Translate in your language

Sunday, 2 December 2012

Kenapa Aku Jual Diri



Seorang perempuan bernama Analisa,perempuan melayu Islam yang bermula kisahnya sebagai tukang urut.dari seorang tukang urut lowclass kepada highclass..memang lumayan,tapi penat..bapanya yang tidak bekerja masa itu,membuatkannya terdesak memerlukan wang. ibu bapanya selalu bertengkar kerana wang. suatu hari mereka bergaduh besar sehingga kata cerai terlafaz dari mulut si ibu.. 

Analisa dapat melihat gelunggan airmata yang hampir jatuh di pipi bapanya.. sehingga suatu hari,kawan baik bapanya yang tahu masalah keluarga Analisa menawarkan sejumlah wang yang besar pada Analisa. Analisa menerima tanpa rela kerana niat ingin menolong keluarga.. bermulalah kisahnya sebagai pelacur ketika usianya 14 tahun.. Rm 2ribu dalam gengaman.. kerja urut yang hanya mendapat Rm100 dilupakan terus.

Ianya berlarutan sehingga umurnya mencecah 22 tahun.. Analisa bijak,setahun hanya 5-8 orang yang dilangganinya.. 30-40 ribu dalam akaun..tapi dia teramat *****.. kerana bergantung hidup cara kotor ini.

Ceritanya kian berubah apabila bertemu seorang jejaka pilihan,Muhammad yang sanggup menerimanya walaupun dia pelacur.. tapi Analisa masih ada satu kontrak dengan pelangganya. dia melakukan secara senyap tanpa pengetahuan buah hatinya itu.

Muhammad baru sahaja dibuang kerja,maka Analisalah yang menanggung kos perbelanjaan mereka berdua,memandangkan mereka sudah tinggal sebumbung. azam Analisa itulah kontrak terakhirnya...tanpa dia tidak sedar Muhammad sebenarnya dapat merasa apa yang dilakukan Analisa.


Analisa dapat kerja lain sebagai pelayan kelab malam (GRO).. pendapatannya dijanjikan sungguh lumayan. 4-5 ribu..dalam tangan. Analisa menjadi rebutan semua lelaki yang gemar ke kelab malam.. Analisa diibarat perempuan highclass, primadona di kelab itu. harganya jauh berbeza dari GRO yang lain. cukup mahal. hanya orang-orang atasan sahaja,dan kaya dapat mendampinginya. Analisa menjadi rebutan..

Cintanya terhadap Muhammad makin menebal apabila mendapati dirinya mengandung.. Muhammad menerima dengan ikhlas...mereka pun berkahwin, tapi semuanya berubah selepas anak mereka lahir. Muhammad kian berpaling tadah, dia mula menjalinkan hubungan dengan perempuan lain.

Analisa marah dan betul2 kecewa lalu Muhammad mengungkit kisah lama Analisa.. dia berkata 'dulu kau jadi perempuan jalang,anjing betina, aku sikit pun tak bising,skarang jangan nak melenting!' bukan sekali dua banyak kali ini berlaku... hanya satu Analisa minta pengampunan bukan hukuman tapi ini yang dia terima...

Dia hanya meneruskan sisa2 hidup dengan harapan dia diberikan kesempatan, sepenuh kasih sayang dari suaminya. dan lebih2 lagi,, pengampunan.

'Ya Allah,kau lagi maha mengetahui lagi Maha mengampun, kau ampunkanlah setiap inci dosa2ku..kau terimalah aku hambamu ini yang begitu jijik,kotor, hina, kalau dulu aku hanya berdoa supaya kau satukan aku dengan suamiku sebagai pasangan suami isteri yang sah kerana aku tidak mahu lagi bergelut dengan dosa, kini aku meminta hanya satu lagi harapan dan doa, kau bahagiakanlah suamiku yang kusayangi 

Kebahagiaannya,adalah keceriaanku,walaupun aku harus berkorban berganjak pergi, hanya untuk kebahagiaannya dan terbaik untuknya. aku rela dan sanggup... kau makbulkanlah Ya Allah.' 

Setelah itu,Analisa menghembuskan nafasnya ditikar sembahyangnya dengan iringgan airmata,hanya anak kecilnya yang menemani Analisa semasa Analisa menghembuskan nafas terakhir.anak kecilnya tidur dalam rangkulannya.

Wahai semua yang membaca kisah ini,mari sama2 kita berdoa dan sedekahkan Al Fatihah kepada Analisa binti Abdullah.

Muhammad mula sedar apabila dia bangun dari tidur.

Kepada para suami, ampunilah dosa2 si isteri ingatlah kita pun pernah melakukan dosa tak kira dengan siapa,ianya tetap dosa. moga rohnya dicucuri rahmat, amin.

foto hiasan

1 comment:

  1. Salam...,

    Kesah tragis membawa satu trajidi dan berkesudahan yang ditetapkan menemui Tuan penciptanya. Kesah ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, samada berkedudukan tinggi rendahnya, ternama agung atau dihina nesta. Janji Allah dan keputsan Allah itu benar tiada siapa boleh menyangkal. Jika kita imbau perasaan dan kesusuhan di alami oleh Analisa yang ditakdirkan bersama keluarga bermasalah. Bertitik tolak dari situ jika masalah yang dihadapi tanpa dapat diatasi maka masalah tersebut dibimbangi akan berterusan kepada generasi hingga ke generasi. Jika nak dipersalahan bukan keluarga itu sahaja untuk dipersalahkan, namun masyarakat sekeliling, pengunjung, pelanggan Analsia juga harus dipersalahkan, hatta pihak kerajaan bertanggung jawab sepatutnya berikhtiar memperbaiki latar untuk persekitaran damai kepada Analisa.

    Apapun kini Analisa telah kembali kepangkuan Tuannya disisi seorang bayi yang soleh dan berada di kiblat suci umat Islam seluruh dunia dan mungkin juga masih lagi dalam "wudhu" semuga sebelum Analisa menghembus nafas terakhir "anak soleh" dan kiblat suci itu telah memperdengarkan di telinganya juga kalimah "Lailllahaillallah.......".

    Al Fatihah, semogoa rohnya disisi orang yang mukmin.

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.

ANDA MUNGKIN SUKA NAK BACA.. TERSERAH PADA SELERA MASING-MASING..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...