Translate in your language

Monday 3 December 2012

Tahniah, Wanita IKON 2011/2012 !

Adillah dinobat Wanita Ikon


Tuanku Hajah Haminah menyampaikan Anugerah Wanita Ikon kepada Adillah Ahmad Nordin sempena majlis Anugerah Wanita Ikon di Kuala Lumpur, kelmarin.

KUALA LUMPUR 1 Dis. - Adillah Ahmad Nordin, 43, dinobatkan sebagai Wanita Ikon 2011/2012 selepas memenuhi ciri-ciri wanita berjaya, kepimpinan tinggi dan memberi sumbangan besar kepada golongan itu di negara ini.

Adillah menewaskan empat finalis lain dalam anugerah anjuran majalah Wanita terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB).

Pemilihannya dilakukan lima juri profesional terdiri daripada tokoh-tokoh dan pemimpin wanita.
Penganugerahan itu melayakkan peguam bela dan peguam cara di Adillah Ahmad Nordin Advocate & Solicitor ini membawa pulang hadiah wang RM10,000, rantai choker tajaan D'or Rue dan rantai mutiara Rafflesia serta barang kemas Habib.

Beliau juga memenangi pakej percutian ke Australia tajaan Plus & Plus Travel & Tours serta hamper L'Oreal Paris.
Hadiah telah disampaikan oleh Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah di sini semalam.

Turut hadir, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin; Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Nasir Ali; Ketua Pengarang Majalah UKSB, Badrul Azhar Abdul Rahman dan Pengarang Majalah Wanita, Normala Hamzah.

Anugerah itu diwujudkan bertujuan mengiktiraf peranan wanita muda dalam pembangunan negara meliputi pelbagai bidang.

Dalam majlis penuh gemilang itu, Arnida Abdullah pula dipilih memenangi Anugerah Gadis Ikon 2011/2012 kategori Sosial, Ili Zawani Ismail untuk kategori Keusahawanan, Muslifah Zulkifli untuk kategori Sukan dan Wan Melissa Wan Hassan bagi kategori Pendidikan.

Empat finalis lain ialah Ketua Unit Kualiti, Kolej Profesional Mara, Melaka, Dr. Mumtaz Begam Abdul Kadir; Pengarah Urusan Nazra Sdn. Bhd., Ratna Nainy; Timbalan Pengarah Perhubungan Akademik, Kolej Mara Banting, Selangor, Dr. Saaidah Abdul Rahman dan Pengarah Eksekutif Talasco Dagang Sdn. Bhd., Narthreza Puteri Abdullah.

Dalam pada itu, juri juga sebulat suara menobatkan Tan Sri Siti Norma Yaakob menerima Anugerah Tokoh Wanita Ikon 2011/2012.

Pemilihan bekas Hakim Besar Malaya itu dibuat berdasarkan jasa dan sumbangan besar beliau dalam bidang kehakiman di peringkat nasional dan antarabangsa.

Majlis Anugerah Wanita Ikon 2011/2012 mendapat sokongan daripada rakan-rakan strategik termasuk Radio Televisyen Malaysia (RTM), kerjasama strategik bersama Mara (Majlis Amanah Rakyat) dan D'Navechee, Harmony, Alfio Raldo, Habib Jewels, L'oreal Paris serta Plus & Plus Travel & Tours.

Penyanyi Datuk Khatijah Ibrahim dan Farhan turut menyerikan majlis tersebut dengan persembahan nyanyian mereka.

ZZ- Kak dilla is my Freshie Sister frm tkc. Proud of u sis!

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

ANDA MUNGKIN SUKA NAK BACA.. TERSERAH PADA SELERA MASING-MASING..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...