ZZ bersama Tan Sri Rafidah Aziz di set 'Apa Kata Wanita' |
INTERNET memberi banyak kelebihan kepada masyarakat jika tahu menggunakannya, malah mampu menjadi alat menjana pendapatan. Kini, teknik pemasaran terkenal di Internet dikenali program
Affiliate menjadi satu cara memasar dan mengiklankan produk dengan
melantik ejen melakukan aktiviti promosi dan pada masa sama menawarkan
komisen kepada ejen yang menjual produk berkenaan.
Antara syarikat yang menggunakan teknik pemasaran Affiliate adalah Studio One Creative Sdn Bhd, pengeluar produk penjagaan kesihatan dan peribadi Harmony. Syarikat ini menyasarkan jualan RM1 juta tahun ini disokong ejen jualan konvensional selain 2,000 rakan niaga Affiliate Harmony (AH).
Ikuti temu bual lanjut wartawan Bisnes Metro, Shanty Nur Shaffizan
Shafee dengan pengasasnya, Zamzarina Zambri mengenai usahanya mewujudkan
program rakan niaga AH yang menyasarkan wanita terutama suri rumah
serta ibu tunggal.
S: Jelaskan dengan lebih lanjut apakah maksud
program pemasaran Affiliate?
ZZ: Pemasaran Affiliate ialah model bisnes
pemasaran yang memberi peluang mempromosi dan menjual produk milik
sesebuah syarikat. Apabila pelanggan membeli, mereka mendapat komisen
daripada jualan produk itu. Produk dipasarkan menggunakan satu
jaringan sistem bererti pengedar Affiliate tidak perlu menyimpan stok,
menguruskan nota jualan, memungut bayaran atau menyediakan bahan
pemasaran.
Pelbagai jenis produk boleh dipasarkan melalui Internet jika tahu
kaedah dan bijak menggunakan peluang. Usah malu mempromosi perniagaan
dalam talian kerana arus pembangunan mewujudkan aliran baru. Apatah lagi jika ramai rantaian kenalan dalam talian. iaitu membeli-belah secara dalam talian.
Siri Intimasi Harmony yang dipasarkan melalui program Affiliate Harmony |
S: Bagaimana timbul idea untuk memasarkan produk syarikat iaitu Harmony
melalui rakan niaga Affiliate?
ZZ: Saya menemui ramai suri rumah, ibu
tunggal dan pelajar institusi pengajian tinggi yang ingin memulakan
perniagaan, tetapi tidak tahu caranya, selain tiada modal berniaga.
Kebanyakan mereka bersemangat tinggi untuk bekerja bagi menampung
keperluan hidup serta anak dan keluarga, tetapi dihalang beberapa
faktor. Ada yang tiada pengalaman bekerja, kelayakan akademik, usia
meningkat dan perlu memberi tumpuan kepada anak kecil. Namun, mereka
bersemangat bekerja. Ini mencetuskan idea untuk mewujudkan rakan niaga
Affiliate Harmony (AH) bagi memberi peluang kepada mereka mencari
pendapatan sampingan. Teknik ini mudah kerana mereka tidak perlu
menyediakan modal permulaan atau menyimpan stok di rumah.
S: Apakah produk Harmony dan bagaimana ia boleh dijual melalui program
Affiliatenya?
ZZ: Produk Harmony terdiri daripada lapan jenis produk
penjagaan kebersihan peribadi seperti tablet intimasi untuk membantu
menghangatkan hubungan suami isteri. Kami membangunkan produk ini dua
tahun lalu dengan pelaburan RM200,000. Program Affiliate pula
dibangunkan untuk memberi peluang pendapatan kepada rakyat Malaysia yang
ingin memulakan perniagaan mudah tanpa modal, hanya memerlukan
kemudahan internet untuk bermula. Kami komited menjayakan
program ini, malah mendapatkan khidmat perunding jualan dan pemasaran
antarabangsa Amerika Syarikat, Chris Randolph bagi membangun serta
menghasilkan alat pemasaran maya untuk rakan niaga AH.
V-Sweet turut menjadi pilihan pemasaran internet |
S: Bagaimana untuk mendaftar sebagai rakan niaga AH?
ZZ: Pendaftaran adalah
percuma. Rakan niaga menerima satu set bahan pemasaran iaitu link ‘web
banner produk’ yang direka setiap satu khusus dengan kod ID bagi setiap
rakan niaga Affiliate produk Harmony. Apabila pelanggan membeli produk
Harmony dipromosikan rakan niaga Affiliate, ia direkodkan di bawah kod
ID mereka dan menerima komisen.
Produk Harmony boleh ditempah dan dibayar secara online menggunakan gerbang pembayaran iPay88 melalui laman web www.harmony.com.my atau e-mel ke harmony.myinfo@gmail.com. Kami juga menjemput pengedar seluruh negara mengedarkan produk Harmony secara konvensional memandangkan tidak semua pelanggan mempunyai Internet untuk membeli produk Harmony sepenuhnya secara atas talian.
S: Bolehkah sesiapapun menjana pendapatan dengan Harmony walaupun tanpa
akses Internet?
ZZ: Jika tidak fasih mengenai Internet dan pemasaran atas
talian, kami menyediakan sesi pembelajaran video untuk mengajar rakan
niaga Affiliate langkah demi langkah. Mereka juga boleh menempah produk
pelanggan melalui SMS, e-mel atau telefon. Kami sentiasa menyokong rakan
niaga AH melalui pembelajaran secara video, web dan e-mel selain
menyediakan alat pemasaran untuk mereka memulakan perniagaan atas talian dengan berkesan.
Mereka cuma perlu mendaftar sebagai rakan niaga Affiliate, cuba produk Harmony, gunakan alat pemasaran yang kami sediakan dan berkongsi dengan rakan mengenai kebaikan produk Harmony.
Vagina Tightening Gel merupakan produk yang paling mendapat sambutan |
sumber: Harian Metro
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.