Ada yang mengatakan seperti ini " aku berjaya atas usaha aku sendiri , aku tak perlukan perempuan dalam hidup aku. Dan ada juga yang mengatakan " aku dah selesa dengan hidup aku dan kerjaya aku, aku tak perlukan lelaki dalam hidupku, hadirnya mereka itu hanya untuk menyakitkan saje.
Dalam hidup kita ini saling memerlukan antara sesama jantina untuk menghasil keharmonian alam dan siapa kita untuk melawan fitrah manusia yang hidup berpasang-pasangan. Sejak azali lagi hawa tercipta untuk adam. Tanpa hawa pastinya adam akan kesepian dan tanpa adam pastinya hidup hawa tak sempurna.Itulah hidup kita. Siapa pon kita ,mesti kita mahukan seseorang yang mampu terima kita seadanya dan membahagiakan kita.
Kita tak perlu sombong setiap kejayaan dan kemenangan yang kita dapatkan.. pastinya kejayaan kita hari ini dan hari seterusnya bukan hanya kerana diri kita tetapi ada yang bersama kita yang selalu ada untuk kita dan mendoakan kita. Mungkin kamu boleh katakan bahawa kamu tak perlukan lelaki atau perempuan dalam hidup kamu tapi sebenarnya kamu ego dan terlupa bahawa orang yang ada di sekeliling kamu adalah bahagian dari jantina itu . Lainlah kalau duduk dengan pondan dan sebagainya.
Yelah mana tidaknya, kejayaan kamu hari ini adalah hasil doa ibu bapa, adik beradik , keluarga dan rakan-rakan yang tak pernah berhenti mendoakan kamu. Adakah kamu lupa ?
Wahai Manusia Bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari seorang manusia (iaitu Nabi Adam A.S) dan daripadanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang ramai. Bertaqwalah kepada Allah yang dengan mempergunakan namanya kamu saling meminta antara satu sama lain, dan peliharalah hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.(Surah An-Nissa’: 1)
kejayaan seorang lelaki adalah kerana ada wanita dibelakangnya yang menjadi kekuatan . Tentulah kepada yang bujang ,ibumu ,kakak dan bakal menjadi penamping hidupmu yang selalu berdoa dan membantumu ketika susah dan senang. Kepada lelaki yang sudah berumah tangga, pastinya isterimu yang selalu ada bersamamu di kala suka dan duka.
Duhai kaum adam , tanpa hawa hidup kamu tak sempurna, tanpa hawa hidup kamu tak keruan dan tanpa hawa kamu tak kenal erti kasih sayang. Hawa mampu mengoncang dunia, dia mampu menjadi penawar dan dia mampu menjadi tuba untuk adam. Dan di situlah tugasmu untuk memimpin hawa sama arah kebaikan atau lembah durjana.
Duhai kaum hawa, jangan dirimu terlena kerana keasyikan duniamu tersendiri, Tanpa adam dirimu tidak tahu apa itu erti cinta, benci, rindu dan semua ada pelbagai perasaan di dunia.Mungkin adam itu kadang kala menyakitkanmu tetapi dia juga yang membahagianmu.
Sebenarnya acik cuma nak buat entry simple saje , sebab masa event tadi ada seorang speaker katakan ayat seperti di atas itu, Allah jadi lelaki dan perempuan mempunyai tugas yang tersendiri. Tanpa lelaki bagaimana sesuatu kaum itu mahu berkembang ? dan tanpa perempuan bagaimana nak lahirkan zuriat dan memperkembangkan umat ?
Kita saling memerlukan satu sama lain, kita tak mampu hidup keseorangan, Jodoh itu memang rahsia Allah , kepada yang belum di anugerahakn seseorang dalam hidupnye itu ,,sabar yer Allah tahu yang terbaik untuk kamu dan akan tibanya pasti kamu dapatkan selayaknya untuk kamu.
-akupenghibur
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.