Translate in your language

Friday 1 June 2012

AWAS! ISTERI PENEROKA JADI BURUAN!

Isteri peneroka terima RM5,000 pada 7 Julai

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan pemberian 'durian runtuh' pusingan kedua sebanyak RM5,000 kepada isteri peneroka Felda yang akan diagihkan pada 7 Julai ini.

Tarikh pengagihan itu dipilih sempena sambutan Hari Peneroka dan majlis perasmian Menara Felda di Jalan Stonor di sini.

"Untuk round (pusingan) pertama, ketua keluarga telah terima RM5,000, hari ini (semalam) saya ingin umumkan isteri peneroka atau isteri-isteri peneroka pula akan dapat RM5,000 pada 7 Julai ini," kata beliau ketika berucap melancarkan prospektus tawaran awam permulaan (IPO) Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) di Dewan Perdana Felda di sini.

PASTI RAMAI AKAN MENGAMBIL KESEMPATAN

Khabar gembira di atas yang diumumkan Perdana Menteri pasti membuatkan semua kaum ibu di Tanah Rancangan akan tersenyum lebar menantikan durian runtuh yang bakal di terima.

Namun, keadaan ini juga pasti mengundang ramai 'mereka yang tak berkenaan' mengunjungi kawasan Tanah Rancangan untuk mengambil kesempatan. Mereka ini terdapat daripada pelbagai kumpulan. ZZ tak mau sebut tapi tak percaya tungguhlah pada 7 Julai nanti anda lawatlah sendiri kawasan-kawasan Felda.

ZZ - harap isteri peneroka gunakan wang tersebut sebaik mungkin
 
 

ANDA MUNGKIN SUKA NAK BACA.. TERSERAH PADA SELERA MASING-MASING..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...