Translate in your language

Thursday 21 June 2012

KERETA ZZ TERBABAS DI KM249 LEBUHRAYA PLUS ARAH SELATAN (update)



Salam,

ZZ sedang berehat di atas katil ketika artikel ini ditulis. Terharu kerana ramai rakan-rakan yang sungguh mengambil berat keadaan ZZ selepas disiarkan cerita ZZ terbabas. Jutaan terima kasih ZZ ucapkan.

Untuk pengetahuan rakan-rakan, ZZ tidak mengalami sebarang kecederaan cuma masih trauma kerana inilah pertama kali kejadian sebegini berlaku dalam hidup ZZ. 

ZZ sebenarnya dalam perjalanan daripada rumah di Kuala Lumpur untuk ke Johor Bahru kerana ada temujanji dengan YABhg. Datin Paduka Prof. Dr. Jamilah Ariffin, Isteri YAB Menteri Johor. Temujanji adalah berkenaan rakaman siaran AKW Raya yang dijadualkan berlokasi di Negeri Johor Darul Takzim, negeri kelahiran ZZ.

Mengimbas semula sewaktu makan malam , ZZ ada meminta kebenaran suami untuk ke JB keesokan hari (hari ini). Suami memberi keizinan dengan syarat ZZ membawa bersama ibu ZZ sebagai teman memandangkan perjalanan yang jauh apatah akan pulang semula selepas temujanji tersebut. ZZ akur dengan nasihat suami. 

Entah kenapa sebelum masuk tidur malam tadi, tak semena-mena ZZ melontarkan pertanyaan berikut kepada suami:

"Hubby, kalau i mati dulu u janji tau jangan kawin lain tau..." Suami pun menjawab.. "Janjiiiiii.... Dah tak mau cakap macam tu la..."

Jam 10.30am pagi tadi, ZZ bertolak dari rumah bersama ibu dan anak bongsu (kebetulan kurang sihat so tak pegi sekolah). ZZ mencium tangan hubby dan 'kiss-kiss' la hubby (hubby pun nak out-station hingga esok).

Dalam perjalanan, cuaca mendung dan hujan mula turun setiba di Seremban. Hujan semakin lebat hingga ke Senawang. ZZ memandu pada kelajuan 100kmph. Hinggalah di KM249 bersebelahan Hentian Sebelah Senawang, kereta ZZ hilang kawalan. Keadaan jalan berair dan arus air di atas jalan agak deras walaupun kelihatan sekadar air hujan membasahi jalan.

Kereta ZZ berada di laluan paling kanan tiba-tiba meleret ke sebelah kiri memasuki laluan sebelah dan ketika itu ZZ cuba memperlahankan kereta tetapi ia terus melaju ke sebelah kiri, jadi sebelum kereta ZZ terbabas ke penghadang jalan, ZZ terus tekan brake (masa tu ibu kat sebelah dah jerit "tekanlah brek!! tekanlah brek!!). Tiba-tiba kereta ZZ berpusing 360 darjah sebanyak 3 kali. Dalam tempoh 10 saat itu, memang ZZ dah tak mampu nak kawal keadaan kereta yang terus berpusing dan menggila macam 'Merry Go Round'. ZZ sempat tengok anak dah terhoyong-hayang di tempat duduk belakang dan ibu dah semakin panik. Dalam tempoh itu, sambil terus kawal steering kereta, ZZ cuba fikir kat belah mana agaknya kereta ni nak dilanggarkan supaya berhenti. Masa tu jugak ZZ nampak di cermin pandang belakang kereta2 dan lori2 terus cuba mengelak daripada terlanggar kereta ZZ yang sdg berpusing-pusing. 

Sehingga satu saat apabila rasanya kereta ni dah tak boleh nak diberhentikan, ZZ nekad dan pasrah sahaja,..beristighfar dan mengucap dua kalimah syahadah, sambil dalam kepala teringatkan kata-kata ZZ kpd hubby malam tadi (ye, itu yg pertama sekali terlintas di fikiran), kemudian ZZ fikir lagi,..masyaAllah, nampaknya aku akan mati bersama-sama ibu dan anak aku...dan seterusnya ZZ juga sempat bayang betapa sakitnya nanti bila kereta ini dilanggar oleh kenderaan lain atau menghentam kenderaan lain atau penghadang jalan atau terbalik, pasti kepala kami semua akan menghentam cermin atau terhumban di jalan,..aduhhh...dan tiba-tiba sahaja, tanpa diduga, kereta ZZ terus terhenti di bahu jalan yang menuruni longkang bahu jalan. Papp,..STOP! Fuhhhh,...tersentap jantung ini, keadaan senyap seketika,...dan tengok ibu dan anak ZZ pun ok dan tersenyap...The first thing, ZZ ambil telefon di sebelah dan terus hubungi suami...


Hubby terus call Plushelpline dan memaklumkan lokasi kejadian.. Dalam pada itu, ramai ulat-ulat kereta tarik berhenti.. ZZ ingat pesan hubby 'only let Plus to tow the car'! Seketika kemudian beberapa anggota polis trafik peronda lebuhraya tiba.. Mereka segera memastikan keadaan penumpang selamat dan kemudian cuba membantu mengalihkan kenderaan.. namun tidak berjaya.. kemudian peronda Plus tiba membantu dan menarik keluar kereta..

ZZ nak ucap berbanyak terima kasih kepada anggota polis trafik (ZZ tak ingat nama) dan peronda Plus yang telah membantu.. ZZ tabik anggota keselamatan yang pantas datang membantu.. Kereta ZZ ditunda ke Hentian Sebelah Senawang..


Selang beberapa minit kemudian hubby tiba bersama rakannya.. Lega dan tenang melihat hubby sampai dan menenangkan ZZ dan ibu.. Alhamdulillah..







 


11 comments:

  1. Kalu kita tengah laju ditolak arus air memang tak boleh buat apa2. Apapun alhamdulillah ZZ selamat. Tenangkan fikiran okeh!

    ReplyDelete
  2. Sorry to hear that... hopefully u tak apa2.

    ReplyDelete
  3. harap kak zz tabah.......

    ReplyDelete
  4. Allah masih sayangkan ZZ... Alhamdulillah, ZZ selamat.. Moga cepat sembuh dari trauma..

    ReplyDelete
  5. bersabar ye kak ZZ. segala yg terjadi pasti ada hikmah. :D

    ReplyDelete
  6. salam,

    alhamdulillah ZZ selamat... terima kasih semua..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah akak selamat, semoga cepat sembuh dr trauma.. anggap ada hikmah di setiap dugaan.. anggap Allah nak bg peringatan

    ReplyDelete
  8. syukur alhamdulillah xde pape kan..

    yg penting...semua selamat..

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.

ANDA MUNGKIN SUKA NAK BACA.. TERSERAH PADA SELERA MASING-MASING..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...