TIDAK dapat dinafikan naluri seorang ibu terhadap anaknya ibarat
kuasa ajaib yang dianugerahkan Allah kepada golongan hawa hingga mampu
membaca gerak hati atau menghidu sesuatu perkara akan berlaku sama ada
baik atau sebaliknya.
Seperti juga wanita lain yang bergelar ibu, perkara itu jugalah yang
dirasakan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor terhadap
anak kandungnya sendiri.
Saban tahun, rakyat digula-gulakan pihak tertentu dengan siri
fitnah yang dicipta mengenai kezaliman DS Rosmah terhadap anak yang ditinggalkan.
Tohmahan demi tohmahan dilemparkan, namun tiada sekelumit yang
berbekas di hati wanita cekal itu malah beliau terus mengharunginya demi
menjaga maruah serta nama baik keluarga.
Sifat penyayang DS Rosmah sebagai seorang ibu sangat terserlah |
Ternyata Allah SWT lebih berkuasa. Ibarat kata pepatah
“sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga”. Satu
demi satu kerja jahat yang dilakukan oleh pihak tertentu yang begitu
ghairah ingin menjatuhkan kredibiliti DS Rosmah dan mengaburi mata
rakyat dengan cerita palsu akhirnya terbongkar satu demi persatu.
Baru-baru ini, dakwaan pembangkang kononnya DS Rosmah pernah
berkahwin dengan pembaca berita Dunia Jam 10, Farid Ismeth Emir
terungkai apabila beliau menafikan fitnah pernah berkahwin dengan isteri
Perdana Menteri itu yang selama ini berlegar di fikiran dan meniti di
bibir rakyat Malaysia.
Langsung tiada sebarang permohonan maaf daripada penyebar fitnah
yang terus berdiam diri walaupun kebenaran sudah terserlah selepas
didedahkan oleh tuan empunya badan.
Terkini, terungkai pula kisah tersirat di sebalik perkahwinan anak
kedua DS Rosmah dengan suami pertama yang bernama Azrene Soraya Abdul
Aziz dengan selebriti terkenal Fazley Yaacob yang telah dibongkarkan
menerusi blog ‘The Unspinners’.
Umum mengetahui khabar angin yang menyatakan DS Rosmah tidak merestui
perkahwinan anak perempuannya itu. Dalam sebuah video yang berjudul
‘Rosmah Perempuan Puaka’, ia sudah cukup menceritakan betapa kejamnya DS
Rosmah sebagai seorang ibu yang sanggup menghancurkan kehidupan anak
kandungnya sendiri.
Mungkin ramai tidak mengetahui perkara sebenar sebaliknya terus
menerima bulat-bulat setiap perkara yang disampaikan di dalam video itu
yang antara lain meminta supaya DS Rosmah berlembut dan menerima
kehadiran Fazley sebagai menantu serta cucu-cucunya.
Ternyata tanggapan buruk yang diberikan terhadap wanita itu meleset
sama sekali kerana sebagai seorang ibu serta isteri Timbalan Perdana
Menteri yang ketika itu di bawah kepimpinan mantan Perdana Menteri, Tun
Abdullah Ahmad Badawi, sudah terdetik di hatinya ada sesuatu yang tidak
kena terhadap pilihan hati anak perempuannya itu.
Firasat seorang ibu sememangnya tepat apatah lagi apabila ia melibatkan soal jodoh serta pilihan hati anak perempuannya.
Menurut petikan blog ‘The Unspinners’, di sebalik cerita gah yang
dilaporkan media tempatan mengenai kebijaksanaan Fazley yang bergelar
Doktor Falsafah di usia muda akhirnya terungkai apabila media
antarabangsa BBC melaporkan bahawa Ijazah PhD dan juga ijazah kolej FICO
yang ditubuhkannya juga palsu.
Mustahil serta tidak masuk akal jika DS Rosmah sendiri yang
mengarahkan laporan tersebut kerana ia didedahkan oleh media
antarabangsa.
Jadi, tidak salah apabila perkahwinan Azrene bersama Fazley diragui
oleh DS Rosmah pada awalnya kerana tindakan ‘Dr’ Fazley yang mengahwini
Azrene selepas dua bulan perkenalan hanya untuk menutup kekecewaan hati
setelah gagal memiliki hati penyanyi wanita pertama Malaysia yang pernah
membuat persembahan di Albert Hall, London suatu ketika dahulu.
Dikhuatiri juga keputusan Fazley mengakhiri zaman bujang bersama
Azrene adalah kerana ingin bermertuakan pemimpin nombor satu negara semata-mata dan bukannya atas tulus ikhlas cintakan anak perempuannya memandangkan hanya selepas dua minggu saling mengenali terus membuat keputusan untuk berumahtangga. Namun, perkahwinan Fazley dan Azrene tetap berlaku kerana ia ketentuan qadak dan qadar.
Sebagai seorang suami kepada isteri yang mempunyai masalah dengan
keluarganya (sebelumnya Azrene begitu manja dengan ibunya.. masalah timbul hanya selepas kehadiran Fazley) , Fazley seharusnya bijak memainkan peranan untuk menyatukan
si anak dan ibu yang berselisih faham. Dalam situasi ini, Fazley nampaknya gagal mencerminkan diri sebagai
individu yang berpendidikan tinggi kerana bertindak menjadi ‘batu api’
antara si isteri dan ibunya.
Ttweet yang dikeluarkan oleh Fazley langsung tidak mengambarkan
beliau mahu berbaik-baik bersama keluarga mertua tetapi sebaliknya cuba
mencabar DS Rosmah dan Perdana Menteri pula. Begitu banyak aib keluarga telah didedahkan hingga menjatuhkan maruah si ibu. Buat si isteri pula, takkanlah tak tercuit langsung dikala si suami mengaibkan ibu sendiri?
Sebaliknya, si ibu tidak cepat melatah dan terus bertindak mendiamkan diri bagi mengelak daripada mengeruhkan lagi keadaan. Persoalannya kini, mengapa masalah keluarga isteri Perdana Menteri
dijadikan bahan sesetengah pihak yang sudah terang-terang tidak
profesional kerana sanggup mencampuradukkan soal peribadi dan politik
bagi meraih sokongan rakyat.
Jika difikir logik akal, DS Rosmah bukanlah seorang ahli politik yang bertanding pada pilihan raya sebaliknya beliau hanyalah isteri kepada Perdana Menteri. Mengapa DS Rosmah terus-terusan menjadi sasaran fitnah? Tidakkah mereka sedar dosa menfitnah itu lebih berat daripada membunuh?
Kemungkinan untuk menangkis setiap tohmahan itu
adalah sukar, namun kesabaran yang ditunjukkan oleh DS Rosmah yang
tenang berdepan dengan setiap tuduhan yang dihadapinya pasti akan
terbalas jua suatu hari nanti.
Adalah lebih baik bagi umat Islam mendoakan kehadiran 1 Syawal yang
bakal menjelang tidak lama lagi akan membuka jalan harapan bagi
melenturkan ketegangan dan keegoan yang berlaku antara si ibu dan anak
perempuannya.
Ibu mana yang tidak mahu mencurahkan kasih sayang kepada anaknya
lebih-lebih lagi apabila mengetahui anaknya telah melahirkan zuriat yang
comel belaka. Sehebat mana sengketa yang wujud antara ibu dan anak, pasti terselit
kasih sayang serta naluri keibuan terhadap anak yang dikandung selepas
bertarung nyawa melahirkannya ke dunia ini.
Semoga episod hitam yang melanda keluarga DS Rosmah akan terkubur
apabila kebenaran demi kebenaran terbongkar dan digantikan dengan
perkhabaran gembira dari kedua-dua belah pihak. Air yang dicincang tidak akan putus dan syurga itu di bawah tapak
kaki ibu wajar menjadi renungan dan ingatan kepada kita semua bahawa
agar menghormati dan menyayangi ibubapa kerana ikatan itu kekal
selama-lamanya.
Buang yang keruh, ambil yang jernih dan semoga kasih sayang kembali
bertaut buat keluarga DS Rosmah, sekaligus melenyapkan fitnah orang selama ini. Amin
sumber: Perak Today
ZZ ~ sebagai sahabat dan rakan seperjuangan Fazley, ZZ nak pesan.. show your gentlemen as a HUSBAND and MAN of the family.. Mengalah tak semestinya kalah..
You wrote "Fazley nampaknya gagal mencerminkan diri sebagai individu yang berpendidikan tinggi"......
ReplyDeleteSebenarnya fazley taklah berpendidikan ke mana sangat dia telah terbukti "menipu" dengan Ijazah palsu diperingkat master dan Phd . Apalah agaknya ada dalam kepala Fazley sehingga dia sanggup menipu Ijazah yg dimiliki.
Akhirnya kebenaran datang jua dan orang memang dah tak percaya dengan penipu ini...
Aduhai... kecik hati si Azrene kalau baca cerita ni, seolah-olah dia sandaran cinta tak kesampaian suaminya dengan artis perempuan tu... dan seolah2...hai tak mau cakapla. Memang si Fazley itu begitu dan begini, tetapi hati isteri mana tak remuk jika dikaitkan kita ini adalah ibarat sandaran dan tak pandai memilih. Seburuk-buruk suami, isteri tetap ada rasa sayang
ReplyDeleteCubalah dapatkan penjelasan dari azrene sendiri untuk artikel yang lebih jelas dan bukan dari persepsi penulis sendiri(macam interview dengan pak ngah tu, kan best)
-n-
mungkin sudah jodoh akhirnya mereka bersatu jua walaupun tanpa restu ibu pada awalnya.. si ibu cuma tidak mahu hidup anaknya disia-siakan apa tah lagi setelah mendapat instinct ada sesuatu yang tidak kena dengan bakal menantunya.. restu ibu adalah penting dalam hidup.. setinggi mana marahnya ibu terhadap kita.. kemarahannya ibarat keras2 kerak nasi.. yang pasti ds rosmah seorang yang penyayang.. mengalah adalah lebih baik dari memburukan ibu mertua kerana ada orang luar sentiasa menunggu peluang untuk mengambil kesempatan di atas kelemahan kita..
ReplyDeleteanak derhaka ni..
ReplyDeletebosan bercerita poasal rosmah...biar la kalau dia salah ALLAH akan hukum dia.kita doakan yang terbaik buat mereka semua...zamzarina tak perlu kot nak heboh dengan artikel macam ni..nampak sangat awak membodek...meluat pon ada
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete