Translate in your language

Sunday 5 May 2013

TERAPI TAMPAR UNTUK WAJAH AWET MUDA??


ZARRA ~ Ada sape2 nak cuba?? Hehe..Meh baca ni.

Anda risau dengan kedut2 pada wajah?
Di Amerika Syarikat, ada satu terapi unik untuk mencegah terjadinya penuaan, khususnya pada kulit wajah.

Sepasang suami isteri dari Thailand membuka salon kecantikan khusus untuk terapi menampar wajah agar awet muda.

Pernah dengar tentang terapi tampar wajah sebelum ini?

Ini adalah terapi sederhana yang disebut-sebut dapat menjadikan kulit wajah kembali tegang seperti ketika anda masih muda. Selain itu, dengan terapi menampar wajah ini, pori-pori kulit dapat mengecil, serta menghapuskan garis-garis kerutan pada wajah.

 


Pasangan suami isteri yang memperkenalkan kaedah terapi kecantikan terbaru ini adalah Mawan dan Tata Sombuntham.

Tata, isteri kepada Mawan, adalah pakar dalam melakukan terapi tampar tersebut. Dia mengatakan bahawa terapi menampar wajah miliknya ini adalah yang pertama dalam terapi anti-penuaan di dunia.

Tata mengenakan caj berjumlah 350 dollar AS (sekitar RM1,050) untuk terapi selama 15 minit di salonnya yang terletak di bandaraya San Francisco, AS.

Pasangan suami isteri ini menjamin bahawa hasilnya tidak perlu ditunggu lama. Setelah selesai prosedur terapi menampar muka, para pelanggan akan dapat melihat hasilnya serta-merta!!

Dengan adanya terapi menampar wajah ini, mereka yang mengalami masalah penuaan kulit, tidak perlu lagi menggunakan pelbagai ubat-ubatan, krim anti-penuaan, atau bahkan sehingga membuat pembedahan plastik. Sanggup ke???

Adakah anda tertarik untuk mencuba terapi menampar wajah ini? Jika ya, sila tonton video liputan salon kecantikan milik Tata Sombuntham dan suaminya, di bawah ini.

http://www.youtube.com/watch?v=Zs28eQphVzg&feature=share&list=FLWpsy0sopUbaYl2xDi5piuQ

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

ANDA MUNGKIN SUKA NAK BACA.. TERSERAH PADA SELERA MASING-MASING..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...