Translate in your language

Thursday, 24 May 2012

Pengalaman ZZ dengan TS Rafidah


Sebenarnya dah lama ZZ berhasrat menemuramah Tokoh Pemimpin Wanita yang tegas dan digeruni ramai ini, iaitu Tan Sri Rafidah Aziz dalam APA KATA WANITA.Tetapi tiada siapa antara kenalan ZZ yang tahu bagaimana nak menghubungi beliau lebih-lebih lagi setelah 4 tahun beliau meninggalkan kerusi Kabinet Menteri.



Sehinggalah pada satu hari ZZ bertemu dengan salah seorang audiens AKW yang merupakan rakan Tan Sri, namanya Dato' Yasmin yang bertanya samada ZZ tak nak ke jemput Kak Pidah? Apalagi bagaikan cita ulam mendatanglah.. alhamdulillah tercapai juga impian ZZ. Lagipun ramai di luar sana yang merindui 'wanita besi' ini kan??


Sebenarnya ini bukanlah kali pertama ZZ bertemu Tan Sri Rafidah, dulu-dulu masa zaman ZZ buat reporting untuk Meja Ekonomi dan kemudian ke Meja Politik di Bilik Berita TV RTM, hampir tiap-tiap hari bertemu beliau di assignment Bisnes dan kemudian di Parlimen semasa sidang Dewan Rakyat berlangsung. Ketika itu juga Tan Sri Rafidah masih Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, beliau adalah menteri yang paling lama yang memegang portfolio sebagai Menteri MITI.  Beliau memang pemimpin yang hebat. Lantang bersuara menyatakan pendiriannya, dan calang-calang wartawan memang tak berani nak menemuramah atau dalam term kewartawanan 'jolok' beliau kalau tak pasti atau tak buat 'homework' terlebih dahulu. Silap-silap hari bulan ada yang kena tempelak! Itulah Tan Sri Rafidah seorang pemimpin yang tinggi pengetahuan dan expertise dalam bidang yang dikuasainya terutama tentu sekali tentang 'trade and economics'.
 


Jadi pada Ahad lepas sebaik menyambut beliau di lobi Wisma TV, wowww...tergamam ZZ melihat Tan Sri Rafidah yang masih macam dahulu, masih dengan 'pace' langkahnya yang laju sambil tersenyum lebar dari jauh melihat saya. Walaupun beliau digeruni ramai, tapi kalau kena gaya kita 'tackle' beliau, memang Tan Sri Rafidah mudah didekati.  


Masih seperti dahulu, Tan Sri Rafidah semasa ditemubual secara LIVE dalam AKW, tetap tegas dengan pandangannya apabila ZZ soal mengenai senario politik semasa, termasuklah Pergerakan Wanita UMNO dan juga isu BERSIH.

Dalam keseriusan beliau sebenarnya sempat juga ZZ selit soalan-soalan peribadi kepada beliau walaupun pada mulanya cuak juga, tetapi,..ternyata Tan Sri Rafidah memang seorang yang sempoi. Beliau jawab semua soalan ZZ dengan penuh 'sporting'. Antaranya, siapa sangka beliau pandai menjahit, dan kebanyakan tas tangan dan aksesori seperti subang dan rantai beliau buat sendiri??! Tak percaya?? Nak tahu lebih lanjut lagi, pastikan anda semua tengok siaran AKW esok (Jumaat, 25 Mei) pukul 1 tgh hari di TV2, ok!



Sehingga jumpa lagi..Bye!










ZZ - salute to Tan Sri Rafidah.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

ANDA MUNGKIN SUKA NAK BACA.. TERSERAH PADA SELERA MASING-MASING..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...