Translate in your language

Wednesday, 20 June 2012

JOM BONGKAR..!! ZAMZARINA TAUKE MLM??


Lihatlah ad banner di atas bagaimana Zamzarina cuba mengajak rakyat Malaysia menyertai bisnes MLM.. 

MLM merupakan satu corak pemasaran multi tingkat yang digemari oleh ramai orang Malaysia.. Namun tak kurang juga yang memandang MLM ni sebagai penipu dan pembohong.. Ada juga yang menyebut MLM sebagai false hope, orang bodoh, tiada etika kemanusiaan dan sebagainya.. ZZ tak mau komen samada baik atau buruk cabang pemasaran MLM ni..  Terpulang kepada selera dan citarasa masing-masing..

Berbalik kepada topik posting ni.. ada yang kata Harmony yang diasaskan oleh ZZ dan dipasarkan oleh Studio One Creative (dimiliki sepenuhnya oleh ZZ) ada berbau MLM.. ZZ nak tanya rakan-rakan affiliate seramai 2000 orang tu betul ke Harmony ni MLM? Ade tak Harmony menyuruh affiliate members carik downline seramai mungkin pastu kerah downline buat sales? Harmony Affiliate bukan sahaja tiada arahan supaya merekrut downline malah TIDAK ADA OPTION LANGSUNG UNTUK MEREKRUT DOWNLINE.. maksudnya anda memang tak bole letak sesiapa di bawah anda.. Nak untung lebih, kenalah usaha lebih untuk menghasilkan jualan..

Kepada yang tak berapa faham atau tak tau langsung apa yang ZZ katakan, sila layari site-site di bawah:

1) www.harmony.com.my - iaitu laman web rasmi produk Harmony
Screen Shot Laman Web Harmony

2) www.harmonymall.com.my - shopping cart.. transaksi jual beli mengambil tempat di sini..
Screen Shot Harmonymall


3) harmony.myosiaffiliate.com - affiliate Harmony 
Screen Shot Harmony Affiliate

Buat pengetahuan semua, Harmony tidak mengenakan sebarang bayaran atau mengambil deposit atau wang daripada sesiapa yang berminat.. tak percaya? jom daftar..

Harap kepada sesiapa kurang jelas konsep perniagaan dan produk Harmony yang bersifat telus, suci dan murni ini sila lah layari laman www.harmony.com.my untuk mengetahui lanjut..

Harmony Affiliate berpegang kepada prinsip anda berusaha, anda berjaya.. justeru semua komisyen jualan seharusnya menjadi milik anda sepenuhnya.. mengapa perlu dikongsi dengan upline?
 
Mengapa kami tidak berminat dengan konsep MLM untuk Harmony? Jawapan mudah.. kerana kami di Harmony sentiasa mahu mengekalkan harga yang termurah kepada pelanggan..

Apa itu Harmony Affiliate yang menggunakan kaedah affiliate marketing? Konsep ini diperkenalkan bertujuan membantu golongan suri rumah, ibu tunggal, pelajar dsb untuk menjana pendapatan sampingan dengan cara yang paling mudah.. 
- tidak perlu merekrut
- tidak perlu mengeluarkan modal
- tidak perlu menyimpan stok
- hanya memperkenalkan Harmony di laman-laman sosial atau juga blog

pendek kata Harmony Affiliate adalah 'introducer' kepada pelanggan Harmony.. sekiranya pelanggan tersebut membuat pesanan dan seterusnya pembelian, Harmony Affiliate akan menerima komisen sebanyak 20% daripada jumlah pembelian tersebut.. Mudah saja! Tiada siapa yang akan merasa terpinggir atau teraniaya..
Harmony di iklankan di majalah-majalah tempatan.. akan datang di akhbar dan tv..

Mengapa kami mengiklankan di majalah dan akhbar? Kerana cabang pemasaran UTAMA kami adalah konsep jualan terus kepada pengguna disamping melalui pengedar-pengedar yang dilantik..

3 comments:

  1. kalau bukan MLM baguslah,cari rezeki jangan menganaiya orang..

    just best for your luck and get best succesfull in your bisnes.

    bukan nak dengki sesama melayu..ajarlah rakyat dan bangsa melayu kita ni dengan cara berbisnes dalam erti kata sebenar..bukan dengan "FALSE HOPE" macam seperti anda katakan.

    ok assalamualaikum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara Zack,

      kalau begitu.. bantu promosikan perniagaan saya..

      Delete

Note: only a member of this blog may post a comment.

ANDA MUNGKIN SUKA NAK BACA.. TERSERAH PADA SELERA MASING-MASING..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...