HARMONY MYSPA

Jom cantik bersama Zamzarina...

HARMONY PRODUCTS

Ketahui Rahsia Zamzarina

ZARRA

Produk kecantikan terbaru Zamzarina

APA KATA WANITA... ZAMZARINA

Talkshow magazina by Zamzarina

Translate in your language

Monday, 31 October 2011

KENAPA SUAMI SUKA MARAH-MARAH ?


Seperti yang anda tengok tajuk di atas, kenapa suami anda marah-marah. Kenapa dia selalu marah. Kadang-kadang suami marah, kadang-kadang dia ok. Memang kebiasaan sikap lelaki macam tu.

Kalau diikutkan perkara ini agak subjektif. Apa kata kita kecilkan skop supaya ia menjadi panduan para isteri di rumah, khasnya di Malaysia.

Berikut point-point yang penting supaya ia menjadi mudah untuk para isteri mengesan perubahan sikap suami yang membuatkan dia marah.

1. Masalah Kewangan atau Tiada Duit

Perkara pertama ialah kerana dia tiada duit. Sebagai isteri anda perlu prihatin pada situasi ini. Anda sebagai isteri harus bersikap lebih profesional dalam mengesan situasi suami anda apabila dia tiada duit. Sikapnya tiada duit dapat dikesan apabila suami teragak-agak untuk membeli sesuatu keperluan seisi rumah dan perkara yang bersangkutan dengan si isteri.

Sebagai isteri, anda mestilah cuba untuk memahami si suami. Isteri memainkan peranan yang penting apabila situasi ini berlaku. Cuba hiburkan hati suami anda, jangan cuba bercerita perkara yang mendorong untuk membeli. Sebaliknya anda boleh bercerita perkara yang boleh menggembirakan suami, seperti hari ini anda akan masak makanan kegemarannya di rumah. Beritahu kepadanya bahawa hari ini keluarga anda tidak perlu keluar, hanya duduk di rumah sambil menonton tv.

Secara khususnya isteri perlu kreatif untuk mencorakkan suasana yang gembira walaupun ketika itu, suami anda dilanda masalah kewangan dan tidak bersedia untuk berkongsi masalah ini dengan anda. Dengan cara ini, suami akan lebih tenang dan boleh memikirkan cara untuk mengatasi masalah ini.

2. Suami anda Lapar dan Dahaga

Prihatin isteri terhadap perut suami faktor yang penting dalam menghidupkan hari yang bahagia. Sediakan makanan dan minuman kegemarannya. Apabila isteri bersikap demikian, hati yang rasa nak marah pun akan reda. Api yang sedang membara juga akan padam. Apabila anda sediakan perkara-perkara tersebut, anda boleh mula bercerita apa sahaja asalkan perkara tidak sensitif ketika itu. Cuba ceritakan perkara yang santai-santai sahaja, perkara yang tidak membuatkan si suami perlu memikir. Biarkan suami anda makan atau minum dalam keadaan yang tenang sambil berborak bersama isterinya yang tercinta atau sambil si anak bermain-main di sekelilingnya.

3. Keperluan Seks Suami

Seks untuk lelaki adalah perkara utama dan penting. Walaupun ia berada di tangga ke tiga dalam carta ini. Ia mempunyai sebab tertentu yang menampung semua point 1 dan 2 di atas. Sebagai lelaki yang normal, walaupun dia tiada duit, walaupun tiada rokok nak dihisap ketika dia tiada duit, tetapi masih tidak mengapa jika keperluan seksnya dipenuhi oleh isteri.

Jangan abaikan perkara ini kerana ia membabitkan ketenangan jiwa si suami ketika dia dalam tekanan. Dengan seks, jiwa suami akan lebih tenang untuk berfikir bagaimana mengatasi masalah yang sedang dihadapinya. Seks itu adalah terapi terbaik.

Bersangkutan dengan point yang ke-2 di atas, bila perut suami anda kenyang, dia akan menjadi bertenaga untuk melakukan seks. Dia mempunyai nafsu untuk melakukan seks. Keinginannya melakukan seks adalah kuat semasa berada dalam tekanan dan perutnya terisi.

Apa yang isteri perlu buat pada ketika ini ialah cuba dekatinya. Cuba menggodanya. Dalam situasi sedang tertekan, suami anda susah untuk meminta untuk melakukan hubungan seks, walaupun dia mahu. Sebagai isteri yang prihatin, cuba layan suami anda sebaik mungkin. Malah jika ketika itu anda dalam haid, cubalah meggembirakannya dengan cara yang lain mengikut kemahuan suami anda, asalkan tidak melanggar hukum Islam.


Kesimpulan

Diingatkan sekali lagi, seks adalah faktor utama mengapa suami anda marah-marah. Ubahlah hari marah suami anda dengan ketiga-tiga point di atas.  Jadikanlah setiap hari itu tenang dan tenteram dalam keluarga anda.

Jika perkara ini dilaksanakan dengan sikap profesional, anda akan lihat suami tidak lagi suka marah-marah atau menunjukkan sikap yang baran tak tentu pasal.

sumber: internet
Baca Selanjutnya ...

Friday, 28 October 2011

MITOS PERCERAIAN

Terlalu banyak kes perceraian yang dilaporkan sejak akhir-akhir ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada rumah tangga yang sememangnya sedang dalam masalah.

https://mail.google.com/mail/?ui=2&ik=927734e296&view=att&th=1334435b84265e94&attid=0.1&disp=inline&zw

Bila pasangan suami isteri bergaduh, pasti akan ada salah seorang daripada mereka akan mengaitkannya dengan kisah perceraian yang dilaporkan di dada akhbar.

Ini memang tidak patut terjadi kerana perkahwinan bukanlah sepatutnya berakhir dengan perceraian.

Stigma yang kurang tepat ini akhirnya mencetuskan mitos yang sering dikaitkan dengan perceraian.


JALAN KELUAR

Antara mitos yang sudah sebati dengan kehidupan kita ialah apabila perceraian dikatakan sebagai jalan keluar.

Padahal jika difikir secara mendalam bercerai itu sebenarnya bukanlah satu perkara yang mudah. Hal ini ditegaskan sendiri oleh seorang penulis buku yang juga pakar tentang hal ehwal selepas bercerai, Lee Block, yang menyatakan: “Aku tidak menyokong perceraian, tapi jika anda tidak bahagia dalam perkahwinan tersebut dan mengambil keputusan untuk bercerai, percayalah bahawa perceraian itu akan menjadi satu pilihan yang paling menyusahkan anda.”


CERAI PERKARA BIASA

Mitos kedua tentang perceraian ialah apabila anda menganggapnya sebagai perkara biasa.

“Kalau sudah tak sayang bercerai sajalah!” Senang saja bibir mengungkap kalimah ‘cerai’.

Memang lumrah rumah tangga ada pasang surutnya. Bak pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.

Bercerai sepatutnya menjadi agenda paling akhir bagi pasangan suami isteri yang tidak lagi mampu mempertahankan keutuhan rumah tangga mereka daripada terus menanggung sakit fizikal (akibat didera) atau mental (tekanan perasaan).


BERPUNCA DARIPADA SATU PIHAK

Mitos ketiga tentang perceraian ialah ia berpunca dari salah satu pihak iaitu suami atau isteri. Jangan kata begini: “Awaklah yang bersalah! Semua ini disebabkan awak.” Padahal penyebab perceraian sebenarnya banyak punca.

Jadi tindakan tuduh menuduh dan mempersalahkan antara satu sama lain adalah satu tindakan yang tidak begitu bijak. Sebaiknya berlapang dada dan menerima dengan baik ketentuan yang telah berlaku.


JADI SEMAKIN BAIK LEPAS BERCERAI

Satu lagi mitos tentang perceraian ialah anggapan bahawa setelah bercerai keadaan akan menjadi semakin baik.

Tidak ada maknanya ia akan menjadi semakin baik. Benarkah anda akan lebih bahagia selepas bercerai.

Lee Block menjelaskan jika satu pasangan itu bercerai, suami isteri masing-masing akan menghadapi dimensi kehidupan yang berbeza. Yang mana mereka harus mula membiasakan diri dengan kehidupan baru pasca perceraian.


ANAK-ANAK JADI LEBIH BAIK LEPAS BERCERAI

Mitos terakhir tentang perceraian ialah dengan mengatakan bahawa anak-anak akan menjadi lebih baik selepas ibu bapa bercerai.

Anak-anak terutamanya yang di bawah umur sebenarnya yang paling tidak bertuah apabila ibu bapa mengambil keputusan untuk bercerai. Kemungkinan besar anak-anak akan mengalami kesan psikologi akibat perceraian tersebut.

Bukan itu sahaja, tumbesaran mereka juga akan terganggu.

Kesimpulannya jangan menganggap perceraian itu satu tindakan yang baik, kerana Allah menjadikan perkahwinan itu satu ikatan suci untuk ketenangan lelaki dan wanita, bukan untuk bercerai.

https://mail.google.com/mail/?ui=2&ik=927734e296&view=att&th=13344354ea92adf4&attid=0.1&disp=inline&zw









Sumber : Utusan Malaysia
Baca Selanjutnya ...

Wednesday, 26 October 2011

KEBENARAN SEKS

https://mail.google.com/mail/?ui=2&ik=927734e296&view=att&th=1333e4c09ede0694&attid=0.1&disp=inline&zw
Cumbu asmara dengan suami tercinta, selain mengeratkan kasih dan rumahtangga yang bahagia sebenarnya turut menyimpan faedah kecantikan yang bernilai.

Menurut kajian, hubungan ranjang sekurang-kurangnya tiga kali seminggu mampu memudakan wajah anda empat tahun daripada usia sebenar, meningkatkan keimunan tubuh serta mengurangkan risiko penyakit jantung.

ANDA LEBIH CANTIK
Kajian mendapati bahawa hubungan intim yang sihat berkesan untuk memperlahankan penuaan. Malah selain perubahan fizikal, minda juga kembali tenang dan bebas daripada tekanan.

"Orgasma sewaktu berasmara akan membebaskan betaendorfin iaitu sejenis painkillers semulajadi tubuh. Begitu juga dengan prolactin untuk merehatkan diri serta oxytocin yang membuat anda rasa ingin selalu dicintai. Saat klimaks, hormon-hormon ini akan mengalir ke seluruh tubuh lantas memulihkan kerosakan sel kulit akibat lembayung ungu atau pencemaran." Terang Pakar dermatologi, Dr Amy Wechsler. Jelasnya lagi, seks akan membantu memulihkan struktur kolagen yang lemah selain merawat molekul-molekul inflamasi pada kulit matang.

KULIT LEMBUT
Bayangkan betapa cantiknya wajah Anda selepas berasmara dengan suami...pipi gebu kemerahan, bibir ranum bak kelopak mawar serta renungan bulat bercahaya sehingga kekal berhari-hari lamanya. Bahkan, ketika tubuh berpeluh, kulit akan membebaskan minyak semulajadi iaitu asid linoleic, sejenis pembap yang ditemui dalam safflower dan minyak zaitun untuk kesegaran sel serta pelembut kulit.

ATASI KELESUAN
Tidur ialah rawatan kosmetik yang paling mudah dan percuma, manakala seks pula ialah perangsang tidur yang terbaik. Segala bahan kimia yang terbebas sewaktu memadu asmara dapat membantu untuk mencapai tidur yang lena. Tidur selepas berasmara juga dapat mengembalikan stamina, sekaligus membuat anda terjaga dengan segar tanpa lingkaran gelap bawah mata atau sembab. Disamping itu, hubungan seks sebelum tidur juga membantu menangani masalah sukar tidur yang dialami.

NIKMAT KEHANGATAN
Meskipun tanpa klimaks, ciuman dan hubungan seks boleh meningkatkan denyutan jantung serta melancarkan perjalanan darah ke seluruh organ tubuh. Helaan nafas yang dalam dan panjang akan membantu mengawal tekanan sambil membekalkan oksigen secukupnya ke dalam sistem badan. Ketika berkucupan, lebih 30 otot wajah yang terlibat akan diaktifkan selain boleh membakar sebanyak 8-12 kalori seminit. Angka ini lebih banyak daripada aktiviti berjalan kaki selama seminit!

https://mail.google.com/mail/?ui=2&ik=927734e296&view=att&th=1333e4c25c023c58&attid=0.1&disp=inline&zw

Ternyata seks semata-mata bukan sekadar untuk memuaskan nafsu malah terbukti baik untuk mengawal tahap kolesterol serta menebarkan mood bahagia buat anda. Samada merasa klimaks atau tidak, Anda tetap bisa menikmati faedah kecantikan sewaktu hormon endorfin dibebaskan. Malah ada diantara gerakan-gerakan tertentu yang dapat menguatkan tubuh dan kulit khasnya tanpa perlu penggunaan alat kosmetik seperti pemerah pipi, pemulas bibir dan maskara.
Baca Selanjutnya ...

Sunday, 23 October 2011

KENAPA NAK MALU DENGAN SUAMI ?


Tidak dinafikan, rata-rata isteri di luar sana berhadapan masalah untuk mengajak suami melakukan hubungan intim. Biarpun dah berbelas tahun usia perkahwinan, tetapi masih ada yang segan untuk membuat permintaan.

Mungkin sudah banyak cara dipraktikkan tetapi belum bertemu jalan penyelesaian. Sudahnya tunggu sahajalah 'pelawaan' suami daripada 'meminta' sendiri. Buntu dengan situasi begini, cuba ikuti tips ini:


















BUTANG BAJU BUAT SUAMI BERDEBAR
Suami lebih tertarik melihat isterinya membuka butang baju satu-persatu secara perlahan-lahan. Bermula dengan butang yang paling atas, susuli pula dengan gaya yang menarik perhatiannya. Pasti mendebarkan. Kemudian rapatkan dada anda ke dadanya serta dakaplah suami dengan penuh rasa cinta. Pasti membangkitkan nafsu untuk bersama.

CICIRKAN PAKAIAN DALAM BILIK TIDUR
Isteri sukar membuat 'permintaan' itu malah untuk melafazkannya terasa bagai ada sesuatu tersekat di kerongkong. Apa kata anda cuba buat-buat tertinggalkan pakaian dalam di tempat tidur. Mungkin dengan cara tersebut suami akan beri perhatian sekaligus membangkitkan rasa ghairah melihat 'khazanah peribadi' peninggalan anda itu. Secara tidak langsung dia menerima isyarat bahawa isterinya inginkan sesuatu.

KENAKAN PAKAIAN JARANG DAN SEKSI
Tidak salah jika sesekali anda memakai baju yang seksi bagi menarik perhatian suami. Lebih elok kalau kainnya jarang dan menampakkan bentuk tubuh. Pasti menggiurkan. Jangan lupa, semburkan sedikit wangian bagi membangkitkan keghairahan sensual di waktu itu. Jangan terlalu 'membuka' sebaliknya simpan 'bahagian-bahagian' tertentu untuk aktiviti selanjutnya.

BIJAK GUNAKAN BAHASA TUBUH
Selepas mandi atau sebelum mengadakan hubungan intim, sebaik-baiknya pakailah pakaian di hadapan suami. Daripada pakaian dalam hinggalah ke 'uniform rasmi', sarungkan di hadapannya agar bangkit keinginan untuk bersama. Sambil-sambil itu usaplah bahagian 'panas' di tubuh anda perlahan-lahan bagi menaikkan nafsu syahwatnya kerana ada segelintir suami yang gemar melihat isteri beraksi demikian.

BELAI SUAMI DENGAN USAPAN CINTA
Hampiri suami di atas katil perlahan-lahan dan belailah wajah, telinga dan dada suami dengan lembut. Biarkan rambut anda mengurai ke tubuhnya agar suami berasa lebih seronok untuk melakukan hubungan 'bersama'. Setelah itu buat gigitan cinta di leher atau di bahagian yang dirasakan sesuai. Ini kerana gigitan yang anda lakukan itu mampu merangsang nafsu pasangan untuk beraksi lebih panas.

WUJUDKAN SUASANA ROMANTIK
Bagi membangkitkan lagi suasana, alunkan irama romantik penuh klasik sewaktu berduaan di kamar peraduan. Disirami cahaya suram serta haruman yang mempesonakan, 'aktiviti' malam itu pasti lebih menyeronokkan. Usah terburu-buru, sebaliknya godalah suami anda dengan ciuman atau hembusan nafas ke telinganya bagi merangsang keinginan 'berhubungan'. Dalam pada itu, jangan lupa untuk menatap mata suami anda dengan pandangan yang paling menggoda.


Baca Selanjutnya ...

Tuesday, 18 October 2011

AKIBAT JAHIL TENTANG INTIMASI SUAMI ISTERI


* ZZ baca artikel ni yang ditulis oleh Ustaz di www.saifulislam.com.
Terima kasih benarkan ZZ berkongsi artikel ini untuk panduan suami isteri yang membaca blog ini. Salam...dan kongsikan.




“Cuba ustaz fikir, semasa isteri saya mengandung, kami tidak berhubungan sehingga 7 bulan!” keluh seorang lelaki kepada saya.

“Berat tu. Macam-macam benda boleh jadi,” saya menjawab.

“Ya. Separuh gila saya dibuatnya,” katanya lagi.

Saya mengeluh. Resah dengan rungutan beliau. Namun syukur juga, kerana dia mengambil inisiatif untuk berbual. Saya juga sering bimbang kerana sulit mahu mencapai kaum suami dalam perbincangan tentang isu-isu rumahtangga.

Benar… tidak mudah untuk kaum lelaki diajak berbincang tentang rumahtangga mereka. Justeru saya tidak mengajak, namun cuba memenuhi permintaan apabila diajak. Perbualan secara personal, lebih memberi keselesaan.

Tugas saya pula bukanlah untuk menyelesaikan masalah rumahtangga sesiapa. Malah seorang kaunselor profesional juga tidak bertanggungjawab menyelesaikannya. Tetapi perbualan seperti ini, berfungsi untuk meleraikan kekusutan fikiran dan mengatur pandangan tentang hal-hal yang sudah kelam pandangan di atas bahu pemikulnya. Tindakan penyelesaian harus dilakukan sendiri oleh mereka yang berdepan dengan masalah itu. 

BENCANA KETIKA BERPANTANG

“… Isteri-isteri kalian itu adalah sebagai pakaian bagi kalian dan kalian pula sebagai pakaian bagi mereka…” [Al-Baqarah 2: 187]

Terlalu banyak kes yang berlaku, rumahtangga dipukul badai semasa isteri mengandung dan berpantang. Ada masanya, seorang suami tidak dapat mengadakan hubungan intim dengan isterinya pada suatu tempoh yang amat panjang atas sebab yang pelbagai.

Ada isteri yang alah kepada bau suami semasa mengandung! Besar sungguh ujiannya.
Ada isteri yang dingin dan hilang keinginan tatkala dirinya berbadan dua. Suami menderita dan dirinya bersahaja.

Dan tidak dinafikan suami dan isteri ‘tidak berpengetahuan’ tentang kaedah-kaedah yang diharuskan oleh Syara’ untuk mereka bersama dalam keadaan diri yang terbatas.


PENGETAHUAN TENTANG SEKS

“Berhentilah melucahkan seks!”, banyak kali saya cuba mempopularkan terma ini.
Melucahkan seks bermaksud menjadikan seks sebagai subjek yang taboo, menjadi bahan ketawa dan senyum senget atas pelbagai persepsi mengenainya. Malah mungkin dianggap ‘gatal’ atau ‘gelenyar’ mengikut istilah Pantai Timur, tatkala seks mahu diperkatakan.
Lebih buruk, apabila seks menjadi bahan gurau senda dan bahan ketawa, hingga hilang kehormatan dan maruah subjek seks untuk ia diajar dan dipelajari.
Besar kekhuatiran dalam fikiran saya, memikirkan betapa peraturan-peraturan intimasi antara suami dan isteri menjadi subjek yang terlalu asing dari kita. Fikirkanlah bagaimana seorang suami yang jahil tentang kaedah intimasi mereka, berdepan dengan situasi yang menghalang mereka daripada mengadakan hubungan intimasi dek keterbatasan pengetahuan tentang cara, pilihan dan ruang-ruang yang diberikan oleh Islam.

Isteri mengandung.
Isteri berpantang dengan nifas.
Suami yang lemah tenaga batin.
Suami yang keletihan akibat tekanan kerja.

Kesemua situasi ini merupakan rutin atau masalah biasa yang mendatangi kehidupan berumahtangga dari semasa ke semasa. Bagaimanakah keadaan hubungan suami isteri, jika timbul sahaja keadaan seperti ini, mereka mengalah daripada melaksanakan salah satu maksud perkahwinan iaitu memenuhi naluri seksual seorang lelaki dan perempuan?

Ini belum mengambil kira soal tiadanya ransangan-ransangan yang sepatutnya menjadi hiasan hubungan antara suami dan isteri.

Isteri siang malam berbaju kelawar bertepek muka dengan bedak sejuk, tangan berbau bawang dan sanggul senget benget berikat gelung getah kuning. Suami pula selekeh dengan singlet Pagoda®, berkain pelekat, berbau hapak dan berjanggut berjambang tidak dikemas.

Apakah nilai rumahtangga yang ada pada suami dan isteri seperti ini?

‘SUNNAH OLEH PELACUR SIAM’

Terkenang saya kepada perbualan saya beberapa tokoh masyarakat yang peduli akan hal ini. Salah seorangnya menceritakan kepada saya bagaimana beliau pernah menjalankan siasatan tentang modus operandi pelacur-pelacur Siam yang ada di negara kita.

“Ustaz tahu apa yang pelacur itu buat?” tanya beliau kepada saya.

“Emm, manalah saya tahu!”, saya ketawa kecil memikirkan kepelikan soalan yang ditanya.

“Semasa menerima pelanggan, perkara pertama yang dilakukan oleh pelacur itu ialah memandikan pelanggannya hingga bersih. Siapa yang buat perkara ini?” tanya beliau kepada saya.

“Isteri Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam,” saya memahami maksud beliau.

“Selepas dimandi, pelacur Siam ini mengetip kuku pelanggannya hingga kemas dan bersih. Siapa yang buat perkara ini?” tanyanya lagi.

“Juga isteri baginda”, saya menambah.

“Itulah isunya. Segala bentuk layanan intimasi yang diajar oleh Sunnah, tidak pernah diamalkan dalam rumahtangga orang kita. Siapa yang amalkan Sunnah itu? Pelacur Siam!!!” kata beliau dengan penuh tegas.

“Mereka belajar di kuil Siam, teknik-teknik melayan lelaki mengikut legasi yang ada dalam budaya mereka,”, kongsi beliau dengan saya.


ILMU YANG TERPINGGIR

Bencana sungguh hal ini. Kaedah-kaedah suami melayan isteri dan isteri melayan suami, dirakam dengan baik, penuh kehormatan dan terpeinci di dalam Sunnah Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wa sallam, tetapi mahukah kita mempelajarinya? Malah sebelum itu, bagaimanakah persepsi kita tentang hal ini?

Semua itu adalah sebahagian daripada Sunnatullah yang memenuhi naluri manusia. Sunnatullah itu begitu, siapa buat dia dapat, siapa tinggal, terimalah akibat!
Jika isteri di rumah tidak peduli akan hal ini, tanpa mawaddah dan rahmah, bagaimana mungkin kita menolak kemungkinan suami mencari yang lain?

Jika suami tidak peduli akan keperluan isterinya, hanya memikirkan kepuasan diri sendiri, maka tanpa mawaddah dan rahmah dalam sebuah rumahtangga, bagaimana mungkin kita menolak kemungkinan isteri terbabit dalam pelbagai skandal yang menjijikkan?

Kita mempromosi perkahwinan sebagai jalan untuk mencegah zina, tetapi bagaimanakah rumahtangga yang tidak berfungsi dalam memenuhi naluri suami dan isteri boleh mencegah zina? Akhirnya calon penzina yang dihukum sebat oleh Islam, membiak menjadi calon penzina yang dihukum rejam hingga mati! Penzina dari kalangan lelaki dan perempuan yang sudah berumahtangga!


ANTARA HAK DAN PERANAN

Namun, semua ini sulit untuk berfungsi dengan baik di dalam sebuah rumahtangga apabila masing-masing bercakap tentang hak dan bukannya peranan. Siapakah yang bisa menunaikan hak isteri jika suami menolak peranan dengan alasan letih, sibuk, atau dengan celanya memberikan alasan “mana ada Tuhan laknat suami yang menolak isteri!” Astaghfirullah al-Adheem.

Siapakah yang bisa menunaikan hak suami jika isteri menolak peranan dengan alasan letih, alah, mengandung, berpantang dan lain-lain?

Akan tetapi jika suami dan isteri kembali kepada konsep hidup memberi, dan lebih memikirkan peranan berbanding hak yang diminta tunai itu, maka suami akan memainkan peranannya, walaupun sekadar untuk memenuhi keperluan isteri dan tidak dirinya. Seorang isteri akan memainkan peranannya, walaupun sekadar untuk memenuhi keperluan suami dan tidak dirinya.

Panduannya mahu dicari di mana?

Jangan taip di Google secara semberono.

Tetapi carilah pelajaran-pelajaran itu dari sumber kita yang sedia ada.


IA ILMU YANG BERMANFAAT

Sunnah mengajar kita bagaimana ketika Aisyah Radhiyallahu ‘anha berada dalam keadaan berhadas besar (berhaidh), Nabi Muhammad Sallallahu ‘alayhi wa sallam meminta Aisyah memakai pakaian yang khusus agar baginda dapat bermesra dengan isterinya tanpa melanggar batas-batas syara’. Malah Baginda sallallahu ‘alayhi wa sallam juga pernah mencium isteri baginda ketika berpuasa.

Hal-hal ini terakam dengan baik di dalam Sunnah Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam.

Mereka yang belajar Sunan Sittah akan pasti bertemu dengan banyak riwayat berkaitan dengan peraturan dan hubungan intimasi di antara baginda sallallahu ‘alayhi wa sallam dengan isterinya. Kesemuanya diceritakan dengan penuh tertib dan adab, tersedia sebagai ilmu yang bermanfaat untuk suami dan isteri.

Antara contoh buku yang baik, mengumpulkan hal-hal yang sebegini, adalah buku The Muslim Family Vol. 2: Closer Than A Garment: Marital Intimacy According to the Pure Sunnah oleh Muhammad al-Jibaly.

Mungkin banyak lagi pilihan yang ada, namun kita harus berusaha mencari, menyaring dan menapisnya. Perlu saya ingatkan, budaya melucahkan seks masih menebal di dalam masyarakat kita, maka buku-buku yang kononnya bertujuan membimbing pasangan yang berkahwin mengikut lunas Islam, ia ditulis dengan bahasa-bahasa songsang yang menimbulkan keaiban.


BERCAKAP TENTANG SEKS DENGAN PASANGAN

Justeru dalam keterbatasan sumber yang membelenggu kita, kaedah terbaik ialah dengan berbincang dan bercakap dengan pasangan masing-masing tentang keinginan suami dan isteri. Jangan terasa aib untuk berbincang dengan isteri berkenaan dengan perkara-perkara yang boleh membantu suami memenuhi keinginan dirinya, selagi mana hal ini berada dalam lingkungan keharusan syara’.  Tanyalah suami, apakah bentuk layanan yang beliau mahukan agar keinginan dapat ditunaikan, tanpa perlu beliau itu liar kemahuannya meninggalkan yang halal mencari yang haram.

Jangan pula begitu selamba berlawak dan bersembang lucah di tempat kerja, tetapi malu dengan pasangan sendiri! Kalau dengan kawan bukan main lagi, tetapi dengan suami sendiri atau isteri sendiri, terasa beku, kaku dan buntu. Jika Islam melarang suami isteri bercakap tentang seks semasa ihram, ertinya di luar ihram, jadikanlah seks sebagai sebahagian daripada perkara yang diperkatakan antara suami dan isteri.

Jangan lucah di daerah yang haram, terpinga-pinga di medan yang halal. Nanti dilaknat Tuhan!
Saya mengingkari perbuatan suami yang menyelesaikan krisis rumahtangganya dengan maksiat. Malah juga berpoligami secara semberono tanpa usul periksa. Tetapi sebelum kesalahan keretakan rumahtangga banyak dibebankan ke atas suami, bagaimana pula dengan kesungguhan isteri berperanan dalam memelihara hubungannya dengan suami?

Semoga jangan kesedaran ini hanya timbul, selepas pelacur Siam muncul!
Moga dilindungi Allah dari bencana sedemikian rupa, Ameen.

Sumber : ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Baca Selanjutnya ...

Monday, 17 October 2011

18SX-BAGAIMANA MERANGSANG SUAMI DINGIN SEKS ?



Tidak semua suami mudah untuk diajak berasmara terutamanya yang sudah lama berkahwin dan juga yang lebih tumpukan masa terhadap kerja demi keluarga tersayang. Segala fantasi seksual yang berada di dalam kotak fikiran mereka telah menjadi pudar. Suami yang dingin seks perlu di naikkan ghairah seksualnya secara betul. Bukan semudah membuka baju dan berbogel di depan suami akan menaikkan syahwatnya. Lainlah jika wanita yang di hadapannya itu seorang gadis atau wanita yang baru dikenalinya.
merangsang suami dingin seks

Sebagai isteri, tahukah anda apa yang diharapkan oleh suami dalam menjalin hubungan yang penuh kemesraan lagi hangat? Bagaimana pula sentuhan yang digemari si suami. Sebenarnya di sebalik sifat kelelakiannya, lelaki amat menyenangi sentuhan dan belaian wanita. Bagaimana dapat anda, seorang isteri penyayang, memancing ghairah suami tersayang? Anda perlulah berusaha untuk merangsang suami anda yang dingin seks itu. Jangan dibiarkan ianya terlalu lama sehingga langsung suami hilang nafsu terhadap anda. Terdapat pelbagai cara, tips, panduan serta petua bagaimana merangsang suami dingin seks ini. Apa yang perlu anda lakukan adalah fahamkan dan amalkan mana-mana langkah yang dianggap sesuai dan tidak keterlaluan untuk anda sehinggakan melangkaui batas-batas agama dalam menjalani kehidupan intim suami isteri.


Pastikan membaca panduan-panduan di bawah.

Panduan dan Petua Merangsang Suami Dingin Seks

Elakkan Dahulu
Janganlah anda fikir dengan tanpa seuratpun benang di tubuh anda, anda dapat dengan terus menaikkan ghairah suami anda. Anda seharusnya memakai pakaian malam/tidur yang tipis dan menampakkan bentuk dan lekukan-lekukan tubuh anda – keadaan yang mana anda masih berpakaian tetapi kelihatan seperti ‘bertelanjang’ beginilah yang dapat menaikkan nafsu suami untuk hebat menggauli anda.


Urai Rambutmu
Terutama bila anda berada di atas tubuhnya. Rambut anda yang lembut terurai berjuntaian dengan perlahan-lahan dapat menaikkan ghairah suami, apatah lagi bila dia terhidu keharuman rambut anda yang sentiasa berada dalam perapian itu.


Senyap Itu Indah
Adalah sesuatu yang membangkitkan hasrat seks lelaki apabila melihat isterinya membuka butang baju perlahan-lahan tanpa sepatahpun kata-kata. Diiringi senyuman mesra manja, suami tidak akan bersabar-sabar lagi untuk meraih anda ke dalam pelukannya.


Sentuhan Sehangat Kuku
Percaya atau tidak; lelaki boleh teransang apabila bahagian ini disentuh. Usaplah dengan lembut dan mainkan dengan bibir anda yang hangat itu. Ghairah birahinya pasti tidak terperi-peri lagi.


Hadiah Sensasi
Isteri dapat meransang keinginan batin suami dengan membakar mata suaminya melalui ‘hadiah’ yang dianugerahkan. Misalnya, bekas gigitan cinta atau cakaran yang anda tinggalkan di tubuhnya malam tadi membuatkan dia terkenang-kenang kepada anda. Juga, meninggalkan pakaian dalam di tempat tidur untuk kemudiannya dijumpai olehnya dapat menaikkan semula kelelakiannya.


Zon Rasa
Kulit bahagian dalam paha anda mampu meransang suami anda kerana ianya lembut dan mempesonakan pancainderanya. Apatah lagi bila disentuhnya, anda kegelian. Ini akan menyebabkan suami anda berasa lebih ‘macho’ perkasa.


Daerah Ransangan
Mudah sahaja caranya: mainkan hujung lidah anda dengan lembut di bahagian luar cuping telinga suami. Gerakkan lidah turun naik di bahagian belakang telinga hingga terus ke leher. Lakukan perlahan-lahan dengan penuh kemesraan. Lakukan juga gigitan dan hisapan manja terhadap puting suami anda. Sekiranya anda seorang yang berfikiran terbuka lakukan hisapan terhadap zakar suami anda dengan hisapan yang mengghairahkan [ blowjob ]. Pastikan daerah zakar suami adalah bersih bagi mengelakkan jangkitan kuman. Ini adalah salah satu senjata utama bagi menaikkan ghairah suami secara efektif dan pastinya suami anda akan teringatkan saat-saat manis anda membelai zakarnya dengan hisapan manja sampai bila-bila. Jika anda seorang yang penggeli jangan amalkan teknik kerana takut anda akan berasa loya dan muntah.



Sentuhan Kasih Sayang
Kelembutan sentuhan wanita menjadi impian setiap lelaki. Kucupan lembut dan usapan halus menggunakan hujung jemari anda mampu menggoda suami dan menyebabkan dia terkulai manja di dalam dakapan anda.


Bangkitkan Suasana
Selain pancaran sinar malap lampu tidur atau sebatang lilin dan juga alunan muzik yang lembut mendayu, suasana romantis dapat dihidupkan dengan semburan wangian sekitar kamar tidur. Anda diminta mengenakan wangian kegemarannya, minyak aromaterapi, losyen atau kain sutera yang dibiarkan menyentuh lembut kulit suami.


Pesona Pandangan
Tatapan mempesonakan yang penuh perasaan kasih juga sayang terhadap suami anda cukup untuk mempamerkan perasaan anda terhadapnya. Tidak perlu anda berkata-kata, renungan anda yang meruntun itu cukup untuk membuatkan dia terkesima.


Membelai Nyata
Suami akan berasa lebih disayangi jika anda pandai mengusap rambutnya. Apabila duduk bersama, belailah mahkota lebatnya itu. Usaplah perlahan-lahan menyisir dengan jemari anda dari dahi hingga ke belakang lehernya.


Intipan Geram
Perbuatan mengendap merupakan salah satu cara lelaki menaikkan ghairahnya sendiri. Tanpa disedari oleh wanita, dorongan seks lelaki mudah timbul oleh ransangan visual terutama pabila wanita mengenakan pakaian ataupun ketika mandi. Oleh demikian, usah menolak apabila si dia suami anda tiba-tiba mahu bersama anda sebaik sahaja anda melangkah keluar daripada kamar mandi.


Puputan Nafas
Hembusan nafas anda yang hangat akan menaikkan ghairah suami anda. Sentuhlah perlahan bibir anda ke bibirnya. Nafas hangat anda akan menyebabkan dia tidak sabar-sabar lagi mahu mencumbui anda.


Planet G-Spot
Suami juga mempunyai g-spotnya (hot-spot) yang tersendiri. Cari dan terokalah. Pancinglah si dia dengan memainkan peranan anda di zon sensasi miliknya itu . Terdapat beberapa lokasi dimana sekiranya anda menyentuh dan mengusapnya dengan lembut pasti akan merangsangkan ghairah suami anda antaranya ialah pada puting, pada kepala zakar, batang zakar, ketiak dan juga sekitar anus.



Elak Sahaja Menyentuh Kelemahannya
Jangan sentuh kelemahan yang ada di tubuh suami anda. Tumpukan pada bahagian yang menjadi kebanggaannya seperti dadanya yang bidang, bahu atau hujung lengannya.


Sepantas Kilat
Bila mana anda mahu membuat suami anda lekas ghairah, ambillah tindakan yang agak agresif. Tarik dia ke sofa dan bertindak secepat kilat. Tetapi, sebelum itu pastikan keadaan sekitar ‘selamat.’ Jika anda berani lakukan di tempat yang jarang orang melakukannya seperti di atas meja, atas lantai atau di tangga. Tapi pastikan jangan ada anak-anak yang memerhatikan kelakuan aksi ghairah anda bersama suami.



Kejutan Halwa Mata
Suami akan mengagumi anda, andai anda senantiasa membuat kejutan dari masa ke semasa untuk disaksikannya. Ini termasuk, membuat perubahan daripada segi penampilan anda, seperti dandanan rambut fesyen terbaru atau mengenakan pakaian dalam yang terseksi yang baru anda temui di gedung atau butik pakaian kegemaran anda. 

Baca Selanjutnya ...

Sunday, 16 October 2011

BAJET 2012 UNTUK WANITA

Hari ini APA KATA WANITA TV1 secara langsung membawa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ke studio bagi membincangkan dengan lebih lanjut peruntukan khas untuk Wanita pada Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri baru-baru ini.

Jangan ketingglan untuk ketahui apa yang boleh kita wanita rebut peluang bagi memajukan diri kita selaras membangunkan ekonomi keluarga dan negara serta faedah kesihatan yang baik pada tahun depan.

IKUTI APA KATA WANITA BERSAMA ZAMZARINA di TV1, AHAD 16 OKTBER, JAM 3 PETANG !
http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2011/08/sharizat.jpg

Antara yang telah diumumkan adalah seperti berikut :

  1. Dasar sekurang-kurangnya 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor korporat. Program latihan untuk membangunkan wanita berpotensi menjadi ahli lembaga pengarah dan menarik golongan profesional wanita kembali ke pasaran pekerjaan melalui program latihan bersesuaian dengan jumlah peruntukan RM10 juta. 
  2. Bagi memberi rangsangan kepada usahawan kecil, peruntukan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) ditambah sekali ganda kepada RM300 juta berbanding RM120 juta pada tahun 2011. Tabung keusahawanan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) pula menyediakan RM2.1 billion dalam bentuk pinjaman mikro kredit kepada usahawan terutama wanita. Cadangan surat cara pembiayaan diberi pengecualian duti setem bagi mengurangkan kos peminjam.
  3. Perkhidmatan suntikan percuma imunisasi HPV (Human Pappilloma Virus) bagi membolehkan lebih ramai wanita mendapatkan kemudahan imunisasi mencegah kanser servik. Jumlah peruntukan RM50 juta bagi kos 3 suntikan bagi seorang wanita yang bernilai RM150.
  4. Bagi  menjamin kesihatan ibu dan anak, hospital khusus untuk Wanita dan Kanak-kanak akan dibina di Kuala Lumpur dengan kos 700 juta ringgit. Perkhidmatan kesihatan terbaik, naik taraf hospital termasuk wad bersalin di Hospital Putrajaya.
  5. Bagi kakitangan kerajaan, pelarasan gaji dengan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) terutama guru-guru mendapat kenaikan gaji terbesar serta peluang untuk naik pangkat tidak perlu tunggu lama. Ikut time-based (8 tahun). Kelebihan ini kepada wanita kerana hampir 80 peratus guru adalah golongan wanita.
Baca Selanjutnya ...

Friday, 14 October 2011

KESIHATAN SEKSUAL PENTING !

KESIHATAN SEKSUAL adalah keupayaan lelaki dan wanita melakukan aktiviti seks dengan bertanggungjawab dan selamat.

http://seks2u.com/wp-content/uploads/kesihatan-seksual.jpg

Memang tidak dapat dinafikan, perhubungan seks yang tidak memuaskan akan mempengaruhi kualiti hidup pasangan. Masalah seks yang sering dialami oleh kaum lelaki adalah disfungsi erektil atau dikenali sebagai mati pucuk. Disfungsi erektil adalah ketidakupayaan untuk mengekalkan atau mengukuhkan ketegangan zakar sewaktu perhubungan seks.

Disfungsi erektil turut berkait dengan masalah lemah tenaga batin dan masalah pengeluaran air mani. Sesetengah lelaki berpendapat bahawa pengurangan fungsi erektil adalah biasa apabila umur meningkat.

Pada halnya, punca-punca lain seperti tahap kesihatan yang lemah, pengambilan ubat-ubatan tertentu, faktor psikologi dan gaya hidup yang tidak sihat turut mengganggu fungsi erektil. Masalah kesihatan yang berkaitan dengan aliran darah yang lemah seperti diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan kolesterol tinggi selalunya menjadi punca bagi masalah disfungsi erektil dan masalah lemah syahwat.
Namun begitu, masalah kesihatan bukan satu-satunya punca bagi masalah ketidakupayaan seks. Sering kali, pengambilan ubat-ubatan tertentu yang menjadi punca sebenarnya. Penumpuan pada minda dan tubuh amat diperlukan semasa aktiviti seksual. Gangguan emosi akibat daripada kemurungan, tekanan, konflik, perasaan bersalah dan rendah diri ataupun perasaan risau mengenai prestasi seksual boleh menyebabkan atau memburukkan lagi masalah disfungsi erektil.

Selain itu, gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, pengambilan alkohol yang berlebihan, pil “rekreasi” dan diet yang tinggi kandungan kolesterol turut mempengaruhi kualiti seks. Dengan jelas, masalah ketidakupayaan seks boleh berpunca dari segi fizikal atau psikologikal. Oleh itu, pengenalpastian tentang punca sebenar adalah penting bagi mendapatkan penyelesaian yang efektif.

Ramuan herba merupakan penyelesaian yang asas bagi masalah ketidakupayaan seks. Sejak dahulu lagi, herba telah diguna untuk meningkatkan prestasi seksual dan tenaga batin serta mengurangkan kelesuan selepas perhubungan seks.

Kini, keberkesanan bagi sesetengah formulasi herba dalam peningkatan kesihatan seks telah mendapat pengenalpastian daripada kajian saintifik.
Baca Selanjutnya ...

Thursday, 13 October 2011

WANITA SILA KOMEN PENDAPAT LELAKI TENTANG KITA

ZZ jumpa artikel ni yag ditulis oleh lelaki yang menggelarkan dirinya 'KNOWHOWTO'dan mengaku dia dah cukup masak dengan perangai kaum wanita. Entah betul atau tidak, apa kata kita sama-sama baca dan komen.

*********************

Adakah ia betul?

12 Perkara Yang Orang Perempuan Suka


1.  Perempuan suka dibelai – Perempuan ni memang suka dibelai. Ni aku yakin! Tak caya buatlah. Alah tak susah mana sebenarnya nak belai. Contohnya, masa tengok tv tu cuba-cuba urut kaki ker atau belai-belai rambut dia ker. Haa tu la belai namanya. Tapi orang lelaki (terutamanya orang Melayu – aku rasa la) ramai yang tak pandai bab ni (termasuk la aku?….hahahahaha).

2.  Perempuan suka dipuji – lagi banyak korang puji, lagi kembang lah hidung dia…haa puji la lebih-lebih yer…muahahaha

3.  Perempuan suka makan – terutamanya yang sweet-sweet contohnya aiskrim, cokelat dan lain-lain. Betul ker? Entah aku pun tak pasti. Tapi memang, setiap kali aku bagi hadiah cokelat ker kat awek2 dulu, memang diorang suka giler.

4.  Perempuan suka handbag dan kasut – kalau dah tak ada idea hadiah apa nak bagi. Korang beli jer handbag ker atau kasut. Pasti orang perempuan tak pernah menolak punya.

5.  Perempuan suka SHOPPING – ni confirm TEPAT! Betul tak orang perempuan? So, aku tak perlu hurai lah point ni yer.

6.  Perempuan suka yang cantik-cantik dan comey-comey – Pantang nampak benda cantik…sure diorang akan kata ; “eeiiiyyyy comeynye…geramnye….” . Contohnya baby, kucing dan sebagainya. Terutamanya yang muda remaja dan dewasa la. Kalau golongan makcik dan ke atas tu, mungkin point ni tak tepat sangat kot.

7.  Perempuan suka ber’GOSSIP’ dan mengumpat – haaa yang ni aku  ‘tak berani’ nak ulas panjang-panjang. Tapi kalau tengok keliling-kelalang korang, aku rasa ramai yang bersetuju dengan point aku yang ni. Jangan marah noo orang perempuan. Cubalah terima kenyataan! hahahahaha

8.  Perempuan suka warna pink – aku dah jumpa ramai perempuan yang suka warna ni. Termasuk anak-anak sedara aku. Habis semua dia nak pink. Baju, seluar, beg, kasut…semua nak pink. Mengapa yer? Aku betul-betul tak faham. Orang perempuan boleh bagi reason dak?

9.  Perempuan suka kata ; “lelaki semuenye same jer! EGO!” – aku pernah dikata dengan ungkapan ini beberapa kali. Takper lah. Aku terima jer orang kata aku macam tu. Tapi betul ker ‘lelaki semuanya sama?”. Mungkin sama dari beberapa segi, tak sama secara total.

10.  Perempuan suka kalau ada orang caring @ ambil berat pasal dia – yer lah, jiwa orang perempuan kan lembut. So, memang suka sangat lah kalau orang ambil berat pasal dia. Tapi tengok jugaklah aku rasa. Kalau orang yang ambil berat tu ialah orang yang dia tak suka, dia menyampah jugak kot. Entahlah. Tapi secara fitrahnya, orang perempuan ni memang suka diambil berat tentangnya. Setuju, orang perempuan??

11.  Perempuan suka hiburan – hampir semua perempuan yang aku kenal, diorang suka sangat dengar radio. Radio pulak, bukan IKIM.FM yer…pastinya ERA, HOT FM, MUZIK FM dan sebagainya. Rancangan TV pun sama, kalau korang perhatikan, orang perempuan memang suka tengok rancangan hiburan. Jarang sangatlah perempuan yang minat baca buku lebih dari minat tengok TV. Wahai orang perempuan, janganlah kau sia-siakan masa kamu. Kurangkan sikit hiburan tu, dan cuba cubalah bawak-bawak baca Quran dan buku agama yer. hehehe

12.  And last but not least ; Perempuan yang baik memang suka kepada lelaki yang boleh membimbing ke jalan yang diredhai Allah s.w.t. – Ni pun aku malas nak ulas panjang. Tapi buktinya, tengok imam muda. Ramai perempuan suka ker, atau ramai perempuan tak suka? Aku yakin, yang suka lebih ramai kot? So, betul lah perempuan suka kepada lelaki yang dapat bimbing dia. Kan kan kan???
Baca Selanjutnya ...

Wednesday, 12 October 2011

PAP SMEAR, apa tu?

Pap Smear: Ambil tahu wahai Wanita !



Pap smear merupakan pemeriksaan penting yang diketahui ramai, bukan terhad kepada wanita sahaja malahan lelaki. Ayah dan teman lelaki kamu pun mungkin pernah dengar mengenainya. Ia satu ujian yang digunakan untuk mengesan sebarng keabnormalan dalam serviks wanita. Mak dan kakak kamu mungkin pernah melakukan Pap smear sekurang-kurangnya sekali.

Pap smear sebenarnya kependekan untuk Papanicolau smear. Ia merupakan ujian saringan yang digunakan untuk memeriksa sebarang perubahan dalam serviks wanita. Kamu masih ingatkan, yang serviks tu struktur berbonjol daripada uterus yang menampung bayi semasa dalam kandungan. Inilah bahagian uterus yang membuka kepada vagina. Serviks melalui perubahan semasa kitaran haid wanita dan semasa mengandung.

Pap smear dijalankan oleh doktor pakar ataupun pakar sakit puan. Sampel lelehan serviks atau mukus daripada serviks diambil dengan memasukkan putik kapas dan memusingkannya pada permukaan serviks. Sampel kemudiannya disapukan pada slaid dan dilihat di bawah peralatan sains yang dipanggil mikroskop. Mikroskop membolehkan pemeriksa untuk melihat komponen-komponen lelehan. Pap smear digunakan untuk mengesan kanser serviks atau sebarang jangkitan yang terdapat semasa pemeriksaan.

Berapa kerapkah harus saya jalani Pap smear?
Pap smear merupakan ujian saringan yang digunakan untuk memeriksa penyakit di serviks wanita yang tidak mempunyai sejarah penyakit serviks seperti kanser serviks.

Terdapat beberapa panduan yang digunakan oleh doktor apabila menjalani Pap smear. Pap smear pertama biasanya dilakukan tiga tahun selepas persetubuhan pertama kali dilakukan. Sesetengah panduan mengesyorkan menjalani Pap smear setiap 2 hingga 3 tahun sementara ada yang mengesyorkan pemeriksaan Pap smear untuk wanita yang aktif melakukan hubungan seks, setiap tahun sehinggalah mencecah umur 30.

Apakah Pap smear yang tidak normal?
Apabila menjalani Pap smear, pemeriksa biasanya akan memeriksa sel-sel luar biasa. Sel-sel luar biasa akan kelihatan lain daripada sel biasa. Ia mungkin mempunyai warna berlainan apabila dicampurkan dengan pewarna tertentu dan mungkin mempunyai saiz dan bentuk yang pelik. Kehadiran sel luar biasa mungkin menunjukkan berlakunya kanser serviks atau terdapatnya jangkitan. Sebelum kamu jadi lebih risau, lebih baik kamu tahu yang tak semua keputusan abnormal Pap smear bermaksud terdapatnya kanser serviks.

Keputusan Abnormal Pap Smear
Hasil ujian Pap smear mungkin mengandungi banyak istilah perubatan yang menakutkan kamu.

Berikut merupakan beberapa istilah yang biasa dan maksudnya:

Sel Skuamus Atipikal. Ini bermakna yang sel abnormal mungkin kelihatan semasa Pap smear yang mungkin disebabkan oleh jangkitan. Sel-sel ini juga mungkin berkembang menjadi kanser.
Displasia. Ini bermakna yang sel abnormal mungkin kelihatan semasa Pap smear. Displasia bukannya kanser. Walau bagaimanapun, dysplasia mungkin, tapi tak semestinya berkembang menjadi kanser serviks

Jenis-jenis Displasia
SIL. Squamous Intraepithelial Lesion. Ini bermakna yang sel leper nipis di permukaan luar serviks kamu dikesan tidak normal. Seperti dysplasia, SIL terutamanya yang berbentuk parah mungkin berkembang menjadi kanser serviks peringkat awal.

CIN. Cervical Intraepithelial Neoplasia. Ini bermakna terdapat pertumbuhan tidak normal pada serviks. Perubahan tidak normal ini hanya berlaku pada permukaan paling luar serviks.
Carcinoma in situ (CIS).Ini bukannya kanser serviks. Ini merupakan salah satu bentuk SIL yang memberitahu kamu yang sel yang berkemungkinan berkembang menjadi kanser adalah terhad pada permukaan serviks dan belum masuk ke lapisan yang dalam.

Ambil Perhatian: Pap Smear Tidak Normal!!!

Apabila Pap smear menunjukkan keputusan tidak normal, doktor kamu mungkin melakukan perkara-perkara berikut:

  • Mengulangi pemeriksaan Pap smear
  • Memberi ubat seperti Krim Estrogen. Keabnormalan dalam serviks mungkin biasa semasa menopaus apabila hormon seks seperti estrogen mengurang. Sekiranya estrogen rendah yang menyebabkan keabnormalan dalam serviks, hasil pemeriksaan sepatutnya semakin positif selepas menggunakan krim estrogen.
  • Melakukan kolposkopi. Apabila melakukan kolposkopi, doktor kamu akan menggunakan peralatan yang dipanggil kolposkop untuk memeriksa serviks. Semasa prosedur ini, doktor akan menyapu larutan cuka lembut pada permukaan serviks. Kawasan yang bertukar menjadi putih selepas penyapuan larutan tersebut akan dianggap sebagai tidak normal.
  • Melakukan biopsi dengan mengambil sebahagian kecil permukaan serviks dan menghantarnya ke makmal untuk ujian. Melalui biopsy, doktor kamu boleh menentukan sama ada terdapat keabnormalan yang dijumpa semasa Pap smear atau kolposkopi adalah disebabkan kanser ataupun tidak.

Kanser Serviks
Kanser serviks menunjukkan pertumbuhan keabnormalan dalam serviks. Serviks merupakan bahagian bawah uterus. Ia merupakan struktur berbentuk bonjol dengan permukaan yang kaya dengan sel. Sel ini mungkin menjadi kanser apabila terdedah kepada organisma tertentu seperti Human Papilloma Virus (HPV), menghisap rokok dan jangkitan kelamin.

Meningkatkan Risiko Kanser Serviks

Berikut merupakan antara faktor yang dikatakan boleh meningkatkan peluang wanita mendapat kanser serviks:

  • Jangkitan Human Papilloma Virus. Jangkitan HPV merupakan penyebab paling umum kanser serviks. Virus yang menyebabkan kanser serviks tergolong dalam keluarga virus yang sama yang menyebabkan ketuat genital. Seks tanpa perlindungan mungkin meningkatkan peluang menyebabkan jangkitan HPV kerana seseorang itu mungkin mendapat jangkitan akibat sentuhan dengan kulit yang dijangkiti. Kebanyakan wanita boleh dijangkiti oleh virus tapi tak semua akan berkembang menjadi kanser serviks. Ujian Pap smear boleh menunjukkan terdapatnya jangkitan HPV.
  • Melakukan seks ketika masih muda.
  • Bertukar-tukar pasangan atau mempunyai pasangan yang kerap bertukar-tukar pasangan.
  • Genetik. Sekiranya ahli keluarga atau ada saudara kamu yang mempunyai kanser serviks, kamu mungkin mempunyai risiko mendapat kanser tersebut.
  • Merokok. Ada juga kehamilan dan kelahiran bayi yang boleh meningkatkan peluang mendapat kanser serviks. Kurang jelas kenapa ia berlaku.
  • Kehamilan. Ada juga kehamilan dan kelahiran bayi yang boleh meningkatkan peluang mendapat kanser serviks. Kurang jelas kenapa ia berlaku.
  • Penyakit Jangkitan Kelamin(STI). Terdapat perkaitan rapat antara beberapa jenis STI dan perkembangan kanser serviks.
  • Sistem Imun Lemah. Stres dan diet yang keterlaluan mungkin melemahkan sistem imun kamu. Sesetengah wanita, walau dijangkiti HPV, mungkin tidak mendapat kanser serviks kerana pertahanan tubuh mereka, sistem imun lah tu, kuat untuk melawan jangkitan. Apabila sistem imun semakin lemah, seorang wanita mempunyai kemungkinan mendapat kanser serviks.
  • Diet. Diet yang kurang dengan sayur dan buah mungkin menyebabkan kamu tak cukup zat. Jadi lemahlah sistem imun kamu!

Mencegah Kanser Serviks (Barah Pangkal Rahim)

  • Sentiasa berjaga-jaga dan melindungi diri anda sepenuhnya, pasti merupakan salah satu cara terbaik. Berikut merupakan cadangan yang boleh kamu buat untuk mengelakkan kanser yang menakutkan tu.
  • Pakai perlindungan ketika melakukan seks.
  • Elakkan melakukan seks ketika masih muda.
  • Berhenti merokok.
  • Makan banyak buah-buahan dan sayur. Kekal cergas!
  • Jalani pemeriksaan Pap smear.
  • Dapatkan suntikan vaksin. Vaksin yang digunakan untuk mencegah kanser servik ada di pasaran. Ia mungkin sedikit mahal, tetapi budak perempuan seawal umur 9 tahun sudah boleh mendapatkan vaksin tersebut. Tanyalah pada doktor kamu mengenainya.
Baca Selanjutnya ...

ANDA MUNGKIN SUKA NAK BACA.. TERSERAH PADA SELERA MASING-MASING..