Di sebalik kesibukan memenuhi undangan dan jadual padatnya sebagai 
isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tidak ketinggalan 
mendalami ilmu agama bersama tokoh agama terkenal, Ustazah Datuk Dr 
Fatma El Zahra.
Bertempat di kediaman peribadi Perdana Menteri petang tadi, Datin 
Seri Rosmah bersama-sama 30 rakan rapatnya mempelajari ilmu berkaitan 
solat sunat Tasbih daripada Dr Fatma.
Sebelum melaksanakan solat sunat terbabit, Dr  Fatma turut 
mengutarakan beberapa fadilat atau kelebihan bagi umat Islam yang 
mengerjakan amalan tersebut.
Dinyatakan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ada 
mengajarkan kepada bapa saudaranya bahawa kelebihan sembahyang sunat 
Tasbih itu sangatlah besar sebagaimana hadis Ibnu ‘Abbas Radhiallahu 
‘anhuma maksudnya:
“Jika engkau membuat yang sedemikian itu, Allah menghapuskan dosamu, 
baik yang terdahulu, yang sekarang, yang sudah lama, yang baru, yang 
tidak disengaja, yang sengaja, yang kecil, yang besar, yang tersembunyi 
mahupun yang terang-terangan.”
Di negara ini, perbuatan mengumpat dan menabur fitnah juga berleluasa
 sama ada di kalangan orang awam, ahli politik, ahli perniagaan atau 
juga alim ulama.
Seiring dengan peredaran masa, kalau dahulu fitnah dan mengumpat 
tersebar melalui ceramah dan surat layang, tetapi kini ia tersebar 
melalui SMS dan e-mel juga laman blog.
Berbicara perihal fitnah dan golongan teraniaya, takzirah yang 
disampaikan oleh Dr Fatma turut menyentuh kepayahan yang dilalui oleh 
Datin Seri Rosmah yang terpaksa menepis pelbagai fitnah yang dilemparkan
 terhadap dirinya.
Selepas bersama-sama mempelajari dan mengerjakan solat sunat 
terbabit, Dr Fatma kemudiannya meneruskan tazkirah Ramadhan yang 
kebanyakkan inputnya adalah berkaitan fitnah dan golongan teraniaya.
Seperti yang sedia maklum, pelbagai tuduhan yang mengaitkan isteri 
Perdana Menteri itu timbul tanpa sebarang bukti yang rasional.
Ekoran itu, dengan memperbanyakkan aktiviti mendalami ilmu keagamaan 
sedikit sebanyak telah 
membantu Datin Seri Rosmah untuk terus berdiri 
kukuh dan memberi sokongan kepada suaminya.
sumber: Perak Today 
ZZ ~ sentiasalah bersangka baik..
 

 
 
 
Ahli agama selain Pas tak boleh pakai..... orang Pas sahaja yang PALING ISLAMIK di dunia......
ReplyDeletepuak2 pas ni hanya boleh menerima sesuatu yang memihak kepada mereka sahaja.. biarpun yang berkata2 itu adalah golongan kafir harbi mereka akan bertakbir..
ReplyDeletesaya memahami perasaan ds rosmah.. diharap ds rosmah lebih bersabar dan tabah dengan segala tohmahan.. Allah sayang ds rosmah sebab itu diberi pelbagai dugaan kerana Allah mengangkat DS Rosmah ke darjat yang lebih tinggi.. semoga ds rosmah dilimpahi rahmat.. salam penuh keceriaan untuk ds rosmah yang saya kagumi.. :)
ReplyDelete