|
Walaupun Ramadan belum berakhir,
tetapi tidak salah kalau kita muhasabah ke hadapan. Maksudnya, kita
gerakkan hati dan fikiran kita untuk melihat apa yang akan kita ’dapat’
atau
siapa kita akan ‘jadi’ pasca Ramadan ini. Supaya dengan itu, kita
belajar menghargai detik Ramadan yang masih berbaki. Jangan sampai bila
ia berlalu, kita menepuk dahi… kesal kenapa kita tidak mendapat apa-apa
atau diri masih di takuk lama.
Bukankah Rasulullah SAW sendiri
mengingatkan dalam sebuah hadisnya, betapa ada muslim yang berpuasa
tidak mendapat apa-apa kecuali lapar dan dahaga dan tidak mendapat
apa-apa daripada
Qiamullailnya melainkan letih dan kepenatan berjaga malam semata-mata.
Apakah hasil yang kita harapkan
selepas berpuasa di bulan Ramadan? Apakah bentuk manusia yang kita akan
jadi selepas keluar dari ‘kem latihan’ Ramadan ini? Ya, mari bermula
dengan
satu pengakiran – menjangka hasil akhir ketika memulakan. Supaya dengan
ini, puasa yang berbaki beberapa hari sahaja lagi ini akan kita
laksanakan penuh keikhlasan dan pengharapan. InsyaAllah agar segala dosa
terampun, dan kita meningkat menjadi insan yang
lebih baik berbanding bulan-bulan sebelumnya.
Ingatlah, bahawa tujuan berpuasa
adalah untuk melahirkan taqwa. Orang yang bertaqwa itu sangat
berhati-hati menjaga hukum Allah. Dia juga akan mencegah dirinya
daripada berbuat sesuatu
yang diharamkan Allah. Begitulahlah erti taqwa – sentiasa berhati-hati
dan sentiasa mencegah diri daripada segala yang dimurkai Allah. Persis
seperti yang digambarkan oleh Ubai bin Kaab, apabila ditanya oleh
Sayidina Umar tentang taqwa. Kata Ubai, “seperti
seorang yang sedang melalui jalan yang penuh duri.” Maksudnya, sangat
berhati-hati agar tercegah daripada memijak duri!
Dan sudah sewajarnya keluar sahaja
daripada madrasah Ramadan, umat Islam sudah mencapai taqwa. Dia akan
berhati-hati apabila hendak bercakap, belajar, makan, bertindak,
berfikir
dan bertindak agar sentiasa berada dalam keredaan Allah. Dia tidak
sembarangan lagi berbuat sesuka hati melainkan terlebih dahulu merujuk
kepada hukum Allah yang lima – halal, haram, sunat, makruh dan harus.
Daripada persoalan sekecil-kecilnya, seperti masuk
ke dalam tandas sehingga mengatur dan memimpin urusan negara.
Taqwa itu berada di dalam diri.
Rasulullah SAW menunjukkan ke dadanya, apabila memberi penjelasan
tentang taqwa. Namun, yang di dalam hati itu akan memberi kesan kepada
luaran, justeru
hati itulah yang mengawal segala perlakuan. Walaupun taqwa itu nilai
seseorang di sisi Allah, namun kesannya begitu besar kepada hubungannya
sesama manusia. Manusia bertaqwa, akan berakhlak dengan manusia.
Tegasnya, siapa yang paling akrab dengan Allah, seharusnya
dia juga paling intim dengan manusia. Habluminallah dan habluminannas
saling berkaitan.
Seorang wanita yang rajin bangun
malam (qiamullail) dan berpuasa sunat pada malam hari, masih menjadi
ahli neraka kerana mulutnya sering menyakiti hati jirannya. Demikian,
seperti
yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW. Seorang lelaki yang ibadahnya
‘biasa-biasa’ sahaja mengikut ukuran para Sahabat, sampai tiga kali
diisytiharkan sebagai ahli syurga oleh Rasulullah SAW sendiri kerana
tidak memiliki sifat hasad. Fikirkan, betapa taqwa itu
pasti menjana pembentukan akhlak.
Tidak hanya setakat itu, taqwa itu
juga akan memberi kesan kepada pekerjaan atau peranan seseorang. Selain
akhlak, buah taqwa itu adalah itqan. Apa itu itqan? Ia adalah satu sikap
yang sangat iltizam (komited) dengan memperelokkan kerja. Orang
bertaqwa akan membuat segala kerja yang dimanahkan kepadanya dengan
itqan. Ia menjadi orang yang sangat efektif, efIisen dan berpegang
kepada nilai etika yang tinggi dalam pekerjaannya.
Allah suka kepada seseorang yang
apabila dia melaksanakan kerja, dia memperelokkan kerjanya (Itqan).
Itqan di dalam kerja dicapai apabila kerja itu dilakukan dengan ilmu dan
kemahiran
yang tinggi. Sistematik dan terancang, mengambil amanat daripada
Sayidina Ali, “yang hak tetapi tidak tersusun akan dikalahkan oleh
kebatilan yang tersusun.” Umat yang bertaqwa sentiasa melaksanakan kerja
yang betul (berkesan) dengan betul-betul (cekap).
Jika taqwa itu darjat manusia di
sisi Allah, akhlak itu nilai di sisi manusia, itqan pula ialah ukuran
kecemerlangan dalam perkerjaan. Dengan taqwa dan akhlak, tercapai
kesempurnaan
tugasan sebagai hamba Allah. Manakala dengan itqan tercapai
kesempurnaan peranan sebagai khalifah. Sebagai hamba Allah, kita menjadi
manusia yang baik (soleh), sebagai khalifah kita mampu memberi kebaikan
(musleh) kepada orang lain dan alam sekitar. Dengan
akhlak, kita membina tamadun rohani. Dengan itqan kita membangun
tamadun material . Ertinya, orang bertaqwa itu akan berjaya di dunia dan
di akhirat. Umat yang bertaqwa bukan sahaja selamat, malah mampu
menyelamatkan.
Lalu, mariah kita bermuhasabah –
dengan fikir yang lurus, dengan zikir yang tulus, apakah tujuan berpuasa
sudah tercapai? Apakah taqwa yang menjadi ‘target’ sudah kesampaian?
Untuk
menjawabnya, mudah… lihat pada akhlak dan itqan. Apakah akhlak sudah
terbina? Apakah kita sudah mampu melakukan perbuatan baik dengan mudah,
secara spontan dan tanpa perlu difikir-fikirkan lagi (seperti takrifan
akhlak oleh Imam Ghazali)? Jika kita jujur,
jawapannya ialah belum!
Lihat sahaja perbuatan jenayah,
penyalahgunaan dadah, seks bebas dan pelbagai keruntuhan akhlak. Akhlak
umat Islam masih jauh daripada piawaian yang ditetapkan oleh Allah dan
RasulNya
dalam Al Quran dan As Sunah. Kata mengata, fitnah memfitnah, umpat
mengumpat, terus berleluasa melibatkan seluruh peringkat masyarakat,
terpapar dalam media masa cetak dan eletronik. Mana nilai kita di sisi
manusia?
Di dalam pekerjaan, tahap kecekapan
dan keberkesanan pekerja-pekerja Islam masih jauh ketinggalan. Bukan
sahaja kita berdepan dengan masalah, ponteng, curi tulang, curi masa dan
sebagainya tetapi tahap kemahiran dan ilmu masih tertinggal berbanding
pekerja bukan Islam di negara-negara maju. Bidang penyelidikan dan
pembangunan kita masih jauh ketinggalan. Al hasil, kualiti dan
produktiviti produk dan perkhidmatan negara-negara umat
Islam masih belum mampu menandingi negara bukan Islam.
Mana taqwa yang kita lahirkan
menerusi madrasah Ramadan? Mengapa akhlak dan itqan kita masih di
pinggiran? Tamadun rohani dan tamadun material kita masih rendah dan
terkebawah. Puasa
kita umpama pohon yang tidak berbuah. Menanam sudah selalu, tetapi
pokoknya tidak berbuah. Jangankan untuk membangunkan umat yang mampu
menyelamatkan… bahkan kita sendiri pun masih tidak selamat? Puaskah kita
dengan puasa yang tidak membina taqwa ini? Ayuh
fikirkan!
Jika belum, mari kita bermula
semula. Tidak ada istilah terlambat untuk melakukan suatu yang baik.
Pertama, jaga niat agar ikhlas berpuasa kerana Allah. Semata-mata kerana
Allah,
bukan kerana adat kebiasaan, bukan didorong semata-mata oleh fadilat
atau mengharapkan hikmah di sebalik pengamalannya. Bulat tekad kita
kerana Alah. Nafsu yang menjadi hijab antara kita dengan Allah selama
ini kita henyak dengan lapar dan dahaga… kita tutup
semua pancaindera daripada menyalurkan ‘tenaga’ kejahatan kepada nafsu.
Mulut, telinga, hidung dan segala pancaindera kita kawal… jangan
sekali-kali terlibat dengan dosa.
Jadilah insan yang bisu, tuli, buta,
lumpuh daripada bercakap, mendengar, mencium dan menghampiri maksiat.
Mujahadahlah.. walaupun sukar kerana kesukaran itulah nilai puasa kita
di sisi Allah. Cinta kita jangan diserahkan kepada yang lain, maksudnya
seluruh pancaindera kita itu kita ‘serahkan’ hanya kepada Allah. Jika
‘terbuat’ dosa secara tidak sengaja… segeralah beristighafar dan
bertaubat. Bersihkan hati kita ketika berhubung dengan
semua manusia agar suci hubungan kita dengan Allah!
sumber: Insan Network
|
Translate in your language
Friday, 10 August 2012
MENJANGKAU PASCA RAMADAN...TAZKIRAH JUMAAT
PRODUK HARMONY TEMBUSI PASARAN TIMUR TENGAH
Alhamdulillah, berkat Ramadhan rezeki ZZ dan Harmony bertambah murah. Semalam termeterai sudah produk Harmony akan dipasarkan di Timur Tengah mulai September ini. (tarikh sama dengan hari lahir hubby..)
Dengan pelantikan sebuah syarikat pengedaran barangan farmaseutikal terkemuka di Kuwait dan Timur Tengah sebagai agen tunggal maka hasrat ZZ untuk memasarkan produk Harmony di sana tercapai. Alhamdulillah kerana ini merupakan langkah permulaan buat ZZ mengembangkan sayap ke pasaran global apatah lagi memandangkan produk Harmony yang baru berusia 4 bulan.
Mulai September ini, pengguna di Kuwait khususnya dan Timur Tengah amnya boleh membeli produk Harmony dirangkaian farmasi terkemuka di sana. Buat permulaan ini, hanya Vagina Tightening Gel yang dapat dipasarkan disana. Produk-produk lain akan menyusul kemudian.
Untuk makluman para pembaca, kesemua rangkaian produk Harmony merupakan hasil penyelidikan saintis tempatan dan dikilangkan secara Islamik di dalam negara. Ia selamat digunakan tanpa mengandungi bahan terlarang mahupun racun berjadual. Inilah merupakan faktor utama penerimaan produk Harmony di pasaran Timur Tengah.
InsyaAllah, selepas Aidilfitri ini ZZ akan mengadakan misi memasarkan produk Harmony ke beberapa negara Asia Tenggara terutamanya Brunei, Singapura dan Indonesia. Kepada rakan-rakan usahawan di Brunei, Singapura dan Indonesia yang berminat bolehlah menghantar email kepada zamzarinazambri@harmony.com.my untuk membuat temujanji bersama ZZ di sana nanti.
ZZ juga ingin memaklumkan bahawa tawaran menjadi pengedar dan stokis masih dibuka untuk mereka yang berminat. Sebarang pertanyaan boleh hubungi tol free 1-300-22-7622, 012-6229970 atau info@harmony.com.my
InsyaAllah, selepas Aidilfitri ini ZZ akan mengadakan misi memasarkan produk Harmony ke beberapa negara Asia Tenggara terutamanya Brunei, Singapura dan Indonesia. Kepada rakan-rakan usahawan di Brunei, Singapura dan Indonesia yang berminat bolehlah menghantar email kepada zamzarinazambri@harmony.com.my untuk membuat temujanji bersama ZZ di sana nanti.
ZZ juga ingin memaklumkan bahawa tawaran menjadi pengedar dan stokis masih dibuka untuk mereka yang berminat. Sebarang pertanyaan boleh hubungi tol free 1-300-22-7622, 012-6229970 atau info@harmony.com.my
ZZ ~ terima kasih atas doa dan sokongan semua
Thursday, 9 August 2012
Acne And Its Treatment
Acne is a MENACE!
However, it is not something that cannot be tackled. There are loads of acne skin care products around. We can classify acne skin care products into 3 broad categories:
* Preventive or general acne skin care products
* Over-the-counter, specialised acne skin care products
* On-prescription acne skin care products.
The general acne skin care products are the ones that are used as acne-prevention measure. These include cleansers, make-up removers and similar products that help prevent acne. In the real sense, these acne skin care products are just those that should anyway be part of your daily routine.
![]() |
| Acne??? Help!!! |
However, some of these are more oriented to act like an acne skin care product. These acne skin care products act against the causes of acne e.g. limiting the production of sebum/oil and preventing clogging of skin pores. Basically, these acne skin care products prevent the oil from getting trapped in pores and hence hamper the growth of bacteria that lead to acne. The general acne skin care products also include exfoliation products like skin peels. These work towards removing dead skin cells, hence reducing the possibility of pore-clogging and bacteria development.
Then there are specialised acne skin care products that are available over-the-counter i.e. without the need of a prescription. These include products like vanishing creams which extract the extra oil from the skin. Most of these acne skin care products are based on benzoyl peroxide and salicylic acid, both of which are the enemies of bacteria (and hence acne).
You should start with a product that has lower concentration of benzoyl peroxide (e.g. 5%) and see how your skin responds to it. Alpha-hydroxy-acid based moisturizers are also popular as acne skin care products. You might have to try a few, before you zero-in on the acne skin care product that is effective for you. If nothing seems to work, you should contact a dermatologist.
| Acne & Pimple Treatment |
So, with all those acne skin care products, tackling acne is not that difficult.
The bottom line is that acne is very treatable and it's something that almost all of go through. If you have an acne or pimple problem, you need to check myBeauty products, specifically the Acne and Pimple Cream. Click this link to check it out: Acne & Pimple Treatment
Wednesday, 8 August 2012
GARA-GARA NAK BUANG BULU, ALAT SULIT MELECUR !!
Keghairahan seorang wanita menjaga kecantikan dalaman, membawa padah apabila alat sulitnya melecur tahap dua selepas menjalani terapi di sebuah pusat rawatan kecantikan.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Miss Lee, dikatakan terpengaruh dengan iklan membuang bulu roma menggunakan teknologi nano ditawarkan pusat kecantikan terkenal di ibu negara itu menerusi sebuah akhbar tempatan.
Bercakap pada sidang media di pejabat Biro Aduan Awam MCA, di sini semalam, wanita terbabit yang belum berkahwin dan bekerja sendiri, berkata dia mendaftar untuk menjalani terapi `Nano Light Hair Removal bagi tempoh dua tahun dengan kos RM3,500, Januari lalu.
Rasa sakit luar biasa
Saya menjalani enam sesi terapi dilakukan seorang ahli terapi sama, memang sakit tetapi tidak keterlaluan. Namun sesi 22 Julai lalu dikendalikan seorang ahli terapi lain dan sebaik bermula, kulit pada alat sulit saya mula rasa seperti terbakar dan sakitnya amat luar biasa.
Saya memberitahu ahli terapi berkenaan, namun wanita itu memaklumkan ia perkara biasa dan terus menjalankan terapi selama 20 minit. Selesai sesi itu, alat sulit saya semakin sakit dan ada kesan lecur pada kulit, lalu terus ke sebuah pusat perubatan untuk rawatan.
sumber : Informasi.My
Tuesday, 7 August 2012
AIR TANGAN ZZ...NYUMMM !!
| Daging masak ketumbar ZZ |
Salam Ramadan,..syukur dah masuk 18 hari kita semua berpuasa. Hari ini hari yang spesial sebab ZZ telah berhempas pulas menyediakan dua juadah untuk berbuka puasa bersama ahli keluarga APA KATA WANITA di RTM petang nanti.
Menu di atas tu adalah resepi emak ZZ, memang lah sedapppp apa lagi ZZ sendiri yang memasaknya.
Menu kedua kat bawah ni, adalah favourite turun-temurun keluarga Minang ZZ. Daripada generasi moyang ZZ sehingga ke anak-anak ZZ. Dalam keluarga ZZ kalau sape tak reti atau perasan tak reti nak makan SAMBAL JERING (atau dalam bahasa Minanag " Sambal Jariang"), memang kira lupa daratan lah tu..hehe..
| Sambal Jering ZZ |
Yang kelakarnya, kali pertama ZZ menjamu rakan-rakan ZZ termasuk kru penerbitan AKW pekena sambal jering ni, sampai lah sekarang ni, ZZ selalu dirayu-rayu untuk buat sambal jering ni. Tapi bukan senang nak buatnya, yang pertama sekali kena cari kat pasar Chow Kit jering tumbuh yang berakar-akar tu,..kalau pakai jering biasa tu tak ummph!
Jadi oleh sebab dah BERJANJI, ZZ kena tunaikan..jadi kawan-kawan semua, nantikan berbuka petang nanti, kita makan sama-sama kat ofis ok...Kebetulan malam ini pukul 8:30pm kami buat rakaman Raya AKW di Studio 1 bersama warga emas Rumah Kebajikan Al-Fikrah.
Sekali you all rasa, pasti forever LIKEEEE..
ZZ ~ menggemari masakan kampung yang pedas2!!
RAYA: BALIK KAMPUNG SIAPA?? SUAMI TIADA KUASA VETO??
Dah bincang ke raya tahun ni nak balik kampung siapa? Kampung suami atau kampung isteri? Benarkah isu balik kampung siapa boleh mencetuskan perang dingin suami isteri? Kena berlaku adil? Adil yang bagaimanakah? Benarkah suami tiada kuasa veto? Kongsikan pandangan, pendapat dan nasihat anda bersama Apa Kata Wanita..
Saksikan ulangsiar Apa Kata Wanita...Zamzarina yang membincangkan topik BALIK KAMPUNG SUAMI ATAU ISTERI? pada jumaat ini 10 Ogos 2012 jam 1 petang di tv2...
Monday, 6 August 2012
VIDEO PANAS HARAMJADAH 18SX DI BULAN PUASA??
Salam Ramadan,
Pagi-pagi ni ZZ masuk ofis.. tersentap membaca kisah benar berserta klip lakonan semula cerita isteri kepada seorang YB (Yang Berhormat ke perangai macam ni??) yang dihalau macam anjing kurap. Langsung tidak menghormati seorang isteri yang telah sekian lama hidup susah senang dengannya dan melahirkan pula anak-anaknya??
Anak perempuannya pun ZZ geram kerana takut tak dapat duit belanja daripada ayah sanggup tak membela ibu sendiri..
Meluat ZZ tengok gelagat isteri MUDA tu..
Inilah yang diibaratkan, HABIS MADU SEPAH DIBUANG!...SUDAH DAPAT GADING BERTUAH, TANDUK TIDAK BERGUNA LAGI!!
Heyy,.. ZZ tak nak cakap lebih-lebih nanti jadi sakit hati terkeluar pula kata-kata yang tak baik, mengurangkan pahala puasa hari ini.
Overall sedih pun ada.. lawak pun ada.. hehe.. mcm2 video orang buat kat youtube skang ni.. tepuk dada tanya selera..
U alls baca dan tontonlah sendiri kat sini, ya..
ZZ ~ hidup ini ibarat roda.. Sapelah yang buat video ni.. huhu..
CHONG WEI TEMPELAK BLOG NAKAL!! JANGAN CAMPURADUKKAN POLITIK DAN SUKAN!!
Penyumbang pingat Perak Olimpik 2012 menerusi acara
Badminton Perseorangan, Datuk Lee Chong Wei menemplak blog-blog nakal yang
menyifatkan kehadiran isteri Perdana Menteri, Datin Sri Rosmah Mansor ke
perlawanan akhir menentang sebagai punca kekalahannya.
Sebaliknya bagi penyumbang pingat tunggal Negara di
temasya sukan terbesar dunia 2012 setakat ini amat berterima kasih kepada DS Rosmah
Mansor yang sanggup mengharungi penerbangan selama 13 jam untuk hadir
memberikan sokongan moral kepadanya. Memang Datin Sri dah janji dengan saya
kalau berjaya ke akhir beliau akan datang untuk memberi sokongan. Inilah yang
dikatakan JANJI DITEPATI!!
Datuk Lee Chong Wei turut menambah bahawa beliau amat
terkejut dan terharu apabila DS Rosmah memaklumkan akan hadir ke perlawanan
akhir tersebut dalam perbualan telefon sebaik memenangi perlawanan separuh
akhir menentang seorang lagi jaguh China, Chen Long.
Dengan nada tegas Datuk Lee Chong Wei mengatakan,
“Jangan campurkan politik dengan sukan! Ini hal sukan! Ini bukan politik!!
Sambil menyifatkan kehadiran DS Rosmah tambah menyuntik semangat beliau untuk
memenangi pingat perlawanan semalam.
Mereka tidak tahu perkara sebenar. DS Rosmah memang
sentiasa mengambil berat dan memantau perkembangan saya, kata Chong Wei. Ramai
yang tidak tahu bahawa Chong Wei akan menghubungi DS Rosmah sebelum dan selepas
perlawanan-perlawanan penting.
DATIN SRI ROSMAH LAH PENDORONG UTAMA UNTUK SAYA MARA
KE PERLAWANAN AKHIR!! BELIAU LAH PENYOKONG SAYA PALING SETIA!!
BELIAU SETIA BERSAMA SAYA BUKAN HANYA KETIKA SAYA
MENANG TAPI SATU-SATUNYA INSAN YANG MEMBERIKAN KATA-KATA PERANGSANG APABILA
SAYA TEWAS!! KERANA KADANG-KADANG BILA SAYA TEWAS MACAM-MACAM ORANG MENGATA
SAYA.. TETAPI DATIN SRI TETAP MENYOKONG SAYA.. ITU YANG ORANG TAK TAU DAN PERLU
TAU..!! BELIAU MERUPAKAN CONTOH ISTERI PEMIMPIN YANG KOMITED..!!
Dalam pada itu, Chong Wei turut terharu menerima
surat ucapan tahniah daripada YAB Perdana Menteri atas kejayaannya memenangi
pingat perak Olimpik.
ZZ ~ kejayaan pingat perak tetap merupakan kejayaan yang bermakna buat negara.. Tahniah LCW!!
Saturday, 4 August 2012
FACEBOOK TEMPAT MENGINTIP??
Kira-kira sembilan daripada 10 pengguna Facebook menggunakan
kemudahan rangkaian sosial itu untuk mengintip aktiviti bekas kekasih
masing-masing.
Tesis sarjana seorang mahasiswa Universiti Ontario Barat menunjukkan,
88 peratus pengguna Facebook memeriksa halaman bekas kekasih mereka
untuk mendapatkan pelbagai maklumat. Kajian mendapati, ramai pengguna
Facebook mendaftar masuk ke laman sosial popular itu menggunakan akaun
rakan mereka bagi memudahkan aktiviti mengintip dilakukan.
Sesetengah mereka juga memadamkan gambar yang boleh mengingatkan kepada detik bercinta.
Sebahagian pengguna Facebook pula membaca kembali catatan yang dimuatkan dalam akaun bekas kekasih masing-masing.
Selain itu, ada juga individu yang menggunakan Facebook untuk merosakkan hubungan bekas kekasih dengan orang lain. Penulis tesis itu, Veronika Lukacs, berkata dia membuat analisis mengenai Facebook kerana ia memberi kesan sosial yang serius. Kata Veronika, 25. hampir setiap pengguna Facebook melakukan aktiviti mengintip bekas kekasih itu. “Kajian sama menunjukkan, 48 peratus pengguna Facebook terus bersahabat dengan bekas kekasih mereka, manakala 74 peratus pula cuba mengetahui setiap perkembangan buah hati bekas kekasih mereka,” katanya. - DM
sumber: Harian Metro
MENYAMUN IKUT JADUAL??
Sekumpulan empat penjenayah warga Indonesia bergelar Geng Kerinchi
yang menggunakan ilmu hitam bagi memukau mangsa nampaknya tidak menjadi
apabila kesemua mereka ditahan tiga jam selepas melakukan jenayah itu
kelmarin.
Suspek-suspek berusia antara 24 hingga 32 tahun tersebut ditahan pada
pukul 8.30 pagi di rumah kongsi sebuah kilang papan dekat Semenyih pada
27 Julai lalu.
Kegiatan mereka berjaya ditumpaskan selepas mereka memecah masuk sebuah rumah teres dua tingkat di Bandar Teknologi, Kajang.
Suspek juga didapati berjalan kaki melalui hutan sejauh 10 kilometer
dari kawasan kilang ke rumah mangsa untuk mengelak daripada terserempak
dengan sesiapa.
Dalam kejadian pukul 3.30 pagi itu, pengurus kilang berusia
lingkungan 30-an kerugian RM10,000 apabila barangan berharga milikinya
dilarikan suspek.
Difahamkan, suspek menyapu minyak pukau pada badan masing-masing
sebelum memecah masuk rumah supaya penghuni yang terhidu cecair itu
berada dalam keadaan khayal. Minyak itu berbau wangi.
Sebelum itu, suspek menilik kad ilmu pelangkah yang dibawa khusus
dari kampung halaman mereka di Kerinchi, Jambi, Indonesia untuk
mengetahui sama ada mereka berjaya atau gagal memecah masuk rumah yang
disasarkan.
Selepas itu, keempat-empat suspek yang masuk ke negara ini sejak
seminggu lalu menghubungi ketua dukun bergelar Kiai di kampung mereka
sebelum lelaki tersebut menyalakan lilin di dalam bilik untuk membuat
ramalan.
Jika api bergoyang maka rancangan untuk merompak akan ada aral yang melintang.
Siasatan polis setakat ini mendapati suspek telah tiga kali keluar
masuk ke negara ini dan mereka dipercayai menghantar hasil samun pulang
ke kampung.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab
memberitahu, pihaknya yakin dapat menyelesaikan lima kes pecah rumah
membabitkan suspek dan modus operandi yang sama dengan tertangkapnya
keempat-empat penyangak tersebut.
Kerugian keseluruhan daripada lima kes pecah rumah dianggarkan RM60,000.
sumber: Kosmo
BALA PONTENG KELAS!!
Seperti pepatah “buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas
jahat,” begitulah takdir menimpa seorang pelajar yang cuba ponteng
sekolah semalam.
Gara-gara ingin melarikan diri dari kelas, De Fang menderita kesakitan amat sangat selepas bahunya ditembusi pagar sekolah.
De, 16, dilaporkan melarikan diri dari kelas dan memanjat pagar sekolahnya di daerah Suixi di wilayah Anhui, tengah China.
Bagaimanapun, dia tersilap langkah dan tergelincir, menyebabkan satu daripada bilah pagar itu tercucuk bahu kanannya.
Media tempatan melaporkan, De menjerit sekuat hati untuk meminta tolong.
Dia bernasib baik kerana suaranya segera didengari pelajar lain yang bertindak pantas menghubungi pihak sekolah.
Anggota bomba kemudian dikejarkan ke sekolah untuk menyelamatkan De.
Saksi berkata, anggota bomba terpaksa mengangkat tubuh De ke udara untuk beberapa ketika sebelum mereka dapat memotong pagar berkenaan. Dia kemudian dikejarkan ke hospital tempatan untuk menjalani pembedahan kecemasan. Jurucakap hospital berkata, doktor memerlukan masa kira-kira sejam untuk mengeluarkan bilah besi itu sebelum dapat merawat kecederaannya. Sementara itu, De berkata, dia berasa begitu gementar ketika melompat pagar berkenaan.
Keadaan itu, katanya, menyebabkan tapak tangannya basah kerana
berpeluh. “Saya tersalah langkah dan tergelincir ketika memanjat
pagar,” katanya. - DM
sumber: Harian Metro
MENANG iPAD3 SEKARANG !!!
KINI anda berpeluang memenangi hadiah sebuah iPad 3 dengan pembelian produk penjagaan wajah (skincare) DR NABISAR NATURAL secara online di www.harmony.com.my.
![]() |
| Produk DR NABISAR NATURAL adalah Halal & Lulus Kementerian Kesihatan Malaysi |
Borang penyertaan akan disertakan dalam penghantaran bungkusan produk yang anda order secara online nanti. Jangan lepaskan peluang sempena Ramadan & Aidilfitri ini. Belilah produk DR NABISAR NATURAL di online sekarang & tampil berseri dan lebih cerah pada Aidilfitri ini!
Ikhlas drpd,
ZAMZARINA

Wednesday, 1 August 2012
[VIDEO PENGAKUAN] FITNAH SAYA TAK MENGAKU ANAK SUDAH MELAMPAU!!! - FARIT ISMETH
Semalam ZZ berkesempatan berbual dengan Farit Ismeth @ Pak Ngah di Angkasapuri. ZZ ada bertanyakan perasaannya selepas membuat pengakuan minggu lalu. Reaksi bercampur-campur daripada beliau walaupun mulanya beliau merasa lega kerana telah 'melepaskan' apa yang terbuku dihatinya selama bertahun-tahun. Namun, disebalik itu, terdapat juga nada kesal kerana masih terdapat sesetengah golongan yang enggan dan tidak mahu menerima KEBENARAN pengakuannya.
Malah ada pula golongan yang menghina, mencaci dan mencerca Pak Ngah melalui komen, penulisan blog, sms, panggilan telefon. Ada yang menuduh Pak Ngah dibayar untuk membuat pengakuan. Menuduh beliau dulu jual isteri, sekarang jual tuhan dan sebagainya. Walaupun tuduhan-tuduhan itu pedih namun Pak Ngah masih dapat menelannya. Tetapi apabila tuduhan mengatakan beliau tidak mengaku anak VVIP yang dikaitkan dengan beliau itu sebagai anaknya, itu sudah melampau..!!
Ikuti temubual eksklusif luahan hati Pak Ngah yang dirakamkan malam tadi juga selepas perbualan dengan ZZ demi untuk masyarakat menilai dan mengetahui.. Cukup-cukuplah mencaci, memfitnah apatah lagi bulan ramadhan yang mulia ini. Terimalah kenyataan..!!! Kalau dah terfitnah tu mintak maaf kat Pak Ngah dan VVIP tersebut.. Macam ada satu blog yang popular tu mintak maaf secara terbuka.. InsyaAllah berkat ramadhan al-mubarak semua pihak akan saling bermaafan..
Jom tonton video Pengakuan Pak Ngah..
ZZ ~ ramadhan itu awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan pengakhirannya adalah kemerdekaan (dilepaskan) dari neraka (Riwayat Muslim)
KISAH BENAR: PENGAKUAN BERANI MATI!
![]() |
| GAMBAR HIASAN |
Ini email yang masuk ke inbox ZZ..
Pengirim merupakan seorang kakitangan kerajaan yang bertugas di Putrajaya..
| KLIK GAMBAR UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT |
Last week saya ada beli pek percubaan jerawat.
Saya dapati ianya sgt bagus dan berkesan terhadap jerawat-jerawat saya.
Jerawat saya tak byk, cuma ada jerawat halus2 mcm ruam.
Skrg muka saya bersih dan tidak berminyak.
Saya suka dgn pelembab dan krim jerawat yg berbentuk gel tersebut.
Muka saya berasa amat segar.
Bagaimana untuk membeli pek besar produk seperti dlm kotak percubaan ini kerana saya dapati tiada dlm senarai produk.
Sekian, terima kasih
norhaslinda
TAK TAU BACA QURAN TAPI KUBURNYA BERCAHAYA HINGGA KE LANGIT
"Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah ramadhan di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu yang sangat mengharukan dan bisa menitis air mata.
Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar.
Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar.
Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi tuhan. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu.
Keesokannya lelaki itu datang lagi kekawasan perkuburan itu dengan ditemani orang kampung. Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu.
Apakah seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal?.
Bila bertanya kepada orang kampung, mereka kehairanan kerana apa yang mereka ketahui dan pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua, yang pernah mendiami sebuah pondok dihujung kampung bersama istrinya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , lelaki itu berkunjung kerumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat diperkuburan suaminya.
AnEhnya isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenal suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa . Suaminya seorang petani kecil. Bukan seorang kiyai, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru quran. Malah suaminya tidak pandai membaca quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca quran. Hal ini benar-benar menimbulkan kehairan kepada lelaki tersebut dan isteri simati.
Akhirmya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara anih yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya. Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam. Katanya , setiap malam sebelum tidur suaminya akan mengambil wudhu, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya alqur'an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.
Ia akan duduk dan membelek alqur'an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan ia seorang yang buta alqur’an. Dia akan meraba-raba ayat-ayat qur’an itu dengan tangannya , seolah-olah sedang menyentuh dan mebelai sesuatu yang sangat dikasihi. Tambah isteri simati lagi, ia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.
“Tuhanku! ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah mu. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.” “Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimah mu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu.
Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu. “ “Wahai Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapanTuhan diakhirat nanti”. Cerita isteri simati lagi. Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani alqur’an buah hati kesayangannya.
Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur. Lelaki itu meminta untuk melihat alquran kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila ia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya ,tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.
Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh alqur’an. Dia sangat mengasihi kalimat tuhan dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi tuhan dengan seluruh jiwa dan raganya. Marilah kita menghidupkan alquran di dalam masjid kita, di dalam rumah kita, di dalam diri kita, sepanjang bulan ramadhan, bulan pengampunan ini.
sumber: Insan Network
Subscribe to:
Posts (Atom)















