Translate in your language

Tuesday 22 May 2012

18SX - BONGKAR 10 CARA UNTUK MENINGKATKAN KEINTIMAN



Tanyalah mana-mana pasangan bahagia apa yang menyebabkan keintiman kekal antara mereka, dan anda akan mendengar hakikat bahawa komunikasi adalah asas hubungan yang berjaya. Anda tentunya tidak akan memandu kereta tanpa perlu mengisi petrol, dan begitu juga anda tidak harus cuba untuk memupuk hubungan kasih sayang tanpa komunikasi. Hubungan intim tidak hanya di bilik tidur, malah ia bermula pada waktu pagi, subur sepanjang hari, dan berakhir apabila anda tertidur.

Hubungan intim adalah satu perkataan yang luas tafsirannya dan seks hanyalah merupakan sebahagian cabangnya. Hubungan intim adalah suplemen kepada hubungan yang sihat yang membenarkan pasangan untuk berkongsi diri dari segi fizikal dan emosi mereka. Jika anda mendapati diri anda lebih beremosi dalam hubungan, anda dan pasangan pasti akan merasai lebih kenikmatan dan kebahagiaan di bilik tidur! 

RodoX - Adunan herba khusus untuk membantu kelancaran pada urat-urat alat sulit lelaki yang tersimpul agar lurus semula dan membuatkan darah mengalir sempurna. RodoX - KEPERKASAAN SEJATI



Berikut adalah 10 cara untuk meningkatkan dan mengekalkan keintiman dalam perhubungan anda:

  1. Berkompromi apabila ada percanggahan. Apabila anda dan pasangan tidak boleh mencapai persetujuan dalam sesuatu perkara, berkompromilah agar kedua-dua mencapai persetujuan dan kesederhaaan dalam sesuatu perkara. Tanyalah satu sama lain apakah yang lebih membuatkan kedua-dua gembira dan bahagia?

  1. Luangkan sekurang-kurangnya 30 minit sehari untuk memberi tumpuan kepada pasangan anda. Luangkan sepenuh perhatian kepada pasangan anda. Tidak kira samada di meja makan, di bilik keluarga, sambil menonton tv, sambil berbaring di atas katil dan sebagainya. Jauhkan daripada gangguan lain seperti anak-anak, panggilan telefon dan lain-lain. Gunakan sepenuhnya masa bersama bertanyakan tentang aktiviti pasangan sepanjang. Ini menunjukkan anda mengambil berat tentangnya.

  1. Sesekali rancang satu makan malam yang istimewa. Lupakan sebentar kesibukan tugas harian anda dan menjadikan pasangan anda sebagai fokus terpenting. ‘Candle light dinner’ mampu ‘menyalakan’ keintiman. Kenakan pakaian yang hebat dan menarik. Luangkan sepenuh masa dan perhatian. Gembirakan hati pasangan anda dan buatkan dia ketawa.

  1. Menunjukkan simpati dan jangan merendahkan pasangan anda. Pastikan anda menunjukkan perasaan simpati walaupun anda tidak bersetuju dengan pasangan. Kawal nada suara dan berikan alasan yang munasabah agar pasangan tidak merasa terhina atau tidak menghargai pandangannya.

  1. Tunjukkan rasa ingin tahu dan minat dengan apa yang ingin disampaikan. Tunjukkan perasaan minat dan rasa ingin tahu bukan sahaja membantu pasangan anda berasa penting dan istimewa, tetapi juga menarik minat pasangan untuk melakukan perkara yang sama terhadap anda! Bayangkan betapa hebatnya apabila pasangan anda sangat berminat mendengar apa yang anda ingin katakan, dan bukankah anda juga begitu?

  1. Sesekali beri kejutan dengan melakukan aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama. Cubalah aktiviti mendaki, berkelah, berbasikal, beriadah dan sebagainya yang jarang atau tidak pernah lakukan bersama.

  1. Tinggalkan mesej cinta di sekitar rumah. Tulis perkara-perkara yang anda kagumi tentang pasangan anda dan lekatkan/tinggalkan di kawasan-kawasan tersembunyi yang anda tahu dia menjumpainya.

  1. Nyatakan semua yang positif. Jika anda mengakui dan menyatakan anda menghargai tentang pasangan anda, anda akan mendapati dia akan tidak sabar-sabar mengulangi tingkah laku yang tersebut dan tidak akan berasa dihina/dikritik. Wanita tidak suka dikritik!

  1. Tunjukkan bahawa anda menghormati dia. Dengar, elakkan penggunaan bahasa yang tidak sesuai, dan mengurangkan kemarahan anda (intonasi), anda akan menunjukkan kepada pasangan bahawa anda menghormati pandangan dan perasaannya.

  1. Bawa Lilin! Jangan hanya cuba semata - mata untuk "melakukannya." Buatkan mood yang romantik, menyentuh satu sama lain, memanaskan badan dengan urutan, dan lakukan hubungan intim dalam masa yang panjang. Take your time! 
  

Siri Intimasi HARMONY pasti mengembalikan keintiman
 

1 comment:

Note: only a member of this blog may post a comment.

ANDA MUNGKIN SUKA NAK BACA.. TERSERAH PADA SELERA MASING-MASING..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...