Translate in your language

Saturday 28 July 2012

TOPIK AKW 29 JULAI: SHOPPING IKUT NAFSU MENJELANG RAYA! JOM BINCANG..!!








Salam Ramadhan al-Mubarak..

Hari ini merupakan hari ke-8 umat Islam menunaikan ibadah puasa. InsyaAllah dalam 22 hari lagi kita semua akan merayakan kemenangan kita dengan menyambut Aidilfitri.  Sudah menjadi kelaziman kepada kita untuk membuat persediaan awal. Aidilfitri sudah tentu sangat dinantikan oleh kita semua. Kanak-kanaklah yang paling gembira dan tidak sabar-sabar untuk beraya dengan mengenakan pakaian serba baru.

Dalam memperkatakan tentang persediaan menyambut lebaran, jom kita bincang  isu ini. Kajian yang ZZ lakukan mendapati berikut adalah tabiat kaum wanita ketika membeli-belah:

  1. Kaum wanita boleh berjalan selama 3 jam tanpa membeli apa-apa
  2. Kaum wanita mempunyai sifat impulsive shopping - tabiat membeli-belah yang melampau yang didorong oleh hawa nafsu
  3. Satu perangai yang baru ZZ temui - suka mencuba banyak baju di fitting room.. kemudian snap gambar dan terus mobile upload ke media sosial spt facebook untuk minta pandangan
  4. Wanita suka meminta pendapat lelaki, tapi pandangan tersebut tak pernah nak ikut??
  5. Suka membeli banyak pakaian hingga sebahagiannya tak pernah pakai    

Anda setuju dengan pandangan di atas? Berikan pandangan anda..
Di sini juga ZZ nak minta pandangan anda tentang persoalan yang ZZ utarakan seperti di bawah:
  1. Kenapa ‘shopping ikut nafsu’ selalu dikaitkan dengan wanita? 
  2. Mampukah ‘kurang pergi ke shopping mall/mengunjungi blogshop’ mengelakkan diri dari shopping? 
  3. Benarkah statement, biar papa asal bergaya itu wujud? 
  4. Cara nak mengelakkan diri daripada shopping ikut nafsu? 
  5. Cara menguruskan kewangan dengan lebih bijak? 
 
Pandangan anda akan ZZ kongsikan di Apa Kata Wanita yang akan bersiaran langsung jam 11 pagi esok di tv1..
 
 




4 comments:

  1. Pd wak beli selagi mampu.. Haha

    ReplyDelete
  2. rasanya zaman sekarang orang dah tak tergila2 bershopping untuk melaram meraikan hari lebaran.. kita dapat lihat semuanya dalam keserderhanaan.. mungkin ramai sudah sedar kalau nak bershopping bila2 pun boleh bershopping tak perlu berabis sempena menyambut aidilfitri ini.. :)

    ReplyDelete
  3. Nape la bila nak raya je mesti nak semua baru.....tapi bila puasa x de azam baru nak d ubah......sedangkan tu yg penting.....baju tu cuma perhiasan sementara sempene menyambut 1 syawal je.....jgn membazir sbb ia ada lah satu pembaziran yg d dorong oleh nafsu. ..je.duit yg bayk tu bykkan sedekah d bulan puasa lagi byk untung...k

    ReplyDelete
  4. Heya superb website! Does running a blog like this require a large amount
    of work? I've very little expertise in programming but I had been hoping to start my own blog soon. Anyways, if you have any recommendations or tips for new blog owners please share. I understand this is off topic but I simply had to ask. Kudos!

    my website - click here

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.

ANDA MUNGKIN SUKA NAK BACA.. TERSERAH PADA SELERA MASING-MASING..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...