KISAH SEPARA BENAR
Lala baru
berumur dua tahun, tetapi keletahnya bukan main lagi. Kadang-kadang tutur katanya membuatkan si ibu malu dengan orang sekeliling. "Ibu, Lala nak kencing" dan "Ibu, Lala nak berak".
Si ibu memikirkan cara untuk mengelakkan rasa malu. Lalu si ibu mengajar Lala istilah baru. Kalau nak kencing kena sebut "Ibu, Lala nak bersiul" dan kalau nak berak "Ibu, Lala nak nyanyi."
Sebagai seorang kanak-kanak yang keletah lagi bijak, Lala sentiasa mengingati apa yang diajar ibunya. Ibu berasa sangat gembira dan tidak lagi berasa malu.
Pada suatu hari, nenek Lala datang menziarah dan membawa bersama buah betik dari kampung. Lala sememangnya cucu manja nenek. Jadi bila nenek datang Lala sangatlah gembira dan memohon izin ibunya untuk tidur dengan nenek.
Gembiranya hati Lala dapat tidur dengan nenek pada malam itu. Namun, mungkin kerana terlalu banyak makan buah betik yang dibawa nenek, perut Lala memulas-mulas. Lala mengejutkan nenek yang sudah tidur.
Gembiranya hati Lala dapat tidur dengan nenek pada malam itu. Namun, mungkin kerana terlalu banyak makan buah betik yang dibawa nenek, perut Lala memulas-mulas. Lala mengejutkan nenek yang sudah tidur.
"Nenek, nenek. Lala nak nyanyi".
Dalam keadaan mengantuk nenek menjawab: "Lala, dah malam ni. Kalau nyanyi skang nanti terbangun plak semua orang. Esok je Lala nyanyi..".
Tapi Lala yang tak tahan perutnya memulas terus memaksa neneknya untuk nyanyi. Namun kerana terlalu sayangkan cucunya, akhirnya nenek setuju.
"Ok lah.. Lala boleh nyanyi skang tapi jangan kuat-kuat.. Lala nyanyi kat telinga nenek.."
hahahahaha kuning telinga nenek nanti
ReplyDelete