Translate in your language

Saturday 23 June 2012

KISAH BENAR! SUAMI DIPUKUL ISTERI



DI BALAI POLIS SEBUAH DAERAH YANG DIRAHSIAKAN

Pegawai penyiasat menyoal si isteri yang didakwa memukul suaminya dengan tumit kasutnya setebal 6 inci. Berikut adalah transkrip rakaman perbualan tersebut yang diperolehi daripada sumber yang dirahsiakan.

Penyiasat : Suami puan telah membuat laporan polis mengatakan puan telah memukulnya hingga mendatangkan kecederaan. Laporan daripada hospital juga telah diperolehi. Pihak polis mahu mengambil keterangan puan pula. Harap puan boleh memberikan kerjasama penuh bagi memudahkan siasatan. Boleh puan ceritakan apa yang berlaku?

Isteri : Malam tadi selepas makan malam bersama di restoran, suami mengajak pulang ke rumah. Lepas itu saya terus memukul suami saya dengan kasut saya.

Penyiasat : Mengapa pula puan memukul suami hanya kerana dia mengajak pulang? Boleh ceritakan semula bagaimana perbualan yang menyebabkan puan memukul suami?

Isteri : Suami kata macam ni. “Dah kenyang ni. Jom balik rumah, Sue”. Terus saya tanggal kasut dan mengetuk kepala dia dengan tumit kasut saya.

Penyiasat : Pelik! Hanya kerana mengeluarkan kata-kata itu menyebabkan suami puan dipukul?

Isteri : Sebab nama saya Mariam!!



2 comments:

  1. Dia isteri metali. membisu tahu liwat.

    ReplyDelete
  2. haruslah kena pukul kan..hahaha..kantoi sudah!

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.

ANDA MUNGKIN SUKA NAK BACA.. TERSERAH PADA SELERA MASING-MASING..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...