Translate in your language

Monday 6 August 2012

CHONG WEI TEMPELAK BLOG NAKAL!! JANGAN CAMPURADUKKAN POLITIK DAN SUKAN!!



Penyumbang pingat Perak Olimpik 2012 menerusi acara Badminton Perseorangan, Datuk Lee Chong Wei menemplak blog-blog nakal yang menyifatkan kehadiran isteri Perdana Menteri, Datin Sri Rosmah Mansor ke perlawanan akhir menentang sebagai punca kekalahannya.

Sebaliknya bagi penyumbang pingat tunggal Negara di temasya sukan terbesar dunia 2012 setakat ini amat berterima kasih kepada DS Rosmah Mansor yang sanggup mengharungi penerbangan selama 13 jam untuk hadir memberikan sokongan moral kepadanya. Memang Datin Sri dah janji dengan saya kalau berjaya ke akhir beliau akan datang untuk memberi sokongan. Inilah yang dikatakan JANJI DITEPATI!! 


Datuk Lee Chong Wei turut menambah bahawa beliau amat terkejut dan terharu apabila DS Rosmah memaklumkan akan hadir ke perlawanan akhir tersebut dalam perbualan telefon sebaik memenangi perlawanan separuh akhir menentang seorang lagi jaguh China, Chen Long.

Dengan nada tegas Datuk Lee Chong Wei mengatakan, “Jangan campurkan politik dengan sukan! Ini hal sukan! Ini bukan politik!! Sambil menyifatkan kehadiran DS Rosmah tambah menyuntik semangat beliau untuk memenangi pingat perlawanan semalam.  

 
Mereka tidak tahu perkara sebenar. DS Rosmah memang sentiasa mengambil berat dan memantau perkembangan saya, kata Chong Wei. Ramai yang tidak tahu bahawa Chong Wei akan menghubungi DS Rosmah sebelum dan selepas perlawanan-perlawanan penting. 


DATIN SRI ROSMAH LAH PENDORONG UTAMA UNTUK SAYA MARA KE PERLAWANAN AKHIR!! BELIAU LAH PENYOKONG SAYA PALING SETIA!!

BELIAU SETIA BERSAMA SAYA BUKAN HANYA KETIKA SAYA MENANG TAPI SATU-SATUNYA INSAN YANG MEMBERIKAN KATA-KATA PERANGSANG APABILA SAYA TEWAS!! KERANA KADANG-KADANG BILA SAYA TEWAS MACAM-MACAM ORANG MENGATA SAYA.. TETAPI DATIN SRI TETAP MENYOKONG SAYA.. ITU YANG ORANG TAK TAU DAN PERLU TAU..!! BELIAU MERUPAKAN CONTOH ISTERI PEMIMPIN YANG KOMITED..!!



Dalam pada itu, Chong Wei turut terharu menerima surat ucapan tahniah daripada YAB Perdana Menteri atas kejayaannya memenangi pingat perak Olimpik.


ZZ ~ kejayaan pingat perak tetap merupakan kejayaan yang bermakna buat negara.. Tahniah LCW!!

27 comments:

  1. I am so proud of you DLCW....malaysia BOLEH..:)

    ReplyDelete
  2. Terbaik DLCW kalah atau menang bukan masaalah,kami tetap berbangga diatas pencapaian ini.

    ReplyDelete
  3. Tahniah DLCW , anda telah menunjukan bahawa rakyat malaysia juga bermaruah , berjuang hingga keakhir walaupun kalah ia tetap satu perjuangan menegakkan jalur gemiling dan meletakkan negara di mata dunia. kepada mereka yang hanya suka mengutuk , mecerca , dan kecewa berfikirlah apa yang akan dan telah anda buat untuk membawa emas olimpik ke pada negara dan rakyat malaysia,....jangan ashik menyalahkan orang lain...fikir-fikirkanlah.

    ReplyDelete
  4. taniah LCW, walaupun tidak dapat memiliki emas semangat anda umpama emas untuk negara kita.. pembangkang memang sentiasa negetif.. berbanggalah anda kerana mempunyai teman rapat seperti ds rosmah di masa susah dan senang..

    ReplyDelete
  5. Kami Rakyat Malaysia berbangga dengan ANDA !!! Tahniah Lee Chong Wei !!!

    ReplyDelete
  6. Kita harus menerima hakikat diatas kekalah ini.. Datuk Lee Chong Wei telah berusaha kuat, berusaha yang terbaik !! Demi kemenangan Malaysia !! Kita patut berbangga dan harus sentiasa memberi sokongan kepada Atlit negara !! Jangan Mengalah !!

    ReplyDelete
  7. jangan kerana kekalahan Lee Chong Wei kita menyalahkan kerajaan dan tak perlulah kaitkan dengan politik

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Janji ditepati.. Mai makan nasi kandar percuma di Kayu Nasi Kandar !! Tahniah Lee Chong Wei !!

    https://www.facebook.com/photo.php?fbid=455050017860878&set=a.442252555807291.103896.442216019144278&type=1&theater

    ReplyDelete
  10. LCW pun tau berterima kasih sbb ds rosmah hadir bg support. Keh keh keh. Pembangang ni mcm xda modal dah ni.....

    ReplyDelete
  11. Dato lee chong wei, permainan yang hebat. Rakyat berbangga dengan dato

    ReplyDelete
  12. DATIN SRI ROSMAH LAH PENDORONG UTAMA UNTUK SAYA MARA KE PERLAWANAN AKHIR!! BELIAU LAH PENYOKONG SAYA PALING SETIA!!

    - tahniah Datin Seri Rosmah...anda memang seorang yang prihatin :))
    lau aku jadi Chong Wei, aku bangga giler wei..igt senang ke isteri PM nak dtg bagi sokongan...beliau sanggup luangkan masa utk pegi sana sokong Chong Wei...TAHNIAH DS Rosmah...:))

    ReplyDelete
  13. bagusnye DS Rosmah nie.....:))

    ReplyDelete
  14. Apekejadah nye dgn DS Rosmah punca LCW gagal dpt pingat emas.tolong la jgn sempit sangat pemikiran tu.

    ReplyDelete
  15. Rosmah penyebab LCW kalah? bilalah pemikiran pembangkang ni nak matang agaknya...

    ReplyDelete
  16. Ada jugak blog hakprak yang nak politikan sukan..apa punya semangat kesukanan la pakatan haram ni..tula bersukan bendalain takpa..ni la kalau dah terdessak, kalah menang itu adat pertandingan tapi apa yang ditunjukkan oleh DLCW itu satu semangat juang yang tinggi.

    Tahniah Dato lee chong wei you are the best..

    ReplyDelete
  17. DS Rosmah Sanggup Terbang ke Sana semata-mata nak support Chong Wei...Ini la kita mahukan... Rakyat berbakti untuk negara... DS Rosmah sudi meluangkan masa ke sana & Menyokong Datuk Lee Chong Wei... Ini baru la dinamakan Janji Ditepati....walaupun kalah kami rakyat Malaysia Tetap Menyokong Chong Wei!!

    ReplyDelete
  18. Terbaik la DS Rosmah.... sudi luangkan masa terbang kesana untuk support atlit malaysia kita... walaupun badminton malaysia kalah... warga malaysia tetap menyokong Chong Wei!!!

    ReplyDelete
  19. Perlawanan Akhir memang TERBAIK!! DS Rosmah pon sudi hadir memberikan sokongan...ini la dinamakan Janji Ditepati!! MALAYSIA BOLEH!!!

    ReplyDelete
  20. PERLAWANAN YANG MENARIK WALAUPUN KALAH... ORANG BUKIT BINTANG SANGAT T'HIBUR DENGAN PERLAWANAN ANDA CHONG WEI!!!

    ReplyDelete
  21. Tahniah Datuk Lee Chong Wei.... You are the best..Bukan Mudah Nak Capai Sampai Tahap Ini... Final tu....terbaik laa Datuk Chong Wei n DS Rosmah... sanggup datang untuk menyokong atlit malaysia....terbaik2~!!!!

    ReplyDelete
  22. Puak puak yang tidak menyokong Lim Chong wei dan atlit2 negara kita takde Jati Diri.. tak memasal nak kaitkan dengan politik.. pemikiran otak bawah tempurung

    ReplyDelete
  23. WA sebenarnya malas nak cakap banyak.. blogger pakatan yang kena tempelak dengan LCW memang patut kena sebab bodoh.. simple punya benda pun dia tak tau.. mana politik mana bukan, semua dia nak politikkan.. esok ni kuih raya pun dia politikkan~ kah kah kah~

    ReplyDelete
  24. tolonglah sukan pon nak di jadikan politik ke ? ape2 pon LCW tetap juara di mata akak !

    ReplyDelete
  25. biarlah apa orang nak kata.lee chong wei tetap juara dimataku.kamu kalah bermaruah !
    xpasal2 DS Rosmah jadi mangsa nya.

    ReplyDelete
  26. dlcw kebanggaan negara....proud to u dlcw..

    ReplyDelete
  27. lcw mmg terbaik bg aku...dan pasal duk kecoh isu ds rosmah g london apa mslah nyer dia nk g sokong dia punyer pasal la bkn dia pakai duit orng yg duk mengata tu pon...x habis2 nk fitnah orng la parti pembakang nie...ds rosmah menujukan semangat keesukanan yg tinggi...tahniah aku ucap kan pada ds rosmah........

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.

ANDA MUNGKIN SUKA NAK BACA.. TERSERAH PADA SELERA MASING-MASING..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...