Translate in your language

Monday, 31 October 2011

KENAPA SUAMI SUKA MARAH-MARAH ?


Seperti yang anda tengok tajuk di atas, kenapa suami anda marah-marah. Kenapa dia selalu marah. Kadang-kadang suami marah, kadang-kadang dia ok. Memang kebiasaan sikap lelaki macam tu.

Kalau diikutkan perkara ini agak subjektif. Apa kata kita kecilkan skop supaya ia menjadi panduan para isteri di rumah, khasnya di Malaysia.

Berikut point-point yang penting supaya ia menjadi mudah untuk para isteri mengesan perubahan sikap suami yang membuatkan dia marah.

1. Masalah Kewangan atau Tiada Duit

Perkara pertama ialah kerana dia tiada duit. Sebagai isteri anda perlu prihatin pada situasi ini. Anda sebagai isteri harus bersikap lebih profesional dalam mengesan situasi suami anda apabila dia tiada duit. Sikapnya tiada duit dapat dikesan apabila suami teragak-agak untuk membeli sesuatu keperluan seisi rumah dan perkara yang bersangkutan dengan si isteri.

Sebagai isteri, anda mestilah cuba untuk memahami si suami. Isteri memainkan peranan yang penting apabila situasi ini berlaku. Cuba hiburkan hati suami anda, jangan cuba bercerita perkara yang mendorong untuk membeli. Sebaliknya anda boleh bercerita perkara yang boleh menggembirakan suami, seperti hari ini anda akan masak makanan kegemarannya di rumah. Beritahu kepadanya bahawa hari ini keluarga anda tidak perlu keluar, hanya duduk di rumah sambil menonton tv.

Secara khususnya isteri perlu kreatif untuk mencorakkan suasana yang gembira walaupun ketika itu, suami anda dilanda masalah kewangan dan tidak bersedia untuk berkongsi masalah ini dengan anda. Dengan cara ini, suami akan lebih tenang dan boleh memikirkan cara untuk mengatasi masalah ini.

2. Suami anda Lapar dan Dahaga

Prihatin isteri terhadap perut suami faktor yang penting dalam menghidupkan hari yang bahagia. Sediakan makanan dan minuman kegemarannya. Apabila isteri bersikap demikian, hati yang rasa nak marah pun akan reda. Api yang sedang membara juga akan padam. Apabila anda sediakan perkara-perkara tersebut, anda boleh mula bercerita apa sahaja asalkan perkara tidak sensitif ketika itu. Cuba ceritakan perkara yang santai-santai sahaja, perkara yang tidak membuatkan si suami perlu memikir. Biarkan suami anda makan atau minum dalam keadaan yang tenang sambil berborak bersama isterinya yang tercinta atau sambil si anak bermain-main di sekelilingnya.

3. Keperluan Seks Suami

Seks untuk lelaki adalah perkara utama dan penting. Walaupun ia berada di tangga ke tiga dalam carta ini. Ia mempunyai sebab tertentu yang menampung semua point 1 dan 2 di atas. Sebagai lelaki yang normal, walaupun dia tiada duit, walaupun tiada rokok nak dihisap ketika dia tiada duit, tetapi masih tidak mengapa jika keperluan seksnya dipenuhi oleh isteri.

Jangan abaikan perkara ini kerana ia membabitkan ketenangan jiwa si suami ketika dia dalam tekanan. Dengan seks, jiwa suami akan lebih tenang untuk berfikir bagaimana mengatasi masalah yang sedang dihadapinya. Seks itu adalah terapi terbaik.

Bersangkutan dengan point yang ke-2 di atas, bila perut suami anda kenyang, dia akan menjadi bertenaga untuk melakukan seks. Dia mempunyai nafsu untuk melakukan seks. Keinginannya melakukan seks adalah kuat semasa berada dalam tekanan dan perutnya terisi.

Apa yang isteri perlu buat pada ketika ini ialah cuba dekatinya. Cuba menggodanya. Dalam situasi sedang tertekan, suami anda susah untuk meminta untuk melakukan hubungan seks, walaupun dia mahu. Sebagai isteri yang prihatin, cuba layan suami anda sebaik mungkin. Malah jika ketika itu anda dalam haid, cubalah meggembirakannya dengan cara yang lain mengikut kemahuan suami anda, asalkan tidak melanggar hukum Islam.


Kesimpulan

Diingatkan sekali lagi, seks adalah faktor utama mengapa suami anda marah-marah. Ubahlah hari marah suami anda dengan ketiga-tiga point di atas.  Jadikanlah setiap hari itu tenang dan tenteram dalam keluarga anda.

Jika perkara ini dilaksanakan dengan sikap profesional, anda akan lihat suami tidak lagi suka marah-marah atau menunjukkan sikap yang baran tak tentu pasal.

sumber: internet

8 comments:

  1. Salam Kak Zam, saya suka post ni. Mmg suami saya pun ada ciri2 seperti ini :)

    yang paling ketara bila perut lapar mmg suka marah2... saya ni kerja dari rumah, kekadang terabai makan minum suami (memanglah boleh beli) tetapi ya lah kan , nak air tangan isteri juga...

    Kalau hari saya masak,senyum memanjang ...:)

    ReplyDelete
  2. Entry menarik! Saya belum bersuami tapi bakal berkahwin 2 bulan lagi, skarang dia dah tunjuk belang asyik marah-marahhhh. grrr

    ReplyDelete
  3. Jgn patah semangat ye..semua masalah ada jalan penyelesaian..

    ReplyDelete
  4. Tidak perlu menyentuh keyboard bila dalam keadaan marah. Rehatlah dulu bila semakin panas.

    ...kerana syaitan itu sedang memberikan kita idea setiap amarah untuk memenuhi pengisiannya. Setiap kata-kata itu adalah yang kekal lebih-lebih bila singgah kepada orang yang lebih panas dan tidak suka akan sesuatu itu.

    Terima kasih ZZ dengan tip yang sangat baik..

    ReplyDelete
  5. ya,bila dah jadai isteri selalu kena marah
    masa belum kawin x pernah kena marah
    skrg salah suami sendiri pun kita kena marah
    sabar je lah..
    dah nama suami isteri mesti ada yang tergigit lidah

    ReplyDelete
  6. If some one needs to be updated with most up-to-date technologies therefore he
    must be visit this web page and be up to date daily.


    my website ... Newport Beach catering

    ReplyDelete
  7. Very good post! We are linking to this particularly great article on our website.

    Keep up the good writing.

    Stop by my web page ... Rena

    ReplyDelete
  8. We stumbled over here from a different page and thought I might check things out.

    I like what I see so i am just following you. Look forward to looking
    over your web page for a second time.

    Here is my web blog; www.youtube.com/user... ()

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.

ANDA MUNGKIN SUKA NAK BACA.. TERSERAH PADA SELERA MASING-MASING..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...