1. Asyik tengok / curi pandang anda.
Perempuan juga seperti lelaki, kalau suka pada lelaki dia akan tengok juga. Mungkin pandangan berbeza sedikit berbanding lelaki sebab lelaki biasanya tengok perempuan cantik, tetapi perempuan dia boleh tengok lelaki pada rupa, penampilan dan juga tingkah laku.
Kalau terpandangan kali pertama normal la. Tapi kalau perempuan asyik tengok anda, kadang² curi² pandang, so berkemungkinan dia hendak berkenalan, tetapi dia malu. So dia bagi la hint permulaan ini, iaitu asyik tengok/curi pandang anda.
2. Senyum kepada anda, bukan sekali tapi banyak kali.
Mungkin apabila anda perasan dia tengok anda, kali pertama mungkin dia alihkan pandangan, kedua senyum kepada anda. Kali ketiga, keempat dan seterusnya, setiap kali pandang, setiap kali senyum kepada anda.:)
Kalau macam ni, semakin kuat firasat menunjukkan perempuan ini berminat dengan anda, dan mungkin dalam hatinya berkata 'kalaulah dia tegur aku'..ataupun boleh dikatakan dalam fasa ini, mereka berharap agar diri mereka dimengorat.
3. Dia akan cuba untuk tonjolkan diri dia.
Mungkin jarang jumpa perempuan jalan seorang diri. Biasanya mereka akan bersama kawan perempuan mereka yang lain, selain dengan kawan² lelaki. Kalau dorang pergi shopping, biasa memang dengan kawan perempuan la:)
Apabila berkumpul, ada yang memang semula jadi sikapnya. Tetapi ada juga yang apabila perasan anda berada di depan, dan dia berminat hendak berkenalan dengan anda, dia akan cuba menonjolkan dirinya. Tujuannya adalah untuk menarik perhatian anda.
Mungkin dia menggunakan cara ketawa kuat, cakap kuat² walaupun sebelum ini dia senyap je, alih kerusi biar pandangan lebih jelas terhadap anda, buat² bangun, betulkan kasut, dan macam² lagi la asalkan anda perasan adanya dia di hadapan anda. Lepas buat perkara², dia akan tengok anda untuk perhatikan samada anda perasan atau tidak perlakuan dia tadi.
Uhh..belom ade lagi
ReplyDeleteHiZamzarina,
ReplyDeleteSaya ada masalah di tempat kerja saya dan tak pasti apa yang sudah melanda semenjak 10 tahun bekerja tapi tidak ada masalah begini...Pada Mei 2010,ada seorang pekerja perempuan yang pada awalnya saya tidak begitu sedar...mungkin kesibukan kerja..pada satu hari dia berjln di koridor dan saya terpandang dia..bagaimanapun dia secara lansung menoleh ketempat lain...sekali saya tidak perasan tetapi ini berlaku banyak kali...sehinggakan saya rasa apakah salah yang saya lakukan..padahal xpernah bertegur sapa...bagaimanapun suatu hari saya memmanggil dia untuk bertanya keadaan ini...jadi baru kami bermula untuk bertegur sapa..saya harapkan dia tidak berbuat demikina lagi sebab kan keaddan yang tidak selesa..hari berganti hari...kami jarang bertegur sapa....melainkan hanya berpandangan dari jauh saja...selanjut nya masih terjadi lagi...pandangan menoleh ketempat masih berlaku...selang kemudian saya menegur dia...maka keadaan itu x berlaku lagi....baru2 ini saya kesempatan ke tempat ruang dia bekerja dan secara tak sengaja bertegur sapa..saya perasan sewaktu berbicara dia kelihatan sungguh gembira serta senyuman yang manis dalam pada masa yang sama ..paras rupanya menjadi merah untuk apa sebab...selepas itu....saya ada diskusi dengan teman yang lain...dia meneruskan kerjanya tapi dalam masa yang sama masih menoleh kearah saya....Harap boleh terang apa yang perlu saya buat