http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/
SEPERTI YANG DIPAPARKAN DALAM SEGMEN BLOG PILIHAN 'APA KATA WANITA' HARI INI.
MENULIS
DARI HATI ADALAH SEBUAH BLOG PERIBADI MILIK ALYANI AMRAN SEORANG IBU DAN ISTERI
YANG PENYAYANG.
MENJADIKAN
BLOG INI TEMPAT UNTUK MENULIS PELBAGAI CERITA TENTANG DIRI, ANAK, KELUARGA DAN
JUGA DUNIA SEKELILING.
SELAIN
ITU BLOG INI PADAT DENGAN PELBAGAI INFO DAN TIPS KEIBUBAPAAN, KESIHATAN DAN
KECANTIKAN.
ALYANI
YANG MINAT DALAM DUNIA FOTOGRAFI JUGA SENTIASA BERKONGSI MINATNYA BERSAMA
RAKAN-RAKAN BLOGER YANG LAIN DAN MENJADIAKAN ANAKNYA SEBAGAI MODEL SECARA
SUKA-SUKA UNTUK KOLEKSI PERIBADINYA.
TAK KALA
ADA RAKAN BLOGER YANG SINGGAH DI BLOG INI, PASTI TIDAK MELEPASKAN PELUANG
MEMBACA KISAH HIDUP ALYANI YANG PENUH CABARAN.
MENURUT
ALYANI, SEPANJANG USIA KANDUNGANNYA DIA BERADA DALAM KEADAAN KOMA DAN TURUT
MENCERITAKAN BAGAIMANA DIA BERTARUNG NYAWA BERSAMA ANAKNYA DI DALAM KANDUNGAN
KETIKA ITU UNTUK TERUS HIDUP.
BANYAK
LAGI KISAH DAN PENGALAMAN HIDUP YANG DILALUI ALYANI DENGAN MELAYARI cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com
Berikut juga merupakan antara artikel yang dipost di blog Alyani..
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Sedikit Info Mengenai Rancangan APA KATA WANITA
Saluran : TV1 (RTM)
Waktu Siaran : Ahad Jam 3.00pm
Siaran Ulangan : Jumaat , Jam 1.00pm di TV2
Pengacara: Zamzarina Zambri
Apa
Kata Wanita salah rancangan yang menarik yang memaparkan kehidupan
wanita masa kini yang mampu berdaya saing. Dan..salah satu segmen
menarik dalam rancangan ni ialah ADA IT & BLOG PILIHAN. Dimana dalam segmen tersebut akan memaparkan blog-blog yang menarik berkaitan WANITA. Dan..alhamdulillah.... saya baru terima email daripada AKW yang menyatakan blog saya terpilih dalam segmen " BLOG PILIHAN". Bagi saya ini merupakan berita yang amat mengembirakan selepas saya menjalani pembedahan ni.
Jadi..
buat semua blogger-blogger wanita diluar sana.. blog anda semua layak
untuk disiarkan dalam Rancangan Apa Kata Wanita. Untuk maklumat lanjut
boleh ke FB APA KATA WANITA...ZAMZARINA TV 1 dan menariknya, Zamzarina juga seorang blogger yer... Jom kita ke blog ZAMZARINA ZAMBRI : INTAI INTIMASI..Apa Kata Wanita
Email terbaru yang diterima.. insyallah jika tiada halangan... blog saya akan disiarkan dalam Rancangan Apa Kata Wanita pada 10/06/2012.
Jangan lupa saksikannya pada jam 1.00pm di TV1 yer. Mujur sekarang saya
dalam MC, jadi berpeluang untuk tengok secara live... kalo tak kena
tunggu siaran ulangannya pada hari Jumaat nanti. Terima kasih buat warga
kerja Apa Kata Wanita kerana sudi memilih blog saya untuk disiarkan
dalam rancangan tersebut. Sesungguhnya inilah kenangan terindah dari
saya buat asya apabila blog yang saya wujudkan untuknya yang menyimpan
sejarah kehadirannya di muka bumi ini.
Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya
terharu sgt2.. terima kasih apa kata wanita...
ReplyDeletesemoga terus sukses ..
Wow! Tahniah lya berjaya dapat tempat di hati 'Apa Kata Wanita'.. Good job Zamzarina.. =)
ReplyDelete