Translate in your language

Sunday, 7 July 2013

5 Sikap Wanita Yang Buat Lelaki Bosan



Apabila berbicara tentang perihal hubungan antara lelaki dan wanita, ada ketikanya wanita terlepas pandang hingga menggugatkan sedikit sebanyak rasa cinta sang lelaki. Semuanya gara-gara sikap wanita itu sendiri yang sudah sebati di dalam diri. Mungkin bagi wanita, ianya remeh. Tetapi bagi si lelaki pula sebaliknya. Tidak hairanlah perkara sebegini boleh mengganggu-gugat keharmonian suatu perhubungan.


Mungkin ramai tertanya-tanya, apakah sikap yang menimbulkan kemarahan sang lelaki di luar sana?
  1. Ambil masa lama untuk bersolek dan berdandan.
Rata-rata lelaki mudah bosan apabila menunggu wanita bersiap atau berdandan hanya untuk keluar membeli belah di pasaraya yang jaraknya dekat. Ya, memang ada wanita yang bersikap sebegitu kerana bagi mereka kecantikan macam inilah yang perlu diambil berat dan boleh membuatkan lelaki bosan dan pening kepala. Biarpun nampak kecil di mata wanita, tetapi jika dalam seminggu 2-3 kali lelaki ajak keluar dan anda masih mengambil masa 2-3 jam untuk bersiap dan membuatkan si dia menunggu, alamatnya tidak hairanlah lepas ni tiada pelawaan untuk keluar bersama lagi.
  1. Lelaki sensitif bila dilabel mata keranjang
Mungkin apabila keluar membeli belah, ramai wanita lebih tertumpu mata kepada tag harga atau tanda jualan murah manakala si lelaki pula lebih suka mengambil masa sendiri untuk melakukan aktiviti digemari. Tetapi ada segelintir wanita menganggap sang lelaki meliarkan pandangan ke arah wanita lain walhal ia tidak berlaku. Bagi pendapat saya, normal lah apabila melihat sesuatu yang cantik, mata kita tidak terlepas pandang. Sama juga apabila wanita melihat jejaka kacak. Tetapi itu tidak bermakna mereka menaruh hati untuk tambah cawangan baru. Hakikatnya lelaki tidak suka dilemparkan tuduhan melulu apabila berbaur cemburu. Cemburu itu tanda sayang, tapi kalau dah melampau , sayang itu boleh melayang. Simpan saja prasangka sebelum ada bukti nyata.
  1. Mengeluh tiada baju sesuai
Sedar atau tidak, anda sebenarnya telah membuatkan si lelaki marah apabila asyikkkk mengeluh tiada bajulah, tidak cukup baju lah walhal baju sampai 2-3 almari. Walaupun baju 3 almari, kasut sampai 3 rak, masih lagi berani mengaku tidak ada baju yang sesuai untuk dipakai. Sudahlah lambat berdandan, lambat pula pilih pakaian kemudian ada hati kata tak ada baju. Jangan sampai si dia hilang sabar pula ya?
  1. Salah pilih topik bercerita
Setiap manusia berbeza baik dari segi pemikiran, perbuatan, minat sikap dan macam-macam lagi lah. Tak salah bercerita dan berceloteh pada pasangan kita tetapi biarlah berpada-pada. Apa orang kata tu, membebel. Lelaki ni mudah bosan apabila diajak berbual tentang satu topik yang berat dalam tempoh masa yang panjang. Apa salahnya sekali sekala berborak mengenai sesuatu yang romantis ke, lawak jenaka ke, rasa best sikit kan? Kerana kalau terlalu kerap ‘membebel’ mengenai topik sama, ia boleh mencetuskan pergaduhan, jadi kawal lah perasaan anda.
  1. Komen tentang penampilan dan berat badan
Pasti kadangkala anda pernah mengkritik berat badan dan penampilan suami. Memang tak salah menegur tapi pastikan perkataan yang digunakan itu sesuai dan jangan sampai menyinggung perasaan. Anda pun kalau dipanggil ‘gemuk’ oleh pasangan anda, anda pun rasa tak best kan? Berdiet dan bersenam memang aktiviti yang tidak digemari oleh sesetengah lelaki mahupun wanita. Jalan yang paling baik adalah memberi nasihat dengan cara selamba atau beserta lawak jenaka supaya keadaan menjadi lebih santai dan dalam masa yang sama wanita juga boleh belajar memasak menu yang sihat untuk si lelaki.



7 comments:

  1. dia tahu dia punya bosan saja....kita punya bosan ada dia tahu...sabo je lah...

    ReplyDelete
  2. ada lagi satu...kalau kacau lelaki tgk bola....mmg bosan gilaaaaaa.................

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kalau gentel bola dia mesti dia suka....hahaha

      Delete
  3. Komen untuk 5 bosan lelaki... nanti harap2 dapat keluarkan 5 bosan pompuan plak.

    ReplyDelete
  4. Iklan sebentar... Jangan lupa minum Air Mineral water jenama E’den... semasa Berbuka puasa dan bersahur... Air Mineral water jenama E’den Halal, Suci dan Bersih!.

    E’den mineral water adalah salah satu air mineral yang kini berada dipasaran Malaysia, eden mineral water diusahakan oleh sebuah syarikat bumiputera sepenuhnya iaitu Daruk Khusus Venture Sdn Bhd, diasaskan seawal tahun 2004, eden mineral water mula dipasarkan pada tahun 2009.

    Alamat (Kilang)
    DarulKhusus Venture Sdn. Bhd.
    Lot 517, Kampung Mungkal,
    71350 Kota, Rembau,
    Negeri Sembilan Darul Khusus

    Telefon & Fax
    Tel: 06-438 2571
    Fax: 06-438 3571

    Emel: dkvmineral@yahoo.com.my
    Website : http://www.edenmineralwater.com.my/index.php

    Pejabat Pemasaran (KL)
    No.2-2A, Jalan Nirwana 37,
    Taman Nirwana,
    Ampang 68000
    Selangor Darul Ehsan

    Telefon & Fax
    Tel: 03-9281 8787
    Fax: 03-9281 4187

    ReplyDelete
  5. oh jadi itu penyebabnya thanks min infonya
    jangn lupa follow biar bisa join http://febrizki.blogspot.com/

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.

ANDA MUNGKIN SUKA NAK BACA.. TERSERAH PADA SELERA MASING-MASING..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...