Hidup pada zaman yang serba mencabar dan cepat ini, menuntut
manusia supaya lebih komited dengan kerja-kerja yang dilakukan sama ada di
pejabat mahupun di rumah. Oleh itu tekanan perasaan sering berlaku dan
sekiranya dibiarkan berlanjutan nescaya boleh mengakibatkan kesan negatif pada
kehidupan seharian termasuklah aktiviti seksual. Lihat sajalah pasangan
berkahwin yang terlalu sibuk dengan kerja.
Apabila masing-masing dilanda tekanan kerja, sudah pasti
sedikit sebanyak mempengaruhi mood untuk berasmara. Seharusnya perkara begini
tidak berlaku. Mungkin sekali dua tidak mengapa, tetapi jika berpanjangan pasti
ada luahan kecewa daripada pasangan. Terbaiknya uruslah masa dengan betul dan
bijaksana agar rumah tangga sentiasa bahagia dan bermakna.
Lebihkan waktu untuk pasangan
Luangkan lebih banyak masa dengan pasangan berbanding
kerja (sekiranya ingin menimang cahaya mata). Jika anda di kategori sebagai
pekerja yang kerap menjadi penghuni terakhir pejabat, maka berubahlah. Fikirkan
betapa pasangan sentiasa menantikan kepulangan anda. Paling tidak anda masih
punya masa untuk berehat dan membersihkan diri sebelum melangsungkan aktiviti
malam hari.
Pentingnya kualiti bukan kuantiti
Petua lama bukanlah paksaan untuk diamalkan. Jika rasa
tidak berkemampuan maka berhentilah. Jangan sampai membebankan kesihatan
tatkala menjamah telur ayam bercampur madu semata-mata untuk mendapatkan lebih
kenikmatan dan kekuatan apabila bersama. Masih ada alternatif yang revelan dan
mudah dipraktikan seperti senaman secara konsisten, kawalan makanan dan
macam-macam lagi. Cara itu, anda juga berjaya memperoleh stamina dan keyakinan
untuk memulakan aksi ranjang bersama pasangan. Ingat yang penting kualiti bukan
kuantiti.
Ubati kemurangan dengan seks
Sering tertekan dan murung menyelesaikan tugas-tugas di
pejabat? Usah risau kerana penawarnya cukup mudah. Segera dapatkan pasangan dan
lakukan hubungan kelamin ketika malam menjelang tiba. Mengapa? Kerana seks
sesuatu yang menenangkan. Tambahan pula ketika orgasma, hormon oxytocin
dirembes keluar. Hormon inilah yang mencetuskan ketenangan sekaligus memberi
kesan relaks pada tubuh dan pemikiran.
Perut kenyang tenaga kurang
Lapar pada waktu malam? Boleh makan tetapi jangan terlalu
lewat kerana perut yang kenyang mengakibatkan badan menjadi letih dan
mengantuk. Bahkan tenaga pun sudah berkurangan sekaligus melenyapkan keinginan
untuk berasmara pada malam berkenaan.
Buat temu janji sebelum beraksi
Bukan dengan orang luar sahaja perlu buat temu janji, tetapi
pasangan suami isteri juga perlu praktikkannya. Sebaik-baiknya beritahu
pasangan pukul berapa akan masuk ke dalam bilik dan meneruskan aktiviti
mengikuti perancangan. Cara ini dikatakan berkesan kerana masing-masing sudah bersedia
dan melupakan segala kerja-kerja harian. Tiada lagi pangilan telefon atau
komputer riba, sebaliknya rangkulan serta ciuman hangat jadi peneman pada kala
cinta sedang membara.
Griptite - Griptite dirumus secara tradisional untuk merawat masalah sakit puan dan mengatasi masalah penurunan nafsu seksual wanita |
ZZ – amalkan mengambil supplemen Griptite Harmony untuk mengekalkan stamina
sepanjang hari
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.