HARMONY MYSPA

Jom cantik bersama Zamzarina...

HARMONY PRODUCTS

Ketahui Rahsia Zamzarina

ZARRA

Produk kecantikan terbaru Zamzarina

APA KATA WANITA... ZAMZARINA

Talkshow magazina by Zamzarina

Translate in your language

Tuesday, 3 April 2012

18SX - BONGKAR 10 TIP AGAR ACARA KAMAR TIDAK BOSAN


Biarpun dianggap sebagai aktiviti penuh kenikmatan buat suami isteri namun tidak dinafikan rasa bosan boleh saja muncul dalam perhubungan seks.Ia boleh berlaku jika acara kamar ini tidak disuntik dengan perubahan. 

Jika ini dirasai maka pasangan harus mengambil inisiatif tertentu kerana kebosanan yang dirasai boleh saja memberi kesan kepada rumah tangga. Antaranya adalah terjadinya kecurangan.Oleh itu sebaiknya ia dicegah sebelum berlaku.

Praktikkan tip di bawah ini bagi memastikan kebosanan seks tidak menjegah di hati anda dan pasangan. 

1. Sekali seminggu Seseorang yang tidak melakukan hubungan seks dalam jangka masa yang lama boleh menyebabkan penurunan libido dan kadar testoren semula jadinya.Seks sama seperti bersenam atau bersukan,jika seseorang sekali berhenti maka kemungkinan besar ia akan terus menurun.Oleh itu cubalah untuk menyukai dan melakukannya minimun sekali seminggu secara teratur. 

2. Terlibat dalam pekerjaan rumah Wanita cenderung melakukan hubungan seks apabila pasangannya membantu melakukan pekerjaan rumah.Konsep ini disebut dengan 'choreplay'.Kajian dari University of Western Ontario mendapati isteri akan lebih bahagia jika suami terlibat dalam urusan rumah tangga.Manakala studi dari University of Ollinois di Chicago menunjukkan lelaki yang membantu membersihkan rumah dan menguruskan anak,memiliki seks yang lebih baik. 

3. Berpelukan selama 20 saat Pelukan yang dilakukan selama 20 saat akan membuat 'hormon pelukan atau oksitoksin mengalir dan membantu meningkatkan hubungan antara keduanya.Lelaki memerlukan pelukan tiga kali lebih banyak dibandingkan wanita untuk sampai ke tahap yang sama.Jadi berikan pelkan sekali sehari selama satu minit buat pasangan demi menjaga keintiman dan memiliki kehidupan seks yang lebih sihat. 

4. Berhenti mengakses pornografi Pakar menjangka lelaki melakukan mastubasi sebanyak 50 peratus lebih banyak dari biasa jika sering melihat bahan lucah.Terlalu banyak masturbasi akan menurunkan libido yang akhirnya akan menyebabkan kurang hubungan seksual yang boleh memuaskan pasangan.

5. Bersikap lebih positif Kajian menunjukkan perbezaan antara hubungan seks yang berjaya dan gagal diperngaruhi oleh nisbah interaksi positif dan negatif.Seseorang harus memiliki nisbah 5:1 iaitu 5 untuk fikiran positif dan 1 untuk fikiran negatif.Fikiran yang positif akan membantu seseorang memiliki seks yang hebat. 

6. Aksi pemanasan 21 minit Fakta menunjukkan lelaki lebih mudah orgasma berbanding wanita,sementara wanita tidak konsisten dalam mencapai orgasma.Sebuah kajian yang dilakukan oleh Kinsey and Masters & Johnson menyimpulkan pasangan yang menghabiskan 21 minit atau lebih untuk pemanasan hanya memiliki 7.7 peratus kegagalan orgasma. 

7. Menjaga kecergasan Sudah tentunya seks bersama dengan pasangan yang cergas lebih ghairah berbanding jika pasangan lemah dan layu.Reaksi daripada setiap rangsangan yang diberi sudah tentu juga lebih pantas jika tubuh segar.Oleh itu lakukanlah sesuatu agar tubuh anda kekal cergas rangsangan seks tersebut tidak memudar. 

8. Kekal sihat Kesihatan secara keseluruhan dan kesihatan seksual sangat berkait rapat.Ini kerana diet,stres,nutrisi,olahraga dan ubat-ubatan memberi pengaruh besarterhadap nafsu seks seseorang.Jika salah satu daripadanya tidak sihat,maka kehidupan seks juga akan terjejas.Oleh itu jagalah kesihatan dengan mengamalkan cara hidup sihat,berolahraga dan mengambil makanan berkhasiat. 

9. Berkongsi Fantasi Kajian menunjukkan orang yang aktif berfantasi akan memiliki kehidupan seks yang lebih puas,lebih responsif dan lebih berani.Berkongsi fantasi dengan pasangan tentunya akan memberi kesan besar dalam hubungan intim dan satu perkongsian yang cukup berharga. 

10. Saling menghargai Seseorang lelaki harus memberikan perhatian,tapi jangan pula berlebihan.Ambil kira kepuasan pasangan dan jangan memetingkan diri sendiri atau bersikap ego.


Baca Selanjutnya ...

Monday, 26 March 2012

Saturday, 24 March 2012

LOVE vs HATE

http://www.jrfarr.com/wp-content/uploads/2009/12/love-hate-relationship.jpg
 Assalammualaikum dan Apa khabar semua?

Sorry sebab lama ZZ tinggalkan blog ni. Bukan apa, tapi sebab busy yang teramat sangat. Denga on-going tugasan dan program Apa Kata Wanita yang bersiaran setiap Ahad secara LIVE membuatkan ZZ langsung tak ada masa nak menjenguk ke blogspot ZZ ni.

Mulai tahun 2012, syukur Alhamdulillah, AKW memasuki tahun ke-4 siarannya. Sekejap je kan..rasanya baru semalam ZZ bentangkan paper konsep dan idea bagi program ini kepada Menteri Penerangan ketika itu YB Datuk Shabery Chik. Tup, tup..dah masuk empat tahun, masih bertahan.  Semua ini kerana sokongan semua peminat dan penonton AKW yang tak jemu-jemu memberi pandangan dan komen membina bagi meningkatkan lagi kandungan AKW.

Terus-terang ZZ katakan, kalau dulu-dulu bagai nak pecah kepala ZZ kena fikir apa agaknya topik yang patut diketengahkan setiap minggu. Tetapi kebelakngan ini, kebanyakan topik-topik eksklusif yang diketengahkan adalah suggestions dan proposals daripada pihak luar seperti agensi dan jabatan kerjaan yang terbabit, NGOs, persatuan-persatuan, dan juga orang persendirian.

TERIMA KASIH berjuta-juta ucapan daripada ZZ kepada semua pihak yang banyak membantu secara langsung dan tidak langsung, ya..

Lupa pulak nak bagitahu anda semua, mulai tahun 2012 juga rezeki AKW bertambah murah. Mana taknya, kita masih kekal bersiaran 2 kali seminggu, pada Ahad secara langsung pukul 3 petang di TV1. Dan yang interestingnya, AKW juga diulangsiar pada setiap hari Jumaat pukul 1 tghari di TV2.

Alamak,.lupa lagi nak umumkan kepada u alls semua bahawa ZZ kini sedang giat menganjurkan Majlis HITEA DAN SEMINAR PELUANG BISNES DARI RUMAH DGN AFFILIATES 'HARMONY' pada 13 April akan datang. HARMONY adalah jenama produk kesihatan dan kebersihan peribadi, 100 peratus herbal, halal, selamat dan berkesan untuk mengharmonika hubungan intim SUAMI & ISTERI. ZZ yang carry produk ini sebagai jurucakap dan duta. Pada masa yang sama ZZ membangunkan satu konsep Affiliates Marketing Online bagi rangkaian produk Harmony.

Tujuannya supaya sesiapa sahaja terutama suri rumah dan ibu tunggal boleh menjana pendapatan melalui bisnes dari rumah. ZZ mengalu-alukan semua terutama golongan wanita surirumah dan ibu tunggal terutama ahli-ahli komuniti eMAK (eMAK yang diasaskan oleh ZZ juga..) menyertainya.

Memang ada bayaran dikenakan iaitu cuma RM50 sebab nak bayar kos makan2 HITEA, sewa dewan di SME Corp KL Sentral dan bayar token kepada speakers yang hebat2. Antaranya, CHRISH RANDOLPH yang dikenali 'The Google Guy' yang ZZ terbangkan dari San Diego USA akan tampil utk cakap ttg 'The power of Internet Marketing'. Selain itu, Prof Dr Ismail Tambi, pakar kesihatan (sakit tuan) dan reproduktif kesihatan keluarga juga ada slot utk bercakap topik 'Kasih Sayang dan Intimasi Bina Keluarga Harmoni'. Dan ZZ sendiri juga akan memperkenalkan sistem dan konsep Affiliates Bisnes Dari Rumah HARMONY dengan panjang lebar supaya anda yang hadir boleh terus mula berbisnes selepas mendaftar sebagai Affiliates member HARMONY. Mudah dan tanpa modal. Sebab tujuannya pun nak membantu anda mulakan perniagaan HARMONY.

INGIN DIINGATKAN INI BUKAN BISNES ONLINE SKIM CEPAT KAYA, SCAM FOREX ATAU YG SEUMPAMA DENGANNYA. KONSEP YG AKAN ZZ PERKENALKAN INI ADALAH BERLANDASKAN PERNIAGAAN YANG TELUS DAN BENAR, BUKAN PENIPUAN!

So nantikan details tentang Majils ini dalam posting ZZ akan datang okey,..

Bye for now. Salam. Take Care.
ZZ
Baca Selanjutnya ...

Wednesday, 18 January 2012

WOMEN GEOGRAPHY

FEMALE GEOGRAPHY

Between 18 and 25
A woman is like Africa: Wild, naturally beautiful and full of mysterious,fertile deltas.




Between 26 and 34
A woman is like
America: Well-developed and open for trade, especially for those with stacks of money..






Between 35 and 44
A woman is like
India : Sensual, relaxed, in full bloom, aware of her beauty.






Between 45 and 54
A woman is like France : Deliciously mature, still a pleasant destination to visit.






Between 55 and 60
A woman is like
Yugoslavia : A lost war, haunted by the mistake s of the past. Major reconstruction work is mostly the only answer.



Between 61 and 65
A woman is like
Russia : Vast with undefined frontiers. The cold climate puts off any potential visitors.





Between 66 and 70
A woman is like
Mongolia : A glorious past, great conquests, but without a future.




After 70
A woman is likeAfghanistan or the north pole: Many know its whereabouts, but no one dares to venture there......
Baca Selanjutnya ...

ANDA MUNGKIN SUKA NAK BACA.. TERSERAH PADA SELERA MASING-MASING..