu dan
tangkainya diletakkan di atas kepala bayi itu sebagai topi. “Cole
sangat gembira dapat duduk dalam labu kira-kira 10 saat - cukup lama
untuk saya merakam beberapa gambarnya,” kata Chris dari Castleford,
barat Yorkshire.
“Pasti hebat dapat menunjukkan kepadanya foto itu setelah dia dewasa kelak,” katanya.
Chris
dan isterinya, Lindsay, 27, pegawai sokongan polis masyarakat akan
menghantar kalendar itu kepada saudara-mara supaya mereka dapat melihat
bagaimana Cole sudah semakin besar dalam tempoh setahun ini.