HARMONY MYSPA

Jom cantik bersama Zamzarina...

HARMONY PRODUCTS

Ketahui Rahsia Zamzarina

ZARRA

Produk kecantikan terbaru Zamzarina

APA KATA WANITA... ZAMZARINA

Talkshow magazina by Zamzarina

Translate in your language

Friday, 31 August 2012

AKSI YANG MENGHINA WANITA MALAYSIA !! LIKE IT IF YOU HATE IT !!


Inikah bangsa Malaysia yang berjiwa merdeka?

Lihatlah video dibawah:


Bagaimana hinanya sikap mereka di dalam video ini? Kebanyakannya Melayu dan Islam yang memijak-mijak gambar isteri pemimpin kita.. Inikah yang diajar oleh agama, nabi, ibu bapa dan guru-guru kita? Zahirnya memanglah tindakan ini tidak memberi kesan secara fizikal kepada orang di dalam gambar tersebut.. Tetapi bayangkanlah yang kena pijak tu gambar EMAK KITA! SUKA KE?? Apa perasan korang? Langsung tidak menghormati wanita!! 

Anda berhak untuk tidak menyukai beliau.. tetapi ini bukan caranya.. Kalau rasa benci sekalipun tak perlu bertindak sebegini.. (walaupun ZZ sendiri tak faham mengapa korang nak benci dia.. Apa yang dia dah ganggu hidup korang?? Korang ni dah termakan fitnah memburukkan karakter dia..)

ZZ nak tanya mereka dalam video tu benar-benar kenal ke hati budi DS Rosmah yang korang sanggup buat macam tu? Sekadar mendengar tohmah dan fitnah orang sampai buat korang bertindak sebegitu?? ZZ kenal hati budi DS Rosmah Mansor! She is not a POLITICIAN! Beliau hanyalah isteri pemimpin no1 negara..    

Sebagai seorang wanita Malaysia, ZZ juga rasa terhina dengan sikap mereka ini. Jom wanita semua, kita nyatakan rasa BENCI kita terhadap AKSI JAHAT ini!!!

ZZ ~ LIKE this article on FB posting and share it with your fellow friends especially ladies.

Baca Selanjutnya ...

Thursday, 30 August 2012

[ DUNIA LELAKI ] PERKARA YANG ANDA PERLU LAKUKAN KETIKA BERTANDANG KE RUMAH SI DIA...


Syawal adalah waktu untuk merapatkan tali silaturahim. Bagi anda yang telah berpunya, inilah masanya untuk mengenal keluarga gadis pujaan anda terutama sekali bagi yang belum pernah bersua muka. Bagi yang telah saling mengenali ini waktunya untuk anda merapatkan hubungan.

Tapi sebelum anda beraya ke rumah bakal mentua anda itu ada baiknya anda memerhatikan beberapa perkara. Jangan nanti tujuan kedatangan untuk berkenalan akhirnya keluarga si dia langsung tak berkenan. 

1. Jaga Penampilan
Fikirkan pakaian yang sesuai untuk dipakai pada hari kunjungan. Di bulan Syawal ini tak salah juga jika anda tampil dengan baju Melayu. Tapi tak perlu berlebihan siap bersamping dan bersongkok kecuali ia sesuai dengan majlis. Bimbang dikata ‘over’ pula. 

Pastikan pakaian anda kemas dan sedap mata memandang. Jangan sesekali memakai baju T tertera tulisan yang tidak elok. Paling tidak anda berkemeja lengan pendek. Kemaskan juga wajah anda, pastikan jambang dan misai rapi agar tidak nampak selekeh. Boleh jadi penampilan menjadi bonus untuk anda memenangi hati keluarga si dia. 

2. Bawa Teman
Sememangnya anda akan dilihat lebih ‘macho’ jika pergi sendirian bertemu keluarga teman wanita anda. Tapi selalunya ramai yang tidak sanggup pergi bersendirian. Jika begitu bawalah teman agar hilang rasa segan. Teman pula seorang dua sudah memadai, jangan pula sampai dua kereta bimbang keluarganya tidak kenal mana satu bakal menantu mereka. 

3. Jaga Adab
Penampilan pertama memainkan peranan besar yang boleh menguntungkan atau merugikan anda. Oleh itu apabila sampai ke rumah gadis pujaan itu, jagalah adab anda. Bersalamanlah dengan kedua-dua ibu bapa dan juga ahli keluarga yang anda. 

Tanyakan juga khabar mereka walau sudah ada depan mata. Ini menunjukkan tanda hormat anda pada mereka. Hati mereka pasti berbunga jika bermenantukan anda yang mempunyai budi pekerti dan sopan santun yang tinggi.

4. Ramah
Satu cara memenangi hati bakal mentua adalah dengan sikap ramah. Jadi belajarlah untuk bersikap demikian. Anda boleh saja memulakan perbualan dengan bertanya tentang kesihatan ibu bapanya, kerjaya adik-beradik, walaupun hakikatnya anda sudah pun mengetahuinya daripada teman wanita anda. 

Berikan juga penerangan tentang ahli keluarga anda dengan sebaiknya. Tapi jangan berbual kosong kerana ia kadang-kadang membuat anda ‘merapu’ dan jangan terlalu ‘excited’ semasa berbual kerana kadang-kadang kita boleh tersilap cakap hingga boleh mengeruhkan perhubungan! 

5. Berikan Senyuman
Meskipun anda seorang yang pendiam dan tak ramah berbicara tapi pastikan anda melemparkan senyuman buat keluarga si dia yang menyambut kedatangan anda. Jangan tunjukkan wajah yang masam sekali pun anda tersesat sejam ketika mencari rumahnya. 

Selain itu senyuman juga boleh melindungi rasa gemuruh atau panik bersemuka dengan keluarganya. Lagi pun anda sudah tentu tidak mahu dikata sombong pada pertemuan pertama. Tapi awas, jangan asyik tersenyum nanti dikata macam kerang busuk pula.

6. Kenali Ahli Keluarga
Walaupun yang pentingnya adalah kedua-dua ibu bapa si dia tapi ahli keluarganya yang lain juga perlu diambil kira. Jadi bersikap ramahlah dengan adik-beradik atau saudara yang ada. Cuba ingati nama mereka supaya mereka rasa dihargai. Tunjukkan bahawa anda benar-benar berminat untuk mengenali mereka. Jika mereka dapat melihat keikhlasan hati anda, pasti anda mendapat lampu hijau untuk masuk ke dalam keluarga si dia.

7. Sediakan Buah Tangan
Perkara ini selalu dilupakan oleh golongan lelaki. Adab berziarah harus ada buah tangan. Ia sebagai tanda menghormati rumah yang dikunjungi. Ringankan tangan anda membawa sedikit buah tangan agar keluarga si dia berbesar hati menerima kedatangan anda. Bukan membeli barangan mahal pun, sekadar kuih muih atau makanan kegemaran ibu dan ayah si dia sudah memadai untuk anda diingati. 

sumber: Mingguan Wanita
Baca Selanjutnya ...

GANGNAM STYLE CETUS FENOMENA !!



Fenomena irama Korea kembali menghangatkan aliran muzik tempatan sejak pertengahan July lalu apabila lagu nyanyian Park Jeasang, 34, atau lebih dikenali dengan nama singkatan Psy (Psycho) berjudul Gangnam Style mendapat sambutan hangat terutamanya dari peminat genre k-pop.

Mendapat hampir 50 juta penonton di laman You Tube sejak dilancarkan pertengahan Julai lalu, lagu yang dibawakan oleh Psy itu bukan saja mendapat perhatian masyarakat biasa, malah The Wall Street Journal dan artis rap dari Amerika iaitu T-Pain turut memberi pendapat sama yang mana lagu dan video klip berkenaan amat menarik.

Dengan karekter yang bersahaja, Psy bukanlah artis baru yang sedang meningkat naik kerana dia sudah pun memiliki 6 album sebelum ini dan lagu Gangnam Style adalah trak pertama yang terdapat dalam album terbarunya.

Nama Gangnam diambil bersempena dengan salah satu wilayah yang terdapat di Seoul manakala perkataan Style diwujudkan bagi menceritakan karekter penduduk di Gangnam.

Menurut pemerhati budaya Korea, apa yang disampaikan Psy tidak hanya berbentuk hiburan semata-mata kerana terdapat beberapa unsur kemasyarakatan yang ada di dalam video klip itu dan perkara itulah yang membuatkan lagu Gangnam berbeza dengan lagu Korea lain.

Lebih menarik apabila muzik videonya dilihat sangat kreatif dengan menampilkan tarian istimewa seperti menunggang kuda berserta ‘flash mob’ bersama penynanyi dari Girls Generation, Hyuna.

Lagu berkenaan bukan saja mendapat perhatian dari masyarakat Asia, malah Negara seperti United States, England dan Perancis turut memperkatakan tentangnya.

Ternyata selepas kehadiran beberapa kumpulan muzik Korea seperti Wonder Girls, Super Junior, Girls Generation dan The Big Bang Theory, kini Psy mengambil tempat dihati pengemar muzik Korea malah lebih membanggakan apabila Psy bergerak sebagai penyanyi solo.




sumber: MMI
Baca Selanjutnya ...

Wednesday, 29 August 2012

HARIMAU KUMBANG PANDAI PANJAT PAGAR!! TAPI MALANG TERTUSUK BESI...


Seekor harimau bintang meraung kesakitan apabila satu daripada kakinya tercucuk besi ketika cuba melompat pagar sebuah kilang di Mysore, lapor media semalam. 

Menurut saksi, harimau kumbang itu dipercayai memanjat pagar besi setinggi kira-kira tiga meter.

Bagaimanapun, ia tergelincir dan kaki belakangnya tertusuk besi pagar itu, menyebabkan dia terperangkap dan tidak boleh ke mana-mana.

Harimau bintang berusia empat tahun itu dilihat orang ramai yang melalui kawasan berkenaan pagi semalam.

Tindakan menyelamat segera dibuat sebaik saja pihak berkuasa dimaklumkan mengenai insiden itu.

Disebabkan liar, pihak berkuasa terpaksa menembak bius ke badan harimau bintang itu bagi melemahkannya dan membolehkan operasi menyelamat dijalankan.

Kakitangan veterinar terpaksa menggunakan jaring besar sepanjang operasi menyelamat itu.

Ketika masih pengsan, harimau bintang itu dibawa ke hospital berhampiran dan doktor segera menjahit lukanya.

Kejadian semalam adalah insiden ketiga membabitkan harimau bintang dilaporkan di kilang berkenaan.

Menurut pegawai perhutanan setempat, mana-mana haiwan yang cedera akan dirawat sebelum dibebaskan semula ke hutan.

Sementara itu, akhbar tempatan melaporkan, doktor veterinar mendapati luka di kaki harimau bintang itu hampir terkena perutnya.

Bagaimanapun, kecederaan itu tidak membimbangkan.

Haiwan itu dijangka pulih sepenuhnya tidak lama lagi.
 
sumber: Harian Metro
Baca Selanjutnya ...

Monday, 27 August 2012

CANTIK DAN TERBAIK!!!!

Kepada para pengusaha salon dan SPA, kami menjual salon pack produk kecantikan Dr Nabisar. Kesemua produk 100% herba diformulasi oleh Saintis lulusan PhD Cambridge University, Dr Nabisar dgn kombinasi nanoteknologi dan bioteknologi. Gerenti berkesan, lulusa KKM dan Halal. Harga berpatutan. Call TOLLFREE: 1-300-22-7622 atau SMS 012-6229970.
Baca Selanjutnya ...

[KISAH BENAR] SURAYA, JANDA MUDA MERAYU...





Persetujuan untuk berkahwin bukanlah alat untuk permainan. Sekali diputuskan untuk meninggalkan alam bujang, tiada lagi erti kebebasan dalam membuat sebarang keputusan. Islam menggalakkan setiap hamba melakukan solat sunat istikharah, kerana setiap keputusan yang tidak tahu baik atau buruk natijahnya dipohon petunjuk kepada-Nya jua. Jika baik atau sebaliknya, Allah akan memberi ilham dan petanda kepada kita.

Sebaliknya jika telah berumah tangga, segala perbuatan dilakukan secara bersama di antara suami atau isteri. Pada waktu ini, segalanya perlu dibincangkan kerana membabitkan dua jiwa yang mempunyai hati budi, pendirian dan pandangan tersendiri. Sekalipun dalam menentukan corak dan cara berpakaian atau sebagainya.

Adalah wajar perkara penting dibincangkan bersama dengan pasangan agar setiap pihak merasa dihormati dan dihargai oleh pasangan hidup mereka. Tidak dibelakangkan atau ditinggalkan tanpa dipedulikan.

Selain itu, pasangan perlu mengubah apa jua cara hidup yang bertentangan dengan kemahuan pasangan hidup masing-masing yang bersifat menyalahi norma kebaikan yang diterapkan. Jika tidak, ia pasti menyebabkan hubungan akan mudah menjadi longgar, huru-hara dan rosak.

Hal yang sama juga bila seseorang itu dalam perkahwinan kedua. Suraya yang baru mencecah usia 19 tahun adalah isteri muda kepada salah seorang usahawan yang berjaya di selatan tanah air. Hubungan mereka yang singkat telah melahirkan bibit kemesraan hingga mendorong suaminya pada masa itu Johari, untuk bernikah. Nasib Suraya bertemu dengan suami yang baik, yang tidak mengambil kesempatan terhadap dirinya. Sebaliknya, mengharapkan hubungan yang terjalin diredhai Allah.

Dari segi soal kewangan Johari tidak ada masalah kerana dia sememangnya mampu untuk menyara lebih dari seorang isteri. Sebaliknya Suraya pula bukanlah ikhlas untuk bernikah dengan Johari, yang berusia sebaya ayahnya.

Dia sebaliknya lebih berminat dengan kekayaan dan kemewahan yang ditaburkan oleh Johari. Pada usia muda, Suraya hanya menggunakan segala kelebihan yang ada padanya untuk memikat dan memancing Johari sehingga mereka sah menjadi suami isteri.

Setelah menjalani kehidupan bersama hampir setahun, pelbagai masalah timbul. Johari mula merasa pening kepala dan paling Johari tidak boleh terima adalah sikap Suraya yang sanggup curang dengannya.

Suraya menggunakan segala kemewahan yang diberikan untuk berfoya dan curang bersama dengan kekasih gelapnya di rumah lain setiap kali Johari tiada di rumah. Suraya akan diambil dan akan pulang keesokan hari. Sekalipun Suraya merasakan tindakannya adalah bijak dan mampu menipu Johari, ia akhirnya dapat diketahui oleh Johari jua.


Tersedar Dari Lamunan 
Suraya melakukan kesilapan demi kesilapan sehingga Johari menyedarinya. Oleh kerana Johari merasakan Suraya tidak mampu menjaga maruah dan bersikap curang akhirnya Johari dengan rela hati untuk menceraikan Suraya secara baik.

Bermulalah kehidupan baru bagi Suraya yang turut tidak tunggu lama untuk mencari pengganti. Kekasih gelapnya setia menanti Suraya sehingga habis edah dan bernikah dengan menggunakan duit yang Johari berikan sebagai imbuhan perceraian kepada Suraya. Sekalipun tiada akad nikah yang boleh dijalankan di dalam tempoh tersebut, Suraya dan Yusof sudah tinggal sebumbung dan bergaul seperti suami isteri.

Malah kekasih gelapnya, Yusoflah yang menyokong Suraya dari belakang tanpa Johari sedari. Hatta semasa Johari menceraikan Suraya di dalam mahkamah, Yusof turut hadir bersama bagi melihat sendiri apa yang berlaku dan memberi sokongan dan kekuatan moral.

Namun Johari tetap tidak mempunyai anggapan buruk dengan apa yang Suraya lakukan. Namun langit tidak selalu cerah, pernikahan kali kedua Suraya tidak seindah yang diharapkan. Segala kemewahan yang pernah dikecapinya dahulu ketika bersama Johari, kini sudah tiada lagi. Segala-galanya bertukar dan berubah dalam sekelip mata. Suraya terpaksa melakukan segala keperluan rumah termasuk mencari belanja dapur apabila Yusof semakin lama mengelak daripada bertanggungjawab dan lupakan tentang amanah yang digalasnya.

Yusof sendiri tidak mempunyai pekerjaan tetap, jika dahulu segala kemahuannya diperoleh dari duit yang di tangan Suraya. Suraya merasa amat terkilan dengan apa yang berlaku dan mula cuba berbaik dengan Johari.

Di mahkamah, Suraya memfailkan permohonan perceraiannya dengan Yusof. Bermacam alasan dan pernyataan yang ditulisnya bagi menyokong permohonan. Namun Yusof tidak semudah itu untuk mengiakan permohonan Suraya.

Di dalam mahkamah, Yusof menafikan segala tuduhan yang Suraya lemparkan dan mengatakan bahawa Suraya adalah isteri yang sangat boros dan tidak tahu bersyukur dengan pemberiannya. Betapa sebenarnya Suraya berdepan dengan kes yang amat sukar untuknya dibuktikan. Tanpa ada sebarang sokongan dokumen, fakta yang jelas dan keterangan saksi yang dapat mengikat tuduhan yang dilemparkannya.

Barulah Suraya merasa terkilan dan sedar betapa dahulu, Allah telah mempertemukannya dengan seorang lelaki yang sangat budiman dan sanggup memelihara maruah dan membimbingnya ke arah kebaikan dan sanggup memudahkan keinginannya hatta dalam soal perceraian.

Kini mahu tidak mahu, Suraya terpaksa berdepan dengan kerenah dan mehnah yang diciptanya sendiri bersama Yusof. Dalam kesempatan yang ada, Yusof yang mengetahui bahawa Suraya cuba berbaik dengan bekas suaminya terdahulu telah meletakkan harga bagi perceraian yang dipinta.

Yusof tahu, sekalipun Suraya tidak mempunyai wang atau simpanan sebanyak yang dipinta, Suraya mempunyai sumber lain dan akses dari Johari, yang sentiasa lemah dengan segala pujuk rayu Suraya. Hingga kini, Johari masih belum melibatkan diri dalam apa-apa peringkat kes Suraya. Baginya Suraya telah mati atau wanita yang sukar dipercayai.

DARI FAIL MAHKAMAH SYARIAH

sumber: Mingguan Wanita
Baca Selanjutnya ...

KARI DAGING KUCING??


DAGING kucing memang enak dimakan, malah  lebih lazat  apabila dimasak kari,” kata Jimmy, pemuda berasal dari Myanmar.

Tidak kelihatan sebarang reaksi jelik di wajahnya, melainkan  hanya senyuman manis  sedangkan wartawan Bicara Isnin Sinar Harian hampir pitam mendengarnya.

Hari berkenaan, kami berkunjung ke rumah sewa Jimmy di Perak  selepas mendapat maklumat pemuda tersebut dan rakan-rakan serumahnya adalah penggemar daging kucing.

Tetapi sayang, kerana ketika kami datang, hanya Jimmy berada di rumah manakala rakan-rakannya yang lain pergi ke kuil di Ipoh dan Jimmy tidak tahu waktu mereka pulang.

“Daging kucing yang dimasak kari sangat enak dicampur cili supaya lebih pedas,” ujar Jimmy.  Aduhai, tekak kami yang haus  kerana berpuasa serta-merta bertukar loya tatkala membayangkan pemuda tersebut  mengunyah daging  haiwan itu.

Lalu kami tanyakan kepadanya, tidak kasihankah  memakan haiwan comel itu? Jawabnya, sudah menjadi kebiasaan orang Myanmar menjadikan kucing sebagai lauk.

Kucing menjadi makanan biasa  oleh penduduk kampungnya  di Yangon, sama seperti  arnab,  anjing dan kura-kura.

“Jika di kampung saya, kucing menjadi lauk kebiasaan. Malah  dagingnya selalu  dimasak menjadi  hidangan lazat  di dalam  majlis keraian. Kami akan  berkumpul beramai-ramai  dan menikmati daging kucing,” ujarnya sambil menyifatkan bukanlah perasaan pelik  ketika memakan daging kucing.

Menurut Jimmy lagi, daging kucing sama enak seperti  arnab  dan hanya  dimakan oleh orang lelaki kerana dipercayai untuk kekuatan tenaga dalaman. Manakala, golongan wanita tidak memakan daging kucing.

“Oh, begitu. Ini bermakna, di kampung kamu itu, kucing dipelihara untuk dijadikan makanan,” soal kami sambil difikiran terbayang  kucing panggang seperti yang diceritakan orang.

Jimmy mengangguk sambil tersenyum. Dia sudah tidak takut dan kini lebih selesa  bercerita. Ujarnya, dia  sudah tujuh tahun tinggal  di Malaysia dan bekerja sebagai buruh kontrak di kawasan pembinaan berhampiran.

“Rakan-rakan serumah kamu makan kucing,” tanya kami lagi.

“Ya. Rakan-rakan serumah saya juga menggemari daging kucing. Mereka selalu membawa daging kucing balik ke rumah untuk dibuat lauk yang enak,” ujar Jimmy . Lagi sekali, tekak kami menjadi ‘kembang’.

“Mereka beli kucing itu?” kami memancing satu persoalan.

“Oh, tidak,” jawab Jimmy.  Kemudian kami  berdua saling berpandangan dan memperoleh jawapan sendiri di atas perbualan singkat dengan pemuda Myanmar itu di saat matahari  sedang berada di tengah-tengah langit.

sumber: Sinar Harian
Baca Selanjutnya ...

MESTI CUBA.. RENDANG KEPALA LEMBU !!


SELALUNYA hidangan ketupat dan lemang dinikmati bersama rendang daging atau ayam namun kini, kepala lembu mula digemari sebagai juadah Hari Raya Aidilfitri. 

Ia kedengaran agak pelik tetapi itulah cerita seorang penjual daging Pasar Borong Selangor di Seri Kembangan.

Menurut pemilik Wahidannie Livestock (M) Sdn. Bhd., Abdul Wahid Ramlan, sebelum ini orang ramai gemar membeli gear box iaitu tulang lutut lembu untuk dimasak sup tetapi selera itu nampaknya beralih kepada kepala lembu yang dikatakan enak dimasak rendang, kari atau lemak.

Abdul Wahid yang berumur 38 tahun telah lebih 20 tahun menguruskan perniagaan keluarganya menternak dan menjual lembu.

“Sebenarnya, hampir kesemua bahagian lembu boleh dimakan termasuk kepala dan lemaknya.

“Kepala lembu itu akan dilapah terlebih dahulu dengan mengasingkan daging dan otak manakala tulangnya dipotong kecil-kecil. Daging kepala lembu lebih lembut teksturnya dan manis. 

“Bagi satu kepala, kira-kira 2 kilogram daging boleh didapati, bergantung pada saiz kepala lembu berkenaan,” katanya kepada Jurnal.

Kebanyakan pembeli kepala lembu Abdul Wahid berasal dari Perak, Negeri Sembilan dan Selangor. “Sebaik sahaja lembu disembelih, kepala lembu itu sudah ada pembelinya. Harganya antara RM80 hingga RM200,” ujarnya.


Bakar kulit

Tutur Abdul Wahid, dia dapat menjual lebih 100 kepala lembu setiap kali menjelang Aidilfitri. Kebanyakan pelanggan meminta Abdul Wahid membuang kulit, gigi serta bahagian mulut lembu itu terlebih dahulu.

“Ada juga pelanggan yang membelinya terus tanpa perlu dibuang bahagian tertentu. Kebanyakan mereka berasal dari benua Afrika.

“Khabarnya, mereka akan terus membakar kepala lembu itu sebelum memakan semua isinya termasuk biji mata. Saya tidak tahu pula apa rasanya,” katanya.

Bercerita mengenai bekalan, Abdul Wahid memberitahu, kebanyakan stok haiwan itu diperoleh daripada tiga buah ladang lembu di Negeri Sembilan dan Selangor.

“Kedua-dua ladang itu mampu menampung permintaan semasa perayaan kerana mereka memiliki bilangan ternakan matang yang melebihi 1,000 ekor,” ujarnya sambil memberitahu, permintaan menjelang Aidilfitri biasanya bertambah sekitar 35 peratus.

Secara perbandingan, sekiranya bekalan pada bulan biasa sekitar 300 ekor lembu, menjelang Aidilfitri jumlahnya meningkat kepada 400 ekor.

“Daging lembu merupakan hidangan utama rakyat negara ini khususnya kaum Melayu,” katanya.

Dia menambah, ramai pelanggan yang membeli pada saat akhir terutamanya pada malam raya menyebabkan dia tidak menang tangan untuk melayan mereka.

“Kadangkala sampai pukul 3 pagi pun masih ada pelanggan yang datang untuk membeli daging. Sebagai peniaga, kami harus memastikan stok sentiasa ada,” jelasnya.


Lemak

Seorang pekerja Wahidannie Livestock, Azman Mohammad Adman, 23, yang berasal dari Yangoon, Myanmar, berkata, dia telah tiga tahun beraya di negara ini. Menurutnya, daging lembu dimasak dengan cara yang agak berbeza di negaranya.

“Di Myanmar, semua bahagian lembu termasuk lemak dan kulit akan dimasak bersama. Kebanyakan dimasak kari. 

“Semasa Hari Raya Aidilfitri, ia akan dimakan bersama nasi sama seperti hari biasa,” katanya.

Rakannya, Saad Nurullah pula mengatakan rakyat negara ini perlu bersyukur kerana dapat menikmati makanan lazat setiap hari.

“Saya sendiri berasa tenang dan hidup agak selesa di sini berbanding negara asal. Segala keperluan boleh diperoleh dengan mudah,” katanya.

sumber: Kosmo

Baca Selanjutnya ...

IFF MEDAN PAMER EVOLUSI FESYEN ISLAM


IFF paling jelas untuk memberitahu seluruh dunia mengenai keindahan fesyen dalam konteks agama Islam. Saya mahu membantu mengelakkan salah faham setengah pihak bahawa Islam ada pertalian dengan keganasan.

“Kerana itu IFF mengembara dari satu kota ke satu kota untuk menyatakan bahawa evolusi fesyen Islam sentiasa berlaku. Secara tidak langsung, ia akan mudah menarik perhatian bukan Islam untuk mendekati dan memahami dengan lebih jelas budaya umat Islam," kata Raja Rezza merumuskan penganjuran IFF 2012 yang baru-baru ini berlangsung di kota percutian popular, Bali.

Kehadiran IFF 2012 ke Bali jelas beliau, merupakan janji penganjur untuk meluaskan lagi pengaruh fesyen Islam di destinasi-destinasi liburan popular antarabangsa.

Ini kerana, kunjungan sedemikian akan membantu membuka pasaran fesyen Muslim di peringkat yang lebih luas.

Apa lagi kehadiran IFF kali ini ke Bali dianggap cukup istimewa kerana pentas peragaan itu turut berjaya menarik kehadiran pereka fesyen ternama, Milo Migliavacca iaitu salah seorang daripada pereka bukan Muslim yang tidak asing dalam industri fesyen Indonesia. 

Milo merupakan nama yang sangat gah di pentas fesyen Indonesia. Persetujuan beliau memperagakan fesyen berteraskan tema The Splendour of Bali disifatkan Raja Rezza sebagai satu kejayaan bagi IFF edisi ke-22.

“Saya secara peribadi menganggap penglibatan Milo dalam IFF memberi sinar dan warna lebih ceria dalam gaya busana Muslimah.

“Untuk seorang pereka berpengaruh seperti beliau menyokong penuh objektif IFF merupakan satu hal yang menarik kerana selama ini beliau bukannya menghasilkan busana Muslimah, tetapi di IFF Milo telah memberikan sentuhan yang luar biasa," ujar Raja Rezza lagi.


Rekaan dinamik

Sejak IFF diperkenalkan pada 2006, keindahan busana Muslimah memperlihatkan betapa fesyen berkenaan semakin diterima di peringkat antarabangsa.

Melalui penyertaan pereka-pereka fesyen ternama tempatan dan antarabangsa, evolusi fesyen Islam berlaku dengan pantas.

Tiada lagi identiti busana Muslimah yang stereotaip, sebaliknya, suntikan baru yang diberikan oleh pereka-pereka fesyen membuatkan rekaan Islam semakin dinamik dan segar tanpa mengenepikan tuntutan-tuntutan Islam.

Tentu sekali, pereka-pereka yang dijemput memberikan komitmen dalam IFF sudah diberi peringatan awal-awal bahawa mereka tidak boleh mengabaikan tuntutan syariat Islam.

Kerana itu, pada IFF edisi Bali baru-baru ini, kehadiran nama-nama besar dalam industri fesyen seperti Datuk Farah Khan dan Datuk Tom Abang Saufi dari Malaysia, Milo dan Paul Ropp (Indonesia) serta pakaian renang berteraskan Islam rekaan Nuraini Mohd. Ariffin dan Nor Aini Shariff telah memberikan justifikasi terhadap apa yang diharapkan oleh penganjur.

Bagi Farah Khan, penyertaan kali pertama beliau dalam IFF memberikan satu perspektif baru kepadanya mengenai keindahan fesyen Islam yang boleh diteroka dengan pesat lagi pada masa depan.
“Pada saya, menghasilkan fesyen Islam merupakan satu cabaran kerana setiap pereka harus memelihara kesucian agama itu dalam segenap aspek.

“Paling utama ialah bagaimana untuk memberikan sentuhan yang tidak terlalu menonjolkan tipikal Islam. Sebaliknya, perlu ada gabungan rekaan yang dinamik dan segar tetapi menepati kehendak syariat," ujar pereka ternama Malaysia itu.

Apa yang menariknya, IFF yang dinaungi isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor juga sentiasa mendapat sokongan padu daripada keluarga diraja Melayu terkenal di Malaysia, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah.

Pasangan diraja itu yang tidak pernah putus memberi sokongan pada IFF berpandangan, acara fesyen sedemikian boleh memberi perspektif baru kepada masyarakat Malaysia mengenai perkembangan fesyen tempatan ke peringkat global.

“Apatah lagi dengan teras Islam yang ditonjolkan dalam IFF boleh membuka ruang perniagaan yang luas bagi pereka fesyen khususnya pereka tempatan untuk meneroka pasaran industri fesyen dunia yang selama ini didominasi oleh rekaan moden dan berpaksikan barat," titah baginda kepada Utusan Malaysia mengenai acara fesyen yang juga bakal dibawa ke Arau, Perlis menjelang hujung tahun ini.


Paling relaks

Berbeza dengan penganjuran IFF sebelum ini, pentas peragaan festival fesyen berkenaan di pulau percutian Bali ini dianggap paling relaks dan berjaya menawan hati pencinta-pencinta fesyen.

Berlangsung di tepi pantai, acara ini masih tidak mengabaikan persembahan bertaraf lima bintang bersesuaian dengan hasrat menjadikan IFF salah satu daripada pentas peragaan popular dunia.

Buat kali pertama, Raja Rezza dan seluruh pasukan kerjanya memilih mengadakan IFF di luar dewan seperti kelazimannya sebelum ini.

“Oleh kerana lokasi penganjuran di pulau peranginan jadi tentulah lebih molek kalau pentas peragaan di adakan di luar ballroom dan di tepi pantai.

“Kami mahu penggemar fesyen menikmati satu pertunjukan yang bersifat santai dan relaks," kata Raja Rezza menjelaskan rasional penganjuran IFF berkonsep pentas terbuka.

IFF sebelum ini telah dibawa menjelajah ke Abu Dhabi, New York, Monte Carlo, London, Astana, Manila dan beberapa destinasi lain di Indonesia.

Sepanjang dianjurkan, IFF sudah membuka ruang kepada 250 pereks fesyen dan jenama yang menjangkau latar belakang yang berbeza tetapi disatukan atas nama fesyen Islam.

- SAHARUDIN MUSTHAFA
Baca Selanjutnya ...

TEMBAK ANAK SENDIRI DISANGKA MONYET!


Seorang petani di selatan Nepal, menembak mati anak lelakinya berusia 12 tahun kerana disangka seekor monyet mahu mencuri tanamannya, kata polis semalam.
 
Chitra Bahadur Pulami memanjat pokok untuk menghalau monyet yang sering mengganggu keluarga mereka tetapi bapanya, Gupta Bahadur, 55 ternampak budak lelaki itu lalu melepaskan tembakan kerana menyangka anaknya itu adalah haiwan berkenaan.

Deputi Superintenden daerah Arghakhanci, Arun Poudel berkata, “Anak lelakinya itu menyorok di atas pokok di kebun mereka untuk menghalau monyet yang sering ke situ untuk mencari makanan di ladang jagung.” Katanya, kanak-kanak lelaki itu mati serta-merta selepas Gupta melepaskan tembakan. Siasatan awal kami mendapati, bapanya tidak sedar anak lelakinya itu pergi ke ladang jagung untuk menghalau monyet,” katanya.

Arun berkata, Gupta kini dalam tahanan polis dan senjata yang digunakan ketika menembak anak lelakinya itu, turut dirampas.

Tiga spesies monyet, berasal dari Nepal iaitu Rhesus dan Assam dan lotong biasa dianggap suci dan petani biasanya akan cuba menakutkan haiwan itu tanpa mencederakannya dari ladang mereka.

“Saya hanya sedar mengenai kesilapan saya apabila anak lelaki saya jatuh dan tersangkut di dahan pokok,” kata petani itu. - AFP




Baca Selanjutnya ...

Thursday, 23 August 2012

FIREFLY TO KOH SAMUI

First time ZZ nak naik Firefly ni, tu yg mcm panic sikit..haha!!
Baca Selanjutnya ...

KOH SAMUI HERE I COME !

Salam, masih beraya sakan ke?
ZZ dlm perjalanan ke Koh Samui Thailad dgn hubby..iye...berdua2an shj.

Our first time to the so called 'One of the best islands getaway holiday in the world'.

So, nnt ZZ akan posting report utk u alls. Sape2 yg ada experience bertandang ke koh samui, sila lah share story sikit, ok. Daaaa...


Baca Selanjutnya ...

Tuesday, 21 August 2012

UCAPAN HARI RAYA DS ROSMAH BUAT...

ZZ kebetulan ada di Seri Perdana ketika sidang video PM dan isteri bersama pelajar-pelajar luar negara kelmarin.

Sebagai seorang ibu dan anak, ZZ sendiri cukup tersentuh dengan ucapan spontan yang keluar drpd hati DS Rosmah.. Jom kongsikan.

Petikan Utusan Online: Dalam pada itu, Rosmah yang turut menyertai sesi telesidang video tersebut menasihatkan pelajar Malaysia supaya tidak lupa ibu bapa di rumah serta kembali berkhidmat di negara selepas tamat pengajian.

''Sebagai seorang ibu, saya ingin menasihatkan anak-anak supaya menelefon mak dan ayah serta mohon ampun daripada mereka pada musim perayaan ini," katanya.

ZZ juga terbaca di Utusan perihal ibu seorang ahli politik yang kecewa dengan anaknya yang langsung tidak menjenguk baik di bulan Ramadhan mahupun Syawal ini..

ZZ ~ what goes around comes around..
Baca Selanjutnya ...

Sunday, 19 August 2012

RAYA AKW DARI JOHOR DARUL TAKZIM

  • Sambil ziarah-menziarahi, saksikan APA KATA WANITA RAYA bersama MB dan isteri Datin Paduka Prof Dr Jamilah Ariffin dari Johor Darul Takzim di TV1 3ptg.

    Selamat menonton...ZZ
Baca Selanjutnya ...

Wednesday, 15 August 2012

WANITA PUN BOLEH ???

gambar hiasan
DALAM KEGHAIRAHAN KITA NAK BERAYA, JANGAN LEKA TENTANG KESELAMATAN DIRI & KELUARGA. DI LUAR SANA RAMAI YANG MENANTIKAN PELUANG SEBEGINI UNTUK MENCARI MANGSA MENGAUT KEUNTUNGAN. HATI-HATI, YA..MACAM-MACAM TAKTIK JUGA DIGUNAKAN TERMASUK MELIBATKAN SI PELAKU WANITA. BACA BERITA KAT BAWAH NI. ZZ


IPOH: Dua kumpulan penjenayah dikenali sebagai Geng Sari dan Geng Kalmit mengejutkan pihak polis apabila dikesan menggunakan khidmat empat wanita untuk melakukan jenayah pecah rumah di sekitar bandar raya ini.

Kegiatan kumpulan itu terbongkar apabila suspek diberkas sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh dalam dua serbuan berasingan di sekitar Pasir Puteh, di sini, malam kelmarin. Kumpulan penjenayah wanita berusia 31 hingga 46 tahun dikesan bertindak licik memperdayakan mangsa dengan pelbagai tipu helah selain dipercayai mempunyai kepakaran tersendiri dalam kumpulan masing-masing. Dua daripada wanita berkenaan dipercayai menganggotai Geng Sari dengan menjadikan kawasan kaki lima kedai serta perhentian bas sebagai sasaran melakukan jenayah terancang.


Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, suspek wanita ‘Geng Sari’ dikesan kerap memperdayakan mangsa dengan berpura-pura mahu menghantar mangsa pulang selain menjual alatan sembahyang.

Menurutnya, suspek menggunakan kesempatan itu menceroboh rumah mangsa sebelum melakukan rompakan bersenjatakan pisau.


“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari unit tindakan khas Ibu Pejabat Polis (IPD) Ipoh diketuai Inspektor Murphy Marti melakukan serbuan di restoran nasi kandar di Pasir Puteh, di sini, jam 12.15 pagi, kelmarin.


“Hasil serbuan itu, polis memberkas seorang wanita berusia 46 tahun bersama seorang lelaki berusia 32 tahun. Susulan tangkapan pertama itu, polis menahan seorang lagi wanita berusia 34 tahun dan seorang lelaki berusia 30 tahun di sebuah rumah di Kampung Batu Gajah, di sini,” katanya.

Beliau berkata, polis kemudian menyerbu sebuah lagi rumah di Kampung Rapat, di sini, yang menjadi markas persembunyian ketua Geng Sari berusia 56 tahun.


“Polis mendapati rumah dalang utama itu digunakan sebagai stor menyimpan hasil rompakan. Polis turut merampas Proton Wira menggunakan nombor pendaftaran palsu.

“Kumpulan itu dipercayai melakukan jenayah sejak enam bulan lalu selain terbabit 11 kes samun sekitar Ipoh dan Kampar. Semua suspek mempunyai rekod jenayah direman sehingga 16 Ogos depan,” katanya.


Sementara itu dalam kes berasingan, polis menahan seorang wanita berusia 31 tahun yang gagal melarikan diri selepas memecah masuk rumah di Taman Lindungan Bulan di sini, jam 9.45 pagi kelmarin.


Menurut Azisman, suspek wanita menganggotai ‘Geng Kalmit’ itu melakukan kes pecah rumah siang hari bersama beberapa rakan lain.


“Susulan itu polis memberkas dua lagi lelaki berusia 24 dan 28 tahun serta seorang wanita, 34, di Pengkalan Gate, Ipoh, di sini,” katanya.

ZZ BERSAMA PANEL TETAMU DRPD CAWANGAN JENAYAH BUKIT AMAN & CYBER SECURITY DALAM 'APA KATA WANITA'.

Baca Selanjutnya ...

Tuesday, 14 August 2012

[ VIDEO ] JOM RAYA BERSAMA AKW..!!


Jangan lupa menonton pada Hari Raya pertama
Rumah Terbuka Aidilfitri 2012 - Apa Kata Wanita...Zamzarina
Ahad, 19 Ogos 2012, 3 petang


Baca Selanjutnya ...

[ WANITA ] DICERAIKAN MENJELANG AIDILFITRI !!






ZZ terbaca posting di blog Flying Kick pagi tadi.. Maaf ZZ bukan orang politik dan tak mau komen dari sudut politik.. Apa yang ZZ nak sentuh ialah keadilan buat isteri tua terutamanya menjelang Syawal yang bakal dirai tidak lama lagi..

Baca selanjutnya di SINI
Baca Selanjutnya ...

DIMANA SALAHNYA DS ROSMAH SEBAGAI IBU??

 
TIDAK dapat dinafikan naluri seorang ibu terhadap anaknya ibarat kuasa ajaib yang dianugerahkan Allah kepada golongan hawa hingga mampu membaca gerak hati atau menghidu sesuatu perkara akan berlaku sama ada baik atau sebaliknya.

Seperti juga wanita lain yang bergelar ibu, perkara itu jugalah yang dirasakan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor terhadap anak kandungnya sendiri.

Sebagai ibu pastinya Azrene kini lebih faham perasaan ibu yang melahirkannya.. Bulan Ramadan adalah bulan kemaafan dan bulan keampunan.. Buang yang keruh ambil yang jernih.. InsyaAllah tiada ibu di dunia ini yang tidak sayangkan anaknya..
Saban tahun, rakyat digula-gulakan pihak tertentu dengan siri fitnah yang dicipta mengenai kezaliman DS Rosmah terhadap anak yang ditinggalkan.

Tohmahan demi tohmahan dilemparkan, namun tiada sekelumit yang berbekas di hati wanita cekal itu malah beliau terus mengharunginya demi menjaga maruah serta nama baik keluarga.

Sifat penyayang DS Rosmah sebagai seorang ibu sangat terserlah

Ternyata Allah SWT lebih berkuasa. Ibarat kata pepatah “sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga”. Satu demi satu kerja jahat yang dilakukan oleh pihak tertentu yang begitu ghairah ingin menjatuhkan kredibiliti DS Rosmah dan mengaburi mata rakyat dengan cerita palsu akhirnya terbongkar satu demi persatu.

Baru-baru ini, dakwaan pembangkang kononnya DS Rosmah pernah berkahwin dengan pembaca berita Dunia Jam 10, Farid Ismeth Emir terungkai apabila beliau menafikan fitnah pernah berkahwin dengan isteri Perdana Menteri itu yang selama ini berlegar di fikiran dan meniti di bibir rakyat Malaysia.


Langsung tiada sebarang permohonan maaf daripada penyebar fitnah yang terus berdiam diri walaupun kebenaran sudah terserlah selepas didedahkan oleh tuan empunya badan.

Terkini, terungkai pula kisah tersirat di sebalik perkahwinan anak kedua DS Rosmah dengan suami pertama yang bernama Azrene Soraya Abdul Aziz dengan selebriti terkenal Fazley Yaacob yang telah dibongkarkan menerusi blog ‘The Unspinners’.

Umum mengetahui khabar angin yang menyatakan DS Rosmah tidak merestui perkahwinan anak perempuannya itu. Dalam sebuah video yang berjudul ‘Rosmah Perempuan Puaka’, ia sudah cukup menceritakan betapa kejamnya DS Rosmah sebagai seorang ibu yang sanggup menghancurkan kehidupan anak kandungnya sendiri.

Mungkin ramai tidak mengetahui perkara sebenar sebaliknya terus menerima bulat-bulat setiap perkara yang disampaikan di dalam video itu yang antara lain meminta supaya DS Rosmah berlembut dan menerima kehadiran Fazley sebagai menantu serta cucu-cucunya.

Ternyata tanggapan buruk yang diberikan terhadap wanita itu meleset sama sekali kerana sebagai seorang ibu serta isteri Timbalan Perdana Menteri yang ketika itu di bawah kepimpinan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, sudah terdetik di hatinya ada sesuatu yang tidak kena terhadap pilihan hati anak perempuannya itu.

Firasat seorang ibu sememangnya tepat apatah lagi apabila ia melibatkan soal jodoh serta pilihan hati anak perempuannya.

Menurut petikan blog ‘The Unspinners’, di sebalik cerita gah yang dilaporkan media tempatan mengenai kebijaksanaan Fazley yang bergelar Doktor Falsafah di usia muda akhirnya terungkai apabila media antarabangsa BBC melaporkan bahawa Ijazah PhD dan juga ijazah kolej FICO yang ditubuhkannya juga palsu.


Mustahil serta tidak masuk akal jika DS Rosmah sendiri yang mengarahkan laporan tersebut kerana ia didedahkan oleh media antarabangsa.

Jadi, tidak salah apabila perkahwinan Azrene bersama Fazley diragui oleh DS Rosmah pada awalnya kerana tindakan ‘Dr’ Fazley yang mengahwini Azrene selepas dua bulan perkenalan hanya untuk menutup kekecewaan hati setelah gagal memiliki hati penyanyi wanita pertama Malaysia yang pernah membuat persembahan di Albert Hall, London suatu ketika dahulu.


Dikhuatiri juga keputusan Fazley mengakhiri zaman bujang bersama Azrene adalah kerana ingin bermertuakan pemimpin nombor satu negara semata-mata dan bukannya atas tulus ikhlas cintakan anak perempuannya memandangkan hanya selepas dua minggu saling mengenali terus membuat keputusan untuk berumahtangga. Namun, perkahwinan Fazley dan Azrene  tetap berlaku kerana ia ketentuan qadak dan qadar.

Sebagai seorang suami kepada isteri yang mempunyai masalah dengan keluarganya (sebelumnya Azrene begitu manja dengan ibunya.. masalah timbul hanya selepas kehadiran Fazley) , Fazley seharusnya bijak memainkan peranan untuk menyatukan si anak dan ibu yang berselisih faham. Dalam situasi ini, Fazley nampaknya gagal mencerminkan diri sebagai individu yang berpendidikan tinggi kerana bertindak menjadi ‘batu api’ antara si isteri dan ibunya.

Ttweet yang dikeluarkan oleh Fazley langsung tidak mengambarkan beliau mahu berbaik-baik bersama keluarga mertua tetapi sebaliknya cuba mencabar DS Rosmah dan Perdana Menteri pula. Begitu banyak aib keluarga telah didedahkan hingga menjatuhkan maruah si ibu. Buat si isteri pula, takkanlah tak tercuit langsung dikala si suami mengaibkan ibu sendiri?




Sebaliknya, si ibu tidak cepat melatah dan terus bertindak mendiamkan diri bagi mengelak daripada mengeruhkan lagi keadaan. Persoalannya kini, mengapa masalah keluarga isteri Perdana Menteri dijadikan bahan sesetengah pihak yang sudah terang-terang tidak profesional kerana sanggup mencampuradukkan soal peribadi dan politik bagi meraih sokongan rakyat.

Jika difikir logik akal, DS Rosmah bukanlah seorang ahli politik yang bertanding pada pilihan raya sebaliknya beliau hanyalah isteri kepada Perdana Menteri. Mengapa DS Rosmah terus-terusan menjadi sasaran fitnah? Tidakkah mereka sedar dosa menfitnah itu lebih berat daripada membunuh?

Kemungkinan untuk menangkis setiap tohmahan itu adalah sukar, namun kesabaran yang ditunjukkan oleh DS Rosmah yang tenang  berdepan dengan setiap tuduhan yang dihadapinya pasti akan terbalas jua suatu hari nanti.

Adalah lebih baik bagi umat Islam mendoakan kehadiran 1 Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi akan membuka jalan harapan bagi melenturkan ketegangan dan keegoan yang berlaku antara si ibu dan anak perempuannya.

Ibu mana yang tidak mahu mencurahkan kasih sayang kepada anaknya lebih-lebih lagi apabila mengetahui anaknya telah melahirkan zuriat yang comel belaka. Sehebat mana sengketa yang wujud antara ibu dan anak, pasti terselit kasih sayang serta naluri keibuan terhadap anak yang dikandung selepas bertarung nyawa melahirkannya ke dunia ini.

Semoga episod hitam yang melanda keluarga DS Rosmah akan terkubur apabila kebenaran demi kebenaran terbongkar dan digantikan dengan perkhabaran gembira dari kedua-dua belah pihak. Air yang dicincang tidak akan putus dan syurga itu di bawah tapak kaki ibu wajar  menjadi renungan dan ingatan kepada kita semua bahawa agar menghormati dan menyayangi ibubapa kerana ikatan itu kekal selama-lamanya.

Buang yang keruh, ambil yang jernih dan semoga kasih sayang kembali bertaut buat keluarga DS Rosmah, sekaligus melenyapkan fitnah orang selama ini. Amin

sumber: Perak Today

ZZ ~ sebagai sahabat dan rakan seperjuangan Fazley, ZZ nak pesan.. show your gentlemen as a HUSBAND and MAN of the family.. Mengalah tak semestinya kalah..
Baca Selanjutnya ...

Monday, 13 August 2012

MAZHAB KRISTIAN YANG MIRIP ISLAM..BEWARE! JGN TERKELIRU!!!

Bahaya mazhab Kristian yg 'mirip' Islam - gambar BAHAYA BETUL..
 

Seumur hidup tidak pernah dengar tentang salah satu cabang MAZHAB KRISTIAN ini , amat menakutkan terutama bagi anak-anak dan mereka yang tidak mendapat pendidikan ISLAM secara formal. Minta kita dijauhi dari sebarang fitnah ini, amin?.


Subject:
Bahaya mazhab Kristian yg 'mirip' Islam


Bahaya mazhab Kristian yg 'mirip' Islam - gambar
 

Sebuah sektsa dalam agama Kristian, cara peribadatannya hampir sama dengan Islam. Sukar membezakan kristian gaya baru?
Saat Maghrib telah tiba.. Belasan orang di Hotel Sahid Surabaya
itu bergegas sholat. Semuanya berkopiah dan dipimpin
seorang imam. Jangan keliru,mereka bukan kaum Muslimin yang sedang menunaikan kewajiban sholat Mahgrib. Mereka adalah jamaah Kristian Ortodok.

Kristian Ortodok, sebuah sektsa dalam agama Kristian. Boleh jadi, orang awam akan terkeliru sebab , sektsa ini memang sangat mirip Islam. Bukan saja asalnya serumpun,Timur Tengah, tapi juga ritual dan tatacara peribadatannya nyaris sama.Tengoklah saat mereka sholat..
 
Selain berkopiah dan dipimpin seorang imam,bila
berjamaah,juga memakai bahasa Arab. Rukun sholatnya pun hampir sama. Ada ruku' dan sujud.. Bezanya,bila kaum Muslimin diwajibkan sholat 5 kali sehari,penganut Kristian ortodok lebih banyak lagi, 7 kali sehari setiap 3 jam;
masing-masing dua rakaat. Mereka menyebutnya:sa'atul
awwal (fajar/shubuh), sa'atuts tsalis(dhuha), sa'atus sadis (dhuhur), sa'atut tis'ah (ashar), sa'atul ghurub (maghrib), sa'atun naum (Isya'), dan sa'atul layl (tengah malam).
 
Hal yang sama juga pada amalan puasa. Puasa wajib bagi orang
Islam dilakukan selama sebulan dalam setahun, dikenal dengan
shaumu ramadhan. Sedang pada Kristian ortodok disebut shaumil
kabir (puasa 40hari berturut-turut) yang dilakukan sekitar bulan April. Jika dalam Islam ada puasa sunah Isnin - Kamis, pada kristian ortodok dilakukan pada Rabu dan Juma'at, dalam rangka mengenang kesengsaraan Kristus.
 
Selain sholat dan puasa, jamaah Kristian ortodok juga
mengenal zakat. Zakat, dalam ajaran Kristian ortodok, adalah satu persepuluh dari pendapatan.
 
wallahualammmubissawab........ 

sumber: INSAN NETWORK
Baca Selanjutnya ...

LET'S COOOOL OFF..JGN BIKIN PANAS DI BULAN RAMADAN!


Baca Selanjutnya ...

Saturday, 11 August 2012

All About Skincare


All About Facial Skin Care

Facial skin care is more a matter of discipline than anything else. A facial skin care routine is what you need (and you need to follow the facial skin care routine with complete seriousness). So let us check what comprises an effective facial skin care routine.

Well, very simply, a facial skin care routine can follow the following 4 steps:
* Cleansing
* Toning
* Exfoliating
* Moisturising

Cleansing is the first thing in facial skin care routine. Cleansing helps in removing dust, pollutants, grease and extra oil from your skin, thereby preventing damage to your skin. Just spot your face and neck with a good cleansing lotion or cream and gently massage it into your skin using upward strokes. Use a soft face tissue or cotton wool to wipe your face in a gentle patting fashion (do not rub).  Cleansing should be done at least twice a day i.e. morning (as part of complete facial skin care routine) and evening (on a standalone basis). Water soluble cleansers are the best for inclusion in your facial skin care routine.

Toning is the next in a facial skin care routine. However, this is the optional part of the facial skin care routine. Mostly, proper cleansing can compensate for toning. Toning helps remove all traces of dirt, grease and excess cleanser. Instead of making it part of your daily facial skin care routine, you can using toning occasionally i.e. when you have been exposed to particularly harsh environment/pollution.

Exfoliation is again, kind of, optional step in everyday routine for facial skin care. However, exfoliation is necessary at least once a week (or twice, depending on the skin type and the environmental conditions). Exfoliation finds its place in facial skin care routine because of the natural tendency of skin to replenish the skin cells every 3 or 4 weeks. As a facial skin care technique, exfoliation helps in removing the dead skin cells that block the pores, thus assisting the skin in the natural process. However, excessive or harsh exfoliation can cause damage to your skin; so you need to balance it out.

The next thing in facial skin care is moisturising. In fact, moisturising is the most important part of facial skin care routine. Moisturisers prevent your skin from getting dry. Dry skin is really undesirable since it cause the upper layer skin to break, leading to dead skin cells. Again, use light upward strokes to make the moisturiser more effective. Moisturisers work the best when applied on warm and damp skin. So do not try to remove all the moisture in the previous steps of facial skin care routine.

For a complete, systematic and effective total skincare solution, go here: myBeauty

Besides the normal facial skin care routine, you should also exercise the following for facial skin care:

* Use proper make-up remover instead of just washing it away
* Pay heed to your skin type and the environment, when choosing facial skin care products.
* Before you start using a new facial skin care product, test it by applying it on a short patch of skin e.g. ear lobes.
* Never rub your skin too hard.
* Use sunscreen lotions for protection against sun.

Baca Selanjutnya ...

Friday, 10 August 2012

ZON TENGGELAM UTK STAF?

Majikan ni nak tenggelamkan staf ke?
Baca Selanjutnya ...

Anti Aging Skin Care Products


Anti aging skin care products

Anti aging skin care products remind me of the song 18 Till I Die. Indeed, anti aging skin care products are very popular today; and why not, who doesnít want to look young for ever?

Talking of anti aging skin care products, the first thing that comes to mind is vitamin C based anti aging skin care products.  These products work by enabling the synthesis of collagen (a structural protein that is found in skin). This category of anti aging skin care products is related to anti-oxidants. Anti aging skin care products that are based on vitamin C are, however, posed with the danger of getting oxidised themselves (as they come into contact with air during their usage). So some anti aging skin care products are based on the derivatives of vitamin C, which are more stable and less expensive. However, the effectiveness of such anti aging skin care is not as much as it is for vitamin C based ant aging skin care products.

Besides vitamin C, vitamin E and lipoic acid are anti-oxidants too. Vitamin E is a fat-soluble anti-oxidant that is found in human blood and helps in building resistance against infection. Vitamin E is also known to inhibit cancer. Liponic acid is known to combat the signs of aging very effectively by reversing the skin damage caused by the aging process.
Want to look younger?

Phytochemicals form the other category of anti aging skin care products. Phytochemical are special chemicals that are extracted from plants. There are a variety of phytochemicals that are in use today. Phytochemicals prevent occurrence of cancer of certain types; these include prostate cancer, breast cancer and colon cancer. That is why they find their place in anti aging skin care products.

Some B-vitamins like B5, B6 and B12 are also in use for anti aging skin care products.

The field of anti aging skin care products is vast and needs a lot of research.  If you want products that are cost-effective, high quality and really work, go here: myBeauty

However, anti aging skin care products should be used only as a supplement to the natural ways of skin and body care. So, drinking a lot of water, getting a good night sleep, exercising regularly, maintaining healthy eating habits and keeping stress at bay are essential means of delaying the aging process.

To get high quality skincare and beauty products, take a look here: myBeauty

Baca Selanjutnya ...

MENJANGKAU PASCA RAMADAN...TAZKIRAH JUMAAT

 Qiamullail
Walaupun Ramadan belum berakhir, tetapi tidak salah kalau kita muhasabah ke hadapan. Maksudnya, kita gerakkan hati dan fikiran kita untuk melihat apa yang akan kita  ’dapat’ atau siapa kita akan ‘jadi’ pasca Ramadan ini. Supaya dengan itu, kita belajar menghargai detik Ramadan yang masih berbaki. Jangan sampai bila ia berlalu, kita menepuk dahi… kesal kenapa kita tidak mendapat apa-apa atau diri masih di takuk lama.

Bukankah Rasulullah SAW sendiri mengingatkan dalam sebuah hadisnya, betapa ada muslim yang berpuasa tidak mendapat apa-apa kecuali lapar dan dahaga dan tidak mendapat apa-apa daripada Qiamullailnya melainkan letih dan kepenatan berjaga malam semata-mata.

Apakah hasil yang kita harapkan selepas berpuasa di bulan Ramadan? Apakah bentuk manusia yang kita akan jadi selepas keluar dari ‘kem latihan’ Ramadan ini? Ya, mari bermula dengan satu pengakiran – menjangka hasil akhir ketika memulakan. Supaya dengan ini, puasa yang berbaki beberapa hari sahaja lagi ini akan kita laksanakan penuh keikhlasan dan pengharapan. InsyaAllah agar segala dosa terampun, dan kita meningkat menjadi insan yang lebih baik berbanding bulan-bulan sebelumnya.

Ingatlah, bahawa tujuan berpuasa adalah untuk melahirkan taqwa. Orang yang bertaqwa itu sangat berhati-hati menjaga hukum Allah. Dia juga akan mencegah dirinya daripada berbuat sesuatu yang diharamkan Allah. Begitulahlah erti taqwa – sentiasa  berhati-hati dan sentiasa mencegah diri daripada segala yang dimurkai Allah. Persis seperti yang digambarkan oleh Ubai bin Kaab, apabila ditanya oleh Sayidina Umar tentang taqwa. Kata Ubai, “seperti seorang yang sedang melalui jalan yang penuh duri.” Maksudnya, sangat berhati-hati agar tercegah daripada memijak duri!

Dan sudah sewajarnya keluar sahaja daripada madrasah Ramadan, umat Islam sudah mencapai taqwa. Dia akan berhati-hati apabila hendak bercakap, belajar, makan, bertindak, berfikir dan bertindak agar sentiasa berada dalam keredaan Allah. Dia tidak sembarangan lagi berbuat sesuka hati melainkan terlebih dahulu merujuk kepada hukum Allah yang lima – halal, haram, sunat, makruh dan harus. Daripada persoalan sekecil-kecilnya, seperti masuk ke dalam tandas sehingga mengatur dan memimpin urusan negara.

Taqwa itu berada di dalam diri. Rasulullah SAW menunjukkan ke dadanya, apabila memberi penjelasan tentang taqwa. Namun, yang di dalam hati itu akan memberi kesan kepada luaran, justeru hati itulah yang mengawal segala perlakuan. Walaupun taqwa itu nilai seseorang di sisi Allah, namun kesannya begitu besar kepada hubungannya sesama manusia. Manusia bertaqwa, akan berakhlak dengan manusia. Tegasnya, siapa yang paling akrab dengan Allah, seharusnya dia juga paling intim dengan manusia. Habluminallah dan habluminannas saling berkaitan.

Seorang wanita yang rajin bangun malam (qiamullail) dan berpuasa sunat pada malam hari, masih menjadi ahli neraka kerana mulutnya sering menyakiti hati jirannya. Demikian, seperti yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW. Seorang lelaki yang ibadahnya ‘biasa-biasa’ sahaja mengikut ukuran para Sahabat, sampai tiga kali diisytiharkan sebagai ahli syurga oleh Rasulullah SAW sendiri kerana tidak memiliki sifat hasad. Fikirkan, betapa taqwa itu pasti menjana pembentukan akhlak.

Tidak hanya setakat itu, taqwa itu juga akan memberi kesan kepada pekerjaan atau peranan seseorang. Selain akhlak, buah taqwa itu adalah itqan. Apa itu itqan? Ia adalah satu sikap yang sangat iltizam (komited) dengan memperelokkan kerja. Orang bertaqwa akan membuat segala kerja yang dimanahkan kepadanya dengan itqan. Ia menjadi orang yang sangat efektif, efIisen dan berpegang kepada nilai etika yang tinggi dalam pekerjaannya.

Allah suka kepada seseorang yang apabila dia melaksanakan kerja, dia memperelokkan kerjanya (Itqan). Itqan di dalam kerja dicapai apabila kerja itu dilakukan dengan ilmu dan kemahiran yang tinggi. Sistematik dan terancang, mengambil amanat daripada Sayidina Ali, “yang hak tetapi tidak tersusun akan dikalahkan oleh kebatilan yang tersusun.” Umat yang bertaqwa sentiasa melaksanakan kerja yang betul (berkesan)  dengan betul-betul (cekap).

Jika taqwa itu darjat manusia di sisi Allah, akhlak itu nilai di sisi manusia, itqan pula ialah ukuran kecemerlangan dalam perkerjaan. Dengan taqwa dan akhlak, tercapai kesempurnaan tugasan sebagai hamba Allah. Manakala dengan itqan tercapai kesempurnaan peranan sebagai khalifah. Sebagai hamba Allah, kita menjadi manusia yang baik (soleh), sebagai khalifah kita mampu memberi kebaikan (musleh) kepada orang lain dan alam sekitar. Dengan akhlak, kita membina tamadun rohani. Dengan itqan kita membangun tamadun material . Ertinya, orang bertaqwa itu akan berjaya di dunia dan di akhirat. Umat yang bertaqwa bukan sahaja selamat, malah mampu menyelamatkan.

Lalu, mariah kita bermuhasabah – dengan fikir yang lurus, dengan zikir yang tulus, apakah tujuan berpuasa sudah tercapai? Apakah taqwa yang menjadi ‘target’ sudah kesampaian? Untuk menjawabnya, mudah… lihat pada akhlak dan itqan. Apakah akhlak sudah terbina? Apakah kita sudah mampu melakukan perbuatan baik dengan mudah, secara spontan dan tanpa perlu difikir-fikirkan lagi (seperti takrifan akhlak oleh Imam Ghazali)? Jika kita jujur, jawapannya ialah belum!
Lihat sahaja perbuatan jenayah, penyalahgunaan dadah, seks bebas dan pelbagai keruntuhan akhlak. Akhlak umat Islam masih jauh daripada piawaian yang ditetapkan oleh Allah dan RasulNya dalam Al Quran dan As Sunah. Kata mengata, fitnah memfitnah, umpat mengumpat, terus berleluasa melibatkan seluruh peringkat masyarakat, terpapar dalam media masa cetak dan eletronik. Mana nilai kita di sisi manusia?

Di dalam pekerjaan, tahap kecekapan dan keberkesanan pekerja-pekerja Islam masih jauh ketinggalan. Bukan sahaja kita berdepan dengan masalah, ponteng, curi tulang, curi masa dan sebagainya tetapi tahap kemahiran dan ilmu masih tertinggal berbanding pekerja bukan Islam di negara-negara maju.  Bidang penyelidikan dan pembangunan kita masih jauh ketinggalan. Al hasil, kualiti dan produktiviti produk dan perkhidmatan negara-negara umat Islam masih belum mampu menandingi negara bukan Islam.

Mana taqwa yang kita lahirkan menerusi madrasah Ramadan? Mengapa akhlak dan itqan kita masih di pinggiran? Tamadun rohani dan tamadun material kita masih rendah dan terkebawah. Puasa kita umpama pohon yang tidak berbuah. Menanam sudah selalu, tetapi pokoknya tidak berbuah. Jangankan untuk membangunkan umat yang mampu menyelamatkan… bahkan kita sendiri pun masih tidak selamat? Puaskah kita dengan puasa yang tidak membina taqwa ini? Ayuh fikirkan!
Jika belum, mari kita bermula semula. Tidak ada istilah terlambat untuk melakukan suatu yang baik. Pertama, jaga niat agar ikhlas berpuasa kerana Allah. Semata-mata kerana Allah, bukan kerana adat kebiasaan, bukan didorong semata-mata oleh fadilat atau mengharapkan hikmah di sebalik pengamalannya. Bulat tekad kita kerana Alah. Nafsu yang menjadi hijab antara kita dengan Allah selama ini kita henyak dengan lapar dan dahaga… kita tutup semua pancaindera daripada menyalurkan ‘tenaga’ kejahatan kepada nafsu. Mulut, telinga, hidung dan segala pancaindera kita kawal… jangan sekali-kali terlibat dengan dosa.

Jadilah insan yang bisu, tuli, buta, lumpuh daripada bercakap, mendengar, mencium dan menghampiri maksiat. Mujahadahlah.. walaupun sukar kerana kesukaran itulah nilai puasa kita di sisi Allah. Cinta kita jangan diserahkan kepada yang lain, maksudnya seluruh pancaindera kita itu kita ‘serahkan’ hanya kepada Allah. Jika ‘terbuat’ dosa secara tidak sengaja… segeralah beristighafar dan bertaubat. Bersihkan hati kita ketika berhubung dengan semua manusia agar suci hubungan kita dengan Allah!

sumber: Insan Network
Baca Selanjutnya ...

ANDA MUNGKIN SUKA NAK BACA.. TERSERAH PADA SELERA MASING-MASING..