1. Suami
isteri berjimak semasa waktu azan subuh dibulan puasa dan kemudian
mandi wajib bolehkah mereka berpuasa, sedang apa yang saya tahu masa
waktu imsak kita dikehendaki berhenti makan dan membuat perkara
membatalkan puasa juga selepas azan subuh maksudnya puasa itu bermula?
Apabila seseorang menyangka bahawa
fajar akan terbit lambat lagi, lalu bersetubuh. Kemudian dalam
bersetubuh itu fajarpun keluar atau terdengar suara azan, maka wajiblah
ia menghentikan persetubuhan itu dengan segera (serta merta) tidak boleh
diteruskan lagi. Jika ia meneruskannya bererti ia telah merosakkan
puasanya dengan bersetubuh yang disengajakan. Demikian pulalah dengan
orang yang minum dan makan pada waktu itu.
Jika persetubuhan itu diteruskan walaupun telah terdengar suara azan, maka hendaklah membayar kaffarah. Pertama memerdekakan hamba, jika tidak ada atau tidak mampu, dengan berpuasa dua bulan berturut-turut, jika tidak sanggup iaitu dengan memberi makan 60 orang miskin.
2. Pada
bulan puasa seseorang lelaki melakukan persetubuhan di siang hari dan
dia terlebih dahulu membatalkan puasa tersebut pada hari itu, adakah
perlu diganti puasa tersebut 2 bulan berturut-turut.
Jawapan :
Perlu
dingatkan bahawa sengaja berbuka puasa di bulan Ramadhan adalah dosa
besar sama ada berbuka dengan makan, minum atau bersetubuh (jimak).
Sabda Nabi s.a.w. (bermaksud);
“Sesiapa
berbuka puasa sehari di bulan Ramadhan tanpa ada rukhsah (kelonggaran)
yang diizinkan Allah untuknya, puasa sepanjang masa sekalipun tidak akan
berupaya membayarnya sekalipun ia melakukannya” (Riwayat Imam Abu Daud,
at-Tirmizi dan Ibnu Majah).
PENJELASAN SELANJUTNYA DISINI
Tq. Info yg berguna.
ReplyDeletetringt kesah sy suatu ketika dahulu...bersetubuh dgn isteri sblom subuh lalu tertidur dlm keadaan "alat itu" belum ditarik keluar..terjaga je jam dah pukul 9 pg dan "alat itu" masih lg di dalam...(:
ReplyDelete