Translate in your language

Friday, 4 January 2013

ORANG KAMPUNG TERKEJUT LIHAT PERANGAI SEBENAR ROSMAH MANSOR!!


“Tiada cincin batu permata, tiada kasut tinggi jenama antarabangsa malah tiada solekan tebal sebaliknya beliau datang dengan kasut but getah dan membersihkan rumah saya,”.

Demikian luah seorang mangsa banjir di Taman Desa Tanjong Permai, Kuala Terengganu, Mustafa Husin, 60, yang begitu terkejut apabila melihat kedatangan isteri pemimpin nombor satu negara, Datin Seri Rosmah Mansor ke kawasan berkenaan sempena Program Gotong Royong Pandu Puteri.


Menurut Mustafa, penduduk di kawasan itu sememangnya sedia maklum dengan kedatangan Rosmah bagaimanapun hampir kesemua mereka tidak menyangka bahawa ikon wanita itu hadir ke program berkenaan dengan memakai kasut but getah dan bersama-sama mencuci rumah dan longkang di kawasan berkenaan.

Apa tidaknya, sesampainya Rosmah ke kawasan perumahan berkenaan sekitar jam 11 pagi, beliau tanpa membuang masa terus meminta berus longkang dan mula mencuci sebahagian besar parit di rumah Mustafa.

Lebih mengejutkan, selepas mencuci bahagian longkang, Yang DiPertua Pandu Puteri Malaysia itu kemudiannya meminta hos air bomba untuk melakukan kerja-kerja membersihkan bahagian dalam rumah mangsa banjir berkenaan.




“Pak Cik berasa besar hari sebab Datin Seri ini isteri pemimpin nombor satu di Malaysia, isteri Perdana Menteri kita tetapi dia boleh turun sama-sama dengan penduduk disini dan membersihkan rumah yang rata-ratanya dipenuhi dengan lumpur akibat banjir yang berlaku.

“Jadi Pak Cik nak ucap terima kasih pada Datin Seri sudi tolong kami disini… selama ini pak cik tak pernah lagi tengok isteri pemimpin buat kerja-kerja berat macam ni.

“Kalau seleas banjir, kerja-kerja cuci rumah atau bersihkan lumpur tu biasanya lelakilah yang buat orang perempuan biasa tolong mengelap atau kemas barang.

“Tetapi Datin Seri ni lain pula, tak sangka pakcik beliau tak kisah nak angkat hos bomba yang berat untuk membersihkan rumah pakcik,” katanya kepada PerakToday hari ini.

Mustafa menambah, gambaran yang sering diterima mengenai Rosmah sebelum ini amat berbeza dengan apa yang dilihat dengan matanya sendiri.

Sebagai isteri pemimpin sudah tentu Rosmah perlu menjaga imej diri kerana ia boleh menjejaskan suaminya selaku Perdana Menteri.

Namun dalam masa yang sama menurut Mustafa, sebagai ikon wanita soal imej dilihat menjadi aspek kedua dimana beliau sanggup bersama-sama meredah becak semata-mata untuk membantu rakyat.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi Taman Desa Tanjong Permai, Abdul Malek Mohd, memberitahu bahawa penduduk dikawasan itu berasa sungguh terharu dengan kedatangan isteri Perdana Menteri bagi bersama-sama bergotong royong membersihkan rumah setelah dilanda banjir lumpur.

Katanya, kedatangan serta bantuan yang Rosmah dihulurkan sedikit sebanyak telah meredakan kesusahan serta keperitan penduduk di kawasan itu dalam menempuh hari-hari mendatang apatah lagi setelah berakhirnya musim cuti sekolah.

“Saya rasa bertuah kerana dilawati dan dikunjungi Isteri Perdana Menteri dimana dengan adanya lawatan ini ia dapat sedikit sebanyak meredakan kesusahan yang dialami oleh penghuni taman ini setelah mengalami banjir dari 24 hingga 30 Disember lalu.

“Pada awalnya kita dah rancang nak buat gotong royong ini… tetapi bila saya dimaklumkan yang Datin Seri nak datang kami rasa terkejut dan tidak menyangka perkara ini akan terjadi.

“Saya fikir, tidak mungkin Datin Seri nak datang ke tempat-tempat berlumpur dan becak macam ini… tetapi hari ini terbukti yang beliau rupa-rupanya bukanlah seperti yang digambarkan.

“Saya rasa kedatangan beliau adalah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh penghuni disini,” katanya.

Apa yang dilihat, sebelum ini belum pernah ada seorang pun sama ada pemimpin wanita mahupun isteri kepada pemimpin dikalangan pihak yang sanggup turun ke kawasan banjir lumpur semata-mata untuk membantu rakyat.

Yang mereka lakukan hanyalah, naik ke pentas-pentas ceramah dan mengutuk serta membuat fitnah terhadap Rosmah sedangkan ikon wanita itu sanggup turun padang dan bersama rakyat.

Jika difikirkan balik, sama ada di peringkat Dun atau Parlimen mahupun isteri kepada pemimpin pembangkang pernahkah dilihat turun ke kawasan banjir lumpur ataupun membersihkan rumah rakyat.

Sebaliknya insan yang difitnah dan dikutuk itulah yang turun padang dan membantu rakyat.

sumber: Perak Today

17 comments:

  1. Alhamdullillah, semoga Allah swt terus memberkati kita semua...

    ReplyDelete
  2. betapa mulianya ds rosmah dan tidak dinafikan mmg dia isteri kepada pm yang terbaik...

    ReplyDelete
  3. LEPAS NI NAK FITNAH APA PULAK MALULAH SIKIT KALAU NAK MEGATA KEBURUKKAN ORANG APA BINI ANWAR BUAT SELAMA NI

    ReplyDelete
    Replies
    1. bini anwar tgh bersihkan jubor anwar utk dia main mlm nnt

      Delete
  4. Perempuan puaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Atau ko yng puaka tujuh keturunan!

      Delete
  5. anon 23;05;yg puaka bukan rosmah yg puaka adalah jijah omega...inilah pencacai2 pakatan harami x boleh terima kenyataan...ada ke ko tengok jijah omega turun ke tempat2 mangsa yg d landa banjir??????jawapan nyer mmg x de la..jijah omega hanya tahu naik pentas ceramah dan memburuk burukan rosmah yg tu jijah omega tahu la...klu nk tlg mangsa banjir mmg x la jijah omega ko tu....bercakap guna otak jgn guna kepala lutut....

    ReplyDelete
  6. Cantik lakonan boleh jadi pelakon popular tahun 2013

    ReplyDelete
  7. kepada anon 23:05 dan moh sobery...

    kalau kau cakap ini lakonan maka lakonan lah pada pandangan kau,tp cuba kau fikir adkah lakonan ini akn mnybbkan rakyat mmbnci rosmah??kalau ini yg kau katakan lakonan maka kesedihan mangsa2 banjir,kerugian yg mreka alami adkah lakonan pada kau spya mreka mndapat simpati kerajaan...kalau mcm tu baik berlakon spya rakyat snang hati,rakyat tak merasa susah,,,drpd hnya brdri di pentas ceramah dan mnaburkan fitnah dan janji2 ksong..

    aku cabar kau tunjuk gambar wan azizah yg mmbntu mangsa2 banjir...mgkin kau akn jwab "nak bantu rakyat tak perlu nak hebah,nak bntu rakyat tak perlu gambar2 bagai"..itu lah ayat yg mgkin akn kluar dari mulut kau yg nk mnunjukkan yg jijah dan anar itu zuhud..tapi gambar anwar bagi tazkirah berlambak plak kat dlam internet...

    apa yg pasti rosmah adlah FLOM dan dia spatutnya sntiasa mndekati rkyat sbab nak hrapkan naib jer memanjang mna bley sbab najib sbuk...apa pun thumbs up for rosmah!!

    ReplyDelete
  8. Suci dan mulia nya rosmah.
    Tak patut kutuk&hina dia......tak patut, tak patut....

    ReplyDelete
  9. I know her during the varsity days and I honestly can say that she is indeed a very honest person, very cheeky at times, can be playful and a practical joker too she is a very simple person with no airs only maybe when shes is up there a lot of people are jealous and enviuos of her

    ReplyDelete
  10. Wahhh.double thumbs up for datin sri Rosmah..;)

    ReplyDelete
  11. kalau dah busuk dan hitam legam tak boleh nak buat apa2 lg...perbuatan yang baik harus dipuji bukan dikeji...walau apa pun tahniah kpd datin seri rosmah di atas keperihatinan beliau dlm kerja2 amal..Allah akan memberi ganjaran pahal kpd setiap umatNya yang membuat kebajikan

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  13. prfttt... ada jugak komen2 busuk perut dan hati , Rosmah turun pada buat kerja kebajikan pun kena tunjal jugak dengan puak2 yang jealous ni ??? kalau tak senang tengok orang buat amal kebajikan minta lah pemimpin korang buat jugak benda yang sama. Sikit2 masuk politik ... memang dasar hancing politik pecacai2 PR ni

    ReplyDelete
  14. Itulah peragai pencacai pr rosmah buat kebajikkan pun nak bising..mereka berusaha cuba mencari pelbagai helah dan memutar belit fakta sebenar untuk menjayakan misi mereka untuk membuat fitnah tapi itu semua taktik lama...kebajikan rakyat sentiasa menjadi perhatian utama rosmah berbanding dengan jijah omega hanya tau menyorok diri dan jam omega..

    ReplyDelete
  15. wtf! ni lakonan tahap cipan..rmi gler kot back up dier kat sni..puihh

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.

ANDA MUNGKIN SUKA NAK BACA.. TERSERAH PADA SELERA MASING-MASING..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...