Translate in your language

Tuesday 14 August 2012

DIMANA SALAHNYA DS ROSMAH SEBAGAI IBU??

 
TIDAK dapat dinafikan naluri seorang ibu terhadap anaknya ibarat kuasa ajaib yang dianugerahkan Allah kepada golongan hawa hingga mampu membaca gerak hati atau menghidu sesuatu perkara akan berlaku sama ada baik atau sebaliknya.

Seperti juga wanita lain yang bergelar ibu, perkara itu jugalah yang dirasakan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor terhadap anak kandungnya sendiri.

Sebagai ibu pastinya Azrene kini lebih faham perasaan ibu yang melahirkannya.. Bulan Ramadan adalah bulan kemaafan dan bulan keampunan.. Buang yang keruh ambil yang jernih.. InsyaAllah tiada ibu di dunia ini yang tidak sayangkan anaknya..
Saban tahun, rakyat digula-gulakan pihak tertentu dengan siri fitnah yang dicipta mengenai kezaliman DS Rosmah terhadap anak yang ditinggalkan.

Tohmahan demi tohmahan dilemparkan, namun tiada sekelumit yang berbekas di hati wanita cekal itu malah beliau terus mengharunginya demi menjaga maruah serta nama baik keluarga.

Sifat penyayang DS Rosmah sebagai seorang ibu sangat terserlah

Ternyata Allah SWT lebih berkuasa. Ibarat kata pepatah “sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga”. Satu demi satu kerja jahat yang dilakukan oleh pihak tertentu yang begitu ghairah ingin menjatuhkan kredibiliti DS Rosmah dan mengaburi mata rakyat dengan cerita palsu akhirnya terbongkar satu demi persatu.

Baru-baru ini, dakwaan pembangkang kononnya DS Rosmah pernah berkahwin dengan pembaca berita Dunia Jam 10, Farid Ismeth Emir terungkai apabila beliau menafikan fitnah pernah berkahwin dengan isteri Perdana Menteri itu yang selama ini berlegar di fikiran dan meniti di bibir rakyat Malaysia.


Langsung tiada sebarang permohonan maaf daripada penyebar fitnah yang terus berdiam diri walaupun kebenaran sudah terserlah selepas didedahkan oleh tuan empunya badan.

Terkini, terungkai pula kisah tersirat di sebalik perkahwinan anak kedua DS Rosmah dengan suami pertama yang bernama Azrene Soraya Abdul Aziz dengan selebriti terkenal Fazley Yaacob yang telah dibongkarkan menerusi blog ‘The Unspinners’.

Umum mengetahui khabar angin yang menyatakan DS Rosmah tidak merestui perkahwinan anak perempuannya itu. Dalam sebuah video yang berjudul ‘Rosmah Perempuan Puaka’, ia sudah cukup menceritakan betapa kejamnya DS Rosmah sebagai seorang ibu yang sanggup menghancurkan kehidupan anak kandungnya sendiri.

Mungkin ramai tidak mengetahui perkara sebenar sebaliknya terus menerima bulat-bulat setiap perkara yang disampaikan di dalam video itu yang antara lain meminta supaya DS Rosmah berlembut dan menerima kehadiran Fazley sebagai menantu serta cucu-cucunya.

Ternyata tanggapan buruk yang diberikan terhadap wanita itu meleset sama sekali kerana sebagai seorang ibu serta isteri Timbalan Perdana Menteri yang ketika itu di bawah kepimpinan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, sudah terdetik di hatinya ada sesuatu yang tidak kena terhadap pilihan hati anak perempuannya itu.

Firasat seorang ibu sememangnya tepat apatah lagi apabila ia melibatkan soal jodoh serta pilihan hati anak perempuannya.

Menurut petikan blog ‘The Unspinners’, di sebalik cerita gah yang dilaporkan media tempatan mengenai kebijaksanaan Fazley yang bergelar Doktor Falsafah di usia muda akhirnya terungkai apabila media antarabangsa BBC melaporkan bahawa Ijazah PhD dan juga ijazah kolej FICO yang ditubuhkannya juga palsu.


Mustahil serta tidak masuk akal jika DS Rosmah sendiri yang mengarahkan laporan tersebut kerana ia didedahkan oleh media antarabangsa.

Jadi, tidak salah apabila perkahwinan Azrene bersama Fazley diragui oleh DS Rosmah pada awalnya kerana tindakan ‘Dr’ Fazley yang mengahwini Azrene selepas dua bulan perkenalan hanya untuk menutup kekecewaan hati setelah gagal memiliki hati penyanyi wanita pertama Malaysia yang pernah membuat persembahan di Albert Hall, London suatu ketika dahulu.


Dikhuatiri juga keputusan Fazley mengakhiri zaman bujang bersama Azrene adalah kerana ingin bermertuakan pemimpin nombor satu negara semata-mata dan bukannya atas tulus ikhlas cintakan anak perempuannya memandangkan hanya selepas dua minggu saling mengenali terus membuat keputusan untuk berumahtangga. Namun, perkahwinan Fazley dan Azrene  tetap berlaku kerana ia ketentuan qadak dan qadar.

Sebagai seorang suami kepada isteri yang mempunyai masalah dengan keluarganya (sebelumnya Azrene begitu manja dengan ibunya.. masalah timbul hanya selepas kehadiran Fazley) , Fazley seharusnya bijak memainkan peranan untuk menyatukan si anak dan ibu yang berselisih faham. Dalam situasi ini, Fazley nampaknya gagal mencerminkan diri sebagai individu yang berpendidikan tinggi kerana bertindak menjadi ‘batu api’ antara si isteri dan ibunya.

Ttweet yang dikeluarkan oleh Fazley langsung tidak mengambarkan beliau mahu berbaik-baik bersama keluarga mertua tetapi sebaliknya cuba mencabar DS Rosmah dan Perdana Menteri pula. Begitu banyak aib keluarga telah didedahkan hingga menjatuhkan maruah si ibu. Buat si isteri pula, takkanlah tak tercuit langsung dikala si suami mengaibkan ibu sendiri?




Sebaliknya, si ibu tidak cepat melatah dan terus bertindak mendiamkan diri bagi mengelak daripada mengeruhkan lagi keadaan. Persoalannya kini, mengapa masalah keluarga isteri Perdana Menteri dijadikan bahan sesetengah pihak yang sudah terang-terang tidak profesional kerana sanggup mencampuradukkan soal peribadi dan politik bagi meraih sokongan rakyat.

Jika difikir logik akal, DS Rosmah bukanlah seorang ahli politik yang bertanding pada pilihan raya sebaliknya beliau hanyalah isteri kepada Perdana Menteri. Mengapa DS Rosmah terus-terusan menjadi sasaran fitnah? Tidakkah mereka sedar dosa menfitnah itu lebih berat daripada membunuh?

Kemungkinan untuk menangkis setiap tohmahan itu adalah sukar, namun kesabaran yang ditunjukkan oleh DS Rosmah yang tenang  berdepan dengan setiap tuduhan yang dihadapinya pasti akan terbalas jua suatu hari nanti.

Adalah lebih baik bagi umat Islam mendoakan kehadiran 1 Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi akan membuka jalan harapan bagi melenturkan ketegangan dan keegoan yang berlaku antara si ibu dan anak perempuannya.

Ibu mana yang tidak mahu mencurahkan kasih sayang kepada anaknya lebih-lebih lagi apabila mengetahui anaknya telah melahirkan zuriat yang comel belaka. Sehebat mana sengketa yang wujud antara ibu dan anak, pasti terselit kasih sayang serta naluri keibuan terhadap anak yang dikandung selepas bertarung nyawa melahirkannya ke dunia ini.

Semoga episod hitam yang melanda keluarga DS Rosmah akan terkubur apabila kebenaran demi kebenaran terbongkar dan digantikan dengan perkhabaran gembira dari kedua-dua belah pihak. Air yang dicincang tidak akan putus dan syurga itu di bawah tapak kaki ibu wajar  menjadi renungan dan ingatan kepada kita semua bahawa agar menghormati dan menyayangi ibubapa kerana ikatan itu kekal selama-lamanya.

Buang yang keruh, ambil yang jernih dan semoga kasih sayang kembali bertaut buat keluarga DS Rosmah, sekaligus melenyapkan fitnah orang selama ini. Amin

sumber: Perak Today

ZZ ~ sebagai sahabat dan rakan seperjuangan Fazley, ZZ nak pesan.. show your gentlemen as a HUSBAND and MAN of the family.. Mengalah tak semestinya kalah..

6 comments:

  1. You wrote "Fazley nampaknya gagal mencerminkan diri sebagai individu yang berpendidikan tinggi"......
    Sebenarnya fazley taklah berpendidikan ke mana sangat dia telah terbukti "menipu" dengan Ijazah palsu diperingkat master dan Phd . Apalah agaknya ada dalam kepala Fazley sehingga dia sanggup menipu Ijazah yg dimiliki.
    Akhirnya kebenaran datang jua dan orang memang dah tak percaya dengan penipu ini...

    ReplyDelete
  2. Aduhai... kecik hati si Azrene kalau baca cerita ni, seolah-olah dia sandaran cinta tak kesampaian suaminya dengan artis perempuan tu... dan seolah2...hai tak mau cakapla. Memang si Fazley itu begitu dan begini, tetapi hati isteri mana tak remuk jika dikaitkan kita ini adalah ibarat sandaran dan tak pandai memilih. Seburuk-buruk suami, isteri tetap ada rasa sayang

    Cubalah dapatkan penjelasan dari azrene sendiri untuk artikel yang lebih jelas dan bukan dari persepsi penulis sendiri(macam interview dengan pak ngah tu, kan best)
    -n-

    ReplyDelete
  3. mungkin sudah jodoh akhirnya mereka bersatu jua walaupun tanpa restu ibu pada awalnya.. si ibu cuma tidak mahu hidup anaknya disia-siakan apa tah lagi setelah mendapat instinct ada sesuatu yang tidak kena dengan bakal menantunya.. restu ibu adalah penting dalam hidup.. setinggi mana marahnya ibu terhadap kita.. kemarahannya ibarat keras2 kerak nasi.. yang pasti ds rosmah seorang yang penyayang.. mengalah adalah lebih baik dari memburukan ibu mertua kerana ada orang luar sentiasa menunggu peluang untuk mengambil kesempatan di atas kelemahan kita..

    ReplyDelete
  4. bosan bercerita poasal rosmah...biar la kalau dia salah ALLAH akan hukum dia.kita doakan yang terbaik buat mereka semua...zamzarina tak perlu kot nak heboh dengan artikel macam ni..nampak sangat awak membodek...meluat pon ada

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.

ANDA MUNGKIN SUKA NAK BACA.. TERSERAH PADA SELERA MASING-MASING..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...