Kepala pening memikirkan kerja yang perlu
diselesaikan. Di pejabat fail-fail penting menimbun di atas meja, di
rumah pula anak-anak merengek minta perhatian. Ada yang ingin makan,
minta dipantau kerja sekolah dan macam-macam lagi.
Menjelang
sahaja waktu malam, suami pula minta dibelai dan dimanja sedangkan diri
keletihan lantaran seharian bekerja. Esok, masih banyak lagi
kerja-kerja yang patut diselesaikan sedangkan rehat yang diinginkan
‘diambil’ sedikit waktunya oleh suami yang setia merangkul tubuh isteri
di sebelahnya.
Sudah tentu perasaan
bercampur-baur. Kata orang hendak diluah mati bapak, ditelan pula mati
emak. Jadi, apakah cara terbaik mengatasinya?
Beri Penerangan Yang Jelas
Sebaiknya jelaskan pada suami bahawa anda betul-betul penat. Jelaskan dengan nada yang paling lembut agar suami tidak tersinggung. Ketahuilah, suami yang baik pasti memahami dan menghormati kata-kata tersebut. jadi, berdoalah agar suami menerimanya dengan hati yang terbuka.

Ekspresikan Kepenatan Anda
Sekiranya suami masih berkeras untuk berintimasi dengan anda sekalipun telah dijelaskan sebabnya maka ekspresikan kata-kata dengan wajah penuh kasihan bahawa anda benar-benar kepenatan.

Bagaimanapun,
tidak menjadi satu kesalahan sekiranya meluangkan sepuluh ke lima belas
minit untuk melayan kerenah nakalnya. Sudah pasti selepas itu dia akan
lebih menghormati dan menghargai masa sepuluh minit yang anda korbankan
itu.
Susulkan Penolakan Dengan Kasih Sayang
Ingat. Sekali-sekali jangan menolak permintaan suami dengan suara atau perlakuan yang kasar. Gunakan cara diplomasi atau bisikkan ke telinganya bahawa anda terlalu letih dan ingin berehat. Selepas itu, hadiahkannya dengan kucupan hangat penuh pengertian agar suami sedia bertolak ansur. Sudah pasti ada sedikit belas di hatinya lantas menangguhkan ‘acara’ pada malam itu ke malam berikutnya.

Berikan Sedikit Syarat
Jika suami mengajak anda berintimasi sebaik pulang dari kerja maka kenakan syarat padanya. Pertama, anda bebas dari memasak dan kedua di waktu malamnya anda ingin tidur lebih awal tanpa gangguan. Biarpun anak menangis di waktu itu maka suamilah yang perlu tanganinya. Apabila dia bersetuju dengan syarat yang diberi maka bolehlah diteruskan niat itu sebaik mungkin. Kesimpulannya, penting untuk bekerjasama agar masing-masing merasa seronoknya hubungan berkeluarga.

Suami Bantu Urus Rumah
Digalakkan melakukan hubungan kelamin setiap malam sekiranya suami berbesar hati membantu menguruskan kerja-kerja rumah. Mungkin sekadar membasuh pinggan dan menyapu di ruang tamu, itu sudah cukup meringankan bebanan yang ditanggung isteri. Secara tidak langsung, penat yang dirasai sedikit terubat dengan usaha yang suami tunjukkan. Maka penat bukan lagi alasan untuk menolak permintaan suami sewaktu berada di atas ranjang.

Tolak Dengan Lembut
Seandainya anda betul-betul penat tetapi suami mahu melakukan hubungan seks maka sebaiknya tolak perlahan-lahan tangannya seraya berkata bahawa anda tak mampu beraksi di malam itu. Isyarat serta bahasa tubuh yang ditunjukkan perlu dilakukan dengan lembut. Sebaiknya jangan sampai suami tersinggung kerana mereka boleh dikategorikan sebagai individu yang sensitif.

sumber : Mingguan Wanita
ZZ ~ Griptite keluaran Harmony mampu atasi masalah di atas.. cubalah...
Griptite mendapatkan sambutan HANGAT daripada kaum ibu.. Anda dah cuba?? |
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.