HARMONY MYSPA

Jom cantik bersama Zamzarina...

HARMONY PRODUCTS

Ketahui Rahsia Zamzarina

ZARRA

Produk kecantikan terbaru Zamzarina

APA KATA WANITA... ZAMZARINA

Talkshow magazina by Zamzarina

Translate in your language

Sunday 31 March 2013

Hawa Di Cipta Ketika Adam Sedang Tidur

Menurut pakar psikologi, seorang lelaki jika dia kesakitan, maka selalunya akan membuatkan timbul dalam hatinya rasa benci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya.


Seandainya Hawa diciptakan dari Adam alaihissalam saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari rusuknya hingga dia membenci Hawa.

Akan tetapi Hawa diciptakan Tuhan pada Adam saat dia tertidur. Ia semata-mata agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa.

Sementara seorang wanita akan melahirkan anak dalam keadaan terjaga dan adakala melihat kematian dihadapannya. Namun begitu, semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia sanggup menebusnya dengan kehidupannya sendiri.

Ada syair arab mengatakan, sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi kalbu lelaki (jantung, hati nurani).

Oleh kerana itu, tugas Hawa menjadi ratu di hati lelaki.

Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang puteri yang manja, dan seorang isteri yang setia jika fahami sebaiknya.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang diberitahu oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.”

Maksud kata baginda tersebut adalah, wanita itu harus difahami, dijaga dengan baik dan dikawal agar tak memudaratkan.

Maka wahai kaum Adam, janganlah merendahkan perasaan Hawa, kerana dia memang diciptakan seperti itu.

Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu bererti dia sedang menangis didalam hati.

Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf.

Dan percayalah, wanita amat susah untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang.
Baca Selanjutnya ...

Friday 29 March 2013

Kanak-Kanak Hampir Mati Kebuluran Kerana Ibu Meninggal Dunia

Seorang kanak-kanak lelaki Amerika Syarikat (AS) ditemui dalam keadaan telanjang dan lemah tidak cukup zat di sebuah apartmen bersama mayat ibunya, yang meninggal dunia sejak beberapa hari lalu, kata polis.

Polis New Jersey berkata, permintaan pertama kanak-kanak itu selepas diperiksa adalah air jus dan sandwic keju panggang.

Ibunya, dikenal pasti pada Rabu sebagai Kian Workman, 38, ditemui meninggal dunia pada Selasa di atas lantai bilik tidur ibunya selepas pekerja selenggara bangunan itu terhidu bau busuk.

Disebabkan pintu berkunci, polis berkata, budak lelaki itu tidak dapat keluar dari rumah itu.

Pegawai polis, Joseph Sauer berkata, kanak-kanak itu ditemui bogel dan boleh berkomunikasi dan tidak menangis apabila Sauer menendang pecah pintu rumah.

“Hanya satu cara yang boleh menterjemahkan kanak-kanak kecil ini seperti kejadian Perang Dunia Kedua, dari khemah pemerhatian, dia begitu kurus. Maksud saya, anda boleh melihat kesemua tulangnya,” kata Sauer kepada The Associated Press.

Budak lelaki itu tidak cukup kuat untuk membuka pintu peti sejuk dan tidak dapat membuka satu tin sup.

Polis berkata, kanak-kanak itu memberitahu mereka yang dia makan dari pek berisi gula.
Baca Selanjutnya ...

Thursday 28 March 2013

Doktor Wanita Sanggup Bunuh Pesakit Kerana Hospital Sesak

Seorang doktor yang dituduh membunuh pesakitnya bagi mengosongkan katil hospital mungkin boleh dipersalahkan atas lebih 300 kematian.


Virginia Soares de Souza dipercayai bertindak “seperti Tuhan” dengan memberikan ubat penenang otot berlebihan atau mematikan mesin sokongan hayat pesakit tertentu.

Jika dibuktikan, polis berkata, Virginia kemungkinan besar bertanggungjawab atas kematian lebih ramai pesakit berbanding pembunuh bersiri Britain, Harold Shipman, yang membunuh sekurang-kurangnya 215 orang sebelum dia menggantung dirinya pada 2004.

Virginia bekerja di Hospital Evangelico di Curitiba, selatan Brazil, sebelum ini dituduh menyebabkan kematian tujuh pesakit. Namun, jumlah itu meningkat ketika polis menjalankan siasatan terhadap pesakit yang diletakkan di bawah pengawasannya sejak tujuh tahun lalu.

Jurucakap polis berkata, mereka mungkin mengesan hampir 300 kes membabitkan Virginia.

Sementara itu, peguam Virginia, Elias Mattar Assad berkata, dia akan membuktikan bahawa tertuduh tidak bersalah di mahkamah.
Baca Selanjutnya ...

Tuesday 26 March 2013

Suasana Pilu Pada Sambutan Hari Polis Ke-206


Hari Polis ke-206 hari ini disambut dalam suasana kesayuan tetapi penuh patriotik. Suasana hening seketika apabila balu dan waris anggota yang terkorban dalam krisis pencerobohan di Sabah, mengambil kenaikan pangkat pegawai dan anggota berkenaan.
 
  
Kesedihan jelas terpancar di wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika beliau menyampaikan kenaikan pangkat itu kepada anak tunggal DSP Michael Padel yang memakai baju kemeja dan berseluar hitam tanda masih berkabung atas kematian bapanya.


Rasa kesayuan dan sedih turut jelas terpancar di wajah Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tatkala bertemu dengan  waris anggota yang terkorban dalam krisis pencerobohan.


Kelapan-lapan pegawai dan anggota yang gugur itu mendapat kenaikan pangkat secara Medan Posthumous.
 
Mereka yang terkorban dalam pertempuran dengan pengganas militan di Kampung Tanduo pada 1 Mac ialah ASP Zulkifli Mamat, 29; dan Sjn Sabarudin Daud, 46; manakala anggota yang gugur di Semporna pada 2 Mac ialah ACP Ibrahim Lebar, 52; Kpl Mohd Azrul Tukiran, 27; DSP Michael Padel, 36; Sjn Mejar Baharin Hamid, 49; Sjn Mejar Abdul Aziz Sakirun, 48; dan Sjn Salam Togiran, 42.


Sambutan Hari Polis di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak di sini yang turut dihadiri Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar bermula 8.30 pagi dengan perbarisan lintas hormat.



Perbarisan itu turut disertai 93 anggota barisan hadapan yang terlibat secara langsung dalam Operasi Daulat. Mereka diterbangkan khas dari Sabah untuk sambutan Hari Polis itu.
 
Kumpulan yang terdiri daripada 50 anggota dan 13 pegawai Komando VAT69 dan Jabatan Siasatan Jenayah itu mengenakan pakaian seragam lengkap semasa operasi di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.

sumber: http://www.klpos.com/ekslusif/49122-suasana-pilu-pada-sambutan-hari-polis-ke-206
 
Baca Selanjutnya ...

Sunday 24 March 2013

Ulat Dalam Tuala Sulit Wanita



[Image: pantyliners03.jpg]

[Image: pantyliners04.jpg]

[Image: pantyliners05.jpg]

ZZ: Harap kaum hawa hati-hati sebelum memakai pad ye..
Baca Selanjutnya ...

Wednesday 20 March 2013

5 BERADIK KONGSI SATU ISTERI


NEW DELHI: Seorang ibu muda semalam mendedahkan dia mempunyai lima suami.

Lebih menarik lagi, kelima-limanya adalah adik-beradik.

Rajo Verma, 21, tinggal dalam sebuah rumah satu bilik dengan kelima-lima suaminya dan tidur bersama suami berbeza setiap malam mengikut giliran.

Suri rumah itu juga tidak tahu siapa bapa bayi lelakinya.

Rajo berkata: “Pada awalnya, ia rasa agak pelik. Dan saya tidak mempunyai suami kegemaran.”

Suami pertamanya, Guddu, 21, menegaskan: “Kami semua melakukan seks dengannya tetapi saya tidak cemburu. Kami sebuah keluarga besar yang bahagia.”

Pasangan itu berkahwin mengikut istiadat Hindu yang diatur keluarga mereka empat tahun lalu dan dia menjadi satu-satunya suami Rajo yang sah.

Tetapi adat di kampung mereka mewajibkan Rajo turut mengambil adik-beradik suaminya sebagai suami.

Mereka ialah Bajju, 32, Sant Ram, 28, Gopal, 26, dan Dinesh — yang dikahwininya tahun lalu ketika pemuda itu mencecah usia 18 tahun.

Abang sulung Bajju berkata: “Saya menganggap Rajo sebagai isteri saya dan tidur bersamanya sebagaimana adik saya yang lain.”

Rajo memasak, mengemas dan menjaga bayinya, Jay yang berusia 18 bulan ketika semua suaminya pergi bekerja di Dehradun, utara India.

Rajo berkata mengenai tradisi purba bergelar poliyandri: “Ibu saya turut berkahwin dengan tiga beradik. Bila saya berkahwin saya tahu saya terpaksa menerima semua lelaki itu sebagai suami.”

“Saya tidur dengan mereka mengikut giliran. Kami tiada katil, kecuali beberapa selimut.

“Yang menariknya, saya mendapat lebih perhatian dan kasih sayang daripada kebanyakan isteri lain.”




- Harian Metro
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Limaberadikkongsisatuisteri/Article/index_html
Baca Selanjutnya ...

Sunday 17 March 2013

Wanita Yang Suka "Terbalik" Segalanya

Tidak seperti manusia lain, Bojana Danilovic amat unik kerana dunianya boleh dianggap ‘terbalik’ secara keseluruhan dan keadaan itu membingungkan pakar perubatan.

Bojana memegang akhbar secara terbalik bagi 
membolehkan dia membaca ‘secara normal.’

Bagi Bojana, setiap sesuatu yang disaksikannya dilihat terbalik disebabkan perhubungan ganjil bagi otaknya memproses sesuatu imej.

Disebabkan masalah itu, Bojana, 28, dilengkapi skrin komputer dan papan kekunci khas di pejabatnya, selain membaca dari bawah ke atas.

Sesuai dengan tugasnya sebagai pekerja majlis perbandaran di Uzice, barat Serbia, dia juga diberikan borang rasmi khas.

Apabila pulang, dia menonton televisyen dengan cara terbalik juga.

Kata Bojana, orang lain mungkin melihatnya sebagai luar biasa, tetapi dia sendiri hidup normal sepenuhnya. “Saya dilahirkan begitu.

“Ia cuma cara saya melihat dunia berbeza berbanding orang lain,” katanya. Bojana berkata, pakar neurologi di Institut Teknologi Massachusetts dan Universiti Harvard di AS berpendapat, dia menghidap masalah ‘fenomena orientasi ruang’ menyebabkan imej dilihat menjadi terbalik.
Baca Selanjutnya ...

Thursday 14 March 2013

10 Anggota Keselamatan Negara Mati Syahid _ Imam Besar Mekah


Syeikh Mohammad Sharif Mohammad Imrani

"Saya tidak tahu siapa yang melakukannya (pencerobohan) namun kematian 10 anggota pasukan keselamatan Malaysia mempertahankan negara adalah syahid."

Imam Besar Masjid Aba'ah, Makkah, Syeikh Mohammad Sharif Mohammad Imrani al-hafiz berkata anggota pasukan keselamatan Malaysia yang berjuang mempertahankan kedaulatan negara mati syahid.

Katanya umat Islam wajib mempertahankan negaranya daripada pencerobohan asing dan mati dalam peperangan kerana ia adalah syahid fisabilillah dan Allah SWT akan memberi syafaat kepada mereka.

Beliau yang ditanya mengenai pencerobohan pengganas militan di Lahad Datu, Sabah berkata: "Saya tidak tahu siapa yang melakukannya (pencerobohan) namun kematian 10 anggota pasukan keselamatan Malaysia mempertahankan negara adalah syahid."
Syeikh Muhammad Sharif dibawa khas dari Makkah ditemui selepas memberi tazkirah yang disampaikan dalam bahasa Melayu, Inggeris serta Arab pada program 'Malam Munajat Rakyat: Gema Zikir dan Selawat' dan dihadiri hampir 5,000 umat Islam di Masjid Muadzam Shah di sini malam tadi.

Beliau sebelum itu mengimamkan solat Maghrib dan solat hajat memohon Allah SWT menyelamatkan Malaysia dan rakyatnya daripada bencana, diikuti solat Isyak.

Program itu dianjurkan anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim.

Sheikh Muhammad Sharif berkata pergaduhan atau peperangan sesama umat Islam di akhir zaman adalah tindakan manusia yang memiliki sifat syaitan dan hendaklah dihindari oleh pengikut sebenar Nabi Muhammad SAW.

Beliau yang turut ditanya penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di Malaysia, berkata dalam Al-Quran terdapat ayat yang jelas menyatakan haram menggunakan nama Allah sebagai nama tuhan oleh bukan Islam.

"Dalam Islam tidak boleh bandingkan nama Allah dalam Bible dan Injil. Orang Bible dan Injil bukan Islam. Macam mana hendak guna nama Allah. Perbuatan ini (guna nama Allah oleh bukan Islam) adalah syirik dan berdosa, tidak boleh buat begini," tegasnya.

Beliau menasihatkan umat Islam Malaysia supaya memohon perlindungan Allah SWT dan mengadakan solat hajat agar umat Islam di negara ini terhindar daripada fitnah yang banyak berlaku di akhir zaman.

"Bergaduh sesama umat adalah perbuatan yang ditegah oleh Islam. Umat Muhammad SAW adalah adik-beradik dan kita patut bersatu. Ini nasihat saya," katanya.

Dalam tazkirahnya pula, Sheikh Muhammad Sharif menegaskan tiada parti politik boleh menjanjikan syurga atau neraka kepada umat Islam dan perbuatan mengkafirkan sesama umat juga ditegah keras oleh Islam.

"Tiada hadis atau ayat dalam al-Quran yang menyatakan menyokong sesuatu pihak atau parti politik boleh masuk syurga. Ini kerja Allah SWT, bukan boleh ditentukan oleh sesiapapun pada zaman ini," katanya.

Sementara itu Syed Sobri berharap penjelasan Imam Besar Masjid Aba'ah itu berlandaskan al-Quran dalam soal kematian anggota keselamatan, penggunaan kalimah Allah dan menyokong pembangkang boleh masuk syurga perlu dipandang serius oleh umat Islam di negara.

"Saya harap umat Islam yang hadir pada malam ini tidak lagi terpengaruh dengan dakwaan songsang pihak tertentu bersabit tiga perkara tersebut yang membawa kepada syirik," katanya. 
Baca Selanjutnya ...

Tuesday 12 March 2013

Masyarakat "Timbunan Sampah"

Adakalanya kita merasakan bahawa hidup kita serba kekurangan. Kita selalu merasakan yang kita sentiasa hidup dalam keadaan susah, miskin, serba tak cukup dan banyak lagi perkara yang diinginkan dalam kehidupan seharian.

Namun, apabila merenung gambar-gambar dibawah ini, tidakkah kita terfikir betapa bersyukurnya kita dengan limpah kurnia dan kesenangan yang kita ada sekarang.


-SP
Baca Selanjutnya ...

Ciri-ciri Penghidap Penyakit Anorexia Nervosa

Anorexia Nervosa adalah satu keadaan dimana seseorang sengaja menghadkan pengambilan makanan dan lazimnya tidak mahu mengekalkan berat badan yang normal dengan ketinggiannya.(kekurangan berat badan yang teruk).


Masalah gangguan pemakanan ini lazimnya berlaku dikalangan golongan remaja perempuan. Apakah ciri-ciri individu yang mengalami masalah gangguan pemakanan ?

Ciri-ciri:
  • Tubuh badan menjadi terlalu kurus seperti jerangkung
  • Jari tangan seperti pencakar
  • Muka cengkung
  • Mata seperti mahu terkeluar
  • Sakit ketika berbaring kerana hanya tinggal tulang dan menyukarkan pergerakan.

Gejala:
  • Terlalu mengambil berat tentang bentuk badan dan sering takut berat badan akan naik sedangkan berat semakin menurun
  • Terlalu ingin menjadi lebih kurus dan mempunyai imej serta persepsi diri yang salah
  • Merasakan diri gemuk sedangkan berat badan berada di bawah paras normal
  • Tiada nafsu makan, makan dalam jumlah sangat sedikit seperti hanya meminum air sejuk dan berasa bersalah setelah makan
  • Penurunan berat badan yang ketara
  • Kelihatan lemah dan tidak bermaya
  • Menganggap kulit dan daging yang melekat pada tubuh mereka sebagai lemak-lemak yang perlu disingkirkan.

Komplikasi:
  • Tidak datang bulan tiga bulan berturut-turut
  • Penurunan tekanan darah dan suhu badan yang drastik akibat lemak yang berkurangan
  • Kerosakan dan kegagalan organ tubuh seperti jantung dan ginjal untuk berfungsi sehingga akhirnya membawa kematian
  • Suka menyendiri, malu dan tidak mahu bergaul dengan orang lain kerana berasa serba tidak kena dengan bentuk badannya
  • Perubahan personaliti seperti merasa tidak yakin, rendah diri, hilang tumpuan, mudah tersinggung, cepat marah, kemurungan.

Tabiat makan yang mencurigakan:
  • Pura-pura makan tetapi sebenarnya makanan disembunyikan atau dibuang
  • Memotong makanan menjadi bahagian-bahagian kecil
  • Mengunyah makanan secara lambat-lambat
  • Kerap menghindari makan bersama keluarga.
Baca Selanjutnya ...

Saturday 9 March 2013

Video Lahad Datu - Temubual Dengan Balu Arwah Wira Negara



Saksikan video temu bual dengan balu Allahyarham Sarjan Abd. Azis Sarikon, yang dibunuh oleh pengganas di Semporna.

ZZ amat bersimpati dan marilah sama-sama kita hulurkan bantuan sekadar kemampuan kita bagi meringankan beban keluarga Anggota Keselamatan yang  sanggup pertaruhkan nyawa deni keamana negara kita.
Baca Selanjutnya ...

Wanita Suka Lelaki Berjanggut ?

Janggut lebat yang dimiliki lelaki ternyata menjadi daya tarik tersendiri bagi wanita. Di mata wanita, janggut memberikan pesona yang membuat lelaki jadi lebih menarik.


Lelaki lebih sinonim dengan penampilan yang macho dan jantan. Salah satu cara mendapatkannya yakni dengan memelihara janggut. Dengan sifat tersebut, mereka bukan saja menarik tetapi juga tampil maskulin.

Kesan macho dan jantan itu pun ternyata menarik perhatian wanita. Bagi mereka, lelaki yang memiliki janggut kelihatan lebih macho dan maskulin. Bukan hanya itu, janggut juga membuat lelaki kelihatan lebih menarik dan seksi di mata wanita. Hal ini menyebabkan para penyelidik terpanggil untuk mengetahui lebih lanjut, seperti dilaporkan Cosmopolitan.

Sebuah penelitian baru yang dimuatkan di 'Journal Behavioral Ecology' mengatakan bahawa lelaki kelihatan lebih macho ketika dia mempunyai janggut. Para penyelidik mendapati kecenderungan tersebut berkait rapat dengan rahang lelaki. Janggut membuat rahang lelaki kelihatan lebih besar dan membuatkannya kelihatan lebih agresif ketika marah, daripada lelaki dengan wajah bersih tanpa janggut.

Kajian lain juga mendapati bahawa lelaki berjanggut kelihatan lebih pintar, yakin dan dewasa.

Jadi bila anda inginkan kekasih kelihatan lebih pintar dan yakin pada diri, pintalah dia untuk memelihara janggutnya.

-Siakapkeli
Baca Selanjutnya ...

Wednesday 6 March 2013

10 Manusia Yang Berpantang Maut Sebelum Masanya - Video






















P/s : Inilah yang dikatakan 'AJAL MAUT HANYA ALLAH SAJA YANG TAHU!....
Baca Selanjutnya ...

ANDA MUNGKIN SUKA NAK BACA.. TERSERAH PADA SELERA MASING-MASING..