Biarpun dianggap sebagai aktiviti penuh kenikmatan buat suami isteri namun tidak dinafikan rasa bosan boleh saja muncul dalam perhubungan seks.Ia boleh berlaku jika acara kamar ini tidak disuntik dengan perubahan.
Jika ini dirasai maka pasangan harus mengambil inisiatif tertentu kerana kebosanan yang dirasai boleh saja memberi kesan kepada rumah tangga. Antaranya adalah terjadinya kecurangan.Oleh itu sebaiknya ia dicegah sebelum berlaku.
Praktikkan tip di bawah ini bagi memastikan kebosanan seks tidak menjegah di hati anda dan pasangan.
1. Sekali seminggu
Seseorang yang tidak melakukan hubungan seks dalam jangka masa yang lama boleh menyebabkan penurunan libido dan kadar testoren semula jadinya.Seks sama seperti bersenam atau bersukan,jika seseorang sekali berhenti maka kemungkinan besar ia akan terus menurun.Oleh itu cubalah untuk menyukai dan melakukannya minimun sekali seminggu secara teratur.
2. Terlibat dalam pekerjaan rumah
Wanita cenderung melakukan hubungan seks apabila pasangannya membantu melakukan pekerjaan rumah.Konsep ini disebut dengan 'choreplay'.Kajian dari University of Western Ontario mendapati isteri akan lebih bahagia jika suami terlibat dalam urusan rumah tangga.Manakala studi dari University of Ollinois di Chicago menunjukkan lelaki yang membantu membersihkan rumah dan menguruskan anak,memiliki seks yang lebih baik.
3. Berpelukan selama 20 saat
Pelukan yang dilakukan selama 20 saat akan membuat 'hormon pelukan atau oksitoksin mengalir dan membantu meningkatkan hubungan antara keduanya.Lelaki memerlukan pelukan tiga kali lebih banyak dibandingkan wanita untuk sampai ke tahap yang sama.Jadi berikan pelkan sekali sehari selama satu minit buat pasangan demi menjaga keintiman dan memiliki kehidupan seks yang lebih sihat.
4. Berhenti mengakses pornografi
Pakar menjangka lelaki melakukan mastubasi sebanyak 50 peratus lebih banyak dari biasa jika sering melihat bahan lucah.Terlalu banyak masturbasi akan menurunkan libido yang akhirnya akan menyebabkan kurang hubungan seksual yang boleh memuaskan pasangan.
5. Bersikap lebih positif
Kajian menunjukkan perbezaan antara hubungan seks yang berjaya dan gagal diperngaruhi oleh nisbah interaksi positif dan negatif.Seseorang harus memiliki nisbah 5:1 iaitu 5 untuk fikiran positif dan 1 untuk fikiran negatif.Fikiran yang positif akan membantu seseorang memiliki seks yang hebat.
6. Aksi pemanasan 21 minit
Fakta menunjukkan lelaki lebih mudah orgasma berbanding wanita,sementara wanita tidak konsisten dalam mencapai orgasma.Sebuah kajian yang dilakukan oleh Kinsey and Masters & Johnson menyimpulkan pasangan yang menghabiskan 21 minit atau lebih untuk pemanasan hanya memiliki 7.7 peratus kegagalan orgasma.
7. Menjaga kecergasan
Sudah tentunya seks bersama dengan pasangan yang cergas lebih ghairah berbanding jika pasangan lemah dan layu.Reaksi daripada setiap rangsangan yang diberi sudah tentu juga lebih pantas jika tubuh segar.Oleh itu lakukanlah sesuatu agar tubuh anda kekal cergas rangsangan seks tersebut tidak memudar.
8. Kekal sihat
Kesihatan secara keseluruhan dan kesihatan seksual sangat berkait rapat.Ini kerana diet,stres,nutrisi,olahraga dan ubat-ubatan memberi pengaruh besarterhadap nafsu seks seseorang.Jika salah satu daripadanya tidak sihat,maka kehidupan seks juga akan terjejas.Oleh itu jagalah kesihatan dengan mengamalkan cara hidup sihat,berolahraga dan mengambil makanan berkhasiat.
9. Berkongsi Fantasi
Kajian menunjukkan orang yang aktif berfantasi akan memiliki kehidupan seks yang lebih puas,lebih responsif dan lebih berani.Berkongsi fantasi dengan pasangan tentunya akan memberi kesan besar dalam hubungan intim dan satu perkongsian yang cukup berharga.
10. Saling menghargai
Seseorang lelaki harus memberikan perhatian,tapi jangan pula berlebihan.Ambil kira kepuasan pasangan dan jangan memetingkan diri sendiri atau bersikap ego.
tengah plan nak pegi honeymoon di ulangtahun yang ke 7 tahun nieH...
ReplyDeletethanks for tips!!
thanks for the tips!
ReplyDeleteSemoga berbahagia..
ReplyDeletesaya setuju dengan tip yang diberikan tetapi banyak tip yang menarik boleh di perolehi dari kursus nikmatisteri bagaimana mengekalkan kenikmatan hubungan intim apa yang perlu dilakukan untuk mencapai kebahagiaan sejati
ReplyDeleteSalam dan singgah sini..
ReplyDeletesokong dgn tips2 yang diberikan untuk mengekalkan hubungan intim suami isteri.
thx for the info..
regards;
mrspuex
(http://mrspuex.blogspot.com)
lelaki atau wanita yang gemar melakukan masturbation bukan saja
ReplyDeletehilang nafsu sex pd pasangan malahan mudah menjadi pelupa
rasanyer bile dah beranak pinak memang hormon gitu-gitu tuh down dikit kot.kena usaha lebih sikit nak kasik up balik mood gitu-gitu tuhh..tapi tips kat atas tuh baguss sgt...:P
ReplyDeletethanks for sharing..
Kali pertama singgah sini, konon malu2 kucing nak komen isuni. Tapi tak apa, ini ilmu yang sangat baik. Setuju dgn CheNamNam. Biasanya wanita yg berhadapan dgn kejatuhan mood gitu2 berbanding lelaki.. Tip di atas antara yg boelh dipraktikkan.. :D
ReplyDeleteperkongsian yg hebat ! ..
ReplyDeletesuke2 ... tq sharing
sudi2 singgah teratak saya ;)
http://iedaimmi.blogspot.com
salam,
ReplyDeletebagusnya kalo suami2 mempraktikkan tip nomo 2 tu..senangg sikit keje isteri :)
Asmkm.tq.perkongsian yg amat berguna..terutama mcm akak yg dh lebih 20 thn berumahtangga:)
ReplyDeleteNICE INFO.....:-)
ReplyDeleteSalam ziarah dari teratakusang.com
ReplyDeletePertama kali berkunjung ke sini..