SERINGKALI CAMPURTANGAN KELUARGA MERTUA TERUTAMA IBU MERTUA SENDIRI
MENJADI KONFLIK DALAMAN SEBUAH HUBUNGAN RUMAHTANGGA YANG DIBINA BERSAMA
INSAN TERSAYANG.
Konflik Menantu vs Mertua seakan masalah klasik. Apalagi kalau kebetulan tinggal serumah.
"Aduhh!! Peningnya orang tua ni. Serba serbi mahu diatur ikut cara dia! Sampai bila dia nak ganggu rumahtangga kami. Apa sahaja yang aku buat semuanya tak kena, salah! Dia ingat anak lelakinya tu masih kanak-kanak lagi. Biarlah kami bina hidup ini mengikut cara kami..", ini antara keluhan kawan ZZ setiap kali bertemu dengannya di kedai mamak kesukaan kami di Bangsar.
"Habis tu, kenapa tak minta pindah keluar dan hidup berdikari? Sewalah rumah lain, kadang-kadang kalau tak bertembung muka selalu ni adalah lebih baik..", nasihat ZZ.
"Hmmm...suami aku ni pun pulak jenis 'anak mak'. Tak berani nak buka mulut. Takut emaknya tersingung, merajuk, bla..bla.bla..aku dah sakit jiwa. Itulah kadang-kadang rasa malas sangat nak terus balik ke rumah selepas waktu kerja,..lebih-lebih lagi kalau suami pula tak sampai rumah lagi," cebik kawan ZZ ni lagi.
ZZ FAHAM SANGAT PERASAAN KAUM ISTERI DAN MENANTU YANG BERHADAPAN KONFLIK SEBEGINI. PENDAM PERASAAN LAMA-LAMA BETUL, KITA BOLEH SAKIT JIWA..
SEBAIKNYA, SUAMI/ANAK LELAKI TADI PERLU JADI LELAKI YANG DEWASA DAN FIKIR MANA KEUTAMAANNYA SETELAH MEMPUNYAI KELUARGA SENDIRI.
DAN MAK MERTUA PULA, DULU-DULU PUN DIA PERNAH JUGA RASA SEBAGAI MENANTU (KALAU IBU MERTUA YANG DAH TIADA LAGI LAH..). BIARLAH ANAK-ANAK ATUR DAN CORAK KEHIDUPAN MEREKA SENDIRI.
DAN KITA,..ESOK-ESOK KITA PULA YANG AKAN JADI IBU MERTUA. TUNGGU DAN LIHAT PULA BAGAIMANA YA??
MASING-MASING ADA PERNAN DAN TANGGUNGJAWAB.
* JANGAN LUPA TOPIK AKW HARI INI JUGA BERSAMA PAKAR MOTIVASI KELUARGA, PUAN SUZANA GHAZALI DI APA KATA WANITA PUKUL 3 PTG DI TV1. JUMPA ZZ DI KACA TV ANDA YA...
PSSST!...KALAU NAK KONGSI PENGALAMAN U ALL PUN BOLEH LA, NNT ZZ BOLEH SHARE MASA LIVE DI STUDIO!! HUHU..TENGOK SAPE YANG KENA...
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.