Translate in your language

Wednesday, 20 March 2013

5 BERADIK KONGSI SATU ISTERI


NEW DELHI: Seorang ibu muda semalam mendedahkan dia mempunyai lima suami.

Lebih menarik lagi, kelima-limanya adalah adik-beradik.

Rajo Verma, 21, tinggal dalam sebuah rumah satu bilik dengan kelima-lima suaminya dan tidur bersama suami berbeza setiap malam mengikut giliran.

Suri rumah itu juga tidak tahu siapa bapa bayi lelakinya.

Rajo berkata: “Pada awalnya, ia rasa agak pelik. Dan saya tidak mempunyai suami kegemaran.”

Suami pertamanya, Guddu, 21, menegaskan: “Kami semua melakukan seks dengannya tetapi saya tidak cemburu. Kami sebuah keluarga besar yang bahagia.”

Pasangan itu berkahwin mengikut istiadat Hindu yang diatur keluarga mereka empat tahun lalu dan dia menjadi satu-satunya suami Rajo yang sah.

Tetapi adat di kampung mereka mewajibkan Rajo turut mengambil adik-beradik suaminya sebagai suami.

Mereka ialah Bajju, 32, Sant Ram, 28, Gopal, 26, dan Dinesh — yang dikahwininya tahun lalu ketika pemuda itu mencecah usia 18 tahun.

Abang sulung Bajju berkata: “Saya menganggap Rajo sebagai isteri saya dan tidur bersamanya sebagaimana adik saya yang lain.”

Rajo memasak, mengemas dan menjaga bayinya, Jay yang berusia 18 bulan ketika semua suaminya pergi bekerja di Dehradun, utara India.

Rajo berkata mengenai tradisi purba bergelar poliyandri: “Ibu saya turut berkahwin dengan tiga beradik. Bila saya berkahwin saya tahu saya terpaksa menerima semua lelaki itu sebagai suami.”

“Saya tidur dengan mereka mengikut giliran. Kami tiada katil, kecuali beberapa selimut.

“Yang menariknya, saya mendapat lebih perhatian dan kasih sayang daripada kebanyakan isteri lain.”




- Harian Metro
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Limaberadikkongsisatuisteri/Article/index_html

13 comments:

  1. crazy world with crazy culture...

    ReplyDelete
  2. AYO YO YO !
    IF THIS HAPPEND IN MSIA, WILL HINDRAF ORGANISE STREET DEMONSTRATION? NO WONDER THERE ARE LOT OF GANG RAPE IN INDIA NOW. (THIS IS NOT "MARRIAGE" IN THE TRUE SENSE, THIS IS ACTUALLY "GANG RAPE MARRIAGE". UNITED NATION

    ReplyDelete
    Replies
    1. it's could happened in Malaysia and has been keep secret ,because it their tradition and could be brought over hear .

      Delete
  3. Amalan Assmin jugak sbb itu dia kongsi bini dia dgn Boss dia!!

    Hahahahahahahahaha.....

    ReplyDelete
  4. Ya lah, sekarang semua boleh asal rsa ok, ikut akal binatang tanpa panduan pencipta yang hak, nuar ngan asmin + cina tua + bangkali

    ReplyDelete
  5. benda macam ni bole jadi kat negara kita kalau pakatan liwat memerintah....lebih2 lagi kalau calon PM ialah jenis yang balun depan belakang....

    ReplyDelete
  6. Kat malaysia ada manusia sanggup BINI dia d kongsi pakai..janji dapat habuan..maruah not the issue hehehehehe

    ReplyDelete
  7. Cannot say gangrape.
    The woman very happy.
    She always sing 'everyday I'm shuffling'.

    JoeP

    ReplyDelete
  8. done follow sini.. jom follow n singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

    klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. hahahaha, lucu yah, ada ada aja, bingung tuh jadinya nentuin bapknya siapa.

    ReplyDelete
  10. sungguh tulisan yang sangat menambah info dan pengetahuan, terimakasih bnyak yah, salam kenal. thaks

    ReplyDelete
  11. cool topic and well written article, I really like your site and will be reading it a lot more!

    ReplyDelete
  12. thaks for sharing, i like your post because very very goods, nice post

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.

ANDA MUNGKIN SUKA NAK BACA.. TERSERAH PADA SELERA MASING-MASING..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...