Jangan gelabah bila anak kita hilang selera makan atau susah nak makan ketika umurnya masih baby
Pada usia ini, masalah ini adalah perkara biasa antaranya ialah:
1. Sukar duduk dan makan dengan betul
2. Makan dengan kuantiti yang sedikit
3. Cerewet dalam memilih makanan yang mereka gemari.
4. Mudah terganggu dan terpengaruh dengan persekitaran selain makan.
Tips:
1. Jangan bimbang. Dia sendiri tak akan biarkan dirinya kelaparan. Biarkan dia memilih makanan yang disukainya dan seberapa banyak yang diingininya. Walaubagaimanapun, pastikan kita tawarkan pelbagai makanan yang sihat dan biarkan mereka makan dengan sendiri dan anda sendiri member contoh pemakanan yang baik untuk anak-anak.
2. Ha, tips lagi satu..Jangan biarkan orang sekeliling termasuk kita membandingkan tabiat pemakanan si kecil anda dengan kanak-kanak lain dihadapan mereka. Mereka mungkin tidak suka.;(
3. Mengekalkan diari pemakanannya selama seminggu. Pantau minatnya kepada satu-satu kumpulan makanan. Jika dia kurang makan ayam, tawarkan padanya ikan, telur atau produk tenusu.
4. Bincang dengan doktor sekiranya dia tidak ingin makan dan minum setelah anda memujuknya dengan pelbagai cara dan kaedah;)
Apa yang penting:
1. Perkembangannya normal dimana ketinggian dan julat berat badan berada dalam julat optimum.
2. Selsema atau demam yang kerap juga sebagi petunjuk kesihatan yang kurang baik yang mungkin juga faktor makanan atau persekitaran luar yang kurang bersih.
Ingatnya, wahai ibubapa..Anak-anak tidak perlu kalori yang banyak atau sama seperti kita.
Cukupkan keperluan kalori harian mereka.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.