Translate in your language
Tuesday, 5 March 2013
Sunday, 3 March 2013
Video Anak Arwah Yang Terkorban Di Lahad Datu Amat Menyedihkan

ZZ sedih tengok video ni, anak kecil yang masih belum cukup untuk memahami, "ayah kena bom...", "ayah tak sihat"...
Wednesday, 27 February 2013
Biarlah Rupa Buruk...
Ahli hikmah dari Habsyah (Ethiopia) ini bernama Luqman al-Hakim. Menurut al-Quran, Allah SWT menganugerahkan hikmah kepadanya sehingga beliau digelar Luqman al-Hakim (Luqman yang dianugerahi hikmah).
Nama penuhnya ialah Luqman bin Baura. Beliau berketurunan Azar, ayah Nabi Ibrahim as. Dalam Tafsir al-Kasysyaf (karya al-Zamakhsyari), Luqman digambarkan sebagai seorang lelaki yang berkulit sangat hitam dan berwajah buruk dengan bibir yang sangat tebal.
Namun, hati dan akhlaknya tidak seburuk wajahnya. Hatinya amat tulus dan akhlaknya sangat terpuji. Kata-kata hikmah sebagai nasihat selalu keluar daripada bibirnya.
Menurut cerita tradisi Bani Israel, Luqman selalu mengeluarkan kata-kata hikmah (ucapan yang sesuai dengan kebenaran) sehingga akhirnya banyak diketahui masyarakat.
Seseorang pernah bertanya kepadanya, "Bukankah kamu bekas hamba si fulan?" Luqman menjawab: "Benar." Orang itu lalu bertanya lagi, "Tetapi apa yang membuat kamu terkenal seperti sekarang?" Beliau menjawab: "Kekuasaan Allah SWT. Aku selalu berkata benar dan meninggalkan sesuatu yang tidak berfaedah serta selalu menunaikan amanah yang diberikan kepadaku."
Dalam tafsir al-Qurtubi, tertulis bahawa ada tiga orang yang berkulit hitam tetapi sangat terkenal dalam sejarah, iaitu Bilal bin Rabah, Mahja' (hamba Umar bin al-Khattab), dan Luqman al-Hakim.
Ada riwayat yang menyebut bahawa pada suatu hari seseorang terkejut melihat susuk tubuh Luqman yang hitam legam dan berbibir tebal. Pada waktu itu, Luqman mengatakan, "Sekalipun bibirku ini tebal, tetapi apa yang keluar daripada mulutku adalah kata-kata hikmah. Dan sekalipun kamu terkejut melihat kulitku yang hitam legam, namun hatiku putih bagaikan kaca bersih."
Isteri majikan Luqman pernah marah kepada suaminya. Suaminya lalu mencari juadah (makanan yang lazat) untuk isterinya, kemudian meminta Luqman untuk menyerahkan makanan itu kepada kesayangannya (maksudnya isterinya). Setibanya di rumah, Luqman memberikan juadah itu kepada anjing majikannya, bukan kepada isterinya.
Setelah pulang majikannya bertanya kepada isterinya adakah beliau sudah menerima juadah yang dikirim melalui Luqman. Isterinya berkata, "Luqman tidak membawa sesuatu pun untukku. Suaminya marah lalu memanggil Luqman. Luqman menjawab: "Hamba telah memberikan juadah itu kesayangan tuan seperti yang tuan pesan, iaitu anjing tuan."
Luqman menambah, "Anjing itulah yang seharusnya disayangi kerana sekalipun dihina dan disakiti, ia tidak meninggalkan tuan, manakala isteri tuan sebenarnya bukanlah kesayangan tuan kerana beliau sering meminta cerai sekalipun tidak dihina, apalagi dipukul."
Kemuliaan seseorang di hadapan Allah SWT tidak terletak pada keturunannya, tetapi pada ketakwaan dan akhlaknya. Luqman adalah salah seorang yang bertakwa dan berakhlak mulia. Ketakwaan dan kemuliaan akhlaknya dijadikan teladan dalam al-Quran.
Ketakwaan Luqman kepada Allah SWT ditunjukkannya melalui nasihat kepada anak lelakinya, An'am atau Asykam, misalnya tidak menyekutukan Allah SWT kerana perbuatan itu merupakan kezaliman yang amat besar. (rujuk Luqman: 13)
Kemuliaan akhlaknya ditunjukkan melalui nasihat supaya tidak bersikap sombong dan angkuh kepada sesama manusia (rujuk Luqman: 18) dan perkataan lembut kerana seburuk-buruk suara ialah suara keldai (rujuk Luqman: 19).
Baca Selanjutnya ...

Video Bapa Yang Bakal Menangis Sepanjang Hayat
ADUH!
Inilah akibatnya...
Memang kadang2 ada parents yang tidak matikan enjin motor dan biar je anak atas motor tu... selalu nampak....ok, tahukah korang yang itu merbahaya??
Monday, 25 February 2013
Rahsia Bayi Menangis

Apabila anak kecil kadang suka menangis
Maka janganlah kalian memukul mereka..
Mereka bukan menangis karena semaunya sendiri (suka-suka ).
Melainkan mereka menangis karena TIGA perkara :
Dalam usia SETAHUN anak kita :
4 bulan pertama tangisan mereka adalah untuk MENTAUHIDKAN TUHAN NYA.
4 bulan kedua tangisan mereka adalah untuk BERSELAWAT kepada NABI nya.
4 bulan seterusnya tangisan mereka adalah untuk MENDOAKAN AYAH BUNDA MEREKA dan memohon AMPUN untuk kedua nya.
Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
Janganlah kamu PUKUL anak-anak kamu di sebabkan mereka MENANGIS dalam masa setahun karena pada 4 bulan pertama dari lahir nya ia BERSYAHADAT LA ILAAHA ILLALLAH.
Pada 4 bulan kedua ia berselawat ke atas ku .
Dan 4 bulan seterusnya ia mendoakan kedua ibu bapa nya.
( H.R. Abdullah Ibnu Umar radhiallahu anhu ).
Pada riwayat yang lain Baginda Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda :
Tangis anak di waktu kecil adalah pada 4 bulan pertama ia bertauhid dan 4 bulan kedua dia berselawat atas Nabi dan 4 bulan seterusnya ia beristighfar bagi ayah bunda nya.
Imam Anas bin Malik radhiallahu anhu meriwayatkan bahwa :
Bagida Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda :
Anak-anak SEBELUM sampai BALIGH apa-apa yang di perbuat dari pada KEBAIKAN maka di tuliskan untuk diri nya dan untuk kedua ayah bunda nya.
Dan apa-apa yang di perbuat nya daripada KEJAHATAN maka tiadalah di tuliskan untuk diri nya dan tidak juga untuk kedua ayah bunda nya.
Tetapi apabila telah BALIGH berlaku lah yang di tulis itu atas nya ia itu BAIK dan BURUK NYA.
Saturday, 23 February 2013
Suami...Anda Kuat Kerana Isteri...
Ada yang mengatakan seperti ini " aku berjaya atas usaha aku sendiri , aku tak perlukan perempuan dalam hidup aku. Dan ada juga yang mengatakan " aku dah selesa dengan hidup aku dan kerjaya aku, aku tak perlukan lelaki dalam hidupku, hadirnya mereka itu hanya untuk menyakitkan saje.
Dalam hidup kita ini saling memerlukan antara sesama jantina untuk menghasil keharmonian alam dan siapa kita untuk melawan fitrah manusia yang hidup berpasang-pasangan. Sejak azali lagi hawa tercipta untuk adam. Tanpa hawa pastinya adam akan kesepian dan tanpa adam pastinya hidup hawa tak sempurna.Itulah hidup kita. Siapa pon kita ,mesti kita mahukan seseorang yang mampu terima kita seadanya dan membahagiakan kita.
Kita tak perlu sombong setiap kejayaan dan kemenangan yang kita dapatkan.. pastinya kejayaan kita hari ini dan hari seterusnya bukan hanya kerana diri kita tetapi ada yang bersama kita yang selalu ada untuk kita dan mendoakan kita. Mungkin kamu boleh katakan bahawa kamu tak perlukan lelaki atau perempuan dalam hidup kamu tapi sebenarnya kamu ego dan terlupa bahawa orang yang ada di sekeliling kamu adalah bahagian dari jantina itu . Lainlah kalau duduk dengan pondan dan sebagainya.
Yelah mana tidaknya, kejayaan kamu hari ini adalah hasil doa ibu bapa, adik beradik , keluarga dan rakan-rakan yang tak pernah berhenti mendoakan kamu. Adakah kamu lupa ?
Wahai Manusia Bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari seorang manusia (iaitu Nabi Adam A.S) dan daripadanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang ramai. Bertaqwalah kepada Allah yang dengan mempergunakan namanya kamu saling meminta antara satu sama lain, dan peliharalah hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.(Surah An-Nissa’: 1)
kejayaan seorang lelaki adalah kerana ada wanita dibelakangnya yang menjadi kekuatan . Tentulah kepada yang bujang ,ibumu ,kakak dan bakal menjadi penamping hidupmu yang selalu berdoa dan membantumu ketika susah dan senang. Kepada lelaki yang sudah berumah tangga, pastinya isterimu yang selalu ada bersamamu di kala suka dan duka.
Duhai kaum adam , tanpa hawa hidup kamu tak sempurna, tanpa hawa hidup kamu tak keruan dan tanpa hawa kamu tak kenal erti kasih sayang. Hawa mampu mengoncang dunia, dia mampu menjadi penawar dan dia mampu menjadi tuba untuk adam. Dan di situlah tugasmu untuk memimpin hawa sama arah kebaikan atau lembah durjana.
Duhai kaum hawa, jangan dirimu terlena kerana keasyikan duniamu tersendiri, Tanpa adam dirimu tidak tahu apa itu erti cinta, benci, rindu dan semua ada pelbagai perasaan di dunia.Mungkin adam itu kadang kala menyakitkanmu tetapi dia juga yang membahagianmu.
Sebenarnya acik cuma nak buat entry simple saje , sebab masa event tadi ada seorang speaker katakan ayat seperti di atas itu, Allah jadi lelaki dan perempuan mempunyai tugas yang tersendiri. Tanpa lelaki bagaimana sesuatu kaum itu mahu berkembang ? dan tanpa perempuan bagaimana nak lahirkan zuriat dan memperkembangkan umat ?
Kita saling memerlukan satu sama lain, kita tak mampu hidup keseorangan, Jodoh itu memang rahsia Allah , kepada yang belum di anugerahakn seseorang dalam hidupnye itu ,,sabar yer Allah tahu yang terbaik untuk kamu dan akan tibanya pasti kamu dapatkan selayaknya untuk kamu.
-akupenghibur
Friday, 22 February 2013
Makan Epal Boleh Buat Anda...
Sesetengah makanan dikatakan boleh mempengaruhi diri anda untuk menjadi seorang pelupa. Oleh itu, baiklah kita makan secara berpada-pada jenis makanan penyebab pelupa terutamanya sekiranya anda seorang pelajar.
Kenapa? Nanti jadi pelupa. Selain daripada itu ada beberapa lagi faktor makanan yang menjurus kepada penyakit pelupa ini. Mari kita tengok senarai di bawah ini apa makanan yang perlu dielakkan.
Orang tua-tua selalu mengingatkan supaya jangan selalu makan kepala ikan, kerana takut cepat jadi pelupa. Tetapi biasanya amaran ini tidak diendahkan oleh anak-anak. Tetapi kini apabila sering menjadi pelupa, saya mula terfikir akan kebenaran kata orang tua-tua itu. Dan hadis juga ada mengatakan jangan banyak makan kepala ikan, nanti jadi pelupa sebab dalam kepala ikan ada acid yang boleh rosakkan neuron-neuron dalam otak kita (Wallahua’lam)
Pada pandangan saya benda-benda ini seeloknya kita elakkan daripada mengambilnya dengan berlebihan ataupun kurangkan kekerapan mengambilnya.
Makanan Yang Boleh Buat Jadi Pelupa
1. Banyak makan epal yang sudah masam.
2. Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jeruk buah-buahan.
3. Banyak makan bawang besar.
4. Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering.
5. Memakan kepala ikan.
6. Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan.
7. Makan sehingga terlalu kenyang.
8. Makan makanan yang disentuh oleh tikus.
9. Makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah.
10. Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam.
11. Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet. Umpamanya, minuman bergas dan makanan segera (junk food). Ketahuilah bahawa bahan kimia di dalamnya boleh menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.
Setiap perkara perlu diusahakan, seperti yang selalu simpan dalam diri ini “bahawa kehidupan, tubuh badan dan akal fikiran adalah anugerah dan amanah daripada Allah s.w.t.
Thursday, 21 February 2013
Pemakanan Si Comel Bila Mulanya...
Masa terbaik untuk memberi anak makanan pejal bermula pada usia 6 bulan atau bergantung kepada kesediaannya kerana ada sesetengah bayi mula mengambil makanan pejal sebelum usia menjangkau 6 bulan.
Anda sepatutnya memperkenalkan makanan pejal kepada anak secara berperingkat.
Ketahuilah bahawa makanan bayi yang disediakan sendiri di rumah adalah yang terbaik untuk anak kerana segar dan tidak menggunakan sebarang bahan pengawet.Pemilihan bahan yang digunakan untuk memasak makanan bayi harus dititik beratkan agar makanan yang disediakan adalah berkualiti.
6 bulan
Tekstur makanan : Puri yang halus/makanan yang diblander
Minuman: Susu ibu.
Makanan yang dicadangkan: Beras, pisang, ubi kentang, keledek, bayam dan lobak merah.
Perlu dielakkan: Garam, gula, produk tenusu, telur dan kekacang.
8 bulan
Tekstur makanan: Puri yang sedikit kasar/makanan yang dilecek
Minuman: Susu ibu atau susu formula dan air masak atau jus buah-buahan yang dicairkan
Makanan yang dicadangkan: Buah-buahan dan sayur-sayuran.
Perlu dielakkan: Garam, gula, susu lembu segar, organ dalaman haiwan, kekacang dan putih telur.
10 bulan
Tekstur makanan: Makanan yang dilenyek kasar.
Minuman: Susu ibu atau susu formula dan air masak atau jus buah-buahan yang dicairkan
Makanan yang dicadangkan: Buah-buahan, sayur-sayuran, ikan dan ayam.
Perlu dielakkan: Garam, gula, putih telur, kerang-kerangan, kekacang dan cili.
12 bulan
Tekstur makanan: Makanan yang dilenyek kasar
Minuman: Susu ibu atau susu formula, air masak atau jus buah-buahan yang dicairkan
Makanan yang dicadangkan: Sayur-sayuran, buah-buahan, makanan berprotein dan bijirin.
Perlu dielakkan: Garam dan gula yang terlalu banyak, cili dan kerang-kerangan.
Bersama-sama ini ada beberapa cadangan agar memperkenalkan makanan pejal kepada bayi anda lebih mudah:
- Ikut kehendak bayi anda. Bayi perlu belajar untuk menggerakkan makanan daripada lidahnya ke tekak dan kemudian menelannya.
- Berikan makanan dalam kuantiti yang bersesuaian. Jangan memaksa anak makan terlalu banyak kerana saiz perutnya sangat kecil.
- Sentiasa pastikan anda berada di sisi anak ketika dia sedang makan bagi memastikan dia tidak tercekik.
- Jangan memaksa anak untuk makan. Bayi tahu berapa jumlah makanan yang mereka perlukan. Biasanya mereka akan menolak makanan yang anda suapkan apabila sudah kenyang.
Wednesday, 20 February 2013
Terlampau !!!
Berborak, berkongsi cerita, bergurau senda, itu semua sudah menjadi lumrah dalam hidup kita didunia ni. Tapi kalau gini caranya nak bergurau, mau gugur jantung rasanya… berpada-padalah. Bak kata orang, kalau berhibur jangan sampai terlanjur, kalau bergurau jangan sampai terlampau.
best10f4
Tuesday, 19 February 2013
[VIDEO] PENGAKUAN EKSKLUSIF ROSMAH MANSOR
Semalam DS Rosmah Mansor telah mengadakan sidang media khas sempena Konsert Permata Seni yang akan diadakan pada 25 & 26 Feb ini di Istana Budaya.
Dalam sidang media tersebut DS Rosmah tersebut beliau telah membuat 'pengakuan eksklusif'.. nak tau tontonlah video di bawah..
KREDIT TO PERAK TODAY
KREDIT TO PERAK TODAY
Gambar Kanak-Kanak Ini Terima Kecaman Seluruh Dunia
Seorang tentera Israel telah membangkitkan kemarahan orang ramai apabila dia memuat naik gambar kepala seorang kanak-kanak Palestin yang dijadikan sasaran penembak tepat.
Mor Ostrovski seorang sniper israel memuat naik gambar di atas di instagram miliknya namun dia mengatakan gambar tersebut ditemui di internet.
Dia kemudian menutup akaun miliknya setelah gambar tersebut mendapat kecaman sebagai tidak berperikemanusiaan.

Monday, 18 February 2013
Video Bayi 4 Bulan Kena Dera
Kepada yang ada pembantu rumah berhati-hati. ZZ mohon kita "Share" video ini dengan sebarkan bagi memberikan kesedaran kepada umum.
Sunday, 17 February 2013
Wanita 1/3 Jadi Banduan
Di Argentina 1/3 dari banduan yang menduduki penjara adalah terdiri dari wanita. Sejak 20 tahun kebelakangan ini jumlah banduan wanita semakin bertambah. Kebanyakannya dipenjara atas kesalahan menjadi keldai dadah dan merompak semata-mata mahu menyara keluarga.
Akibatnya ada diantara mereka yang menjadi ibu ketika di dalam penjara. Di Argentina banduan wanita dibenarkan membesarkan anak yang dilahirkan di dalam penjara sehingga mereka berumur empat tahun.
Anak-anak ini menjalani hidup seperti kanak-kanak biasa cuma dibesarkan di dalam sel penjara. Kasihan juga melihat mereka ini. Jadi adik-adik diluar sana. Kalau mahu jadi penjahat sila mandulkan diri anda untuk kebaikkan bersama.

ZZ ; Hendaklah kita doakan agar Malaysia tidak jatuh ke tangan manusia yang punya cita-cita hancurkan Islam.
-blogserius
Friday, 15 February 2013
Wanita Wajar Tahu Cara Kawal Diri Masa Kecemasan

BREK GAGAL BERFUNGSI
- Seseorang pemandu menekan injak brek, tetapi injak brek terus menyentuh lantai.
- Pamkan injak brek dengan segera, bagi memulihkan tekanan brek.
- Sekirannya gagal, tarikkan brek tangan beransur-ansur, tukar gear rendah dengan menggunakan kuasa pemampatan enjin untuk memperlahankan kenderaan.
- Sekiranya, brek terus gagal berfungsi ketika berada di atas bukit, bukit curam atau kenderaan itu membahayakanpengguna Jalan raya yang lain, segera carikan objek untuk digesel seperti semak ditepi Jalan , rel adang dan bahu Jalan, agar kenderaan dapat dikawal dan memperlahankannya.
- Gunakan hon dan lampu untuk memberi amaran kepada lain-lain pemandu dan penjalan kaki.
KENDERAAN TERBABAS
- Sekiranya bahagian belakang kenderaan terbabas, lepaskan pedal pemecut dengan segera.
- Pusingkan stereng mengikut arah belakang yang terbabas itu.
- Jangan gunakan brek dalam keadaan ini.
PEMECUT TERLEKAT
- Jika jalan raya selamat, cuba tarikkan injak pemecut yang terlekat dengan hujung kasut anda.
- Sekiranya tidak boleh, matikan suis enjin dan gunakan brek untuk cuba memberhentikan kenderaan.
- Pegang stereng dengan kuat, supaya tidak terkunci semasa suis enjin dimatikan.
- Berhenti segera ditempat yang selamat dan baiki injak pemecut yang rosak.
- Jikalau gagal hubungi mekanik.
BONET TERBUKA
- Brek secara beransur-ansur.
- Naik ke atas bahu Jalan.
- Lihat melalui tingkap untuk panduan dan berhenti memandu.
- Sentiasa pastikan bahawa bonet itu ditutup rapat selepas kenderaan digerakkan.
TAYAR PECAH
- Pegang stereng dengan erat.
- Jika tayar belakang yang pecah, kenderaan akan tidak stabil iaitu membelok ke kiri dan ke kanan.
- Brek perlahan-lahan dan berhati-hati.
- Brek dengan tiba-tiba menyebabkan kenderaan berpusing dan sukar dikawal.
- Naik ke atas bahu Jalan perlahan-lahan di kawasan rata dan selamat untuk menukar tayar.
- Jangan tukar tayar di kawasan bahaya.
- Nyalakan lampu kecemasan atau meletakkan alat-alat kecemasan yang lain agar pemandu kenderaan lain akan mengetahui ada kecemasan di hadapan.
xinzeri
Thursday, 14 February 2013
Suami Kekadang Tidak Perasan Apa Isteri Nak
Perbuatan yang amat di sukai isteri terkadang para suami tidak tahu.
1. Memegang kedua tangannya ... saat ada keperluan ataupun tidak ... genggaman tangan membuat wanita akan merasa tenang dan aman...
2. Menyibakkan rambut yang jatuh menutupi wajahnya ... wanita akan merasa bahwa dirinya di perhatikan...
3. Kapanpun saat ia menangis sekalah air mata dengan ujung jari secara lembut ... wanita akan merasa amat di sayang....
4. Katakanlah " Aku Mencintaimu " meskipun saat dia marah ... wanita akan lembut hatinya, hilang marahnya bahkan kadang kala ia akan membalas dengan kata2 yang sama...
5. Mencium tangannya , menganggapnya
Nikmat dan Anugrah luar biasa dari ALLAH katakan padanya .. bahwa engkau bersyukur karena ALLAH telah menganugrahkan dirinya padamu ... wanita akan merasa bahwa ialah satu2 nya yang ada dalam hatimu ... dan
tidak ada yang lain ....
Subscribe to:
Posts (Atom)