DUA mangsa menunjukkan kedai menjual pakaian di Facebook yang didakwa menipu mereka selepas membeli baju kurung di laman sosial tersebut di Padang Besar semalam. |
PADANG BESAR – Impian lima rakan sekerja untuk melaram baju kurung
baharu yang didakwa dibeli melalui sebuah kedai pakaian di laman sosial,
Facebook bagi menyambut Aidilfitri nanti berkecai setelah pakaian yang
dipesan tidak diterima.
Kesemua mereka bertugas di sebuah institut pengajian tinggi di sini
kerugian RM520 berikutan 10 pasang baju kurung yang dipesan itu tidak
diterima selepas membuat bayaran pada 19 Julai lalu.
Seorang mangsa, Nohasihida Mat Yazid, 26, berkata, pengendali kedai
laman sosial tersebut didakwa telah menutup akaun Facebook tersebut
selepas dua hari membuat bayaran.
“Kami amat terkilan dengan taktik pengendali laman Facebook itu yang
mengambil kesempatan sempena hari raya ini untuk menipu orang ramai dan
hasrat kami untuk membeli baju raya tidak kesampaian,” katanya di sini
semalam.
Menurut Nohashida, dia tertarik untuk membeli baju kurung di laman
pengendali tersebut ekoran harga yang ditawarkan murah berbanding kedai
lain dan pakaian yang ditonjolkan itu cantik serta mempunyai ciri serba
moden berlabuci.
“Harga baju kurung yang dijual di kedai pengendali laman sosial itu
sekitar RM90 sepasang, jimat RM100 dari kedai di luar dan apabila kita
membeli dalam kuantiti lebih 10 pasang, kedai tersebut menurunkan harga
kepada RM50 sepasang,” ujarnya.
sumber: Kosmo
ada juga penipuan mcm ni yer..rasanya kena periksa profile online kedai tersebut sebelum membeli...jika hanya ada satu product..harus la berhati-hatikan
ReplyDeleteorang sekarang nak menipu je..
ReplyDeleteniat x baik akan dibalas dengan balasan yang x baik juga...
100rm jer, main lagi kihkihkih hehehe internet, nasib blum hanyut pasal body lagi. Ramai dapt awek sementara. Aww...makan makanan modern.
ReplyDeleteSabar je la.....x dpt baru pon masih leh beraya...bersyukur depa x d apa2kan...insyallah ade hikmah d sebaliknya.
ReplyDelete