HARMONY MYSPA

Jom cantik bersama Zamzarina...

HARMONY PRODUCTS

Ketahui Rahsia Zamzarina

ZARRA

Produk kecantikan terbaru Zamzarina

APA KATA WANITA... ZAMZARINA

Talkshow magazina by Zamzarina

Translate in your language

Saturday, 31 August 2013

GERAM DENGAN JERAWAT KAT MUKA???



Dah bosan mencuba macam-macam produk utk hilangkan jerawat??
Kali ini biar ZARRA yang bantu. Produk ZARRA lulus Kem Kesihatan Msia, Halal & menggunakan bahan berkualiti tinggi setanding produk Antarabangsa.

Jom tengok video ni.
Baca Selanjutnya ...

ATASI MASALAH JERAWAT DENGAN ZARRA

Baca Selanjutnya ...

Saturday, 24 August 2013

Kurangkan Berat Badan ; Bersenam Atau Diet



Bersenam secara rutin dan menjaga pola makan sihat adalah syarat yang harus dipenuhi jika anda ingin menurunkan berat badan. Masalahnya, jika seseorang memilih salah satu faktor ia akan menjadi kurang perhatian pada faktor-faktor lain.

Bila seseorang menaruh perhatian lebih pada pengambilan makannya, biasanya ia akan melupakan senaman. Demikian juga sebaliknya. Jadi, sebenarnya mana yang paling mempengaruhi berat badan, senaman atau menjaga pola makan?

Ternyata, orang yang merasa bahawa diet adalah faktor penting untuk mengawal berat badan cenderung mempunyai BMI lebih rendah berbanding yang lebih percaya pada senaman.

Hal tersebut disimpulkan dari enam kajian yang diterbitkan dalam jurnal Psychological Science.

Pada penyelidikan tersebut, penyelidik menanyakan lebih daripada 1,200 responden di Amerika, Kanada, China, Perancis, dan Korea Selatan tentang faktor utama yang membuat mereka kegemukan.

Penyelidik juga mencatat data tinggi dan berat badan untuk mengetahui nilai BMI sebagai penunjuk kegemukan. Hasilnya, orang yang mengatakan senaman mencegah obesiti mempunyai indeks massa tubuh yang lebih tinggi.

"Keyakinan akan mempengaruhi tindakan kita," kata penyelidik Brent McFerran PhD.

Jika berfikir senaman adalah kuncinya, seseorang cenderung banyak bergerak dan tidak memperhatikan pengambilan makan.

Walaupun senaman memang boleh membantu usaha pelangsingan, orang sering berlebihan dalam mengira kalori yang telah dibakar semasa bersenam. Akibatnya, mereka makan dengan lebih banyak untuk menggantikan kalori yang telah hilang akibat di bakar semasa aktiviti fizikal tadi.

Orang yang percaya bahawa diet yang sihat adalah cara terbaik menjaga berat badan, mereka menjadi kurang semangat bersenam, tetapi sangat berhati-hati menjaga pengambilan. Tetapi, hal ini menguntungkan, terutama kerana orang juga sering salah mengira jumlah kalori yang mereka makan.

Masalahnya, kebanyakan orang berfikir mereka cukup bersenam untuk membakar sekian kalori. Padahal, banyak bukti menunjukkan bahawa mengatur pola makan adalah cara paling berkesan untuk menurunkan berat badan.

Contohnya jika kita makan tengah hari dengan total 3,000 kalori, hanya sedikit orang yang masih punya masa untuk membakar kalori tersebut di sisa harinya.

McFerran menyarankan untuk menyingkirkan makanan tinggi kalori dalam senarai santapan. Selanjutnya, lebih baik menggunakan pinggan dan mangkok kecil supaya kita selalu makan dengan porsi yang pas.

Keri Glassman RD, ahli penurunan berat badan Womens Health, berkata, senaman sangat penting dalam menjaga badan tetap sihat meski memang sukar menurunkan berat badan hanya dengan senaman.

Tetapi, itu jangan tinggalkan bersenam, kerana bersenam banyak memberi manfaatnya. Senaman merangsang pengeluaran endorfin yang meningkatkan metabolisme. Senaman juga menyihatkan jantung, menguatkan tulang, membantu tidur yang lebih baik, menurunkan stres, dan baik untuk kesihatan jiwa.
Baca Selanjutnya ...

Sunday, 7 July 2013

5 Sikap Wanita Yang Buat Lelaki Bosan



Apabila berbicara tentang perihal hubungan antara lelaki dan wanita, ada ketikanya wanita terlepas pandang hingga menggugatkan sedikit sebanyak rasa cinta sang lelaki. Semuanya gara-gara sikap wanita itu sendiri yang sudah sebati di dalam diri. Mungkin bagi wanita, ianya remeh. Tetapi bagi si lelaki pula sebaliknya. Tidak hairanlah perkara sebegini boleh mengganggu-gugat keharmonian suatu perhubungan.


Mungkin ramai tertanya-tanya, apakah sikap yang menimbulkan kemarahan sang lelaki di luar sana?
  1. Ambil masa lama untuk bersolek dan berdandan.
Rata-rata lelaki mudah bosan apabila menunggu wanita bersiap atau berdandan hanya untuk keluar membeli belah di pasaraya yang jaraknya dekat. Ya, memang ada wanita yang bersikap sebegitu kerana bagi mereka kecantikan macam inilah yang perlu diambil berat dan boleh membuatkan lelaki bosan dan pening kepala. Biarpun nampak kecil di mata wanita, tetapi jika dalam seminggu 2-3 kali lelaki ajak keluar dan anda masih mengambil masa 2-3 jam untuk bersiap dan membuatkan si dia menunggu, alamatnya tidak hairanlah lepas ni tiada pelawaan untuk keluar bersama lagi.
  1. Lelaki sensitif bila dilabel mata keranjang
Mungkin apabila keluar membeli belah, ramai wanita lebih tertumpu mata kepada tag harga atau tanda jualan murah manakala si lelaki pula lebih suka mengambil masa sendiri untuk melakukan aktiviti digemari. Tetapi ada segelintir wanita menganggap sang lelaki meliarkan pandangan ke arah wanita lain walhal ia tidak berlaku. Bagi pendapat saya, normal lah apabila melihat sesuatu yang cantik, mata kita tidak terlepas pandang. Sama juga apabila wanita melihat jejaka kacak. Tetapi itu tidak bermakna mereka menaruh hati untuk tambah cawangan baru. Hakikatnya lelaki tidak suka dilemparkan tuduhan melulu apabila berbaur cemburu. Cemburu itu tanda sayang, tapi kalau dah melampau , sayang itu boleh melayang. Simpan saja prasangka sebelum ada bukti nyata.
  1. Mengeluh tiada baju sesuai
Sedar atau tidak, anda sebenarnya telah membuatkan si lelaki marah apabila asyikkkk mengeluh tiada bajulah, tidak cukup baju lah walhal baju sampai 2-3 almari. Walaupun baju 3 almari, kasut sampai 3 rak, masih lagi berani mengaku tidak ada baju yang sesuai untuk dipakai. Sudahlah lambat berdandan, lambat pula pilih pakaian kemudian ada hati kata tak ada baju. Jangan sampai si dia hilang sabar pula ya?
  1. Salah pilih topik bercerita
Setiap manusia berbeza baik dari segi pemikiran, perbuatan, minat sikap dan macam-macam lagi lah. Tak salah bercerita dan berceloteh pada pasangan kita tetapi biarlah berpada-pada. Apa orang kata tu, membebel. Lelaki ni mudah bosan apabila diajak berbual tentang satu topik yang berat dalam tempoh masa yang panjang. Apa salahnya sekali sekala berborak mengenai sesuatu yang romantis ke, lawak jenaka ke, rasa best sikit kan? Kerana kalau terlalu kerap ‘membebel’ mengenai topik sama, ia boleh mencetuskan pergaduhan, jadi kawal lah perasaan anda.
  1. Komen tentang penampilan dan berat badan
Pasti kadangkala anda pernah mengkritik berat badan dan penampilan suami. Memang tak salah menegur tapi pastikan perkataan yang digunakan itu sesuai dan jangan sampai menyinggung perasaan. Anda pun kalau dipanggil ‘gemuk’ oleh pasangan anda, anda pun rasa tak best kan? Berdiet dan bersenam memang aktiviti yang tidak digemari oleh sesetengah lelaki mahupun wanita. Jalan yang paling baik adalah memberi nasihat dengan cara selamba atau beserta lawak jenaka supaya keadaan menjadi lebih santai dan dalam masa yang sama wanita juga boleh belajar memasak menu yang sihat untuk si lelaki.



Baca Selanjutnya ...

Tuesday, 18 June 2013

Kanak-Kanak Ini Terkenal Kerana Rambut



Kanak-kanak perempuan ini akan membuatkan orang terpegun. Bukan kerana kecantikan atau bakatnya, tapi rambutnya. Meskipun usianya masih kecil, tapi panjang rambutnya sudah mengalahkan tinggi tubuhnya. Kerana kelebihan itulah yang menjadikan Bohdana Stotska jadi terkenal. Dia adalah kanak-kanak dengan rambut sepanjang 91.4 cm. Menariknya, kanak-kanak lapan tahun ini berinisiatif sendiri memanjangkan rambutnya kerana terinspirasi dari sebuah dongeng.

”Aku mula memelihara rambut sejak usia empat tahun,” katanya. Kerana panjangnya rambut, Stostka mesti meluangkan waktu lebih dari dua jam untuk mengurusnya. Bahkan ibunya, Olga Stostka, turut meluangkan masa selama 90 minit untuk menyikat rambut anaknya. Cuma yang paling menyusahkan adalah ketika mencucinya. Tiap 10 hari sekali, Olga mesti membantu Stotska mencuci rambut dan memberikan perapi agar rambutnya tetap kuat.

Dia mengakui tak pernah memberikan cairan kimia agar rambut anaknya tumbuh semulajadi dan indah. Mereka yang berasal dari Ukraine ini menjadi terkenal di London. Stotska popular di sekolahnya kerana kelebihan rambutnya itu. ”Mungkin tinggi anak saya tumbuh satu sentimeter tiap bulan, tapi rambutnya tumbuh lebih cepat,” katanya. -AP

Baca Selanjutnya ...

Sunday, 9 June 2013

BREAST MILK FLAVORED LOLLIPOPS ??? For Babies & (Daddys too..??)

We've heard of almost every use for breast milk by now — acne fighter, pink-eye solution, ice cream, and even breast milk soap. The one common denominator here is that mama's milk is nothing if not versatile. If you ask the majority of moms who've tasted their own milk, it's a sweet liquid that kids love, but many adults find just too sugary.
That's probably why the folks at San Francisco and Austin-based Lollyphile (best known for making absinthe and chocolate bacon-flavored lollipops) thought breast milk would make a great lolly flavor. They recently introduced Breast Milk Lollipops ($10 for four), which were inspired by some screaming tots. The founders said, "Since some of us are confectioners, we felt it was our responsibility to find out just what this flavor was that could turn a screaming, furious infant into a placid, contented one. Surely the flavor must be heavenly, yes? We are endlessly grateful to all the mothers who kept sharing their breast milk with our flavor specialists until we were able to candify it."

So what do you think? Will breast milk become the new hot flavor trend?
Baca Selanjutnya ...

Sunday, 19 May 2013

Beberapa Imunisasi Wajib Untuk Anak Anda




Selain memberi perhatian kepada pemakanan dan penjagaan kesihatan, imunisasi adalah satu cara utama untuk mencegah penyakit. Imunisasi adalah suatu program bagi memenuhi Konvensyen Hak Anak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, justeru kerajaan dan ibu bapa harus melakukan yang terbaik demi kesihatan anak-anak, termasuklah dengan memberikan suntikan pelalian atau imunisasi.
Berikut 14 jenis imunisasi yang mesti diberikan.

BCG Mengandungi cecair M. Bovis hidup yang sudah dilemahkan. Imunisasi ini tidak menghalang jangkitan Tuberkulosis (TB) tetapi mengurangkan risiko terjadinya TB berat seperti TB meningitis dan TB miliari.
 
Hepatitis B Vaksin kombinasi HepB dan DTP yang berdasarkan hasil penelitian Biofarma, dapat memberikan respons antibodi yang lebih baik berbanding jika diberikan secara berasingan.
 
Polio Polio boleh mengakibatkan penghidapnya lumpuh dan sukar bernafas.  Ada dua jenis vaksin polio iaitu vaksin polio tak aktif (IPV), yang mengandungi virus polio yang dimatikan dan ia diberikan dalam bentuk suntikan.  Jenis kedua ialah vaksin polio oral (OPV) yang mengandungi virus hidup yang dilemahkan. 

DPT Ada vaksin DTaP (Difteria, Tetanus, aselular Pertusis) atau yang dikenali sebagai vaksin DTP yang tidak mencetuskan demam. Walaupun reaksi selepas imunisasi DTaP baik setempat mahu pun sistemik adalah lebih rendah berbanding selepas DTP biasa, vaksin itu masih boleh menimbulkan reaksi demam dan bengkak seperti vaksin jenis lain.
 
Campak Jika demam campak menjangkiti kanak-kanak terutamanya yang berusia di bawah lima tahun, ia boleh mengakibatkan kematian. 

HIB Ada vaksin kombinasi DTP dan HIB dengan daya keimunogenan yang kekal tinggi tanpa mempengaruhi kesan imun sesama sendiri. 

PCV Bayi berisiko tinggi mengalami pengkolonian pneumokokus, iaitu bayi yang mengalami jangkitan saluran nafas atas, sering menghidu asap rokok, bayi yang tidak menyusu badan dan bayi yang tinggal di negara empat musim (pada musim sejuk).
 
ROTAVIRUS Di Indonesia, 28% kematian bayi adalah disebabkan oleh cirit-birit.  Untuk masalah itu, ada vaksin monovalen (Rotarix) dan pentavalen (Rotareq). 

INFLUENZA IDAI mengesyorkan agar imunisasi influenza diberikan kepada: 
-     Kanak-kanak sihat yang berusia 6 bulan hingga 2 tahun. 
-     Kanak-kanak yang menghidap penyakit jantung kronik, asma, diabetes, penyakit buah pinggang kronik dan HIV. 
-    Kanak-kanak yang tinggal di tempat seperti asrama, rumah anak yatim atau sekolah pondok. 
-    Orang yang boleh menularkan virus flu kepada orang yang berisiko tinggi seperti pengasuh anak dan petugas kesihatan. 

VARISELA Tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak yang sedang demam teruk, kekurangan limfosit atau sel darah putih, yang alah kepada neomisin dan kekurangan sel imun. 

MMR Imunisasi MMR tetap diberikan walaupun kanak-kanak pernah menghidap demam campak, beguk atau rubela. Tidak ada kesan imunisasi yang berlaku terhadap kanak-kanak yang pernah mendapat perlindungan daripada satu atau lebih daripada ketiga-tiga penyakit tersebut. Imunisasi ini juga tiada kaitan dengan autisme. 

TIFOID Tifoid adalah penyakit akut yang disebabkan oleh bakteria salmonella typhi. Bakteria ini sering dijumpai di dalam air dan persekitaran tempat tinggal yang tidak dijaga kebersihannya.
 
HEP A Hepatitis A adalah penyakit radang hati yang sering menyerang kanak-kanak.
 
HPV Jadual pemberian imunisasi HPV bergantung kepada jenis vaksin yang akan digunakan. Imunisasi ini boleh diberikan kepada pesakit sejak usianya 10 tahun. Jika vaksin HPV bivalen digunakan maka sejumlah tiga dos akan diberikan kepada pesakit. Dos kedua diberikan sebulan selepas dos pertama, sementara dos ketiga diberikan lima bulan kemudian. Vaksin HPV tetravalen juga diberikan sebanyak tiga dos.  Dos kedua diberikan dua bulan selepas dos pertama dan dos ketiga pula diberikan empat bulan kemudian.

Sebelum vaksin diberikan, doktor haruslah terlebih dahulu memberikan penjelasan tentang bahaya penyakit, manfaat imunisasi serta kesan yang mungkin timbul setelah suntikan vaksin diberikan. 

Perlu diingat, ibu bapa harus memaklumkan kepada doktor mengenai hal yang berkaitan kontraindikasi (penggunaan ubat tertentu yang memudaratkan pesakit) yang mungkin pernah berlaku sebelum imunisasi diberikan termasuklah sejarah penyakit anak, alahan terhadap neomisin, sejarah imunisasi sebelumnya dan rawatan yang sedang dilakukan. Perkara ini berguna bagi menjangka reaksi tubuh kanak-kanak selepas diberikan imunisasi. 



Sumber: www.MeetDoctor.com
Baca Selanjutnya ...

Saturday, 18 May 2013

Misteri Satu Keluarga Kena Badi Kera


Begitu mudah mengenali lima bersaudara asal Turki ini. Mereka selalu berjalan merangkak. Tidak dengan lutut, melainkan dua telapak kaki dan dua telapak tangan. seperti manusia purba.
Mereka menjadi perhatian dunia setelah jaringan televesyen BBC menayangkan film dokumentari bertajuk ‘The Family That Walks On All Fours’, lima tahun dahulu. Film ini juga memperlihatkan cara mereka bertahan di dalam kelompok masyarakat modern.
Mereka menghabiskan sebagian besar hidup dengan duduk di lantai luar rumah mereka, yang terletak di sebuah kampung terpencil. Namun, satu saudara mereka telah melakukan perjalanan keluar kampung dan terlibat interaksi dengan manusia modern.
ketika film dokumentari itu di tayang, lima saudara kandung itu berusia 18 sampai 34 tahun. Mereka yang merupakan keturunan Kurdi, suku pedalaman di Turki, terlihat begitu leluasa bergerak dengan dua telapak tangan dan telapak kakinya. Sementara wajahnya mendongak menghadap ke depan.
Mereka tak dapat berdiri tegak dengan dua kaki. walaupun dipaksa, mereka akan berdiri dengan posisi lutut menekuk dan kepala mendongak. Dua wanita dan satu lelaki dari lima bersaudara itu sama sekali tak dapat berjalan dengan dua kaki. Sementara dua lainnya masih boleh berjalan dengan dua kaki walaupun terhuyung.
walaupun kelihatan pelik, keberadaan keluarga ini memberi kontribusi terhadap penelitian mengenai evolusi manusia dari berjalan merangkak hingga berjalan dengan tegak. Para ilmuan percaya bahwa keadaan mereka dapat memberikan penjelasan berbeza dan lebih detail dari teori-teori sebelumnya, berkaitan dengan evolusi manusia.
Hasil penelitian menunjukkan, adanya kelainan genetik yang membuat mereka berjalan merangkak. Hal ini dapat memberikan informasi berharga mengenai bagaimana manusia berevolusi dan manusia purba dengan empat kaki berkembang menjadi manusia dengan dua kaki.
“Hal ini sungguh menakjubkan sebagai contoh kelainan yang menunjukkan perkembangan manusia. Tapi, tujuan mereka hidup adalah bagaimana dapat bertahan hidup di dunia modern,” ujar Profesor Nicholas Humphrey, psikologi evolusi di London School of Economics, seperti dilaporkan Daily Mail.
Profesor yang telah mengunjungi keluarga ini dua kali mengatakan bahwa lima bersaudara itu memiliki masalah mental. Orangtua mereka diyakini memberikan kombinasi gen unik yang mengakibatkan keterbatasan itu.
Beberapa peneliti berpendapat, kesalahan genetik telah memicu perkembangan mereka bak manusia purba atau ‘keterbelakangan evolusi’. Sedangkan peneliti lainnya percaya hal tersebut akibat kerosakan otak yang memungkinkan proses berjalan tidak menjadi.
Mereka lebih memilih berjalan dengan telapak tangan mereka dibandingkan berjalan dengan menggunakan ruas-ruas tubuh mereka seperti gorila atau cimpanze. Para peneliti percaya, ini mungkin cara manusia purba berjalan melindungi jari-jari mereka dengan gerakan yang lebih halus.
Profesor Nicholas Humphrey mengatakan bahwa yang dilakukan keluarga ini adalah kembali ke perilaku naluriah yang direkodkan jauh di dalam otak, dan tidak dihiraukan selama evolusi.
“Saya tidak berfikir mereka ditakdirkan untuk menjadi haiwan berkaki empat, tetapi mereka memiliki gen yang unik yang menjadikan mereka seperti ini,” ujarnya.
Baca Selanjutnya ...

Tuesday, 14 May 2013

Asal Penggunaan Simbol @



Kamu pasti sudah tidak asing lagi dengan kata “email”. Yup, email merupakan surat elektronik yang banyak digunakan orang ketika ini. Bahkan tak jarang seseorang memiliki lebih dari satu alamat email. Oh iya, kamu pasti juga sudah ada alamat email kan? Cuba kamu perhatikan, pasti disetiap alamat email ada simbol kecil berbentuk “@”. Nah, tahukah kamu simbol apa itu? Dan mengapa disetiap alamat email ada simbol itu.

kamu sudah tahu atau belum apa itu email? Jika belum, maka cuba kamu baca dulu tentang apa itu email . Sama seperti surat-menyurat yang memerlukan alamat pengirim dan penerima,  email pun diperlukan alamat pengirim dan penerima. Namun ada satu tanda yang sangat khas dalam penulisan alamat e-mail ini iaitu simbol @ atau dibaca at yang berarti “di” (awalan untuk menunjukkan tempat) atau “pada”.
Dahulu kala, sebelum digunakan sebagai simbol pada alamat email, @ digunakan untuk menggambarkan bayaran atau berat suatu benda, seperti contohnya jika membeli 6 buah pencil, maka akan ditulis “6 apel @ rm1000”.

setelah itu muncul lah idea untuk menggunakan simbol @ pada email. Idea ini dicetuskan oleh seorang  yang bernama Ray Tomlinson. Waktu itu ia memilih menggunakan lambang @ kerana menurutnya lambang itu sangat membantu, sebab mirip huruf “a” untuk address/alamat lembaga pemilik email yang dituju. Dari sinilah lambang @ terus dipakai hingga sekarang.

Simbol “@” ini memiliki kegunaan yang penting , di Internet.  Simbol @ atau “at sign” berguna untuk memisahkan nama user/pengguna yang online dari alamat emailnya, sebagi contoh jojo@xmail.com. Tanpa menggunakan hurup @ ini, alamat email yang kamu tuju takkan dapat sampai pada penerimanya. kerana begitu pentingnya simbol @ ini, maka pihak pembuat keyboard meletakkan simbol ini khas pada susunan keyboard. 


Cuba  kamu perhatikan di keyboardmu, pasti ada simbol @ ini kan?


Baca Selanjutnya ...

Sunday, 12 May 2013

"Kecantikan" Isteri Vs Isteri Yang Cantik



“Mengapa dia tidak faham rintihan hati aku?” keluh seorang sahabat rapat kepada saya.

“Bukan aku tidak cinta, tetapi tolonglah berhias diri,”tambahnya lagi.

“Mengapa? Teruji sangatkah?”

“Apa tidaknya… di pejabat aku berdepan dengan berbagai-bagai wanita. Semuanya berhias dan berwangi-wangian.”

“Kau menjaga pandangan?”

“Bukan sahaja pandangan tetapi penciuman. Dunia akhir zaman, kau bukan tidak tahu.”

“Ya, Iman kita sering teruji,” balas saya, seakan-akan menumpang keluhannya.

“Yang aku hairan tu, isteri aku ni bukan tidak cantik, cantik. Tapi entahlah, sekarang ni semakin hilang moodnya untuk menjaga diri.”

“Kita dah semakin berusia. Apa lagi yang kita cari dalam hidup ini,” pujuk saya untuk meredakannya.

“Tetapi itu bukan alasan untuk dia tidak menjaga diri. Kita sebagai suami sering diuji, setidak-tidaknya berilah sedikit bantuan untuk kita hadapi ujian itu.”

Saya senyum. ‘Bantuan’ yang dimaksudkannya membawa pelbagai tafsiran.

“Kau yang mesti mulakan dulu, insya-Allah isteri akan mengikut nanti,” cadang saya.

“Ya, aku dah mulakan. Mudah-mudahan dia dapat ‘signal’ tu…”

“Amin.”

Saya termenung memikirkan ’masalah kecil’ yang kekadang boleh mencetuskan masalah besar itu. Sepanjang pergaulan saya telah ramai suami yang saya temui mengeluh tentang sikap isteri yang malas berhias.

“Apa guna, kita dah tua.”

“Alah, awak ni tumpu ibadat lah.”

“Dah tua buat cara tua.”

Itulah antara alasan yang kerap kita dengar daripada para isteri.

Ramai suami yang baik, tidak memilih jalan singkat dan jahat untuk menyelesaikan masalah seperti menyimpan perempuan simpanan, pelacuran dan sebagainya. Ada juga yang ingin mencari jalan baik ( seperti poligami) tetapi tidak berapa berani berdepan dengan isteri. Ada juga yang terus memendam rasa seperti sahabat rapat saya itu.

“Tak berani poligami?” Dia menggeleng kepala.

“Tak ada calon ke?” saya mengusik lagi.

“Ramai…”

Memang saya lihat pada usia awal 40-an dia tambah segak dan bergaya.

“Habis kenapa?”

Dia diam. Saya renung wajah sahabat saya yang begitu akrab sejak dahulu. Dia memang lelaki baik, berakhlak dan begitu rapi menjaga ibadah-ibadah khusus dan sunat.

“Aku sayang isteri aku. Sangat sayang. Aku tidak mahu hatinya terguris atau tercalar. Aku kenal dia. Walaupun mungkin dia tidak memberontak, tetapi kalau aku berpoligami dia pasti terluka.”

“Kau sudah berterus terang dengannya?”

“Tentang apa, tentang poligami?”

“Bukanlah. Tapi tentang sikapnya yang malas berhias dan bersolek tu?”

“Aku takut melukakannya.”

“Tak mengapalah kalau begitu, biar kau terluka, jangan dia terluka,” saya berkata dengan nada sinis.

Dia faham maksud saya.
“Aku sedang mencari jalan berterus-terang,” dia mengaku juga akhirnya.

“Tak payah susah-susah. Katakan padanya dia cantik, tetapi kalau berhias lebih cantik…”

“Lagi?”

“Katakan kepadanya, berhias itu ibadah bagi seorang isteri. Jadi, bila kita yakin berhias itu ibadah, tak kiralah dia telah tua ke atau masih muda, cantik atau buruk, dia kena berhias. Dapat pahala, walaupun tak jadi cantik, atau tak jadi muda semua,” saya senyum.

Kemudian ketawa. Pada masa yang sama saya teringat apa yang dipaparkan oleh media massa bagaimana ‘ayam-ayam’ tua (pelacur-pelacur tua) yang terus cuba menghias diri untuk menarik pelanggan-pelanggan mereka. Mereka ini berhias untuk membuat dosa. Lalu apa salahnya isteri-isteri yang sudah berusia terus berhias bagi menarik hati suami mereka, berhias untuk mendapat pahala? Salahkah?

Mencari kecantikan isteri, bukan isteri yang cantik

“Kita para suami pun banyak juga salahnya,” kata saya.

“Kita tak berhias?”

“Itu satu daripadanya. Tapi ada yang lebih salah daripada itu,” tambah saya lagi.

“Salah bagaimana?”

“Salah kita kerana kita masih mencari isteri yang cantik bukan kecantikan isteri!”

“Dalam makna kata-kata kau tu…”

“Tak juga. Sepatutnya, pada usia-usia begini fokus kita lebih kepada kecantikan isteri. Di mana kecantikan sejati mereka selama ini.”

“Pada aku tak susah. Pada hati mereka. Pada jasa dan budi yang selama ini dicurahkan untuk kita demi membina sebuah keluarga.”

“Ya, jangan tengok pada kulit wajah yang luntur tetapi lihat pada jasa yang ditabur. Bukan pada matanya yang sudah kehilangan sinar, tetapi lihat pada kesetiaan yang tidak pernah pudar. Itulah kecantikan seorang isteri walaupun mungkin dia bukan isteri yang cantik.”

“Kau telah luahkan apa yang sebenarnya aku rasakan. Itulah yang aku maksudkan tadi, aku tak sanggup berpoligami kerana terlalu kasihkannya.”

“Kasih ke kasihan?” saya menguji.

“Kasihan tak bertahan lama. Tetapi aku bertahan bertahun-tahun. Aku kasih, bukan kasihan.”

Tongkat ‘muhasabah diri’ vs tongkat Ali
“Relaks, aku bergurau. Tetapi ada benarnya kalau isteri katakan bahawa kita telah tua.”

“Maksud kau?”

“Bila kita sedar kita telah tua, kita akan lebih serius dan lajukan pecutan hati menuju Allah! Bukan masanya untuk berlalai-lalai lagi.”

” Ya, aku teringat kisah Imam Safie. Ketika usianya mencecah 40 tahun, dia terus memakai tongkat. Ketika muridnya bertanya kenapa? Kau tahu apa jawabnya?”

Saya diam.

“Beliau berkata, aku ingatkan diriku dengan tongkat ini bahawa usiaku sudah di penghujung, bukan masanya lagi untuk berlengah, tetapi untuk menambah pecutan dalam ibadah menuju Allah.”

Saya diam. Terus termenung. Imam Safie, tak silap saya wafat pada usia awal 50-an. Tepat sungguh firasatnya. Insya-Allah, jalannya menuju Allah sentiasa diredhai.

“Kalau kita seserius Imam Safie, insya-Allah, kita boleh hadapi masalah isteri tidak berhias ini. Kita akan cari kecantikannya yang abadi untuk sama-sama memecut jalan menuju Ilahi…” tegas sahabat saya itu.

“Kita tidak akan lagi diganggu-gugat oleh godaan kecantikan dari luar yang menguji Iman. Kita juga tidak akan dikecewakan oleh pudarnya satu kecantikan dari dalam yang mengganggu kesetiaan.”

“Ya, kalau kita baik, isteri pun akan baik. Bila hati baik, kita akan cantik selama-lamanya!”

Ironinya, ramai suami yang telah berusia masih belum sedar hakikat ini. Seperti Imam Safie, pada usia-usia begini ramai suami yang mula mencari tongkat. Sayangnya, bukan ‘tongkat muhasabah diri’ tetapi ‘tongkat Ali!’
Baca Selanjutnya ...

Thursday, 9 May 2013

Topiknya Sentiasalah Bersyukur..

Meh, ZZ nak kongsi posting drpd sorang rakan warga Singapura ni..kadang2 kita terlupa bahawa hidup kat Malaysia ni jauuuuuhhhhhh lebih baik & terpelihara kebajikan org Melayu especially..renung2kan sebab kitakan baru lepas PRU13..

ZZ~ I m a malay n proud to be one!


Baca Selanjutnya ...

Wednesday, 8 May 2013

Bahaya Rokok Seawal Bangun Dari Tidur


Perbuatan merokok sebaik bangun tidur pada waktu pagi meningkatkan risiko diserang barah paru-paru, menurut kajian baru. 

“Kami mendapati perokok yang merokok sebaik bangun tidur mempunyai paras bahan kimia tembakau dikenali NNK adalah lebih tinggi di dalam darah perokok jika mereka merokok sebaik bangun tidur,” kata profesor kesihatan biotabiat, Steven Branstetter, dari Universiti Pennsylvania State. 


Beliau kimia NNK akan menghasilkan sejenis lagi bahan kimia dikenali NNAL apabila seseorang merokok. Paras NNAL dalam darah boleh digunakan untuk meramalkan risiko barah paru-paru pada tikus selain manusia. 


Menurut Branstetter, penyelidikan lain menunjukkan NNK mendorong pertumbuhan tumor paru-paru pada beberapa spesies tikus. 

Di samping itu, paras NNAL stabil dalam perokok dari semasa ke semasa dan ukuran tunggal boleh menunjukkan dengan tepat pendedahan individu. 

Branstetter dan rakannya, Joshua Muscat, yang juga profesor sains kesihatan umum, memeriksa data mengenai 1,945 perokok dewasa daripada Tinjauan Pemeriksaan Nutrisi dan Kesihatan Negara yang memberikan contoh air kencing bagi analisis NNAL. 

Peserta juga memberikan maklumat mengenai tabiat merokok, termasuk berapa cepat mereka merokok selepas bangun tidur. 


Penyelidik mendapati kira-kira 32 peratus peserta yang diperiksa memulakan tabiat itu dalam masa lima minit selepas bangun; 31 peratus dalam masa enam hingga 30 minit; 18 peratus dalam masa 31 hingga 60 minit dan 19 peratus mula merokok lebih sejam selepas bangun. 

Di samping itu, penyelidikan juga mendapati paras NNAL dalam darah peserta berkait rapat dengan usia peserta, umur mereka mula merokok, jantina dan sama ada perokok lain tinggal di rumah mereka, antara faktor lain. 

“Paling penting, kami mendapat paras NNAL tertinggi di kalangan perokok yang merokok sebaik bangun tidur, tidak kira kekerapan merokok dan tfaktor lain yang meramalkan kepekatan NNAL.
Baca Selanjutnya ...

Sunday, 5 May 2013

TERAPI TAMPAR UNTUK WAJAH AWET MUDA??


ZARRA ~ Ada sape2 nak cuba?? Hehe..Meh baca ni.

Anda risau dengan kedut2 pada wajah?
Di Amerika Syarikat, ada satu terapi unik untuk mencegah terjadinya penuaan, khususnya pada kulit wajah.

Sepasang suami isteri dari Thailand membuka salon kecantikan khusus untuk terapi menampar wajah agar awet muda.

Pernah dengar tentang terapi tampar wajah sebelum ini?

Ini adalah terapi sederhana yang disebut-sebut dapat menjadikan kulit wajah kembali tegang seperti ketika anda masih muda. Selain itu, dengan terapi menampar wajah ini, pori-pori kulit dapat mengecil, serta menghapuskan garis-garis kerutan pada wajah.

 


Pasangan suami isteri yang memperkenalkan kaedah terapi kecantikan terbaru ini adalah Mawan dan Tata Sombuntham.

Tata, isteri kepada Mawan, adalah pakar dalam melakukan terapi tampar tersebut. Dia mengatakan bahawa terapi menampar wajah miliknya ini adalah yang pertama dalam terapi anti-penuaan di dunia.

Tata mengenakan caj berjumlah 350 dollar AS (sekitar RM1,050) untuk terapi selama 15 minit di salonnya yang terletak di bandaraya San Francisco, AS.

Pasangan suami isteri ini menjamin bahawa hasilnya tidak perlu ditunggu lama. Setelah selesai prosedur terapi menampar muka, para pelanggan akan dapat melihat hasilnya serta-merta!!

Dengan adanya terapi menampar wajah ini, mereka yang mengalami masalah penuaan kulit, tidak perlu lagi menggunakan pelbagai ubat-ubatan, krim anti-penuaan, atau bahkan sehingga membuat pembedahan plastik. Sanggup ke???

Adakah anda tertarik untuk mencuba terapi menampar wajah ini? Jika ya, sila tonton video liputan salon kecantikan milik Tata Sombuntham dan suaminya, di bawah ini.

http://www.youtube.com/watch?v=Zs28eQphVzg&feature=share&list=FLWpsy0sopUbaYl2xDi5piuQ
Baca Selanjutnya ...

Saturday, 4 May 2013

Mitos Bahaya Deodoran Penyebab Kanser



Tidak dapat dinafikan, produk kosmetik dan penjagaan kulit mengandungi pelbagai bahan kimia.  Justeru tidak hairanlah begitu banyak laporan tentang kesan buruk penggunaan produk-produk itu termasuk khabar angin yang mengatakan bahawa deodoran boleh meningkatkan risiko kanser payudara.  Adakah dakwaan itu benar? 

Usah ditelan bulat-bulat segala perkara yang anda dengar.  Berikut, lima mitos tentang penggunaan deodoran dan antipeluh, yang dipertikaikan oleh pelbagai pihak termasuk American Cancer Society.

1.    Deodoran meningkatkan risiko kanser payudara.


Hampir tiada bukti saintifik yang menyokong mitos ini. Beberapa saintis pernah melakukan kajian pada tahun 2002 yang melibatkan 813 wanita yang menghidap kanser payudara dan 793 wanita sihat. 


Para saintis tidak menemukan kaitan antara risiko kanser payudara dengan penggunaan deodoran, atau dengan kebiasaan mencukur bulu ketiak.

2.    Memakai deodoran selepas mencukur bulu ketiak akan menyebabkan bahan kimia berbahaya mudah menyerap ke dalam tubuh dan mengakibatkan kanser payudara. 


Jika anda mencukur dan secara tidak sengaja mencederakan kulit ketiak anda, kulit anda berisiko terkena jangkitan. Apabila kulit yang terluka atau terjena jangkitan disapu dengan deodoran, sudah tentu ia akan mengakibatkan kerengsaan pada kulit.  Yang pasti, ia tidak menyebabkan kanser payudara. 

3.    Deodoran mengandungi bahan kimia parabens yang mengakibatkan kanser. 


Kajian menunjukkan bahawa parabens mengandungi bahan yang serupa dengan hormon estrogen. Risiko kanser payudara memang meningkat sekiranya tubuh terdedah kepada jumlah estrogen yang banyak.  Namun estrogen dalam parabens amat sedikit berbanding estrogen yang dihasilkan secara semula jadi oleh tubuh kita. 


Fakta lain: parabens tidak hanya terkandung dalama deodoran, tetapi juga dalam syampu, losyen badan, pelindung mentari dan pelbagai produk solekan. Kajian lain juga menunjukkan bahawa parabens boleh dikesan dalam air kencing 99% manusia. Namun hingga kini, belum ada bukti yang parabens mengakibatkan kanser.
 
4.    Antipeluh mengurangkan pengeluaran peluh sekali gus menghalang penyingkiran bahan toksin keluar daripada tubuh.


Tubuh mengeluarkan bahan toksin yang berpotensi mengakibatkan kanser dengan bantuan buah pinggang dan hati, bukannya melalui peluh. Bahan-bahan berbahaya itu disingkirkan melalui air kencing dan najis. 

5.    Bagi lelaki, risiko menghidap kanser payudara adalah lebih kecil kerana mereka tidak mencukur bulu ketiak justeru bahan-bahan kimia dalam deodoran tidak menyerap ke dalam kulit.


Risiko lelaki menghidap kanser payudara adalah jauh lebih kecil berbanding wanita.  Ini kerana tisu payudara lelaki adalah sedikit berbanding yang dimiliki oleh wanita. 


Tisu payudara wanita adalah 100 kali ganda lebih banyak justeru wajarlah risiko kanser payudara pada wanita pun 100 kali lebih tinggi. Satu lagi perkara yang menyebabkan perbezaan tingginya risiko kanser payudara ialah hormon.  

Jika seseorang lelaki mempunyai kadar hormon estrogen yang tinggi, dia berhadapan risiko lebih besar untuk  menghidap kanser payudara -- bukan kerana bulu ketiak atau pun deodoran.  
Baca Selanjutnya ...

Thursday, 2 May 2013

Penyakit Misteri Dawai Keluar Dari Perut (Video)



Inilah kejadian yang sangat misteri iaitu " Fenomena manusia dawai dari Kalimantan Timur ". Fenomena tersebut telah mengemparkan masyarakat Indonesia dan mungkin hanya ada di Indonesia sahaja. 

Dimana seorang wanita bernama Noorsyaidah telah menderita sejenis penyakit yan sangat misteri, wanita malang ini mengeluarkan dawai besi dari dalam tubuhnya. 





Seperti yang kelihatan dalam gambar, dawai-dawai yang tertanam di dalam tubuh wanita ini kelihatan tembus hingga terkeluar dari perutnya. Pada pada bahgian telapak tangannya pula, dawai-dawai itu hanya kelihatan bayangan di bawah lapisan kulit, tetapi pada bahagian perut, batang-batang dawai berukuran 10-20cm itu kelihatan banyak yang terkeluar.


Fenomena ini memang sangat misteri dan menakjubkan. Malahan beberapa orang doktor mengaku belum pernah menemukan gejala penyakit seperti yang dialami wanita malang ini. Wanita malang ini bertugas sebagai seorang guru. Beberapa pakar perubatan sedaya upaya untuk membantu wanita malang ini. 



Berita ini sangat mengemparkan hingga menarik simpati menteri kesihatan negara tersebut. Nur Syaidah menderita penyakit ini sejak tahun 1991 ketika ia berusia 22 tahun, berbagai macam ikthiar telah dilakukannya untuk menyembuhkan penyakit tersebut namun hingga kini masih belum berhasil. Semoga beliau bersabar dengan dugaan yang hebat ini.

LIHAT VIDEO-VIDEO INI :



Baca Selanjutnya ...

ANDA MUNGKIN SUKA NAK BACA.. TERSERAH PADA SELERA MASING-MASING..