HARMONY MYSPA

Jom cantik bersama Zamzarina...

HARMONY PRODUCTS

Ketahui Rahsia Zamzarina

ZARRA

Produk kecantikan terbaru Zamzarina

APA KATA WANITA... ZAMZARINA

Talkshow magazina by Zamzarina

Translate in your language

Showing posts with label ZZ. Show all posts
Showing posts with label ZZ. Show all posts

Tuesday, 22 May 2012

18SX - BONGKAR WAKTU TERBAIK HUBUNGAN INTIM



Tidak dapat dinafikan hubungan intim suami isteri akan mempengaruhi keharmonian dalam rumahtangga. Kualiti hubungan intim juga akan memberikan kebahagiaan sesebuah bahtera yang dilayari.

Dalam Islam, hubungan intim suami isteri tidak hanya sekadar untuk melampiaskan nafsu semata, malah ia merupakan suatu ibadah kepada Allah SWT. Tambahan pula, Islam menganjurkan suami isteri melakukan hubungan intim pada waktu-waktu yang baik.
Justeru, amatlah penting agar pasangan dapat memilih waktu atau masa yang sesuai agar hubungan intim akan lebih berkualiti dan bermakna. Antara waktu-waktu yang disarankan adalah :    

Waktu Sunyi - Waktu ini sangat mempengaruhi dalam melayari saat intim. Elakkan dari melakukannya disaat suasana di rumah riuh rendah apatah dengan kehadiran ramai tetamu. Ini akan menyebabkan mood anda terganggu. Paling mustahak, jangan lupa matikan telefon bimbit anda atau letakkan dalam mode ‘silent’.

Waktu Lapang - Hubungan intim yang baik adalah hubungan yang penuh kasih sayang. Elakkan daripada melakukannya dalam keadaan tergesa-gesa. Isteri amat tidak menyukai hubungan yang dilakukan secara ekspres dan tanpa ‘pemanasan’. Rancanglah masa yang sesuai untuk bersama dengan pasangan anda.

Waktu Sihat – Sudah tentu sukar untuk mencapai tingkat kualiti yang baik apabila hubungan dilakukan dalam keadaan yang tidak sihat. Oleh yang demikian, pastikan kesihatan juga berada pada tahap yang baik untuk bersama.


Di dalam Islam juga ada menggalakkan waktu-waktu tertentu yang sesuai untuk hubungan intim.

Malam Isnin (Ahad malam)
 - apabila anak terlahir darinya maka ia menjadi penghafal al-Qur’an dan rela terhadap yang telah ditentukan Allah swt atasnya.
Malam Selasa (Isnin malam)
 - anak yang terlahir darinya akan dikurniakan kesyahidan, ia tidak akan menyimpang dari kebenaran. Manusia suci dan bersih, wangi, pengasih, penyayang, serta lidahnya akan tersuci dari ghibah, bohong dan menuduh.
Malam Khamis (Rabu malam)
 - anak yang terlahir darinya akan menjadi penguasa yang adil dari para penguasa dan atau akan menjadi salah seorang ulama dari para ulama.
Malam Jumaat (Khamis malam) - 
anak yang terlahir darinya akan menjadi seorang pemidato yang hebat.
Petang Jumaat (setelah Asar, sebelum Maghrib)
 - anak yang akan terlahir darinya akan menjadi seorang ilmuwan (ulama) yang terkenal.
Malam Jumaat (setelah waktu Isyak berlalu - akhir malam/dekat subuh)
 - anak yang akan terlahir darinya akan menjadi seorang wali (ibdal).
Bagi menjadikan hubungan intim anda lebih bermakna, cubalah 
coklat ‘Kasih Malam Jumaat’

untuk maklumat lanjut:



Baca Selanjutnya ...

Sunday, 16 October 2011

BAJET 2012 UNTUK WANITA

Hari ini APA KATA WANITA TV1 secara langsung membawa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ke studio bagi membincangkan dengan lebih lanjut peruntukan khas untuk Wanita pada Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri baru-baru ini.

Jangan ketingglan untuk ketahui apa yang boleh kita wanita rebut peluang bagi memajukan diri kita selaras membangunkan ekonomi keluarga dan negara serta faedah kesihatan yang baik pada tahun depan.

IKUTI APA KATA WANITA BERSAMA ZAMZARINA di TV1, AHAD 16 OKTBER, JAM 3 PETANG !
http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2011/08/sharizat.jpg

Antara yang telah diumumkan adalah seperti berikut :

  1. Dasar sekurang-kurangnya 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor korporat. Program latihan untuk membangunkan wanita berpotensi menjadi ahli lembaga pengarah dan menarik golongan profesional wanita kembali ke pasaran pekerjaan melalui program latihan bersesuaian dengan jumlah peruntukan RM10 juta. 
  2. Bagi memberi rangsangan kepada usahawan kecil, peruntukan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) ditambah sekali ganda kepada RM300 juta berbanding RM120 juta pada tahun 2011. Tabung keusahawanan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) pula menyediakan RM2.1 billion dalam bentuk pinjaman mikro kredit kepada usahawan terutama wanita. Cadangan surat cara pembiayaan diberi pengecualian duti setem bagi mengurangkan kos peminjam.
  3. Perkhidmatan suntikan percuma imunisasi HPV (Human Pappilloma Virus) bagi membolehkan lebih ramai wanita mendapatkan kemudahan imunisasi mencegah kanser servik. Jumlah peruntukan RM50 juta bagi kos 3 suntikan bagi seorang wanita yang bernilai RM150.
  4. Bagi  menjamin kesihatan ibu dan anak, hospital khusus untuk Wanita dan Kanak-kanak akan dibina di Kuala Lumpur dengan kos 700 juta ringgit. Perkhidmatan kesihatan terbaik, naik taraf hospital termasuk wad bersalin di Hospital Putrajaya.
  5. Bagi kakitangan kerajaan, pelarasan gaji dengan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) terutama guru-guru mendapat kenaikan gaji terbesar serta peluang untuk naik pangkat tidak perlu tunggu lama. Ikut time-based (8 tahun). Kelebihan ini kepada wanita kerana hampir 80 peratus guru adalah golongan wanita.
Baca Selanjutnya ...

Friday, 14 October 2011

KESIHATAN SEKSUAL PENTING !

KESIHATAN SEKSUAL adalah keupayaan lelaki dan wanita melakukan aktiviti seks dengan bertanggungjawab dan selamat.

http://seks2u.com/wp-content/uploads/kesihatan-seksual.jpg

Memang tidak dapat dinafikan, perhubungan seks yang tidak memuaskan akan mempengaruhi kualiti hidup pasangan. Masalah seks yang sering dialami oleh kaum lelaki adalah disfungsi erektil atau dikenali sebagai mati pucuk. Disfungsi erektil adalah ketidakupayaan untuk mengekalkan atau mengukuhkan ketegangan zakar sewaktu perhubungan seks.

Disfungsi erektil turut berkait dengan masalah lemah tenaga batin dan masalah pengeluaran air mani. Sesetengah lelaki berpendapat bahawa pengurangan fungsi erektil adalah biasa apabila umur meningkat.

Pada halnya, punca-punca lain seperti tahap kesihatan yang lemah, pengambilan ubat-ubatan tertentu, faktor psikologi dan gaya hidup yang tidak sihat turut mengganggu fungsi erektil. Masalah kesihatan yang berkaitan dengan aliran darah yang lemah seperti diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan kolesterol tinggi selalunya menjadi punca bagi masalah disfungsi erektil dan masalah lemah syahwat.
Namun begitu, masalah kesihatan bukan satu-satunya punca bagi masalah ketidakupayaan seks. Sering kali, pengambilan ubat-ubatan tertentu yang menjadi punca sebenarnya. Penumpuan pada minda dan tubuh amat diperlukan semasa aktiviti seksual. Gangguan emosi akibat daripada kemurungan, tekanan, konflik, perasaan bersalah dan rendah diri ataupun perasaan risau mengenai prestasi seksual boleh menyebabkan atau memburukkan lagi masalah disfungsi erektil.

Selain itu, gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, pengambilan alkohol yang berlebihan, pil “rekreasi” dan diet yang tinggi kandungan kolesterol turut mempengaruhi kualiti seks. Dengan jelas, masalah ketidakupayaan seks boleh berpunca dari segi fizikal atau psikologikal. Oleh itu, pengenalpastian tentang punca sebenar adalah penting bagi mendapatkan penyelesaian yang efektif.

Ramuan herba merupakan penyelesaian yang asas bagi masalah ketidakupayaan seks. Sejak dahulu lagi, herba telah diguna untuk meningkatkan prestasi seksual dan tenaga batin serta mengurangkan kelesuan selepas perhubungan seks.

Kini, keberkesanan bagi sesetengah formulasi herba dalam peningkatan kesihatan seks telah mendapat pengenalpastian daripada kajian saintifik.
Baca Selanjutnya ...

Wednesday, 12 October 2011

PAP SMEAR, apa tu?

Pap Smear: Ambil tahu wahai Wanita !



Pap smear merupakan pemeriksaan penting yang diketahui ramai, bukan terhad kepada wanita sahaja malahan lelaki. Ayah dan teman lelaki kamu pun mungkin pernah dengar mengenainya. Ia satu ujian yang digunakan untuk mengesan sebarng keabnormalan dalam serviks wanita. Mak dan kakak kamu mungkin pernah melakukan Pap smear sekurang-kurangnya sekali.

Pap smear sebenarnya kependekan untuk Papanicolau smear. Ia merupakan ujian saringan yang digunakan untuk memeriksa sebarang perubahan dalam serviks wanita. Kamu masih ingatkan, yang serviks tu struktur berbonjol daripada uterus yang menampung bayi semasa dalam kandungan. Inilah bahagian uterus yang membuka kepada vagina. Serviks melalui perubahan semasa kitaran haid wanita dan semasa mengandung.

Pap smear dijalankan oleh doktor pakar ataupun pakar sakit puan. Sampel lelehan serviks atau mukus daripada serviks diambil dengan memasukkan putik kapas dan memusingkannya pada permukaan serviks. Sampel kemudiannya disapukan pada slaid dan dilihat di bawah peralatan sains yang dipanggil mikroskop. Mikroskop membolehkan pemeriksa untuk melihat komponen-komponen lelehan. Pap smear digunakan untuk mengesan kanser serviks atau sebarang jangkitan yang terdapat semasa pemeriksaan.

Berapa kerapkah harus saya jalani Pap smear?
Pap smear merupakan ujian saringan yang digunakan untuk memeriksa penyakit di serviks wanita yang tidak mempunyai sejarah penyakit serviks seperti kanser serviks.

Terdapat beberapa panduan yang digunakan oleh doktor apabila menjalani Pap smear. Pap smear pertama biasanya dilakukan tiga tahun selepas persetubuhan pertama kali dilakukan. Sesetengah panduan mengesyorkan menjalani Pap smear setiap 2 hingga 3 tahun sementara ada yang mengesyorkan pemeriksaan Pap smear untuk wanita yang aktif melakukan hubungan seks, setiap tahun sehinggalah mencecah umur 30.

Apakah Pap smear yang tidak normal?
Apabila menjalani Pap smear, pemeriksa biasanya akan memeriksa sel-sel luar biasa. Sel-sel luar biasa akan kelihatan lain daripada sel biasa. Ia mungkin mempunyai warna berlainan apabila dicampurkan dengan pewarna tertentu dan mungkin mempunyai saiz dan bentuk yang pelik. Kehadiran sel luar biasa mungkin menunjukkan berlakunya kanser serviks atau terdapatnya jangkitan. Sebelum kamu jadi lebih risau, lebih baik kamu tahu yang tak semua keputusan abnormal Pap smear bermaksud terdapatnya kanser serviks.

Keputusan Abnormal Pap Smear
Hasil ujian Pap smear mungkin mengandungi banyak istilah perubatan yang menakutkan kamu.

Berikut merupakan beberapa istilah yang biasa dan maksudnya:

Sel Skuamus Atipikal. Ini bermakna yang sel abnormal mungkin kelihatan semasa Pap smear yang mungkin disebabkan oleh jangkitan. Sel-sel ini juga mungkin berkembang menjadi kanser.
Displasia. Ini bermakna yang sel abnormal mungkin kelihatan semasa Pap smear. Displasia bukannya kanser. Walau bagaimanapun, dysplasia mungkin, tapi tak semestinya berkembang menjadi kanser serviks

Jenis-jenis Displasia
SIL. Squamous Intraepithelial Lesion. Ini bermakna yang sel leper nipis di permukaan luar serviks kamu dikesan tidak normal. Seperti dysplasia, SIL terutamanya yang berbentuk parah mungkin berkembang menjadi kanser serviks peringkat awal.

CIN. Cervical Intraepithelial Neoplasia. Ini bermakna terdapat pertumbuhan tidak normal pada serviks. Perubahan tidak normal ini hanya berlaku pada permukaan paling luar serviks.
Carcinoma in situ (CIS).Ini bukannya kanser serviks. Ini merupakan salah satu bentuk SIL yang memberitahu kamu yang sel yang berkemungkinan berkembang menjadi kanser adalah terhad pada permukaan serviks dan belum masuk ke lapisan yang dalam.

Ambil Perhatian: Pap Smear Tidak Normal!!!

Apabila Pap smear menunjukkan keputusan tidak normal, doktor kamu mungkin melakukan perkara-perkara berikut:

  • Mengulangi pemeriksaan Pap smear
  • Memberi ubat seperti Krim Estrogen. Keabnormalan dalam serviks mungkin biasa semasa menopaus apabila hormon seks seperti estrogen mengurang. Sekiranya estrogen rendah yang menyebabkan keabnormalan dalam serviks, hasil pemeriksaan sepatutnya semakin positif selepas menggunakan krim estrogen.
  • Melakukan kolposkopi. Apabila melakukan kolposkopi, doktor kamu akan menggunakan peralatan yang dipanggil kolposkop untuk memeriksa serviks. Semasa prosedur ini, doktor akan menyapu larutan cuka lembut pada permukaan serviks. Kawasan yang bertukar menjadi putih selepas penyapuan larutan tersebut akan dianggap sebagai tidak normal.
  • Melakukan biopsi dengan mengambil sebahagian kecil permukaan serviks dan menghantarnya ke makmal untuk ujian. Melalui biopsy, doktor kamu boleh menentukan sama ada terdapat keabnormalan yang dijumpa semasa Pap smear atau kolposkopi adalah disebabkan kanser ataupun tidak.

Kanser Serviks
Kanser serviks menunjukkan pertumbuhan keabnormalan dalam serviks. Serviks merupakan bahagian bawah uterus. Ia merupakan struktur berbentuk bonjol dengan permukaan yang kaya dengan sel. Sel ini mungkin menjadi kanser apabila terdedah kepada organisma tertentu seperti Human Papilloma Virus (HPV), menghisap rokok dan jangkitan kelamin.

Meningkatkan Risiko Kanser Serviks

Berikut merupakan antara faktor yang dikatakan boleh meningkatkan peluang wanita mendapat kanser serviks:

  • Jangkitan Human Papilloma Virus. Jangkitan HPV merupakan penyebab paling umum kanser serviks. Virus yang menyebabkan kanser serviks tergolong dalam keluarga virus yang sama yang menyebabkan ketuat genital. Seks tanpa perlindungan mungkin meningkatkan peluang menyebabkan jangkitan HPV kerana seseorang itu mungkin mendapat jangkitan akibat sentuhan dengan kulit yang dijangkiti. Kebanyakan wanita boleh dijangkiti oleh virus tapi tak semua akan berkembang menjadi kanser serviks. Ujian Pap smear boleh menunjukkan terdapatnya jangkitan HPV.
  • Melakukan seks ketika masih muda.
  • Bertukar-tukar pasangan atau mempunyai pasangan yang kerap bertukar-tukar pasangan.
  • Genetik. Sekiranya ahli keluarga atau ada saudara kamu yang mempunyai kanser serviks, kamu mungkin mempunyai risiko mendapat kanser tersebut.
  • Merokok. Ada juga kehamilan dan kelahiran bayi yang boleh meningkatkan peluang mendapat kanser serviks. Kurang jelas kenapa ia berlaku.
  • Kehamilan. Ada juga kehamilan dan kelahiran bayi yang boleh meningkatkan peluang mendapat kanser serviks. Kurang jelas kenapa ia berlaku.
  • Penyakit Jangkitan Kelamin(STI). Terdapat perkaitan rapat antara beberapa jenis STI dan perkembangan kanser serviks.
  • Sistem Imun Lemah. Stres dan diet yang keterlaluan mungkin melemahkan sistem imun kamu. Sesetengah wanita, walau dijangkiti HPV, mungkin tidak mendapat kanser serviks kerana pertahanan tubuh mereka, sistem imun lah tu, kuat untuk melawan jangkitan. Apabila sistem imun semakin lemah, seorang wanita mempunyai kemungkinan mendapat kanser serviks.
  • Diet. Diet yang kurang dengan sayur dan buah mungkin menyebabkan kamu tak cukup zat. Jadi lemahlah sistem imun kamu!

Mencegah Kanser Serviks (Barah Pangkal Rahim)

  • Sentiasa berjaga-jaga dan melindungi diri anda sepenuhnya, pasti merupakan salah satu cara terbaik. Berikut merupakan cadangan yang boleh kamu buat untuk mengelakkan kanser yang menakutkan tu.
  • Pakai perlindungan ketika melakukan seks.
  • Elakkan melakukan seks ketika masih muda.
  • Berhenti merokok.
  • Makan banyak buah-buahan dan sayur. Kekal cergas!
  • Jalani pemeriksaan Pap smear.
  • Dapatkan suntikan vaksin. Vaksin yang digunakan untuk mencegah kanser servik ada di pasaran. Ia mungkin sedikit mahal, tetapi budak perempuan seawal umur 9 tahun sudah boleh mendapatkan vaksin tersebut. Tanyalah pada doktor kamu mengenainya.
Baca Selanjutnya ...

ANDA MUNGKIN SUKA NAK BACA.. TERSERAH PADA SELERA MASING-MASING..