HARMONY MYSPA

Jom cantik bersama Zamzarina...

HARMONY PRODUCTS

Ketahui Rahsia Zamzarina

ZARRA

Produk kecantikan terbaru Zamzarina

APA KATA WANITA... ZAMZARINA

Talkshow magazina by Zamzarina

Translate in your language

Monday, 26 March 2012

Saturday, 24 March 2012

LOVE vs HATE

http://www.jrfarr.com/wp-content/uploads/2009/12/love-hate-relationship.jpg
 Assalammualaikum dan Apa khabar semua?

Sorry sebab lama ZZ tinggalkan blog ni. Bukan apa, tapi sebab busy yang teramat sangat. Denga on-going tugasan dan program Apa Kata Wanita yang bersiaran setiap Ahad secara LIVE membuatkan ZZ langsung tak ada masa nak menjenguk ke blogspot ZZ ni.

Mulai tahun 2012, syukur Alhamdulillah, AKW memasuki tahun ke-4 siarannya. Sekejap je kan..rasanya baru semalam ZZ bentangkan paper konsep dan idea bagi program ini kepada Menteri Penerangan ketika itu YB Datuk Shabery Chik. Tup, tup..dah masuk empat tahun, masih bertahan.  Semua ini kerana sokongan semua peminat dan penonton AKW yang tak jemu-jemu memberi pandangan dan komen membina bagi meningkatkan lagi kandungan AKW.

Terus-terang ZZ katakan, kalau dulu-dulu bagai nak pecah kepala ZZ kena fikir apa agaknya topik yang patut diketengahkan setiap minggu. Tetapi kebelakngan ini, kebanyakan topik-topik eksklusif yang diketengahkan adalah suggestions dan proposals daripada pihak luar seperti agensi dan jabatan kerjaan yang terbabit, NGOs, persatuan-persatuan, dan juga orang persendirian.

TERIMA KASIH berjuta-juta ucapan daripada ZZ kepada semua pihak yang banyak membantu secara langsung dan tidak langsung, ya..

Lupa pulak nak bagitahu anda semua, mulai tahun 2012 juga rezeki AKW bertambah murah. Mana taknya, kita masih kekal bersiaran 2 kali seminggu, pada Ahad secara langsung pukul 3 petang di TV1. Dan yang interestingnya, AKW juga diulangsiar pada setiap hari Jumaat pukul 1 tghari di TV2.

Alamak,.lupa lagi nak umumkan kepada u alls semua bahawa ZZ kini sedang giat menganjurkan Majlis HITEA DAN SEMINAR PELUANG BISNES DARI RUMAH DGN AFFILIATES 'HARMONY' pada 13 April akan datang. HARMONY adalah jenama produk kesihatan dan kebersihan peribadi, 100 peratus herbal, halal, selamat dan berkesan untuk mengharmonika hubungan intim SUAMI & ISTERI. ZZ yang carry produk ini sebagai jurucakap dan duta. Pada masa yang sama ZZ membangunkan satu konsep Affiliates Marketing Online bagi rangkaian produk Harmony.

Tujuannya supaya sesiapa sahaja terutama suri rumah dan ibu tunggal boleh menjana pendapatan melalui bisnes dari rumah. ZZ mengalu-alukan semua terutama golongan wanita surirumah dan ibu tunggal terutama ahli-ahli komuniti eMAK (eMAK yang diasaskan oleh ZZ juga..) menyertainya.

Memang ada bayaran dikenakan iaitu cuma RM50 sebab nak bayar kos makan2 HITEA, sewa dewan di SME Corp KL Sentral dan bayar token kepada speakers yang hebat2. Antaranya, CHRISH RANDOLPH yang dikenali 'The Google Guy' yang ZZ terbangkan dari San Diego USA akan tampil utk cakap ttg 'The power of Internet Marketing'. Selain itu, Prof Dr Ismail Tambi, pakar kesihatan (sakit tuan) dan reproduktif kesihatan keluarga juga ada slot utk bercakap topik 'Kasih Sayang dan Intimasi Bina Keluarga Harmoni'. Dan ZZ sendiri juga akan memperkenalkan sistem dan konsep Affiliates Bisnes Dari Rumah HARMONY dengan panjang lebar supaya anda yang hadir boleh terus mula berbisnes selepas mendaftar sebagai Affiliates member HARMONY. Mudah dan tanpa modal. Sebab tujuannya pun nak membantu anda mulakan perniagaan HARMONY.

INGIN DIINGATKAN INI BUKAN BISNES ONLINE SKIM CEPAT KAYA, SCAM FOREX ATAU YG SEUMPAMA DENGANNYA. KONSEP YG AKAN ZZ PERKENALKAN INI ADALAH BERLANDASKAN PERNIAGAAN YANG TELUS DAN BENAR, BUKAN PENIPUAN!

So nantikan details tentang Majils ini dalam posting ZZ akan datang okey,..

Bye for now. Salam. Take Care.
ZZ
Baca Selanjutnya ...

ANDA MUNGKIN SUKA NAK BACA.. TERSERAH PADA SELERA MASING-MASING..