Translate in your language

Sunday, 16 October 2011

BAJET 2012 UNTUK WANITA

Hari ini APA KATA WANITA TV1 secara langsung membawa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ke studio bagi membincangkan dengan lebih lanjut peruntukan khas untuk Wanita pada Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri baru-baru ini.

Jangan ketingglan untuk ketahui apa yang boleh kita wanita rebut peluang bagi memajukan diri kita selaras membangunkan ekonomi keluarga dan negara serta faedah kesihatan yang baik pada tahun depan.

IKUTI APA KATA WANITA BERSAMA ZAMZARINA di TV1, AHAD 16 OKTBER, JAM 3 PETANG !
http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2011/08/sharizat.jpg

Antara yang telah diumumkan adalah seperti berikut :

  1. Dasar sekurang-kurangnya 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor korporat. Program latihan untuk membangunkan wanita berpotensi menjadi ahli lembaga pengarah dan menarik golongan profesional wanita kembali ke pasaran pekerjaan melalui program latihan bersesuaian dengan jumlah peruntukan RM10 juta. 
  2. Bagi memberi rangsangan kepada usahawan kecil, peruntukan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) ditambah sekali ganda kepada RM300 juta berbanding RM120 juta pada tahun 2011. Tabung keusahawanan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) pula menyediakan RM2.1 billion dalam bentuk pinjaman mikro kredit kepada usahawan terutama wanita. Cadangan surat cara pembiayaan diberi pengecualian duti setem bagi mengurangkan kos peminjam.
  3. Perkhidmatan suntikan percuma imunisasi HPV (Human Pappilloma Virus) bagi membolehkan lebih ramai wanita mendapatkan kemudahan imunisasi mencegah kanser servik. Jumlah peruntukan RM50 juta bagi kos 3 suntikan bagi seorang wanita yang bernilai RM150.
  4. Bagi  menjamin kesihatan ibu dan anak, hospital khusus untuk Wanita dan Kanak-kanak akan dibina di Kuala Lumpur dengan kos 700 juta ringgit. Perkhidmatan kesihatan terbaik, naik taraf hospital termasuk wad bersalin di Hospital Putrajaya.
  5. Bagi kakitangan kerajaan, pelarasan gaji dengan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) terutama guru-guru mendapat kenaikan gaji terbesar serta peluang untuk naik pangkat tidak perlu tunggu lama. Ikut time-based (8 tahun). Kelebihan ini kepada wanita kerana hampir 80 peratus guru adalah golongan wanita.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

ANDA MUNGKIN SUKA NAK BACA.. TERSERAH PADA SELERA MASING-MASING..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...