Translate in your language

Friday 2 November 2012

TAK PATUTLAH MODEL ISLAMIC FASHION FESTIVAL MENGENAKAN PAKAIAN TAK BERLENGAN..!!!


Pengasas dan Pengerusi Festival Fesyen Islam (IFF), Datuk Raja Rezza Shah menafikan bahawa isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dengan isu gambar yang disebarkan oleh beberapa blog pembangkang  berhubung seorang model yang mengenakan pakaian yang tidak menutup aurat.

Menurut Raja Rezza, Datin Seri Rosmah merupakan penaung kepada IFF, namun beliau tidak tahu mengenai aktiviti yang dilakukan olehnya sebagai pengasas dan pengerusi IFF.

"Beliau hanya penaung..tetapi bukan dia yang tetapkan A to Z...dia tidak tahu apa yang saya buat dan bukan semua 'function' yang diadakan dia hadir," ujarnya.

Tambahnya, Rosmah sering mengingatkan beliau agar pelaksanaan IFF ini memberikan kebaikan kepada masyarakat.

"Beliau sering tekankan...make sure it can help people, make sure it can give benefit to people..and please be carefull," katanya kepada KLPOS ketika di temui di kediamannya di Ulu Klang, semalam.


Beliau berkata demikian ketika menjawab mengenai spekulasi blog pembangkang yang menyebarkan gambar dari sebuah akhbar tabloid yang memaparkan salah seorang daripada sebahagian model IFF tidak mengenakan pakaian yang sesuai dengan tema festival tersebut pada sidang media diadakan.

"Mengenai gambar itu, hanya seorang saja yang memakai busana tidak berlengan dan mereka (pembangkang) seharusnya bertanya kepada saya terlebih dahulu.

Andaikan, wanita itu adalah model saya, dan saya jadikan sebagai konsep untuk menunjukkan perubahan daripada individu yang memakai pakaian terdedah kepada yang menutup aurat. Tetapi malangnya, dia bukan model saya," katanya.

Raja Rezza turut berkata bahawa wanita itu bukanlah tetamu undangannya pada sidang media tersebut tetapi dia datang bersama Persatuan Bencana Negeri Kedah untuk memperagakan selendang pada hari persembahan nanti.

"Pada sidang media tersebut, terdapat beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang hadir bagi memperjelaskan mengenai kutipan amal yang akan mereka lakukan melalui IFF, dan wanita tersebut hadir bersama salah satu NGO itu. Saya memang tidak tahu menahu mengenai kehadirannya," ujarnya.

Selain itu, Raja Rezza turut difahamkan bahawa wanita tersebut berpakaian begitu (tidak menutup aurat) kerana dia akan melalui proses 'transform' ada hari persembahan fesyen nanti.

"Inilah, mudah sangat orang kita membuat kesimpulan. Umpama filem yang belum siap, tetapi kita dah cerita mengenai pengakhirannya," katanya.

Namun begitu, spekulasi yang dimainkan oleh pihak pembangkang itu, bukan perkara yang serius bagi Raja Rezza yang juga merupakan seorang pereka fesyen itu.

"Saya bersyukur kerana agama kita, Islam ada akhirat menanti. Apa saja fitnah, tuduhan dan sebagainya yang dilemparkan, kita tahu dimana penyudahnya," ujarnya lagi.

Memiliki kelebihan untuk menarik perhatian negara luar merupakan salah satu faktor  Datin Seri Rosmah Mansor dipilih sebagai penaung kepada IFF.

sumber: KLPos

13 comments:

  1. inilah pembangkang bila jer tiba isu rosmah mereka bagai melalak mcm anjing kelaparan untuk memfitnah dan menghemtan rosmah tanpa bukti dan kebenaran..sebaliknya mereka lebih suka memutar belit fakta yang sebenar untuk memperbodohkan rakyat tapi rakyat lebih bijak dari termakan cerita murahan pembangkang..bila jer tiba masa hal anuwar al juburi meliwat.melanggan pelacur adakah ini tidak menghina islam??sebalik pencacai pembangkang diam..adakah mereka pejuang islam atau pun syaitan bertopengkan manusia??cukuplah dengan maianan politik bodoh dan jelik..

    ReplyDelete
  2. Raja Rezza turut berkata bahawa wanita itu bukanlah tetamu undangannya pada sidang media tersebut tetapi dia datang bersama Persatuan Bencana Negeri Kedah untuk memperagakan selendang pada hari persembahan nanti.

    simple jer sbnrnya...kalau nama rosmah xde dalam ni bnda ni xkn jadi isu pnye,ak yakin..tapi disbabkan ada nama rosmah maka anjing2 pakatan ni akan mula lah menyalak bagai anjing kelaparan..kadang2 aku pelik,apa salah rosmah pada pmbgkang shngga dia teruk dftnah oleh mereka??rosmah ad masuk cmpur hal pntadbiran negara x??dia cuma jalankn tnggjwab dia sbgai seorng isteri PM merangkap First Lady kat malaysia ni yg mana aku rasa semua FL pn akn buat bnda yg sama..

    sbnrnya pmbgkang ni dgki sebab rosmah ni dilantik mnjadi penaung mcm2 badan kat malaysia ni,sdg kan kak jijah???hnya lah duta tak rasmi jam tangan OMEGA..kesian aku kat korang weh...

    ReplyDelete
  3. Buat lawak pula pembangkang ni, Orang baju tak berlengan dia sibuk kecoh, Tapi pemimpin dia meliwat tak kecoh pula ya? Pemimpin dia bantai china doll awat taknak kecoh? Ohhh itu tak nampak ya? Bukan main sibuk lagi pencacai pencacai murahan pembangkang buat fitnah kat orang. Kalau diri sendiri dah bagus takpa lah, Ni diri sendiri lagi teruk sibuk nak cari kesalahan orang... Dah tak jumpa kesalahan orang, Menfitnah tak tentu pasal... Puihhh!

    ReplyDelete
  4. SALAH TETAP SALAH
    APE JADAH KALAU PRESIDEN IFF PUN TAK TTUP AURAT

    TUAN BLOG PUN TERJOJOL LAGI?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpulanglah kepada sesiapa nak buat apa aslkan kita dh menjalankan tugas kita dlm menasihati org yg berlaku mungkar tggngjawab kita sbgai org islam dh trlps.....islam bkn agama yg memaksa kita untuk melakukan suruhannya.....berikkan masa kepada mereka untuk menerima hidayat dan berdoalah supaya mereka menerimanya.....tapi jgn sekali sekale kita memaksa sesorang untuk melakukan sesuatu

      Delete
  5. entahla pembangkang ni. nk kata bodoh, ramai yg belajar tinggi. apasal jadikan rosmah tu sebagai sasaran utama. kalau nk perang, peranglah dgn suami rosmah, baru nampak bertelur kalau jantan. perang dgn perempuan ni, pondan pun tak buat der!!!!

    ReplyDelete
  6. makin derang fitnah DSR semakin ramai yg akan buke mate melihat kebenaran...

    Doa insan teraniaya insyaAllah ..makbul..dan gitula jadinya..

    dulu aq pon xbrape sukekn DSR tapi stlh begitu byk tohmahan n cacian thdp beliau..akhirnya tanpa ada 1 pon balasan yg beliau lontarkn utk pengeji n pemfitnah beliau,..terserlah keluhuran hati DSR ..

    cer kalo yg hok gini kene kat nek Jijah ..sat lagi kuarla adegan AIRMATA yg dia teraniaya..nampak sgt lakonan meraih simpati..

    Apapon semoga DSR tabah n insyaAllah dibukakn ati utk brpenampilan muslimat sejati....

    Kesimpulannya apa saja yg related dgn DSR akan tetap dijadikn bahan kejian, cacian n fitnah utk puak paKATAKan HaramJADAH.

    ReplyDelete
  7. Yang ptut kita slhkan org yg dtg tnpe lengan la asl rosmah kne? pakatan nie lbih2 jgk

    ReplyDelete
  8. asyik nk cari kesalahan rosmah je pmbangkang ni,pemimpin sndiri meliwat xde lak kecoh...bila hal rosmah melalak cm anjing...


    ptuihhhhhhhhh

    ReplyDelete
  9. Datin Seri Rosmah merupakan penaung kepada IFF, namun beliau tidak tahu mengenai aktiviti yang dilakukan saya sebagai pengasas dan pengerusi IFF.

    Beliau hanya penaung..tetapi bukan dia yang tetapkan A to Z...dia tidak tahu apa yang saya buat dan bukan semua 'function' yang diadakan dia hadir..jelas dan nyata apa yg d perjelaskan oleh pegasas iff..jd kepada blogger2 pencacai pakatan harami x usah la nk jaga tepi kain rosmah..jgn tepi kain jijah omega ko tu yg dah terang2 terselak sampai ke atas...x payah la nk buat cerita murahan mcm nie lg pun yg korang nk serang rosmah buat apa dia bkn ahli politik mcm jijah omega korang pon.....bodoh tahap gabang la blogger2 pencacai pakatan harami nie....

    ReplyDelete
  10. kesian DS Rosmah....... org lain yg buat hal dia yg kena tanggung semua..... tp apa nak heran sebab ini kan dunia IT... benda salah pun boleh jadi betul klu org pandai memanipulasi kenyataan

    ReplyDelete
  11. Ya..mungkin kalo Rosmah berubah penampilan mungkin 'slow' sikit tohmahan pada dia..tapi itu xbrmakna semua tohmahan akan berenti, krn selagi dia masih isteri PM , bkn takat tohmahan, fitnah rekayasa spt kes AltanturkNUARniaya pasti ada...

    Krn nak cari kelemahan DSN agak susah jadi, serangan thdp isteri n anak2 pon jadi ...mmg hati KHAULDU punyer pembangang Malaysia...

    Agaknyer korng nak Rosmah spt Wan Jijah...jadi istri 'mithali' yg sgp mmbiarkn negara kucarkacir , agama di gadaikn demi KUASA dan wang hengget...laki terang2an meliwat, melanggan pelacur, korupsi dan yg penting jadi BARUA musuh Islam pon ttp menyokong asalkn diri dan keluarga mnjadi JUTAWAN....

    Apa punyer turrrrr....

    ReplyDelete
  12. apa lah masalah fuckatan nie???? takkan la isu mcm ni pun nak dijadikan senjata utk menyerang DS Rosmah.... x paham la akak...

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.

ANDA MUNGKIN SUKA NAK BACA.. TERSERAH PADA SELERA MASING-MASING..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...