Gila berbelanja di Internet
Artikel ini tersiar di Mingguan Malaysia hari ini. Apa yang ingin ZZ sampaikan adalah kecenderungan dan minat rakyat Malaysia membeli-beli secara online memang meningkat dengan ketara. Oleh itu, marilah kita sama-sama merebut peluang perniagaan yang terbuka luas di internet.
Bagi sesiapa yang berminat tetapi TIADA MODAL PERMULAAN atau tidak tahu cara nak memulakan perniagaan online, apa kata anda mencuba menjadi rakan Affiliate Harmony (KLIK SINI) atau juga memasarkan produk anda di Harmonymall (KLIK SINI).
JAMINAN ZZ:
TIADA MODAL PERMULAAN!
MILIKI KEDAI ONLINE ANDA SENDIRI!
TIADA YURAN PENDAFTARAN!
TIDAK PERLU MENYIMPAN STOK!
TIDAK PERLU URUS PENGHANTARAN!
BISNES BERJALAN 24 JAM WALAUPUN ANDA TIDUR, MANDI ATAU JUGA KELUAR KE PASAR KERANA KEDAI ONLINE INI BUKA 24 JAM (MACAM KEDAI SERBANEKA 7-11)
TIDAK PERLU SUSAH PAYAH CARI TAPAK PERNIAGAAN!
TIDAK PERLU DAFTAR PERNIAGAAN!
TIDAK PERLU LESEN!
PRODUK YANG BAIK, BERKESAN DAN DIYAKINI! DAN YANG PENTING RAMAI ORANG CARI!!
TEKNIK PEMASARAN YANG MUDAH!
APA TUNGGU LAGI.. JOM MASYUKKKK...
Berikut adalah artikel yang disiarkan di Utusan Online.
KUALA LUMPUR 2 Jun - Berjenama, murah dan pelbagai pilihan. Itu
antara alasan yang menyebabkan ramai pelajar institusi pengajian tinggi
(IPT) semakin teruja untuk membeli sesuatu produk menerusi online atau dalam talian.
Apa yang mengejutkan, ada di kalangan mereka sanggup berbelanja
sehingga belasan ribu ringgit hanya untuk memenuhi kehendak peribadi
semata-mata.
Maka tidak hairanlah penyedia perkhidmatan pembayaran elektronik, PayPal
menjangkakan perbelanjaan menerusi Internet di Malaysia mampu meningkat
kepada RM5 bilion menjelang 2015 berbanding kira-kira RM2 bilion ketika
ini.
Rata-rata pelajar IPT yang ditemui pasti berpengalaman membeli-belah secara online sekurang-kurangnya
sebulan sekali untuk memiliki pakaian, kasut, beg tangan, barangan
kosmetik, aksesori kenderaan atau peralatan gajet.
Peruntukan itu tidak meliputi perbelanjaan perkhidmatan untuk
percutian, hiburan dan gaya hidup yang turut ditawarkan menerusi
Internet.
Contohnya, salah seorang pelajar, Muhd. Akmal Mohd. Rodzi, 20, lebih suka membeli apa sahaja produk termasuk kereta, motosikal mahupun barangan elektronik serta alat gantian secara online.
Biarpun berpengalaman ditipu, pelajar Kolej Poly-Tech Mara itu tidak pernah serik untuk membuat pembelian menerusi dalam talian.
"Kia Spectra ini saya beli menerusi laman web pada harga RM17,000,
jimat lebih RM3,000 berbanding jika beli di kedai kereta terpakai.
"Saya pernah juga ditipu ketika membeli sebuah telefon bimbit
berharga RM350 tetapi barang tersebut tidak sampai walaupun pembayaran
telah dibuat," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Menurut Nur Fatin Farhana Mohd. Suhaimi, 23, minatnya yang
mendalam terhadap kasut dan beg tangan membuatkan dia sanggup
menghabiskan masa berjam-jam di hadapan komputer riba.
"Setiap hari saya pasti mencuri waktu untuk melawat satu persatu
laman web yang menjual kasut atau beg tangan untuk melihat produk-
produk terbaru.
"Asal nampak sahaja blog baru, saya akan mengunjunginya. Lebih- lebih
lagi jika laman tersebut mengadakan jualan murah," katanya.
Menurut pelajar Universiti Pengurusan dan Sains (MSU) itu lagi, dia
gemar membeli-belah dalam talian kerana mahu mendapatkan produk
berjenama dari luar negara pada harga murah.
"Setiap bulan saya akan berbelanja RM300 dan adakalanya boleh mencecah sehingga RM1,000," katanya.
Seperti Nur Fatin Farhana, kecenderungan Umar Afham Azman, 20, berbelanja secara dalam talian bermula apabila dia berkeinginan untuk memiliki pakaian berjenama dari luar negara.
"Saya juga pernah berbelanja sehingga RM12,000 dalam tempoh tiga
bulan sahaja untuk membeli pakaian berjenama, gajet dan aksesori kereta.
"Walaupun tidak pernah ditipu, saya sentiasa mengambil langkah
berjaga-jaga dengan melihat maklum balas pengguna lain sebelum membuat
sebarang pembelian bagi mengelakkan bayaran yang dibuat lesap begitu
sahaja," katanya.
Sementara itu, kegilaan terhadap kumpulan K-Pop seperti Super Junior dan Beast membuatkan Ida Nadzura Dzulkefly Kuang, 22, tidak teragak- agak untuk membeli cakera padat secara online.
"Jika tidak membeli cakera padat, pasti ada sahaja cenderamata membabitkan kumpulan tersebut yang akan saya tempah setiap bulan.
"Kebanyakan barangan bukan tidak boleh dibeli di kedai, cuma saya
sangat gembira jika mendapat poster kumpulan tersebut dan pelbagai
barangan percuma lain jika beli secara online," katanya.
Ida Nadzura mengakui, statusnya sebagai pelajar membuatkan dia
terpaksa menyekat perbelanjaan lain demi memastikan 'hajat' memiliki
barangan koleksi kumpulan K-Pop kesayangannya tercapai.
Malah bagi mengelakkan dia dimarahi ibu bapa kerana hobinya itu,
pelajar Universiti Antarabangsa INTI itu sanggup menggunakan alamat
rumah rakannya sebagai destinasi penghantaran bungkusan dari Korea
Selatan.
"Sebab tak nak ibu bapa saya tahu, saya tidak menggunakan alamat rumah sendiri.
"Saya akan simpan dahulu barang-barang tersebut di rumah kawan saya
dan akan membawa pulang sedikit demi sedikit," katanya yang
membelanjakan sekurang-kurangnya RM200 sebulan untuk tujuan tersebut.
Menurut Ida Nadzura, jumlah yang dinyatakan tersebut tidak termasuk
tempahan tiket konsert dan kos penerbangan bagi menyaksikan persembahan
kumpulan artis kesayangannya itu.
sumber: Mingguan Malaysia
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.