Translate in your language

Thursday, 3 January 2013

Bahaya Kuning Telor Sama Dengan Merokok



Telur sering disebut-sebut sebagai makanan yang sihat mungkin boleh mengakibatkan buruk terhadap kesihatan arteri. 

Putih telur diketahui bermanfaat bagi kesihatan kerana tinggi protein, tapi sayangnya kuning telur mengandungi kolesterol tinggi yang hampir sama bahayanya dengan nikotin rokok terhadap arteri.


Sebuah kajian yang dilakukan oleh para penyelidik dari Western University di Kanada dan diterbitkan dalam jurnal Atherosclerosis menunjukkan bahawa diet kaya kuning telur boleh menyumbat arteri dan mengembangkan aterosklerosis.

Seperti dipetik dari onlymyhealth, Jumaat (7/9/12), aterosklerosis adalah suatu keadaan perubatan yang boleh menyebabkan serangan jantung dan stroke, akibat pengumpulan plak di sepanjang dinding arteri.

Penyelidik di University Hospital juga melakukan kajian terhadap pesakit aterosklerosis tentang gaya hidupnya sehari-hari, pengambilan ubat-ubatan, riwayat merokok dan pengambilan kuning telur satu minggu. Kadar daripada 1.262 pesakit menunjukkan bahawa plak pada dinding arteri mengalami peningkatan secara signifikan selepas usia 40 tahun.

Tetapi peningkatan secara eksponen jug aterjadi pada pesakit yang mempunyai kebiasaan merokok dan yang mengambil kuning telur secara teratur. Besarnya pengaruh kuning telur dalam penumpukan plak arteri hampir dua pertiga dari pengaruh rokok

Merokok secara langsung dapat mempengaruhi pembuluh darah dan pembangunan plak, sedangkan pengambilan kuning telur mempunyai kesan yang tidak langsung, iaitu dengan menjejaskan kolesterol darah secara keseluruhan.

Tahap kolesterol yang tinggi dalam darah menyebabkan pengumpulan plak arteri secara berperingkat. Selain makan kuning telur, ada faktor-faktor lain yang juga mempengaruhi kadar kolesterol, termasuk makan makanan berlemak, obesiti, kurangnya aktiviti fizikal dan genetik.

Kajian menunjukkan bahawa pengambilan kuning telur sangat berbahaya bagi individu yang berisiko terhadap penyakit kardiovaskular. Namun, percubaan lebih lanjut dan kajian prospektif masih diperlukan untuk mengesahkan perkara itu.

Makan kuning telur menjadi bermasalah apabila digabungkan dengan sosej kerana kedua-duanya menyumbangkan kolesterol dalam peringkat yang cukup tinggi. 

Tetapi makan kuning telur dengan putih telurnya untuk menjaga pengambilan lemak tepu dan tahap kolesterol yang lebih rendah dan dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular secara signifikan

2 comments:

  1. Jika semua perkara hendak berpandukan kajian sains, minyak kelapa sawit pun mempunyai kolesterol yang tinggi. Garam pun boleh menyebabkan darah tinggi dan ribuan jenis makanan lagi jika dikaji tanpa hikmah pasti mempunyai kesan kepada penyakit.

    Yang penting apabila memakan sesuatu benda, wajib dimulakan dengan bismillah dan berhenti makan apabila sudah berasa kenyang. Insya Allah akan terpelihara segala-gala dari penyakit yang disebabkan oleh perut. Makanlah semua makanan yang halal.

    Kalau hendak ikut kajian sains, bagaimana Mariam yang belum berkahwin boleh mengandung Nabi Isa. Bagimana Nabi Ibrahim tidak terbakar apabila dicampak dalam api, bagaimana bulan boleh terbelah dua dan beratus lagi contoh yang tidak dapat dibuktikan dengan saintifik.

    Jangan mudah terpengaruh dengan kajian dari barat dan mereka yang tidak beriman dengan Allah. Semua kejadian yang baik dan buruk telah ditetapkan di Lohmahfuz lagi.

    Allah Maha Besar dan Allah Maha Bijaksana. Setiap sesuatu ciptaanya pasti penuh dengan hikmah kerana Allah Maha Bijaksana, hatta lipas didapur yang dipandang jijik oleh manusia, mempunyai antibody untuk menghalang kuman-kuman yang merbahaya memasuki dapur dan rumah kita.

    Jangan banyak persoal semua ciptaan Allah sebab Allah Maha Bijaksana, tidak Allah jadikan sesuatu sia-sia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SYUKUR ALHAMDULILLAH.
      PENERANGAN YANG JELAS.
      TERIMA KASIH Anonymous 3 January 2013 20:22

      Delete

Note: only a member of this blog may post a comment.

ANDA MUNGKIN SUKA NAK BACA.. TERSERAH PADA SELERA MASING-MASING..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...