Translate in your language

Friday 30 November 2012

Ku Sangka Isteriku Wanita Sejati




Belgian, seorang lelaki telah ditipu hidup-hidup oleh ‘isteri’ kesayangannya walaupun telah berkahwin hampir 19 tahun. Lelaki itu yang namanya hanya mahu dikenali sebagai Jan merasa malu dan tercabar dengan tindakan ‘isterinya’, Monica menyembunyikan rahsia besar sepanjang mereka berkahwin.

Pada tahun 1993, Jan bertemu dengan Monica di Indonesia memandangkan Monica adalah warganegara Indonesia dan mengambil keputusan untuk berkahwin dengan wanita itu.

Selepas itu, Jan telah berusaha membawa pulang Monica ke Belgian walaupun mengalami kesukaran dalam proses pertukaran warganegara Monica kerana pihak kerajaan negara itu meragui status kelahiran dan dokumen diri Monica.

Namun, selepas meneliti, kerajaan Belgian meluluskan pertukaran Monica ke negara asal Jan.

Jan dan Monica hidup normal seperti pasangan suami isteri lain dan tidak mengalami sebarang kesukaran untuk berkomunikasi termasuklah dalam melakukan hubungan intim.

Malah, mereka berdua juga sudah membuat keputusan untuk tidak mahu mempunyai zuriat lagi memandangkan Jan sudah mempunyai dua orang anak dalam perkahwinannya yang lalu.

Sehinggalah Monica telah membuat keputusan untuk bekerja sepenuh masa bagi mengisi masanya yang terluang baru-baru ini dan perangainya juga turut berubah.

“Monica sudah mula banyak berubah,” kata Jan yang dipetik dari laporan The Telegraph.

Semenjak bekerja, timbul cerita dari beberapa pihak yang mengatakan dan mendedahkan identiti sebenar Monica adalah seorang lelaki.

“Anak sulung saya nampak Monica di kelab malam. Dia mula memakai pakaian yang seksi hingga menampakkan tubuh badannya termasuklah bahagian belakangnya,” kata Jan.

Hingga suatu hari Jan menerima mesej dari seorang lelaki di komputer peribadi Monica yang mengatakan Jan adalah lelaki dan telah menjalani pembedahan penukaran jantina.

Selepas mengetahui perkara itu, Jan telah memaska Monica untuk menceritakan segala-galanya.

“Saya tolak dia ke dinding dan ingin tahu perkara yang sebenar. Adakah awak lelaki? Dia kemudian memberitahu dia dilahirkan sebagai lelaki dan telah melakukan pembedahan pertukaran jantina.

Sebab dia tidak mahu memberitahu adalah kerana itu kisah lampaunya. Hidup saya musnah serta-merta!” luah Jan.

Kini, Jan dan Monica dalam proses untuk bercerai.

3 comments:

  1. MONICA NI PATUT DIMADUKAN DENGAN WAN JIJAH.....PENYOKONG LGBT

    ReplyDelete
  2. urmm..ape la nk jd..dunia2..

    ReplyDelete
  3. kiamat hampir tiba,yg dilahirkan wanita nk jadi lelaki begitu sebaliknya...

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.

ANDA MUNGKIN SUKA NAK BACA.. TERSERAH PADA SELERA MASING-MASING..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...