Translate in your language

Wednesday 24 April 2013

10 Penyakit Paling Pelik

Kalau kita terjumpa manusia yang menghidap penyakit macam ini, jangan la pula kita sindir, hina dan pulaukan. Mereka pun manusia biasa macam kita, cuma bahagian yang diorang terima tu saja yang berbeza daripada kita. 

Kadang-kadang penyakit macam ini berpunca daripada masalah keturunan, genetik atau pun bawaan. Itu yang nampak sesetengah penyakit kelihatan pelik, jijik dan menggelikan. Kalau nak tahu apa jenis penyakit yang pelik-pelik tu, jom layan kat bawah ni..

Progeria


Penyakit dimana seseorang akan nampak lebih tua dari umur dia yang sebenar. Berpunca daripada kejanggalan genetik yang ekstrem.

Tree Bark Skin Disorder

Juga dikenali sebagai 'Epidermodysplasia Verruciformis'. Berpunca daripada virus human papilloma (HPV) yang tersebar di luar kawalan. Kes paling popular adalah kes Dede Koswara, warga Indonesia yang digelar 'Tree Men'. Dalam Discovery Channel pernah diceritakan tentang dia.

Lion Face Syndrome

Dikenali sebagai 'Leontiasis ossea'. Berpunca daripada pertumbuhan luar biasa pada wajah dan tengkorak.

Porphyria The Vampire Disease

Berpunca daripada komplikasi neurologi atau masalah kulit (atau kedua-duanya sekali).

Werewolf Syndrome

Dikenali sebagai 'Hypertrichosis' atau Ambras Syndrome. Berpunca daripada mutasi genetik dan boleh terjadi sejak lahir atau selepas dari itu.

Proteus Syndrome

Dikenali sebagai Wiedemann's Syndrome dan berpunca daripada mosaicism genetik. Menyebabkan pertumbuhan kulit yang cepat dan perkembangan tulang atipikal, serta diiringi tumor lebih setengah badan..

Neurofibromatosis

Berpunca daripada warisan genetik di mana tisu saraf tumbuh menjadi tumor yang boleh menyebabkan kerosakan yang serius disebabkan pemampatan saraf dan tisu-tisu lain.

Polydactylism

Dikenali sebagai 'Hyperdactyly'. Berpunca daripada kejanggalan genetik yang menyebabkan pertumbuhan jari-jemari yang berganda bilangan.

Lamrey Disease

Berpunca daripada jangkitan parasit yang tinggal di dalam air dan sering ditemui pada ikan. Di Malaysia kita belum pernah mendengar lagi pasal penyakit ini.

Elephantiasis

Berpunca daripada penyakit atau podoconiosis yang menyebabkan penebalan kulit dan tisu asas, terutamanya di bahagian kaki dan alat kelamin lelaki.

6 comments:

  1. SubhanALLAH..FIRSTIME TGK PENYAKIT MACAM NI..
    Salam kenal dari mam3heroo
    done follow

    ReplyDelete
  2. allahuakbar.. rasa bersyukur dilahirkan sempurna..

    ReplyDelete
  3. subhanAllah, syukur kerana dilahirkan sempurna =D

    ReplyDelete
  4. info yang menarik dan terbaik (like)

    ReplyDelete
  5. Lamrey Disease tu mungkin dimaksudkan sebagai lamprey disease. tapi penyakit ni tak pernah wujud pun. gambar diatas adalah salah satu gambar yang memenangi pertandingan photoshop. Lamprey pula merujuk kepada satu jenis spesis ikan parasit yang mempunyai mulut seperti gambar mata di atas. sila buat kajian sikit sebelum buat entry. jangan sampaikan maklumat yang tidak tepat. main cedok je,

    ReplyDelete
  6. subhanAllah, rasa bersyukur dilahirkan sempurna..

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.

ANDA MUNGKIN SUKA NAK BACA.. TERSERAH PADA SELERA MASING-MASING..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...